Friday, April 10, 2009

Salinan Dokumen Permohonan DG41 - SEGERA!!

Salam rakan2,
Saya dan saudara Abu Kassim telah cuba mendapatkan lagi maklumat dan ini adalah maklumat terbaru yang perlu tindakan lanjut rakan2.
1. Sila buat surat cover letter seperti format di bawah.
2. Lampirkan dokumen2 yang diperlukan iaitu 2 salinan ijazah, 1 salinan sijil/diploma perguruan dan 1 salinan surat kebenaran IAB.
3. Sila poskan kepada saya di alamat berikut :
AHMAD FARIS BIN JOHAN
SEKOLAH KEBANGSAAN KAJANG UTAMA
43000 KAJANG
SELANGOR DARUL EHSAN
4. Saya dan saudara Abu akan kumpulkan dan hantar dalam bundle ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) semua dokumen yang rakan2 hantar kepada saya.
Seperti biasa jika ada yang nak buat urusan secara sendiri tiada halangan. Bagi tugasan ini saya mohon kerjasama rakan2 untuk menghantarnya kepada saya selewat2nya pada 17 April 2009. Segala maklumat lanjut boleh hubungi saya. TK.

Nama dan Alamat

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Tarikh :

Setiausaha
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 1-5, Blok E12, Parcel E
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u.p. Puan Rosaliza)

Tuan,

Salinan Dokumen Permohonan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41
Program Pensiswazahan Guru Besar (PPGB) IAB-UPSI Tahun 2006-2008

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman dan pengetahuan pihak tuan, saya telahpun tamat belajar pada bulan Ogos 2008 dan menghadiri istiadat konvokesyen pada 16 Mac 2009 serta telah membuat permohonan secara online Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.

3. Bersama-sama ini saya sertakan salinan dokumen berikut untuk rujukan dan tindakan lanjut pihak tuan. Dokumen-dokumen tersebut ialah :

2.1 Dua (2) salinan Ijazah (disahkan)
2.2 Satu (1) salinan Sijil/Diploma Perguruan (disahkan)
2.3 Satu (1) salinan Surat Kebenaran Belajar (disahkan)

4. Segala maklumat dan urusan lanjut bolehlah menghubungi saya di maklumat berikut :

3.1 Nama Penuh :
3.2 Alamat Pejabat :
3.3 No. Tel. Pejabat:
3.4 No. Tel. Bimbit :
3.5 Alamat Emel :

5. Semoga semua salinan dokumen tersebut dalam penerimaan pihak tuan. Kerjasama dan sokongan pihak tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,


………………………………………………….
( )

18 comments:

azamboy said...

aku hantar pakai pos laju,ok.isnin boleh ye sebab hari itu baruaku masuk bertugas,heheheheh..banyak juga kerja kamu Farish..anyhow,,thank you..moga allah balas kebaikan kamu ini

seri suryati said...

Cikgu Faris...
Saya akan pos dalam sehari dua ni ya...terima kasih atas pertolongan. Bila saya boleh belanja cikgu Faris dan Abu Kassim makan-makan ya...Guru Besar yang rajin.

rozita said...

Million Thanks Faris and Abu. InsyaAllah I akan pos by Monday. Moga anda dalam rahmat Allah dan diberikan kesejahteraan selalu.
Hey Faris semalam cikgu u (GC Agama) ke sekolah I tau....pemantauan j-QAF peringkat negeri.

Faris said...

Azam,
Pos biasa aje pun tak apa.

Seri Suryati,
Tolong sampai2kan kpd your group.

Ita,
GC Agama I tu akan pergi ke semua daerah kalau ikutkan jadualnya. Dulu dia guru biasa. KP Agama adalah ustaz, selalu culas. Bila dia dpt GC, saya lantik dia KP. Nampak ada perubahan pengurusan panitia sikit.

Tolong menolong ni I buat setakat kemampuan I aje. TQ.

Kak Kiah said...

Faris,terimakasih..Kemampuan kau memang hebat.DOA KAK KIAH KAU TERUS BERJAYA DALAM MENGEJAR CITA-CITA BAGI MEWAKILI KOHORT KITA. InsyaAllah moga kumpulan kita akan dirahmati Allah jua. Kak Kiah baru isi Permohonan DG41 tu,kak kiah ikutlah berita terkini dari anda isi PJJ....Tentang surat dari ABU Nanti Kak kiah sampaikan pada geng KL YANG LAIN.

Admin SKBP said...

salam faris & Abu,
Million thanx atas usaha ikhlas kalian semuga Allahswt membalasnya
kak pah'll pos on sunday

datukY said...

bebanyak mekasih faris & abu, Allah SWT jua yg dpt membalas jasa baik kau org berdua...!

Nafsiah Hussin (Group A) said...

Terima kasih banyak-banyak Cikgu Faris, saya pun ingin 'tumpang sekaki'..dengan panduan dari Cikgu Faris, dapatlah saya mengisi borang permohonan on-line tu dengan betul, insya-Allah (isi bhg PJJ dan bukannya DG3). Saya akan hantar salinan dokumen yang diperlukan sebelum 17 April. T. kasih daun keladi..

emzex said...

TQ Fari n Abu, tanpa info dari kalian mkn kami akan menghadapi masalah dlm permohonan DG41.

salinan surat tawaran IAB tu sama ke dgn surat kebenaran belajar spt yg dikhendaki?

pengesahan salinan2 surat tu boleh tak PK shj yg tt.atau perlu pengesahan PPD.

saya akan poskan Isnin ini.

PPGB Kohort 5 UPSI said...

Emzex,
Saya silap sikit. Surat kebenaran IAB yang beri kita tempoh belajar 2 tahun mulai Ogos 2006-2008 tu. Semalam Ton pun ada telefon tanya saya. So, saya dah betulkan dalam entri kita. TQ.

Lee said...

Faris & Abu,
Tadi kawan dari kump A called me dan tanya bolehkah mereka tumpang hantar dokumen mereka pd kamu. I beritahunya Faris & Abu memang helpful, tak ada masalahlah, hantar aje. I pandai-pandai buat decision sendiri, jgn marah eh!

Anonymous said...

Lee, hantar saja ma, itu Falis,itu Abu manyak mangut oh. sama-sama tolong ma? nanti ah itu tuhan tolong dia juga ma.

emzex said...

to, faris

mpmn said...

besok aku pos laju. insyaallah. tk atas pertlgn n sentiasa ingat kwn2.

azamboy said...

aku dah hantar dgn pos laju tadi.14/4/09

Mak Lang said...

Salam Faris,
Tunggu saya, saya akan pos laju esok, baru balik dari Sandakan, jumpa Ainie. Dia kirim salam pada Fidah dan Hj Rashidi.Sempat juga celebrate anniversary kat sandakan.

emzex said...

fari aku dah antar kelmarin pakai pos ekspress.ari ni sampai.kalu sampai engkau senaraikan dlm blog ni sesiapa yg dah engkau terima, boleh tak?

mpmn said...

faris aku dah pos ekspress tadi. katanya besok sampai ke sek kau. kau tlg sahkan sijil2 aku tu ya. maaflah aku tak sempat nak stapler tadi, dah kalut sangat hingga lupa nak klip. tk atas pertlgn.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites