Sunday, April 12, 2009

Ibu bapa mogok bantah pertukaran guru besar

Apr 12, 09 10:12am (Malaysiakini)

Ibu bapa di sebuah sekolah kebangsaan di Sabah melancarkan mogok tidak membenarkan anak-anak mereka ke sekolah kerana membantah pertukaran guru besar sekolah berkenaan.

Ia berlaku di Sekolah Kebangsaan Pulau Mantani, di Kota Belud apabila rayuan untuk mengekalkan guru besar, Sabli Nanti yang tidak dipertimbangkan oleh Jabatan Pelajaran Sabah. Sabli diarah bertukar ke Pejabat Pelajaran Daerah Kota Belud sebagai penyelia sekolah menengah.

Ekoran itu mereka melancarkan mogok tidak membenarkan anak-anak ke sekolah, sehinggalah pada satu masa kehadiran hanya dua orang sahaja daripada 136 orang murid-murid, bermula 2 Mac lalu.

berita penuh...

Apa pendapat kekawan?

12 comments:

ybs said...

tak minat korang dgn tajuk berita ni ek, lom ada yg ngomen pun... hehehe

emzex said...

ibubapa tak sepatutnya mogok.sekolah tu bkn mereka yg punya.kalu nak mogok juga buatla sekolah dan lantik Gb sendiri.

sepatutnya mereka faham pertukaran itu atas dasar keperluan perkhidmatan.mkn Gb tersebut setuju dgn pertukaran itu atau pun dia sendiri melobi ibubapa supaya buat bantahan.

Gb pun memang ada macam2 perangai.

atuk said...

ye la emzex, gb pun manusia jugak, mmg ler mcm2 perangainye.... aku rasa parent kat sekolah tsb tersgt sayang kat gb tu krn mungkin gb tu sendiri mmg sorang yg sgt bagus....

emzex said...

atuk - penyelesaian telah dicapai,GB tu perlu bertukar kerana kenaikan pangkat dari DG32 ke DG34.apa pun JPN boleh lantik GB tersebut menjadi pegawai PROSA bagi sekolah itu.

apalah ibu bapa kawasan itu,mcm lah GB lain tak boleh jlnkan tugas.

Anonymous said...

Cerita pasal GB bertukar, sekarang di negeri saya,Pengarah sedang menukar2kan GB yang sudah lebih 5 tahun di sesebuah sekolah ke sekolah lain supaya GB tidak berada di zon selesa. So saya pun terlibat tapi setakat ni nama belum naik lagi. PPD kata Jun nanti.Saya terima saja.
Sorry kawan2 .komputer saya masih rosak publish your comment.noris..

Faris, saya dah hantar dokumen yang di minta. tapi minta tolong U sahkan dokumen itu boleh tak.sebab masa nak hantar tadi singgah PPD, tapi semua pegawainya kursus.
tq.

datukY said...

noris, kau jd tak pi kursus di IAB Induk pd 19 april nt?

Anonymous said...

Ybs,Insyaallah saya jadi pergi.Baru dapat kebenaran PPD hari ni.Kamu pegi tak? GB negeri saya ada Kursus Pengurusan di Legency Hotel KL pada 16 - 18 April ni.Siapa lagi rakan2 kita ke IAB nanti.noris.

mpmn said...

aku ni nak tkr2 tak dpt. bengang btl aku dibuatnya. hari2 berulang jauh n memenatkan. kalau boleh sek tu biar sebelah rmh aku ya. bukak pintu aje melangkah msk kaw sek. kerja sampai pagi pun tak apa. betul tak.

gb tu kira gb bagus n disygi oleh pdk setempat. barangkali prestasi sek semakin meningkat, hbgn dgn staf baik n hbgn dgn msyt juga baik. agaknyalah.

ybs said...

noris, insyaAllah saya pegi, setakat ni ada 2 org dr Muar termasuk saya.

pirzan, wah kau sampai tgh mlm ngadap komputer ye.... isteri tak marah ke? ke kau tgh merajuk dgn isteri? Kau nak btukar ke mana pirzan? Kau minta tukar ke Muar jer la...hehehe

emzex said...

mpmn nape nak bengang? takut lama2 nanti jadi bangang....

buat rumah dlm kawasan sekolah habis cite nye, atau buat sekolah dlm kawasan rumah solosai.apa macam cadangan eden.....

mpmn said...

sop apo pulak isteri nak marah ngadap komp lamo2, dio lg suko kalau boleh biar sampai pagi tak ada org kacau dia. tp kalau bini baru jgn buat2 gerenti dia merajuk. mesti dia ckp ado bini nom tigo ko. boto tak?

mz aku dah agak ekau mesti ckp mcm tu. doakanlah aku jadi jutawan. bilo aku jadi jutawan gerenti aku buat sek sendiri.

emzex said...

aku doakan semoga kita sama2 jadi jutawan.ekau buet sokolah dan lantik aku jadi GB nya.aku buet sokolah ,ekau aku lantik jadi GB nya.

apa macam setuju tak.mcm mana ekau boleh agak aku akan kato begitu.agak2 ekaulah apa yg aku akan kato selepas nie....?

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites