Thursday, April 30, 2009

Akhirnya Selamat, Berjaya Hantar Salinan Dokumen

Salam rakan2,
Mulai hari Isnin hingga hari ini saya kesuntukan masa dengan pelbagai aktiviti. Saudara Abu Kassim juga berada di Port Dickson. Hari ini sebaik sahaja selepas kursus dan saudara Abu dah balik dari PD, kami sama2 ke BPSM, KPM pada jam 2.30 petang tadi bagi menghantar semua salinan dokumen yang rakan2 telah hantar kepada saya. Kesemua dokumen melibatkan seramai 43 orang dari kumpulan B dan 26 orang dari kumpulan A yang berjumlah keseluruhannya seramai 69 orang. Salinan dokumen itu dihantar terus ke tangan Puan Rosaliza sendiri dan beliau mengesahkan bahawa salinan dokumen tersebut penting bagi tujuan pelantikan setelah lulus temuduga nanti.
Kepada rakan2 yang lain (10 orang kumpulan B dan 27 orang kumpulan A) yang belum menghantarnya kepada saya diharap menghantar terus salinan dokumen tersebut ke Puan Rosaliza di BPSM, KPM. Kesannya jika tidak hantar mungkin rakan2 tidak dilantik setelah lulus temuduga tersebut disebabkan ketiadaan dokumen.
Sekian, terima kasih.

16 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Pendidikan Khas SK Parit Pinang Seribu, Muar said...

mekasih Faris, tk daun keladi....

mpmn said...
This comment has been removed by the author.
maklang said...

Terima kasih Faris,
Mak Lang wakil geng kedah ucap terima kasih atas kesabaran Faris dan Abu dari awal hingga selesai proses tu.
More news,Mahani penang jumpa Mahani Kedah minggu lepas. siap bawa guru-gurunya ke sekolah mak lang. Hilang juga rindu mak lang kat dia.

zaimz said...

Tk Faris dan Abu atas usaha murni membantu kekawan. Allah sahaja yang dapar membalas jasa kalian.
Seronok dengar cerita maklang menerima kunjungan Mahani dan guru2nya. Sekolah Maklang memang cantik dan ceria terutamanya bilik Maklang sendiri..dan juga bilik pemulihan. Memang patutlah Maklang dapat Guru Besar cemerlang!
Apa kabar kawan-kawan senegeri Maklang tu (Rusma, Fidah dan Rohani)sonyap yo..

paklang said...

saya lama dah rindu kat maklang, sampai lani tak hilang2 rindu tu....
Bila agaknya kita boleh bertemu?

kembara kelana said...

terima kasih faris...kami terhutang budi pada kau, semoga kau asentiasa dirahmati Allah dan keluarga kau juga.

aisyah said...

salam. terima kasih faris dan abu yang banyak membantu. semoga murah rezeki dan diberkati Allah. terima kasih juga kepada rakan2 yang sms dan email kepada saya, mengucapkan tahiah kerana nak bermenantu. syukur kepada Allah, sejak 9.30 malam tadi, saya sudah dapat pangkat 'ibu mertua'. insyaAllah, saya akan jadi ibu mertua yang disayangi menantu; sebab itulah barang2 hantaran disusun2 sendiri oleh saya supaya ada le personal touch ibu mertua, dengan menggunakan warna yang menantu saya sukai. kepada lee yang bertanya, anak saya ini memang keluaran UTP, Tronoh yang pernah saya cerita dulu, dah kerja sejak 1 tahun 10 bulan.umur dia 25 tahun. sebenarnya pada saya, he's too young to get married, tapi jodoh dah sampai, saya reda je lah. (dia nak ikut contoh ibu ayah dia yang kahwin pada umur 24 tahun). hari ini majlis di rumah besan saya dan esok, majlis keluarga saya pulak. kepada rakan2, jemputlah bersama dan terima kasih.

Faris said...

Salam,
Tahniahlah Aishah kerana dah berjaya mendapat title ibu mertua. Saya pasti U akan jadi ibu mertua yang baik. Tak lama lagi tentu menimang cucu pula. Ketika itulah kita akan merasa beban dan tanggungjawab kita semakin berat kerana kita dianggap orang yang paling tua. Begitulah putaran roda hidup.
TK.

Pendidikan Khas SK Parit Pinang Seribu, Muar said...

sejak menjadi datuk ni, aku rasa mcm semakin muda la tp kekal sedar diri dah tua dan dah tak larat, hehehe....

Lee said...

Thanks a lot Faris & Abu.
Aisya, you punya menantu bertuah dpt mother in-law yg begitu caring and thoughtful. For sure she will treat you nicely too, just like the Chinese saying, " If you want people to love you, you must love people first, if you want people to respect you, you must respect people first."

noi said...

terima kasih Faris dan Abu Kasim.

Tahniah pada Aishah. Maaf tak dapat datang.Banyak undangan di sini.
Pada 9 n 10 Mei ini saya dan guru-guru akan ke Kedah melawat SK Sultan Ahmad Tajuddin sebagai benchmarking kami. Tak tahu pula sekolah maklang tak kurang hebatnya. Sekolah saya juga akan dilawati pada 7 Mei ini oleh orang dari Pahang iaitu SK Kerayong. Tapi tak jumpa kot... sebab kena pergi ke Batu Pahat ada seminar.
Pada En.Yusof, seminar di Bat Pahat itu telah dibayar oleh JPN Melaka untuk 100 orang GB Melaka tapi untuk orang Johor tak tahu pula.

yusofsipan said...

noi, untung ler org melaka, kami kena bayar sendiri la kalau nak pegi, mungkin tak pegi la kot!

zaimz said...

Tahniah Aishah kerana dah selamat menjadi ibu mertua paling comel yang pernah saya kenali.Sama macam ta saya pun selalu teringatkan ketawa aishah yang cukup unik dan menghiburkan.
Agaknya tentu aishah masih bercuti maklumlah tentu penat membuat persiapan dan melayan tetamu seharian.
Kalau boleh kongsilah bersama kami gambar2 dihari bersejarah tu..
Jumapa lagi.

mpmn said...

aisyah aku nak tanya berapa habis n berapa dpt n berpa untung/rugi. maksud aku kalau dikira dari segi kos. apapun semua sudah selesai, dan tj kita sbgi ibu bpa sudah berkurangan kerana telah ada yg memikulnya. kita pun semakin tua n ntah bila kita akan kembali kpd sang pencipta.

GCE said...

Hai kwn2,
Selamat Hari guru! Tq kpd Faris dan Abu. Sya tlh terima surat akuan terima drpd BPSM hari ini.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites