Logo Baru UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Bangunan UPSI Ketika Ini

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Bangunan Baru e-Learning

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Pintu Masuk

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Thursday, April 30, 2009

Akhirnya Selamat, Berjaya Hantar Salinan Dokumen

Salam rakan2,
Mulai hari Isnin hingga hari ini saya kesuntukan masa dengan pelbagai aktiviti. Saudara Abu Kassim juga berada di Port Dickson. Hari ini sebaik sahaja selepas kursus dan saudara Abu dah balik dari PD, kami sama2 ke BPSM, KPM pada jam 2.30 petang tadi bagi menghantar semua salinan dokumen yang rakan2 telah hantar kepada saya. Kesemua dokumen melibatkan seramai 43 orang dari kumpulan B dan 26 orang dari kumpulan A yang berjumlah keseluruhannya seramai 69 orang. Salinan dokumen itu dihantar terus ke tangan Puan Rosaliza sendiri dan beliau mengesahkan bahawa salinan dokumen tersebut penting bagi tujuan pelantikan setelah lulus temuduga nanti.
Kepada rakan2 yang lain (10 orang kumpulan B dan 27 orang kumpulan A) yang belum menghantarnya kepada saya diharap menghantar terus salinan dokumen tersebut ke Puan Rosaliza di BPSM, KPM. Kesannya jika tidak hantar mungkin rakan2 tidak dilantik setelah lulus temuduga tersebut disebabkan ketiadaan dokumen.
Sekian, terima kasih.

Wednesday, April 29, 2009

Bapa temui guru besar, PIBG

Rakan2, cuba baca petikan berita yang dipetik dari Harian Metro dan fikir2kanlah dan beri komen terutama rakan2 dari Kedah.

ALOR STAR: “Buat sementara waktu ini saya tak mahu komen lagi sama ada mahu mengambil tindakan undang-undang atau tidak terhadap pihak sekolah dan segalanya bergantung pada keadaan.

“Esok (hari ini) saya akan berjumpa dengan guru besar dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah anak saya untuk berbincang mengenai masalah ini,” kata Mohd Zaini Mohd Yunus, 34, bapa kepada Harris Sufian, 7, yang terjatuh ke dalam tangki kumbahan di sekolahnya di Bandar Darulaman, Jitra, Ahad lalu.

Mohd Zaini berkata, anaknya, Harris Sufian, 7, kini berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat di Kedah Medical Centre (KMC) tetapi masih mengalami cirit-birit dipercayai tindak balas akibat tertelan air kumbahan itu.

“Doktor sudah mengambil sampel najis anak saya dan laporan berikutan cirit-birit yang dialaminya itu akan diketahui dalam tempoh antara dua hingga tiga hari lagi,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Kedah, Shahidan Abdul Rahman ketika dihubungi, berkata beliau sudah menghantar pegawai melihat lokasi kejadian dan mengarahkan kawasan itu dipagar dan lubang tangki kumbahan itu ditutup bagi mengelak kejadian berulang.

Katanya, pihaknya akan berbincang dengan ibu bapa Harris Sufian bersama PIBG hari ini bagi menyelesaikan masalah itu.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengapa lubang tangki itu tidak ditutup sebelum ini dan hanya berbuat demikian selepas kejadian itu berlaku, kelmarin.

Tuesday, April 28, 2009

Cuti Hari Pekerja

Salam rakan2,
Bagaimana dengan keadaan sekarang? Tentunya letih dan penat bekerja. Kita akan merayakan Hari Pekerja pada 1 Mei (Jumaat) dan bersambung dengan hari Sabtu dan Ahad. Cuti selama 3 hari ni mungkin boleh dimanfaatkan untuk meredakan ketegangan bekerja dan merehatkan minda seketika. Pasti rakan2 mempunyai rancangan tersendiri untuk cuti selama 3 hari ini.
Semoga rakan2 akan dapat memanfaatkan cuti tersebut dan jangan lupa kepada mereka yang berkesempatan untuk bolehlah berkunjung untuk memeriahkan sambutan majlis perkahwinan anak rakan kita iaitu Aishah di Johor Bahru pada 3 Mei ini.
Ada tak rakan2 di Selangor dan KL yang nak buat rombongan? Boleh kongsi kereta dan kos ke sana. Kalau ada bolehlah saya join sama.

Terima kasih.

Monday, April 27, 2009

Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai Pendapatan - 30 April 2009

Salam rakan2,

30 April 2009 adalah hari terakhir penghantaran borang cukai pendapatan. Pastinya rakan2 sedar bahawa tiada borang diberi tetapi perlu mengisi melalui e-filling. Apa yang penting adalah rakan2 tidak lupa tanggungjawab yang perlu ditunaikan kerana jika tak selesai sekarang ia akan menyebabkan proses pencen nanti tergendala. Jika tak tahu alamat webnya disertakan di sini.

Cukai Pendapatan

Bila dapat gaji dan ganjaran memang seronok tapi bila nak bayar cukai nilah yang tak seronok.

TK.

Saturday, April 25, 2009

Hari Terakhir

Salam rakan2,
Hari ini saya telah menerima kiriman terakhir dari Normala (Kumpulan A) dan Normah (Kumpulan B) yang datang sendiri ke rumah saya bagi menghantar salinan dokumen tersebut pada jam 5.05 petang. Tapi ralatlah sikit kerana Normah tak sempat singgah masuk ke rumah saya.
Dengan kiriman terakhir pada hari ini saya menganggap tiada lagi yang berminat untuk bersama-sama menyertai kumpulan bundle tersebut. Oleh itu saya akan mencari masa terluang pada hari Isnin atau Selasa ini bagi menghantar semua salinan dokumen tersebut ke BPSM, KPM. Kepada rakan2 yang lewat tu bolehlah terus hantar sendiri ke BPSM, KPM. Maaf kepada rakan2 yang telah menghantarnya lebih awal sambil menunggu rakan2 yang hantar lewat.
Sekian, terima kasih.

Thursday, April 23, 2009

Jemputan Majlis Perkahwinan Aishah

Salam rakan2 Kumpulan A dan B,
Saya telah menerima email dari Saudari Aishah yang menjemput rakan2 semua ke majlis perkahwinan anak lelakinya pada 3 Mei 2009. Disertakan email beliau :

salam.

faris, sampaikan kepada rakan-rakan (kumpulan A & B)

kalau pada 3 mei 2009 ni, mereka berada di johor bahru, jemputlah ke majlis perkahwinan anak sulong saya (lelaki) di dewan tarom (dekat dengan hospital pakar jalan abdul samad , JB). dipersudikanlah jua.


bersama ini saya sertkan kad jemputan. Pada zaman IT ni, jemputan majlis melalui blog atau emel le ye.

terima kasih..


Disertakan kad jemputannya :


Selaras dengan zaman teknologi dan IT, sudilah kiranya rakan2 menerima kad jemputan elektronik ini dan print-out jika nk pergi dan nak lihat pelan rumah.

SELAMAT BERMENANTU AISHAH. TAK LAMA LAGI DAPAT PANGKAT JADI NENEK.

Sabar Itu Separuh Daripada Iman

Salam rakan2,
Nampaknya hari ini pun saya masih menerima panggilan, sms dan email dari rakan2 yang menyatakan bahawa mereka baru mengetahui berita yang dimuatkan dalam blog sejak minggu lepas lagi. Mereka memohon kerjasama agar boleh menunggu kiriman mereka. So, saya mengambil keputusan untuk menunggu dan apa yang saya pohon agar rakan2 yang telah menghantar terlebih awal tu dapat memaafkan mereka yang terlewat. Saya harap pada hari Isnin atau Selasa saya dapat serahkan kepada BPSM, KPM. Esok (Jumaat) saya terpaksa menghadiri mesyuarat pelaporan nazir manakala pada hari Isnin mesyuarat panel APC. Rakan2 yang lain masih berkesempatan sehingga hujung minggu ini.
Bagi mereka yang memohon agar dibuat pindaan pada no rujukan permohonan itu, saya tidak dapat menolongnya lagi kerana saya telah hantar email tersebut ke SPP. Sekarang Cik Ramuna sedang membuat pindaan secara beransur2. Rakan2 diminta menyemak semula status permohonan dan mempastikan no rujukan permohonan tu dah bertukar dari DG3 ke PJJ dan seterusnya nombor kod negeri dan kawasan juga akan berubah. Yang tak berubah hanyalah SPP/09/...../....../(no KP masing2). Sekiranya belum lagi, diharap bersabar kerana Cik Ramuna buat beransur2. Tambahan pula dia akan bercuti agak lama minggu depan kerana balik ke Sarawak untuk majlis perkahwinannya. Rakan2 boleh berhubung dengan beliau melalui email ramuna@spp.gov.my

Penerimaan salinan dokumen setakat hari ini.
Kumpulan B
1. Hj Mohd Rasidi
2. Lee Ai Hiang - tambahan Surat Tawaran KDP
3. Rofidah - tambahan Surat Tawaran KDP
4. Wan Zainon
Kumpulan A
1. Wong Siew Kuen
2. Siah Lay Choon
3. Low Choon Yen
4. Norhayati Rasul - tambahan Surat Tawaran KDP

Itu serba sedikit makluman terkini.

Monday, April 20, 2009

Last Call

Salam rakan2,
Berikut adalah mereka yang masih belum lengkap dokumen yang dihantar. By end of this week sambil menunggu beberapa orang yang baru nak hantar, dipohon untuk menghantarnya. Jika tiada juga, saya akan hantar setakat dokumen yang ada.

Kumpulan B
1. Chia - Tiada Surat Tawaran Kursus Dalam Perkhidmatan IAB
2. Jamaludin - Tiada Surat Tawaran Kursus Dalam Perkhidmatan IAB
3. Mahani AB Rahim - Tiada Surat Tawaran Kursus Dalam Perkhidmatan IAB
4. Mahani Mustafa - Tiada Surat Tawaran Kursus Dalam Perkhidmatan IAB
5. Mohd Pirzan - Tiada Surat Tawaran Kursus Dalam Perkhidmatan IAB dan Surat Litup
6. Normah - Tiada Surat Tawaran Kursus Dalam Perkhidmatan IAB
7. Rofidah - Tiada Surat Tawaran Kursus Dalam Perkhidmatan IAB

Kumpulan A
1. Aphong - Tiada Ijazah
2. Siti Dayang - Tiada Sijil Perguruan (dimaklumkan tak jumpa sijil perguruan)

Terima kasih.

Friday, April 17, 2009

Berita Terkini - Senarai Dokumen Yang Diterima - 17 Apr 2009 (10.40 malam)

Salam rakan2,
Disiarkan senarai nama mereka yang telah saya terima dokumennya dan setelah disemak ada di antara rakan2 yang dokumennya tidak lengkap.

1. Abd Aziz
2. Ainie
3. Aishah
4. Anas
5. Che Norizam
6. Chia - Tiada Surat Tawaran Kursus Dalam Perkhidmatan IAB
7. Goh
8. Jamaludin - Tiada Surat Tawaran Kursus Dalam Perkhidmatan IAB
9. Khadijah Sulaiman
10. Khalil
11. Kharudin
12. Khatijah Abu Bakar
13. Lee Ai Hiang
14. Mahani AB Rahim - Tiada Surat Tawaran Kursus Dalam Perkhidmatan IAB
15. Mahani Mustafa - Tiada Surat Tawaran Kursus Dalam Perkhidmatan IAB
16. Maznon
17. Mohamed Al Awal
18. Mohd Pirzan - Tiada Surat Tawaran Kursus Dalam Perkhidmatan IAB dan Surat Litup
19. Azam
20. Zulkifli
21. Norazmah
22. Norishah
23. Normah - Tiada Surat Tawaran Kursus Dalam Perkhidmatan IAB
24. Paridah
25. Rofidah - Tiada Surat Tawaran Kursus Dalam Perkhidmatan IAB
26. Rohani
27. Rokiah
28. Rozita
29. Rusma
30. Sabri
31. Saupi
32. Sharifah Rahayah
33. Valarmathi
34. Whine
35. Yusof Sipan
36. Zaiton
37. Zakaria Ansori
38. Zalila

Kumpulan A
1. Norhayati Rasul
2. Yusof Mohamad
3. Azmi Din
4. Hassan Embong
5. Halipah
6. Tengku Adnan
7. See Hock Chuan
8. Soh Meng Choon
9. Maaruf Abas
10. Teah Hak Boon
11. Teo Ah Heng
12. Nafsiah
13. Aphong - Tiada Ijazah
14. Siti Dayang - Tiada Sijil Perguruan
15. Alias
16. Che Hassan
17. Jamaluddin Ab Karim
18. Shahrin Ab Manan

Itulah senarai nama yang dakumennya telah saya dapat melalui pos biasa dan pos laju. Semoga rakan2 menyemaknya. Terima kasih.

Thursday, April 16, 2009

17 April 2009 - Hari Akhir Penerimaan Salinan Dokumen

Salam rakan2,
Malam ini saya baru berkesempatan untuk mengepos entri ini setelah jadual yang penuh mengadakan sesi bengkel konfigurasi makmal komputer (server dan komputer) pada 15 & 16 April di dua buah sekolah yang melibatkan guru penyelaras bestari/makmal sekolah2 dalam zon PKG Bangi. Buat kerja2 hardware ni melekakan sampai nak menjengah blog dan membaca email pun tak sempat.
Malam ini agak berkesempatan untuk mengepos entri ini dengan tujuan mengingatkan rakan2 tentang dokumen yang perlu dihantar. Saya masih belum berkesempatan untuk menyemak dokumen yang saya terima. Kerani sekolah ada menyatakan banyak sangat surat dan pos laju yg sampai. Insya-Allah saya akan menyemaknya esok dan Sabtu dan akan menyenaraikan nama2 mereka yang telah hantar dan saya terima di blog ini. So, rakan2 nanti semaklah melalui blog ini.
Terima kasih.

Monday, April 13, 2009

5 Tahun ke DG44

Salam rakan2,

Saya ada dapat berita baik tetapi surat rasmi kelulusan masih belum ada. Kelulusan pada dasarnya telah dipersetujui oleh JPA. Untuk makluman kepada rakan2 yang masih di gred DGA32 kini berpeluang cerah untuk kenaikan gred DG44 dalam tempoh masa 5 tahun dari tarikh perlantikan ke DG41. Ini bermakna kumpulan GB dan GPK sama2 diberi keistimewaan fast track iaitu GB dengan 3 tahun manakala GPK 5 tahun untuk meningkat ke DG44.
Sayugia itu rakan2 bertindaklah mengikut kebijaksanaan bagi mendapatkan yang terbaik. Sila buat perkiraan mengenai kerjaya masing2. Jangan sampai yang dikejar tak dapat dan yang dikendong berciciran.

Terima kasih.

Sunday, April 12, 2009

Ibu bapa mogok bantah pertukaran guru besar

Apr 12, 09 10:12am (Malaysiakini)

Ibu bapa di sebuah sekolah kebangsaan di Sabah melancarkan mogok tidak membenarkan anak-anak mereka ke sekolah kerana membantah pertukaran guru besar sekolah berkenaan.

Ia berlaku di Sekolah Kebangsaan Pulau Mantani, di Kota Belud apabila rayuan untuk mengekalkan guru besar, Sabli Nanti yang tidak dipertimbangkan oleh Jabatan Pelajaran Sabah. Sabli diarah bertukar ke Pejabat Pelajaran Daerah Kota Belud sebagai penyelia sekolah menengah.

Ekoran itu mereka melancarkan mogok tidak membenarkan anak-anak ke sekolah, sehinggalah pada satu masa kehadiran hanya dua orang sahaja daripada 136 orang murid-murid, bermula 2 Mac lalu.

berita penuh...

Apa pendapat kekawan?

Friday, April 10, 2009

Salinan Dokumen Permohonan DG41 - SEGERA!!

Salam rakan2,
Saya dan saudara Abu Kassim telah cuba mendapatkan lagi maklumat dan ini adalah maklumat terbaru yang perlu tindakan lanjut rakan2.
1. Sila buat surat cover letter seperti format di bawah.
2. Lampirkan dokumen2 yang diperlukan iaitu 2 salinan ijazah, 1 salinan sijil/diploma perguruan dan 1 salinan surat kebenaran IAB.
3. Sila poskan kepada saya di alamat berikut :
AHMAD FARIS BIN JOHAN
SEKOLAH KEBANGSAAN KAJANG UTAMA
43000 KAJANG
SELANGOR DARUL EHSAN
4. Saya dan saudara Abu akan kumpulkan dan hantar dalam bundle ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) semua dokumen yang rakan2 hantar kepada saya.
Seperti biasa jika ada yang nak buat urusan secara sendiri tiada halangan. Bagi tugasan ini saya mohon kerjasama rakan2 untuk menghantarnya kepada saya selewat2nya pada 17 April 2009. Segala maklumat lanjut boleh hubungi saya. TK.

Nama dan Alamat

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Tarikh :

Setiausaha
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 1-5, Blok E12, Parcel E
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u.p. Puan Rosaliza)

Tuan,

Salinan Dokumen Permohonan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41
Program Pensiswazahan Guru Besar (PPGB) IAB-UPSI Tahun 2006-2008

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman dan pengetahuan pihak tuan, saya telahpun tamat belajar pada bulan Ogos 2008 dan menghadiri istiadat konvokesyen pada 16 Mac 2009 serta telah membuat permohonan secara online Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.

3. Bersama-sama ini saya sertakan salinan dokumen berikut untuk rujukan dan tindakan lanjut pihak tuan. Dokumen-dokumen tersebut ialah :

2.1 Dua (2) salinan Ijazah (disahkan)
2.2 Satu (1) salinan Sijil/Diploma Perguruan (disahkan)
2.3 Satu (1) salinan Surat Kebenaran Belajar (disahkan)

4. Segala maklumat dan urusan lanjut bolehlah menghubungi saya di maklumat berikut :

3.1 Nama Penuh :
3.2 Alamat Pejabat :
3.3 No. Tel. Pejabat:
3.4 No. Tel. Bimbit :
3.5 Alamat Emel :

5. Semoga semua salinan dokumen tersebut dalam penerimaan pihak tuan. Kerjasama dan sokongan pihak tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,


………………………………………………….
( )

Monday, April 6, 2009

URGENT!!!! SILA RESPON SEGERA SEHINGGA 10 APRIL 2009

Salam Rakan2,

Hari ini saya telah menghadiri taklimat berhubung e-GTukar bagi bulan Jun 2009 di SJKC Sg Way, Petaling Jaya. Saya berkesempatan berjumpa dengan Hajah Rozita, Zaiton dan Low (Group A). Beberapa perbincangan telah dibualkan dan berkaitan dengan isu yang Khalil bangkitkan sewaktu menelefon saya pada hari Ahad (semalam).

Antara isu2 yang dibincangkan ialah :
1. Khalil menyatakan bahawa perlu isi ruang maklumat penempatan/perkhidmatan di ruang (b)(ii) (surat kebenaran PJJ) dan bukannya (iii)(PPGB).
2. Low (group A) menyatakan bahawa perlu dihantar salinan dokumen ke SPP / BSM di KPM.

Sebaik sahaja tamat taklimat jam 12.30 tengah hari, saya mengambil kesempatan ke Shah Alam bagi bertanyakan tentang gambar konvokesyen dan malangnya masih belum siap dan dijangka siap pada minggu depan.

Lebih kurang pukul 2.30 petang sebaik tiba dari Shah Alam dan mengajak bersama saudara Abu Kassim, kami berada di SPP. Kami mendesak untuk berjumpa dengan pegawai bagi mendapatkan penjelasan tentang isu2 yang dibincangkan dan kami ditemukan dengan Encik Abd Rahman. Jawapan beliau ialah :
1. PPGB Mod Intensif (kumpulan A dan B) perlu mengisi ruang maklumat penempatan/perkhidmatan di ruang (b) (ii) iaitu bagi PJJ kerana kita adalah mod intensif dan dikira PJJ. Bagi kumpulan DGA29 mereka dikategorikan PPGB Mod Sepenuh Masa dan mengisi ruang (b) (iii).
Oleh itu kepada sesiapa yang belum mengisi permohonan online, perlu mengisi ruang (b) (ii). Bagi mereka yang dah isi, sila respon blog ini dengan memaklumkan nama dan menyatakan nombor rujukan permohonan yang ada. Tujuannya ialah supaya boleh dibuat senarai bersepadu dan dihantar ke SPP kerana dia sukar melayan jika panggilan dibuat satu persatu oleh kesemua kita. Nombor rujukan yang sepatutnya keluar ialah SPP/09/ PJJ / ...... / (no.KP) dan bukannya DG3. Dari senarai bersepadu tersebut beliau akan membuat pindaan di SPP.
2. Salinan dokumen memang tak diperlukan oleh SPP kecuali bawa yang asal dan salinan sewaktu menghadiri temuduga.

Lebih kurang pukul 3.45 petang kami bergerak ke Bahagian Sumber Manusia, KPM dan saya mengambil kesempatan berjumpa kawan lama iaitu Encik Idris Ariffin (yg dilantik DG41 tahun 2004 dan kini sudah DG44 serta memangku KUP DG48). Saya meminta bantuan beliau dan beliau telah menghubungi Encik Fairus. Encik Fairus menyatakan bahawa tidak perlu hantar dokumen sehingga dah lulus temuduga dan dapat surat dari SPP, baru dihantar salinan ke BSM, KPM. Saya dapat pulang ke rumah pada pukul 5.00 petang.

Rumusannya:
Tindakan rakan2 ialah :
1. Sila respon blog ini / email saya di afarisj@yahoo.com / SMS saya nama dan nombor rujukan permohonan terdahulu SEBELUM 10 APRIL 2009. Saya akan buat senarai bersepadu bagi dihantar melalui email kepada En Abdul Rahman. Selepas tarikh tersebut, sila urus sendiri.

Catatan:
1. Setakat ini saya telah menerima maklumat Awal dan Khalil. Saya dan Abu Kassim dah selesai. Jika perlu bantuan saya, sila reply segera. Kalau tak perlu, tak mengapa (boleh urus sendiri).
2. Bagi rakan2 Kumpulan A, sila lantik seorang sebagai wakil dan email attachments fail tu kepada saya segera supaya saya boleh forwardkan juga ke SPP.
3. Bagi rakan2 Kumpulan B, wakil zon utara (Kedah & Penang - Khalil, Perak (Kharudin), Zon Tengah (Selangor & WPKL) - Zaiton, Zon Selatan (Melaka, N9 & Johor) - Yusof Sipan, Zon Pantai Timur (Pahang, Terengganu & Kelantan) - Saupi, Zon Sabah & Sarawak - Anas.


Terima kasih.

Sunday, April 5, 2009

Apa Anda Buat Pada Hari Minggu?

Salam rakan2,
Hari ni tak ada idea nak post entri baru. Fikir punya fikir, diambil hari Ahad sebagai objek untuk dibicarakan. Bercakap tentang hari minggu ini mungkin kita mempunyai pelbagai rancangan, aktiviti dan program yang akan dilakukan seperti makan angin, shopping, berkelah, kenduri kahwin dan lain2 lagi. Mungkin juga ada suatu perkara yang begitu berfaedah yang boleh dikongsi bersama.
Walau apapun Selamat Bercuti Hujung Minggu diucapkan dan diharap rakan2 menjaga kesihatan dan keselamatan diri.
Terima kasih.

Wednesday, April 1, 2009

Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-16 Pada 19-23 Julai 2009

Salam rakan2,

Pihak IAB akan mengadakan seminar tersebut pada 19 hingga 23 Julai 2009 dengan temanya Kepimpinan Distributif. Bayaran penyertaan adalah sebanyak RM100.00. Kepada rakan2 yang berhajat untuk membentangkan kertas kerja juga dialu-alukan. Segala maklumat lanjut boleh diperoleh dari laman web IAB dengan klik hyperlink di bawah :

SEMINAR NASIONAL PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN

Jika semua rakan2 nak hadir, jomlah kita hadir beramai2 kerana tentu banyak ilmu dan manfaat yang akan diperoleh dari seminar ini.

Terima kasih.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites