Logo Baru UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Bangunan UPSI Ketika Ini

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Bangunan Baru e-Learning

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Pintu Masuk

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Wednesday, February 24, 2010

Salam Maulidur Rasul


Sambutan Maulidur Rasul akan kita tempuhi pada 26 Februari 2010. Diucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua rakan2 yang beragama Islam.

Monday, February 22, 2010

Bil Elektrik Pukal - Makluman SMS dari Haji Zulkifli Md Zain

Salam rakan2,

Saya menerima mesej SMS ini daripada rakan kita Haji Zul pada 19 Februari 2010 yang lalu tapi kerana kesibukan menguruskan orang tua, saya tidak mempunyai kesempatan untuk berkongsi maklumat ini. Oleh itu, hari ini saya publishkan dalam entri blog kumpulan kita untuk makluman dan tindakan rakan2 sekalian. Kepada sesiapa yang dah bayar untuk bulan Januari tu, kena bincang semula dengan PPD masing2.


Berikut ialah SMS dari Haji Zul yang saya terakan disini :

makluman terakhir selepas jumpa tpm /menteri pel. dan penjelasan sub kew. pd 19.2.10 bayaran utiliti letrik dibayar secara pukal seperti tahun lepas. sebarkan kpd ahli tuan. tk kz gmgbm


Sunday, February 21, 2010

Setiap Pelajar Wajib Sertai Satu Jenis Sukan

BANDAR JENGKA, 21 Feb. — Semua pelajar sekolah rendah dan menengah akan diwajibkan menyertai satu jenis sukan mulai tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, sebuah jawatankuasa sementara juga akan ditubuhkan bagi mengkaji untuk memberikan kredit kepada pelajar yang menyertai sukan.

Kajian untuk memberikan kredit atau markah kepada pelajar yang terbabit sukan adalah bagi mengubah persepsi ibu bapa yang sebelum ini melihat aktiviti sukan tidak memberi makna, sebaliknya lebih menekankan pencapaian akademik anak-anak mereka, katanya.

"Efektif tahun depan, tahun ini kita akan buat apa yang patut dahulu, sebab pihak sekolah perlu menyusun kembali jadual sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Konvensyen Umno Pahang di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menjelaskan, sebenarnya penyertaan pelajar dalam sukan telah diwajibkan dalam kokurikulum sebelum ini cuma tidak diberikan penekanan. - Bernama

Wednesday, February 17, 2010

Ziarah Azam di Kuala Kangsar

Sewaktu dalam perjalanan pulang dari Utara, saya sekeluarga keluar melalui tol Changkat Jering kerana lebuh raya sesak teruk. Kami lalui jalan ke Kuala Kangsar dan terniat untuk menikmati laksa kuala, jadi telefon saudara Azam untuk bertanyakan tempatnya. Lantas saya dijemput singgah di rumahnya, tidak mahu menghampakan saudara Azam dan tambahan lama pula tak berjumpanya maka saya mengambil keputusan untuk singgah.
Alhamdulillah kerana saudara Azam dahpun sihat dan lihat sahajalah badan dia yang dah kembali normal sewaktu bertemu di IAB dulu (2005).

Saya dan saudara Azam bersama senapang anginnya. Sempat tengok demo dia tembak tupai.


Saudara Azam bersama isteri dan saya bersama isteri di rumahnya.


Seronok bercerita tentang hal semasa kerana minatnya kini ialah mengumpul parang. Terima kasih juga diucapkan kerana saya telah dihadiahkan dengan sebilah parang olehnya. Siapa yang tak kenal Azam, bab bercerita memang tak putus2. Termasuklah diselit cerita2 lawak.

Dalam urusan sewaktu Tahun Baru Cina ini, dapatlah saya berjumpa dengan dua (2) orang rakan kita semua. Maaf kepada saudari Mahani Rahim, saudara Zul dan saudara Che Hassan kerana tak dapat berkunjung ke rumah mereka. Insya-Allah di kesempatan lain dapat kita bertemu.

Didoakan semoga semua rakan2 dapat menikmati kegembiraan di tahun 2010 ini. Terima kasih.

Tuesday, February 16, 2010

Pendang, Kedah - Di Rumah Rofidah

Sewaktu di Pendang, saya berkesempatan untuk berkunjung ke rumah Rofidah. Beliau telah mengambil saya di Homestay Taman Gemilang, Pendang ke rumahnya. Rupa2nya Rofidah dah berpindah ke rumah barunya sebaik sahaja tamat belajar. Kagum dan tertarik saya dengan rumah barunya dan yang pasti keselesaan tinggal di rumah baru.


Saya, isteri dan Rofidah di hadapan rumah barunya.



Rofidah dan suami, saya dan isteri sambil menjamu selera Mee Kuah Kedah. Sedap dan menyelerakan.

Terima kasih banyak2 kepada Rofidah kerana sudi mengambil saya dan keluarga dan menjamu kami. Segala kenangan di Pendang tidak akan dilupakan. Insya-Allah pada bulan November nanti akan ke sana lagi bagi majlis pernikahan anak saudara saya pula.

Kepada saudara Khalil, maaf kerana tidak dapat ke rumahnya kerana kami konvoi seramai 6 keluarga. Lain kali, kesempatan lain, insya-Allah akan bertemu lagi geng2 Kedah yang lain.

Tuesday, February 9, 2010

Gong Xi Fa Cai 2010

Tidak berapa lama lagi rakan kita berbangsa Cina akan menyambut perayaan Sambutan Tahun Baru Cina. Kepada Lee, Goh dan Li Yoon, Happy Chinese New Year to all of you. Jangan jadi garang macam Harimau. Tetapi kalau jadi hari-harimau bagaimana?

Friday, February 5, 2010

Penangguhan Sebahagian Ganjaran Berkaitan Persaraan Pilihan dan Cuti Tanpa Rekod 42 Hari Bagi Penderma Organ

Rakan2,

PERTAMA

Oleh kerana ada pertanyaan tentang ganjaran yang dibayar sebahagian iaitu 20% daripada ganjaran atau RM10,000 (mana yang lebih), maka saya hyperlink kan surat edaran yang berkaitan yang dikeluarkan oleh JPA.

Surat Edaran Penangguhan Sebahagian Ganjaran Berkaitan Persaraan Pilihan


Walau bagaimanapun bayaran wang tunai GCR akan dapat sepenuhnya. Bayaran ganjaran sepenuhnya akan diperoleh bila mencapai usia 58 tahun. Oleh itu jika sesiapa yang nak bersara awal, fikirkanlah semua faktor2 ini.

KEDUA
Perkara kedua ialah berkaitan dengan cuti tanpa rekod yang boleh diambil selama 42 hari apabila menderma organ saya perturunkan disini untuk rujukan.

Pekeliling Perkhidmatan Bil 3/2010

Cuti ini berkuatkuasa apabila kita keluar dari hospital.

Sekian, terima kasih.

Wednesday, January 27, 2010

High Performance School (Sekolah Berprestasi Tinggi)

KRITERIA PEMILIHAN
  • Pencapaian akademik yang cemerlang
  • Melahirkan personaliti unggul
  • Merangkul anugerah kebangsaan dan antarabangsa
  • Mewujudkan jalinan dengan institusi pengajian tinggi
  • Mempunyai permuafakatan jitu dengan masyarakat serta jaringan kukuh dengan sekolah tempatan dan antarabangsa
  • Menjadi penanda aras kepada sekolah dalam dan luar negaa
FAEDAH
  • Fleksibel dalam pengajaran dan pembelajaran serta silibus bagi subjek wajib dan elektif
  • Boleh menggunakan bahasa pengantar bahasa kebangsaan atau pelbagai bahasa lain
  • Kelonggaran menetapkan waktu pengajaran minimum sesuatu mata pelajaran
  • Memanjangkan waktu persekolahan
  • Membenarkan tempoh persekolahan bagi pelajar cemerlang ditamatkan setahun lebih awal (seperti kelas lompat)
  • Fleksibiliti untuk mengagihkan kewangan mengikut keperluan
  • Pengecualian daripada perolehan secara berpusat
  • Bajet tambahan antara RM500,000 hingga RM1 juta setahun
  • Mengambil staf berdasarkan prestasi pencapaian dan bukan kekananan
  • Boleh menyediakan bayaran kerja lebih masa dan ganjaran berdasarkan prestasi kepada semua staf
  • Boleh memindahkan staf jika prestasi kurang memuaskan
  • Pengagihan fungsi berdasarkan akademik dan bukan akademik,
20 BUAH SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

Sekolah Berasrama Penuh
1. Sekolah Tun Fatimah, JB
2. Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban
3. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak
4. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
5. SM Sultan Abdul Halim, Jitra
6. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban
7. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang
8. SM Sains Tuanku Syed Putra, Perlis
9. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
10. SM Sains Muzaffar Syah, Melaka

Sekolah Menengah Harian
11. SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya
12. SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur
13. SMK Sultanah Asma, Alor Setar
14. SMK (P) St George, Pulau Pinang

Sekolah Rendah
15. SK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur
16. SK Taman Tun Dr Ismail 1, Kuala Lumpur
17. SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur
18. SK Zainab 2, Kota Bharu
19. SK Convent Kota, Taiping
20. SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru


SLAID MAKLUMAT HPS















Senarai 20 buah SBT telahpun diuar-uarkan. Bagaimana dengan semangat rakan2? Adakah tahun 2011 adalah giliran sekolah kita? Pastinya rakan2 mempunyai semangat yang tinggi tetapi kudrat tidak seberapa. Walau apapun, usah berputus asa dan jika ada cita2 untuk menjadi SBT, usaha dari sekarang adalah amat perlu.

Tahniah kepada 20 buah sekolah yang telah tersenarai.

Tuesday, January 19, 2010

Jemputan Kahwin Hajah Norishah Pada 30 Januari 2010



Salam rakan2,
Dah terlalu ramai tak sabar2 untuk menatap kad jemputan perkahwinan ini dan hari ini saya gagahkan untuk scan dan masukkan dalam entri blog kumpulan kita. Mengikut maklumat kad jemputan ini adalah seperti berikut :

Tarikh :
30 Januari 2010 (Sabtu)

Alamat :
No. 6565, Jalan Pernu 2, KM 11
75460 Kampung Pernu, Melaka


Atur Cara Majlis :
11.00 pagi hingga 4.00 petang

Rakan2 semua dijemput hadir ke majlis tersebut. Terutama saudara Yusof Sipan kita yang tak sabar2.
Selamat menghadirinya dan diharap rakan2 dapat menyebarkannya kepada mereka yang jarang atau tidak menjengah blog ini.
Sekian, terima kasih.

Monday, January 18, 2010

Taklimat NKRA

Sekarang adalah musim semua Pengetua dan Guru Besar diberikan taklimat NKRA oleh pihak JPN. Di samping itu juga semua Pengetua dan Guru Besar perlu melafazkan Bai'ah atau New Deal mereka. Bagi negeri Selangor, aku telah menghadirinya hari ini dan satu sesi lagi pada hari esok bagi daerah2 lain.
Bersama2 taklimat tadi telah diselitkan ucapan oleh Tan Sri KPPM yang sudi meluangkan masa untuk menyampaikan ucapannya yang mengambil masa lebih kurang hampir 1 jam juga. Apa yang aku musykilkan adalah slogan 1Malaysia yang diutarakan oleh Tan Sri KPPM, sama ada baru atau dipinda atau ada kesilapan. Jika baru, mustahil aku rasakan, kalau dipinda takkanlah sewenang-wenangnya dipinda dan jika tersilap siapa pula yang buat kesilapan? Tan Sri KPPM hanya membawa powerpoint yang ditayangkan tetapi seolah2 dia sendiri tak menyedari kesilapan itu. Slogan yang dibacakan ialah :

RAKYAT DIDAHULUKAN, PRESTASI DIUTAMAKAN
setahu kita semua
RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Cubalah rakan2 fikirkan sendiri.

Aku agak tertarik dengan ungkapan yang diberitahu oleh Tan Sri KPPM yang boleh dikatakan selari dengan hasrat KPM. Beliau menyatakan bahawa bagi mewujudkan keselarian dengan konsep 1Malaysia, beliau mengutarakan slogan berikut :

PELAJAR DIDAHULUKAN, KECEMERLANGAN DIUTAMAKAN

Pastinya kita perlu memahami dan menyelami maksud yang hendak disampaikan oleh beliau. Nampaknya ucapan Tan Sri KPPM kali ini lebih banyak tertumpu kepada motto dan slogan2 dengan kupasannya berkisar dalam dunia pendidikan itu sendiri.

Selamat BerBai'ah atau New Deal kepada semua rakan2 seperjuangan.

Wednesday, January 13, 2010

Bantuan Makanan Asrama (BMA) Menjadi 240 hari

Rakan2,

Isu berkaitan Bantuan Makanan Asrama (BMA) dah selesai kerana peningkatan bilangan hari kepada 240 hari daripada 200 hari sebelum ini. Alhamdulillah kerana sedikit sebanyak meringankan beban ibu bapa yang anak2nya tinggal di asrama. Bukannya bilangan hari rasanya yang menjadi pertikaian tetapi kesan di sebaliknya iaitu dimana peningkatan kos kepada ibu bapa yang perlu membawa anak balik setiap hujung minggu yang meliputi tambang perjalanan dan masa terutama jika rumah jauh dari asrama.

Sila klik hyperlink di bawah untuk melihat surat pekeliling tersebut :

Surat Dasar BMA

Sedikit sebanyak beberapa perkara boleh diperbincangkan kerana keputusan adalah di tangan penggubal dasar. Inilah bahananya apabila bukan orang pendidikan yang menerajui beberapa bahagian di KPM yang langsung tidak mempunyai latar belakang dan pengalaman berada di sekolah, mengurus sekolah dan menghadapi situasi ini di sekolah. Keputusannya tidak akan melihat dalam skop yang meluas berasaskan pengalaman mengurus sekolah dan asrama terutamanya. Sama2lah kita renung dan fikirkan, rakan2 perlu melihat dan berjuang bahawa kitalah yang telah mengalami dan mempelajari pengurusan pendidikan menjadi peneraju serta memperjuangkan kredebiliti diri kita. Sama2lah kita menunjukkan dan menyakinkan semua pihak bahawa lulusan pengurusan pendidikan dan NPQH adalah pengurus terbaik.

Terima kasih.

Thursday, January 7, 2010

Program Orientasi Sekolah Untuk Guru KPLI

Sama ada ini adalah arahan KPM/JPN/PPD, apa yang pasti kita telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program orientasi untuk guru2 KPLI yang posting di sekolah kita dan menghantar laporan pelaksanaannya kepada pihak PPD. Jika sebelum ini dilaksanakan oleh JPN tetapi nampaknya tanggungjawab itu telah diserahkan kepada pihak sekolah berserta dengan kertas kerja, kandungan program dan borang pelaporan serta dihantar sebelum 15 Januari 2010. Pelaksanaannya adalah di bawah tanggungjawab LADAP selama 1 hari.
Oleh itu, rakan2 jangan lupa masukkannya dalam SKT bagi LNPT tahun ini. Disinilah konsep permuafakatan sekolah boleh dilaksanakan dengan mengumpul guru2 baru KPLI dari beberapa sekolah untuk program tersebut. Ataupun rakan2 mempunyai idea2 lain yang lebih efektif. Semoga rakan2 boleh menjayakan program ini dengan sebaiknya.

Terima kasih.

Monday, January 4, 2010

Muktamad Penggal Persekolahan 2010

Salam rakan2,

Terdapat banyak kekeliruan yang berlaku berhubung dengan penggal persekolahan tahun 2010. Pada permulaannya surat pekeliling yang diwartakan 14 Ogos 2009 telah menetapkan penggal persekolahan tetapi telah dipinda melalui pekeliling bertarikh 7 Disember 2009.

Keputusan muktamad penggal persekolahan telah diwartakan mengikut pekeliling bertarikh 14 Ogos 2009 seperti pekeliling pembatalan pindaannya yang bertarikh 17 Disember 2009.

Sila rujuk surat yang dirangkaikan di bawah :

Surat Pekeliling Penggal Persekolahan

Apa yang hendak diutarakan di sini ialah betapa pentingnya seseorang pegawai yang berpengalaman perlu ditempatkan di sesuatu tempat mengikut pengalaman bertugas. Saya mengenali mereka yang ditempatkan di Unit Dasar, BPSH tu kebanyakannya adalah orang baru yang pengalaman mengajar baru setahun jagung, tidak pernah bertugas di PPD atau JPN, tidak pernah menjadi pentadbir, tidak pernah menguruskan sesuatu yang besar dan tidak pernah memikir implikasi. Pendek kata, pengalaman bertugas memainkan peranan penting ke arah keputusan yang tepat dan keputusan yang tepat terletak kepada nasihat pegawai2 berpengalaman kerana pihak atasan akan mendengar nasihat tersebut. Jika nasihat yang diberi adalah salah, maka natijahnya seperti yang ditempuhi sekarang. Oleh itu, rakan2 fikirkanlah.

Terima kasih.

Thursday, December 31, 2009

UPSR Pada 21 hingga 23 September 2010

KUALA LUMPUR 31 Dis. — Kementerian Pelajaran hari ini mengumumkan 21 hingga 23 Sept. tahun depan sebagai tarikh Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), manakala 5 hingga 12 Okt. tahun depan sebagai tarikh peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dalam satu kenyataan di sini berkata Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan berlangsung pada 22 Nov. hingga 16 Dis. tahun depan dan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) pada 22 dan 23 Jun tahun depan.

Katanya, peperiksaan lisan Sijil Tinggi Pelajaran Agama Malaysia (STAM) akan diadakan pada 12 hingga 23 Julai, manakala peperiksaan bertulis pada 18 hingga 27 Okt. tahun depan.

"Tarikh tersebut mengambil kira keperluan cuti bagi perayaan-perayaan utama seperti Hari Raya Puasa, Hari Malaysia, Deepavali, Hari Raya Haji dan Awal Muharam sepanjang tempoh peperiksaan,” katanya. - Bernama

Wednesday, December 30, 2009

Selamat Maju Jaya Tahun 2010




Tahun 2010 sudahpun hampir menjelang tiba. Ketibaannya memberikan kita semangat baru dalam menghadapi kerjaya kita. Keazaman untuk menjadi pemimpin terbaik dan menjana modal insan terbaik serta membawa organisasi ke arah kecemerlangan merupakan suatu usaha yang begitu mencabar. Jadikan tahun 2009 sebagai satu teladan yang perlu diberi perhatian kerana jika ia adalah baik maka jadikanlah ia terbaik pada 2010 dan jika ianya buruk maka jadikan ia sebagai pengajaran yang bermakna untuk kita memperbaikinya dan memacu semula ke arah hasrat dan impian yang hendak dicapai.

Kepada semua rakan2 Kumpulan A dan B serta kumpulan kohort 9 IAB, sama-sama kita menjadikan tahun 2010 adalah tahun terbaik dalam perkhidmatan kita. Semoga maju jaya dalam semua bidang.

Thursday, December 24, 2009

Rasionalkah Jawapan Ini?

Rakan2,
Hari ini saya mengambil cuti rehat dengan tujuan untuk merehatkan badan dan melegakan kepenatan yang berterusan sejak beberapa hari lalu. Disamping itu saya mengambil kesempatan untuk menyelesaikan beberapa urusan baik peribadi mahupun yang berkaitan dengan kumpulan.

Langkah 1 - Pergi ke SPP
  • Jumpa Pn Murni di SPP (Unit Pengambilan Guru)
  • Dimaklumkan surat tawaran perlantikan yang bertarikh 30 November 2009 telah dihantar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM
Langkah 2 - Pergi ke BPSM, KPM
  • Jumpa Cik Rosaliza di BPSM
  • Dimaklumkan bahawa baru seminggu terima surat tersebut dari SPP belum sempat diproses
  • Alasan yang diberi sedang sibuk menguruskan tawaran untuk mereka yang ditawarkan pada 19 Jun 2009. Persoalannya kenapa masih tak selesai lagi? Sudah berapa bulan? Inikah kerja PTD yang diuar-uarkan cekap dan efisien dan mahir dalam pengurusan?
  • Jawapan juga diberi bahawa kumpulan kita akan dibuat setelah selesai kumpulan bulan Jun. Juga akan dilaraskan dengan BPSH bagi menentukan kekosongan jawatan PJJ. Jika tak ada kosong, mungkin akan dilantik pada tahun 2010. Adakah BPSM masih tak ada angka atau unjuran kekosongan? Sehingga sekarang masih nak tanya dengan BPSH?
Langkah 3 - Akan berurusan pula dengan BPSH bagi mengetahui status kekosongan perjawatan PJJ.
  • Masih belum berkesempatan. Insya-Allah kalau ada kelapangan di lain masa.
Sekian untuk makluman rakan2.

Tuesday, December 22, 2009

Permohonan Kursus IAB Secara Online

Salam rakan2,

Walaupun sejak akhir2 ini blog kumpulan kita ini dah macam tak ada sambutan langsung namun begitu saya masih mengambil kesempatan untuk menyampaikan beberapa maklumat yang boleh dikongsi bersama.
Permohonan kursus secara online di IAB telahpun dibuka. Rakan2 bolehlah memilih kursus yang sesuai untuk dipohon bagi menambah nilai ilmu dan pengetahuan masing2. Rakan2 boleh klik di hyperlink di bawah :

PERMOHONAN KURSUS IAB SECARA ONLINE

Inilah maklumat semasa untuk dikongsi bersama. Terima kasih.

Thursday, December 17, 2009

Semakan Online



Rakan2,
Sebelum ini semakan dibuat melalui portal e-permohonan tetapi sekarang rakan2 sudah boleh membuat semakan online dengan klik di url di bawah :

SEMAKAN ONLINE

Apa yang kita tunggu sekarang hanyalah surat lantikan rasmi yang setakat ini masih belum dapat dikenalpasti di mana sekarang sama ada di SPP lagi atau BPSM atau di JPN? Harap rakan2 bersabar kerana saya sendiri tidak berkesempatan untuk mendapatkan maklumat tersebut disebabkan kesibukan yang putus2. For the time being, just check your status first. Thanks.

Thursday, December 10, 2009

Mesyuarat Pertama Sesi Persekolahan 2010

Setiap kita mempunyai pendirian dan pendapat yang berbeza. Dari sini lahirlah pelbagai pendekatan. Pendekatan yang diambil akan melibatkan perancangan. Perancangan mestilah strategik. Perancangan yang strategik akan membantuk pelaksanaan yang berkesan.

Menurut Dennis D. McDonald (2007) :

"Some organizations develop strategies for adopting social media and social networking based on an informal process that proceeds spontaneously and with minimal central coordination. Others prefer a more formalized process, especially in situations where management recognizes the potential for impacting so many different corporate functions".

Deskripsi lain atau rumusan Dennis ialah :

"A strategic planning process delivers a set of defined initiatives (projects) that achieve a desired set of business goals. The planning process involves a definition of these business goals, an assessment of the resources available for meeting these goals, and the definition of specific plans (initiatives) that are designed to achieve the goals. The process usually incorporates a ranking exercise that identifies the highest priority initiatives".

Peluang ini kita ambil bersama untuk saling bertukar pandangan dan pendapat. Kita semua berjaya meningkatkan prestasi sekolah masing2. Kepada rakan2 yang tidak berjaya, mereka memerlukan perkongsian idea kita. Oleh itu sama2lah kita berikan pendapat dan pandangan masing2 dalam menghadapi mesyuarat pertama sesi 2010 sebelum sekolah dibuka. Pandangan boleh meliputi :

(a) Apakah perkara2 yang akan disampaikan dalam mesyuarat pertama?
(b) Apakah program terbaik yang rakan2 telah laksanakan sepanjang 2009 yang telah memberi impak kejayaan?
(c) Apakah strategi dan tindakan dalam menangani perkara2 yang melibatkan penyelesaian masalah semasa yang timbul?

Selainnya apa sahaja boleh kita bincangkan disini. Sumbangan rakan2 walaupun sebaris ayat akan membantu rakan2 yang lain.

Terima kasih.

Wednesday, December 2, 2009

Pertukaran dan Penempatan Guru

Sebelum pembukaan sesi persekolahan tahun 2010, pertukaran keluar dan masuk guru-guru akan dan telah berlaku. Begitu juga dengan penempatan guru-guru baru. Apa yang penting untuk kebajikan mereka ialah segala tuntutan perjalanan atau perpindahan perlu diselesaikan segera pada tahun 2009 juga kerana tiada peruntukan pada tahun 2010. Sebab itu penempatan dan pertukaran mereka berkuatkuasa pada 1 Disember.
Dalam menerima mereka di sekolah kita, apa yang pasti rakan2 rujuk kembali konsep pengurusan sumber manusia yang dipelajari sewaktu di UPSI yang melibatkan proses orientasi, sosialisasi dan seterusnya.
Selamat Merancang Bagi Tahun 2010

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites