Thursday, December 31, 2009

UPSR Pada 21 hingga 23 September 2010

KUALA LUMPUR 31 Dis. — Kementerian Pelajaran hari ini mengumumkan 21 hingga 23 Sept. tahun depan sebagai tarikh Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), manakala 5 hingga 12 Okt. tahun depan sebagai tarikh peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dalam satu kenyataan di sini berkata Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan berlangsung pada 22 Nov. hingga 16 Dis. tahun depan dan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) pada 22 dan 23 Jun tahun depan.

Katanya, peperiksaan lisan Sijil Tinggi Pelajaran Agama Malaysia (STAM) akan diadakan pada 12 hingga 23 Julai, manakala peperiksaan bertulis pada 18 hingga 27 Okt. tahun depan.

"Tarikh tersebut mengambil kira keperluan cuti bagi perayaan-perayaan utama seperti Hari Raya Puasa, Hari Malaysia, Deepavali, Hari Raya Haji dan Awal Muharam sepanjang tempoh peperiksaan,” katanya. - Bernama

9 comments:

ybs said...

mekasih faris, tgh sibuk2 ni, ko sohat ke, hehe....

Faris said...

Cop,
Kesibukan memang tak dapat dielakkan. Tambahan terpaksa menyelesaikan segala tugasan supaya PK dan guru boleh melaksanakan Hari Pendaftaran dan Terbuka pada 2 Januari 2010 dengan jayanya sebab aku ada kuliah pada tarikh tersebut. Aku yakin dengan komitmen PK dan guru2 aku.
Kebetulan ada berita terkini untuk makluman rakan2, jadi aku postkan entri ini. Tapi sedih juga bila rakan2 dah tak nak mengunjungi blog ini dan terbiar sepi aje. Aku tahu kau adalah pengunjung setia blog ini Cop. Tahniah kepada kau.
Kesihatan? Setakat ni alhamdulillah kerana kurniaan Allah s.w.t telah mengizinkan aku untuk terus berkhidmat. Semoga 2010 menjanjikan kecemerlangan UPSR sekolah kau Cop dan juga semua rakan2 kumpulan ini.
Terima kasih.

aisyah said...

salam. kami sudah selesai membuat pendaftaran murid tahun 1 dan pra sekolah hari ini. tamat jam 11.00 tadi. sebab di johor - tak cuti 1 jan 2010. faris, tk kerana beri tarikh upsr tu.selamat maju jaya.

Kak Kiah said...

Faris,Sop dan Syah serta rakan semua. Terima kasih..HARAP SEMUA SIHAT DAN BAHAGIA DENGAN KEDATANGAN 2010 DAN 1430H.Rancanglah baik-baik UPSR lewat 2 minggu dari tarikh biasa.

noris said...

Selamat bretugas semula di Tahun 2010.Saya ke sekolah baru Tahun ini.Sekolah ini tiada yang dapat
5A tahun lepas so, saya kene kerja kuat untuk kejayaan sekolah baru .Insyaallah.

ybs said...

apa nama sekolah baru ko tu normah? makin dekat dgn rumah ke?

ybs said...

kak kiah, ape kaba? moga sentiasa sihat.... hehe

Kak Kiah said...

Noris..Waduh hebatnya wakil UPSI diberi kepercayaan untuk ke sekolah semborono.Noi dan buktikan..giliran adik pulak..HEBAT..HEBAT..HANG JEBAT menyabung nyawa untuk memperjuangkan yang benar..Nasihat Kak Kiah buat yang terbaik, selalu amalkan win..win situation, swot cornfirm..dll lagi ilmu hitam yang adik dapat diIAB, UPSI dan pengalaman lalu.

Kak Kiah said...

Cop..Kak Kiah dan menyehat.Cuti baru ni ajak anak-anak ke utara.Lima hari cuti. Tiba-tiba masuk Singapore sebab adik ipar masuk ward. Nak Jadi menantu misali katakan. Walhal tak pernah masuk Singapore bawa kereta sendirian berhad.Tapi semangat dari anak-anak, gedah je..So 3 malmlah kat sana.Apa lagi melayan kerenah songil Singapore. Siang..day parking, malam.. midnigt parking, autopaylah..nak bawa kereta sebiji. Tapi semua beres..adik ipar pun dah sihat.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites