Monday, January 4, 2010

Muktamad Penggal Persekolahan 2010

Salam rakan2,

Terdapat banyak kekeliruan yang berlaku berhubung dengan penggal persekolahan tahun 2010. Pada permulaannya surat pekeliling yang diwartakan 14 Ogos 2009 telah menetapkan penggal persekolahan tetapi telah dipinda melalui pekeliling bertarikh 7 Disember 2009.

Keputusan muktamad penggal persekolahan telah diwartakan mengikut pekeliling bertarikh 14 Ogos 2009 seperti pekeliling pembatalan pindaannya yang bertarikh 17 Disember 2009.

Sila rujuk surat yang dirangkaikan di bawah :

Surat Pekeliling Penggal Persekolahan

Apa yang hendak diutarakan di sini ialah betapa pentingnya seseorang pegawai yang berpengalaman perlu ditempatkan di sesuatu tempat mengikut pengalaman bertugas. Saya mengenali mereka yang ditempatkan di Unit Dasar, BPSH tu kebanyakannya adalah orang baru yang pengalaman mengajar baru setahun jagung, tidak pernah bertugas di PPD atau JPN, tidak pernah menjadi pentadbir, tidak pernah menguruskan sesuatu yang besar dan tidak pernah memikir implikasi. Pendek kata, pengalaman bertugas memainkan peranan penting ke arah keputusan yang tepat dan keputusan yang tepat terletak kepada nasihat pegawai2 berpengalaman kerana pihak atasan akan mendengar nasihat tersebut. Jika nasihat yang diberi adalah salah, maka natijahnya seperti yang ditempuhi sekarang. Oleh itu, rakan2 fikirkanlah.

Terima kasih.

18 comments:

yusofsipan said...

haah faris, minggu lepas pun aku tengok di portal jpn johor telah dibuat pengumuman ttg pembatalan pindaan tsb, layan jer la....

Aida Ali said...

Oh rupa-rupanya mereka nak layan orang-orang Sabah Sarawak tulah. Agak-agaknya kenapa mereka tarik balik pindaan tu ya? Penat je kita adjust takwim kita hari tu.

noi said...

Salam,
Memang kacau dengan takwim kpm. Dah komen dengan pengarah. Melaka lagi kacau kerana SUKMA 2010 nak ikut cuti penggal sekolah tapi dah 3 kali ubah. Dia orang kata, apa kena dengan pendidikan.
Hari pertama persekolahan 2010, sekolah dah dilawati oleh 2 orang pegawai jpm- prasekolah and akademik. Sekolah lancar dan berdisiplin. Syukur.
Bagaimana dengan kawan kita Cikgu Aziz? Bolelah kongsi pengalaman TPM melawat sekolah pada hari pertama.
Akhirnya, saya berharap agar En.Faris dapat beri saya alamat sekolah untuk dihantar kad jemputan perkahwinan anak saya dan dimasukkan dalam blog ini untuk mengundang semua rakan-rakan yang sudi hadir ke rumah saya.
Saya dalam kesibukan membuat persiapan majlis tersebut. Almaklum seorang diri!
Harap sudi...

Anonymous said...

Salam noi,
Dah nak menantu kamu.Kita dah semakin tua,dan tahun depan jadi nenek muda lah kamu.semoga majlis kamu berjalan dengan meriah dan lancar.

yusofsipan said...

salam noi,
ko komen kat pengarah JPM tu ketika dlm bilik tido jer ye? hehe...

bila ko nak mengadakan walimah anak ko tu, teruja jugak aku nak datang! eh kita boleh buat mcm reunion la masa tu, kalau ramai yg dtg dpt ler kita bertemu semula....sonok jugak kan?

yusofsipan said...

anony,
kira2 aku sekarang ni dah jadi datuk muda la yer? hehe

Faris said...

Noi,
Terima kasih di atas kesudian jemputan. Alamat saya ialah SK Kajang Utama, 43000 Kajang, Selangor DE. Jika kad jemputan nak dimasukkan ke dalam blog, kalau boleh scan dulu lagi baik dan email kepada saya di alamat email afarisj@yahoo.com

Cop,
Kalau nak buat reunion disitu pun boleh dengan syarat semua bersetuju. Kita cari aje pakej penginapan di sana dan mungkin Noris boleh uruskan. Persetujuan rakan2 lain perlu dan reply dalam blog ini agar reunion kita boleh dipindahkan dari Pulau Redang ke Melaka. Setuju atau tak rakan2 lain?

yusofsipan said...

aku setuju buat kat melaka! hehehe....

noris said...

No Problem,siapa yang nak datang,beritahu.Saya boleh carikan tempat penginapan.Kalau tak tido kat rumah saya saja.Saya beri seorang satu khemah,sebab bilik ade empat saja.Rumah saya dekat dengan A Famosa Water World.Nanti kita pergi ramai-ramai ke rumah Norishah.
Usop, kamu Muar dah dekat dah.Kamu memang boleh jadi datuk muda.dah berapa cucu kamu?seronok juga bila cucu panggil datuk .Jangan sampai anak kamu yang kechik panggil kamu datuk juga.jangan marah....gurau aje.Semuanya rezeki dari Allah.

yusofsipan said...

noris,
eh bagus jugak kita tido dlm khemah kat umah ko, ko cuma perlu sediakan kawasan lapang sbg camping site.... mcm seronok jer kan kan

hehe

noi said...

Salam,
Terima kasih kawan-kawan. Majlis akan berlangsung pada 30 JANUARI 2010(Sabtu).Sekarang sedang sibuk urusan menjemput orang-orang kampong. Semua pengetua dan gb Melaka akan dijemput.
Seronok baca tulisan daripada kawan-kawan yang nak buat renuion di Melaka. Dipersilakan. Kena cepat jika nak tempah hotel.
Nanti saya usahakan scan kad jemputan.

mpmn said...

noi...

nak bermenantu dah kau ye!!! sudah semestinya skrg ni, kau tak dok diam. maklumlah menantu sulung. ada rezeki aku sampai.

boleh gak jumpa kwn2. pakat2lah geng.

noris said...

usop,
kawasan rumah saya memang luas.terutama belakang rumah,di kebun durian saya.

yusofsipan said...

noris,
kat kebun durian ko tu takde pondok ke, ok jugak pe lepak kat pondok durian, hehe

teringat zmn kanak2!

binzain said...

wah idea bagus ni,kalau buat reunion di Melaka...

norishah boleh uruskan penginapan di bttpn kut.just sound aje kat pengarah yg dok ada disebelah tu.gerenti no problem punya.makan tengahhari no problem sebab ada tempat kenduri. betul tak....

kalau tak dpt ,masing2 bawa khemah la jawabnya.

ama said...

Salam. Tahniah Noi....semoga majlis walimatul urus yg dirancangkan berjaya & diberkati Nya.Saya insyaAllah cuba hadir. Begitu juga Faris tk atas info ttg penggal persekolahan 2010.
Alhamdulillah lawatan kerja YAB TPM/Ment Pelajaran memuaskan hati Dr Pengarah JPN Sel.YAB TPM tu ok aje....cuma tang persiapan, kami hanya dimaklumkn pd Khamis 31 Dis, Jumaat 1 Jan cuti umum, esoknya Sabtu dan lusa Ahad. apa lagi kami guru2 berkampunglah....sampai mlm. Bukan apa malu jugak sek & pihak PPD serta JPN jika keadaan sekolah khasnya ttg prasarana dan bilik darjah tak kondusif. Apatah lagi Dr Pengarah kami telah turun ke sek 3 hari berturut2. Dia sgt teliti dan 'perfectiones' model orgnya. Syukur guru2 & staf sek dpt bekerjasama. Hikmah utama sek ni dpt cukup guru, buku teks juga sampai sek dan cukup menjelang mlm 4 Jan. Esoknya sek dihadiri oleh ramai VVIP KPM, org politik sekitar S.Alam/Subang dan kump org Media. Press Confrn dibuat di kantin semasa P&P masih berjln di kelas. Pihak SU Akhbar YAB TPM yg uruskan. Pihak Polis jugak...Kita pihak sek dan pihak KPM tak boleh buat apa-apa....ikut saje.Apa pun memang 4 Jan tu 'hari ini dlm sejarah' utk sekolah malah utk masyarakat sekitar. Dasar KPM ttg P&P mesti berjln ; buku teks sampai ke tangan pelajar dan kerusi meja cukup (setiap murid dpt satu set) adalah keutamaan sesi lawatan itu. Selain itu situasi murid yg ramai; bgmna sek uruskan....antaranya sek kami laksanakan rehat murid 4 kali utk sesi pagi (Pdkn Khas, Th 1, Th 5 & Th6)& 3 kali sesi Ptg (Th2, Th3 & Th4) telah menarik minat VVIP; selain itu usaha sek manyewa khemah & kerusi(4 set )yg diletak kan ditepi kantin utk menampung keramaian murid disbbkan kehadiran ibu bapa/penjaga d hari pertama telah dpt mengurangkan isu kesesakan. Di Press Confrn juga YAB TPM telah umumkan pmbinaan sek baru berhampiran dgn sek ini dlm jangka masa terdekat...telah meredakan banyak pihak. Begitulah serba sedikit maklumat. Alhamdulillah segalanya dah selesai.....kini kena teruskan usaha utk memenuhi dasar KPM spt NKRA, KPI dll isu pend semasa. Tk

binzain said...

tahniah,tahniah ama, ni juga satu pengalaman yg tak dpt dilupakan.

kita bagi satu tepukan kpd ama.....klap,klap,klap,klap,,...eh dah lebih dari satu pulak. hehehe..

ama said...

Salam & sejahtera hendaknya kita semua.Terima kasih rakan2 begitu juga Hj Zul bin Zain. Lega rasanya...kebetulan Pengarah kami adalah Leader utk Perbengkelan Sub NKRA 1 & 2 sbb tu dia yg beri ceramah road show negeri2. Ada kemungkinan beliau akan mjadi Pengarah bagi Bhg NKRA di KPM kelak (ada ura-ura wujud 2 Bhg baru di KPM utk NKRA Sub 1&2 dan satu sub 3&4). Kedatangan YAB TPM hari tu pun dicadangakan utk dibawa melihat kelas/murid Tahun 1 sahaja.....mereka dari Pra sek (k'jaan atau swasta).Apa pun pengalaman sekali seumur hidup saya lah agaknya. Lps ni sampai pencen takde lagi VVIP dtg sek utk buat lawatan kerja.....tk. Waslm

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites