Monday, January 18, 2010

Taklimat NKRA

Sekarang adalah musim semua Pengetua dan Guru Besar diberikan taklimat NKRA oleh pihak JPN. Di samping itu juga semua Pengetua dan Guru Besar perlu melafazkan Bai'ah atau New Deal mereka. Bagi negeri Selangor, aku telah menghadirinya hari ini dan satu sesi lagi pada hari esok bagi daerah2 lain.
Bersama2 taklimat tadi telah diselitkan ucapan oleh Tan Sri KPPM yang sudi meluangkan masa untuk menyampaikan ucapannya yang mengambil masa lebih kurang hampir 1 jam juga. Apa yang aku musykilkan adalah slogan 1Malaysia yang diutarakan oleh Tan Sri KPPM, sama ada baru atau dipinda atau ada kesilapan. Jika baru, mustahil aku rasakan, kalau dipinda takkanlah sewenang-wenangnya dipinda dan jika tersilap siapa pula yang buat kesilapan? Tan Sri KPPM hanya membawa powerpoint yang ditayangkan tetapi seolah2 dia sendiri tak menyedari kesilapan itu. Slogan yang dibacakan ialah :

RAKYAT DIDAHULUKAN, PRESTASI DIUTAMAKAN
setahu kita semua
RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Cubalah rakan2 fikirkan sendiri.

Aku agak tertarik dengan ungkapan yang diberitahu oleh Tan Sri KPPM yang boleh dikatakan selari dengan hasrat KPM. Beliau menyatakan bahawa bagi mewujudkan keselarian dengan konsep 1Malaysia, beliau mengutarakan slogan berikut :

PELAJAR DIDAHULUKAN, KECEMERLANGAN DIUTAMAKAN

Pastinya kita perlu memahami dan menyelami maksud yang hendak disampaikan oleh beliau. Nampaknya ucapan Tan Sri KPPM kali ini lebih banyak tertumpu kepada motto dan slogan2 dengan kupasannya berkisar dalam dunia pendidikan itu sendiri.

Selamat BerBai'ah atau New Deal kepada semua rakan2 seperjuangan.

5 comments:

noris said...

JPN saya dah buat minggu lepas.Baca ikrar yang diketuai oleh Pengarah negeri.Yang beri ceramah NKRA ialah Pengarah JPN Selangor dan Pn.Norhayati Timb.Ketua Nazir.
Siapa antara kawan2 kita yang letak SKPM sekolahnya 95 ke atas?Tahniah lah kalau sampai ke Tahap tu.mpmn,usop Faris,ama,mesti boleh capai ke tahap itu sekolah U all.saya setakat 80an saja.

jon said...

negeri terengganu...taklimat NKRA akan diadakan pada 20 Jan 2010 di sekolah elit.

ybs said...

faris,
prestasi dan pencapaian tu maknanya sama cuma sbb sedari awal yg digunakan ialah pencapaian, rasanya tak perlu ler diubah kpd prestasi....mungkin yg menyediakan powerpoint tu yg silap!

slogan KPM tu best....PELAJAR DIDAHULUKAN, KECEMERLANGAN DIUTAMAKAN

hehe....

p/s; kad jemputan Norishah tak sempat scan lg ke faris?

binzain said...

kami di sini telah diberi taklimat pada 14 jan minggu lepas.TKPM yg sampaikan bersama pengarah dari eprd.

hasrat kjaan tu mmg bagus kalu boleh dilaksanakan.tapi....ada ka pulus nak laksanakan.banyak belanja tu.

takut jadi mcm kia2m, pipp yg nak habis dah thn ini.banyak lagi progra2 dan dasar2 spt melepas batuk ditangga saja.

mpmn said...

daerah aku baru nak buat esok. byk belanja gak dikeluarkan utk promosi ni. pelaksanaannya tak tahu le. malaysia ni serba boleh.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites