Tuesday, January 19, 2010

Jemputan Kahwin Hajah Norishah Pada 30 Januari 2010



Salam rakan2,
Dah terlalu ramai tak sabar2 untuk menatap kad jemputan perkahwinan ini dan hari ini saya gagahkan untuk scan dan masukkan dalam entri blog kumpulan kita. Mengikut maklumat kad jemputan ini adalah seperti berikut :

Tarikh :
30 Januari 2010 (Sabtu)

Alamat :
No. 6565, Jalan Pernu 2, KM 11
75460 Kampung Pernu, Melaka


Atur Cara Majlis :
11.00 pagi hingga 4.00 petang

Rakan2 semua dijemput hadir ke majlis tersebut. Terutama saudara Yusof Sipan kita yang tak sabar2.
Selamat menghadirinya dan diharap rakan2 dapat menyebarkannya kepada mereka yang jarang atau tidak menjengah blog ini.
Sekian, terima kasih.

7 comments:

ybs said...

mekasih faris krn dgn segala kegagahan telah scan kad jemputan itu....kegagahan dah berkurangan ke? hehe....

aku bkn tak sabar faris, cuma aku bimbang tidak berkesempatan utk hadir, almaklum ler banyak hal dan perkara yg perlu diuruskan! ko tu cuba ler sedaya upaya dan dgn gagahnya utk turut hadir....kalau nak tambah kegagahan ko jumpa ler aku kat muO, hahaha

Faris said...

Cop,
Sama-samalah kita berkasih-kasihan. He he he....
Kegagahan adalah subjektif kepada perkara apa yang ditentukan. Setakat ini masih gagah cuma kegagahan masa sahaja yang mencemburui.
Rasa2nya aku tak dapat hadir kerana hari tersebut adalah hari Sabtu dan aku seperti biasa terpaksa menghadiri kuliah. Kau sampaikan aje salam aku kepada semua rakan2 yang hadir. Maaf berbanyak2lah Cop dan juga Hajah Norishah.
TK.

binzain said...

dia wakilkan ko jemput kami semua ke faris atau sekadar bagi tahu.

sekali sekala tuang la kuliah tu.hehehhe.

usup ko gagah ke atau buat2 gagah?

ama said...

Selamat Sejahtera & Salam 1 M'sia.
Tk Faris atas usaha ko....aku pun cuba nak hadir insyaAllah. Pd tarikh yg sama anak sdr sebelah isteri kahwin (mak bapaknya dah tiada) dan satu lagi Pak sdr sdiri nak kahwinkan anaknya.Lokasi pulak di Ijok dan di Felda Lepa, Phg.Apa pun kpd rakan2 kalian selamat pergi & kembali jk dpt hadir.Tahniah buat Hjh Norishah & suami dpt menantu pertama. Kpd Noris tk atas pelawaan tido menginap tu. Mungkin saya balik hari aje...mudah2an diberi kemuidahan oleh Nya jua. Wassalam

mpmn said...

ama..

kau tu jgn asyik gi tgk org kahwin je, diri hg tu sendiri layak tambah seorg lg. tak berani ke?

ama said...

Salam.
Tak pelah MPMN ada rezeki kita pegi lah bertandang sambil menunaikan hajat tuan rumah.... kan dah menjalin silatul rahim sesama kita.Soal layak tambah satu lagi ni memanglah.....cuma kita semua ni pun tengah tunggu sdr MPMN dulu mengikut jejak sahabat kita terdahulu. Amacam ok kan... Aku memang 'belum berani utk menggalas tanggungjwb yg amat berat tu'....InsyaAllah kita jumpa di sana kpd yg ada kelapangan hadir. tk. wassalam

Anonymous said...

berita terbaru aku dengar,
Tahniah,kepada Maznon, kerana sekolahnya termasuk dalam kategori 20 buah sekolah berprestasi tinggi .Ade juga wakil group kita.
ape komen maznon......

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites