Monday, February 22, 2010

Bil Elektrik Pukal - Makluman SMS dari Haji Zulkifli Md Zain

Salam rakan2,

Saya menerima mesej SMS ini daripada rakan kita Haji Zul pada 19 Februari 2010 yang lalu tapi kerana kesibukan menguruskan orang tua, saya tidak mempunyai kesempatan untuk berkongsi maklumat ini. Oleh itu, hari ini saya publishkan dalam entri blog kumpulan kita untuk makluman dan tindakan rakan2 sekalian. Kepada sesiapa yang dah bayar untuk bulan Januari tu, kena bincang semula dengan PPD masing2.


Berikut ialah SMS dari Haji Zul yang saya terakan disini :

makluman terakhir selepas jumpa tpm /menteri pel. dan penjelasan sub kew. pd 19.2.10 bayaran utiliti letrik dibayar secara pukal seperti tahun lepas. sebarkan kpd ahli tuan. tk kz gmgbm


15 comments:

jon said...

bayaran elektrik masih pukal sehingga Jun kan...

Faris said...

Jon,
Banyak versi. Ada kata Mei, ada kata April, ada kata Jun. Mana satu yang betul pun tak tahu.
Adakah slogan 1Malaysia, rakyat didahulukan hanya sekadar slogan? Murid dan ibu bapa adalah rakyat, elektrik adalah kemudahan untuk pembelajaran. Yang tak perlu tu, tak payahlah nak diada2kan.

jon said...

rakyat didahulukan..memang dah betul tu sebab rakyat (budak sekolah) yg kena ..."rakyat didahulukan merasa kesan"

binzain said...

apa ni jon, yg tu pun nak merungut...!!! Mu tu boleh jimat letrik,mu dok dipulau,apa nak susah.mlm tido awal,padam lampu.. buat aktiviti lain yg tak memerlukan cahaya lampu,cahaya bulan pun dah cukup kan,...kan....

atawa pun mu boleh buat inovasi, guna kuasa ombak ke atau angin laut ke..utk menghasilkan arus letrik.hehehehe...

Aida Ali said...

Pening. Bil Januari sekolah saya RM4000 lebih. Hari tu PPD dah umumkan suruh sekolah bayar dulu yang Januari. Tapi sekolah saya masih belum buat bayaran, nak tunggu juga berita baik ni. Cepatlah keluar hitam putihnya.

Kak Kiah said...

Oh..bnyaknya Aida bil sek ....Sekolah baru ye..Doa-doalah pukal malah mula bulan Mac/April 2010..GB/Pengetualah paling happy tak dapat SBT pun tak pe..janji audit tak berteguran.

jon said...

binzain...dulu banyak tahun jg cahaya bulan terang.hehehe aku dah guna ombak untuk dapatkan angin..musim tengkujuh je...

Banyaknya bil elektrik kawan kita tu....agaknya bilik gb aircond kuat sgt tu hehehe

binzain said...

jon, dulu ada cahaya bulan, tapi sekarang ni cahaya apa ye?

entah kenape sekolah kawan kite tu bil apinya tinggi?

jon said...

kenapa banyak sangat bil elektrik tu kawan...selalu macam tu ka..

yusofsipan said...

nyibuk pulak korang bertanye pasal sekolah kawan tu bil eletriknya tinggi, korang pi ler ke skola tu utk lihat dgn mata kepala korang sendiri.... sori, aku bkn marah, nasihattttt!!!

angin tak baik la lima enam hari ni...., schoolnet block pulak blog ni, huhuhu....

pg nih bole dah....hehe

zorro said...

haaa, ko guna talian sekolah utk layari blog kite ye.....salah guna kuasa dan peruntukkan !!!

lain kali guna broadband spt aku ni.mana2 pun bole layari lagi halal penggunaannya.

ybs said...

wei zorro,
kat tempat aku nih, broadband dah jadi beruk van.... lembab!!!

jon said...

dasyat betul broadband ko beli cop...cap ayam tu..hehehe

jon said...

cop...aku rasa school net ko dah dapat detect ko layari blog ni...tak pe cop..ko kan pakar ict..

valar said...

hi kawan2,
sy skrg di sek baru. memang senang hati. semua baru rasa spt guru besar baru dan muda. cara pukal nak tunggu suratkah?

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites