Saturday, March 6, 2010

Pengetua, guru besar sekolah bukan SBT turut nikmati insentif: TPM

PETIKAN AKHBAR BERITA HARIAN ONLINE PADA 6 MAC 2010 JAM 1.00 PETANG

BEHRANG: Pengetua dan guru besar sekolah bukan dalam kelompok Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) akan diberi insentif dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan mulai tahun depan sekiranya sekolah mereka cemerlang berdasarkan kriteria tertentu.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata insentif itu akan dikongsi guru dan pentabir sekolah berkenaan.

Muhyiddin berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan warga pendidik Daerah Batang Padang di Dewan Politeknik Sultan Azlan Shah serta Program Juara Rakyat peringkat negeri Perak, di Tasek YDP Slim River, sebentar tadi.

5 comments:

Anonymous said...

Kita kerja dengan ikhlas dan mesti ade visi dan misi untuk dicapai.dapat atau tidak insentif tak kisah. Kan gaji kita dah dibayar...Kalau dapat ,itu rezeki,kalau tak dapat bukan rezeki kita.Janji niat mesti betul.....

mpmn said...

betul,betul,betul... tp selagi dinamakan manusia.... setan tu mencelah je..

burung antu said...

hg x sah kira lah si tan tu..memang keja depa nak mencelah ja..jgn kasi celah.. betui kata anony(pa jenis tu). kheja biasak ja. dpat..dapat lah..

zorro said...

satu lagi gimik dan lawak thn 2010 ni.mcm la banyak duit sangat.belanja la ni pun sekolah kena ceput.

mesyuarat,taklimat dan kursus kena had dan tak boleh tuntut elaun perjalanan. tak pa kita redo.....

bebudak tadika bole la bagi janji2 manis mcm ni.apa jadi kluster n premier school dulu?ini cth aje.banyak lagi kalau mau.....

mpmn said...

biasale politik malaysia. malaysia bole.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites