Monday, March 29, 2010

Tarikh Lantikan DG41 Pada 5 Oktober 2009

Salam rakan2,

Saya mengambil kesempatan ini untuk menulis sedikit berita gembira walaupun masih dalam kesibukan yang tidak begitu ketara dalam menyelesaikan 2/3 assignment lagi. Perkhabaran yang gembira untuk dikongsi bersama.

Saya telah dihubungi oleh saudara Khairudin dari Ipoh pada jam 4.45 petang tadi. Menurut beliau, surat tawaran DG41 telahpun berada di JPN masing2 kerana BPSM telah mengeluarkan surat tersebut pada 22 Mac 2010. Sekarang ini terpulang kepada JPN masing2 sama ada mereka cepat atau lambat. Beliau telah menghubungi JPN Perak dan bertanyakan semua rakan2 di Perak dan jawapan yang diterima semua kumpulan dari Perak telahpun ada surat di JPN Perak dan rakannya di JPN menyatakan bahawa tarikh yang disyorkan ialah pada 5 Oktober 2009.

Terima kasih kepada semua rakan2 yang mendesak dan terus mendesak sehingga proses itu dapat dipercepatkan dan mereka tidak bekerja sambil lewa sahaja. Oleh itu sekarang ini, giliran kita mendesak JPN masing2 pula untuk mempercepatkan penghantaran surat tersebut ke sekolah.

Cuba rakan2 selidik tentang Borang Tapisan Keselamatan. Ada di antara guru-guru kita menerima borang tapisan keselamatan yang begitu detail untuk dilengkapkan. Sepatutnya, tapisan keselamatan sekarang adalah menggunakan Borang Tapisan Keselamatan Kasar yang lebih kurang 1/2 mukasurat sahaja. Sesiapa yang ada maklumat tersebut, maklumkanlah dalam blog ini.

TAHNIAH KEPADA SEMUA!!!!

Terima kasih.

36 comments:

ybs said...

tahniah, tahniah, tahniah!!!

mekasih faris....

valar said...

terima kasih faris, harap semua kawan kita bahagia.

Faris said...

Cop,
Kau dah di JB tu, pergi ajelah ke JPN tu untuk ambil surat.

ybs said...

haah faris, kalau sempat nt aku ke jpn la tp sebelom tu aku nak mintak tolong si aisyah tengokkan dulu....hehehe

jon said...

terima kasih faris... dan tahniah rakan2.tadi aku call jpn pun katanya dlm proses untuk diedar.tunggu peng arah sain kot.agknya pengarah nak tulis :tahniah jg kt surat iringan tu...

cgany said...

Borang2 yang perlu dikembalikan oleh rakan-rakan ialah:
1. Borang setuju terima tawaran perlantikan sebagai PPPS Gred DG 41( PJJ)warna biru
2. Surat Akuan Sumpah
3. Salinan Surat aku janji
4. Salinan BRP(pastikan lengkap termasuk jika anda dilantik ke DGA 34 dan DGA 38
5. Salinan KEW 8
6. Borang Tapisan Keselamatan
(Sila guna borang KPKK11 yang disi dalam dua salinan beserta dengan dua keping gambar pasport.

7. Selain daripada itu juga kita dikehendaki menghantar borang pemeriksaan doktor yang dulunya tidak diwajibkan ke atas kita yang berjawatan tetap.Pemeriksaan doktor boleh dibuat di hospital kerajaan ataupun swasta .
Itu yang dapat saya dan Chong kongsi bersama-sama.Tahniah untuk semua rakan2 kumpulan A dan B. Kerisauan yang tinggi dah selesai

ybs said...

mekasih anas!

moga ko sentiasa ceria dan bahagia bersama keluarga....

mpmn said...

tk semua kawan2 atas perjuangan yg tak pernah kenal jemu dan takut. cuma yg takut zorro n mamak je.

wakil kita kena ucpkan tk juga pd cik rosaliza tu. org berbudi kita berbahasa. mudah2an sng urusan akan dtg.

tk anas atas penjelasan. mana nak ambil borang tapisan tu.

mpmn said...

satu lagi nak tanya, di jpn, unit mana yg uruskan surat kita tu?

cgany said...

Salam Satu Malaysia.
1. Borang tapisan keselamatan boleh di download drp Portal Rasmi SPP Malaysia
2. Sektor yang menguruskan surat tu ialah Sektor Khidmat Pengurusan Dan Pembangunan (Unit Perjawatan)

ybs said...

mekasih, mekasih dan mekasih anas, sungguh baik hati kau, rindu aku sama kau bah....

hehe

jon said...

terima kasih anas..wakil spp! lengkap dan kemas penerangan tu macam mana nak kembalikan jawapan.zorro dan mamak dah siap mpmn..

zorro said...

tahniah...tahniah....kepada kita semua.TQ faris diatas segala info berkaitan dgn perlantikan dg41 ni.

mpmn knape aku takut pulak?aku pun turut sumbang zaaapppp cik rosaliza tu, sampai dia tak terjawab.mamak aku tak tahu....

apa la ekau ni,ekau tanya saja unit perjawatan dan kenaikan pangkat.

ptg ni aku nak zaaaaap jpn aku pulak.jpn kedah ni kalu tak zaaaap lambat juga.ooooppppsss nanti ada org analisis pulak ,terlepas cakap.heeeeee.

mai kita zzzaaaaaaappppppp jpn kita ramai2.

jon said...

zorro...nape hang bukak rahsia hang... tu lah asik dok zapppp ni dah zapppp diri sendiri pulak hahahaha

zalila said...

tima kasih faris dan rakan2 yang turut menelepon dan mendesak cik ros.skg tunggu proses jpn a pua.harap2 cepat

zalila said...

zorro ornag kedah ya.tau dah siapa.mak ang p mana tak dengar cerita pn, ya ansori, rosmah, khairi, rofidah senyap je semua

zalila said...

maaf ya zorro, nak tanya mak lang , ya ansori dll bukan mak ang , silap minta maaf banyak2

zorro said...

zalila, nasib baik hg minta maaf, kalu tak aku zaaaapppp hg.

pi kursus ke atau pi layari blog kita?hhheeeeeee.

jon...nasib baik aku tak terlepas cakap banyak2. mu pun bukan kenal sapa aku lagi.jgn main serkap jarang,nanti tersalah serkap, org mare tau.....

orang kedah ramai...mana satu mu nak zzaaaaaaaapppppppp. hheeeeee.

zorro said...

mak lang,rofidah,rosmah,rohani dll sihat2 kut.........

atawa mereka sedang mengandung,atawa pun sedang cuti bersalin......heeeee

aku saja zzaaaaap mereka aje....nanti mereka respon la kalu mereka tak mengandung atau cuti bersalin...kalu mereka tak respon mmg sah la tekaaan aku ni.

jon said...

zorro..layak lagi ke geng kita cuti bersalin hehehe

zorro tak pe aku tak serkap jarang. kau masih bebas hehehe,teruskan dengan keje zap mengezappp ko tu...hahaha

Anonymous said...

salam rakan2,
Semalam saya dan norizam yg kebetulan berada di JPWP telah pegi ke unit Sek rendah utk bertanya mengenai surat DG41 tu.Memang surat tu dah ada di JPN tetapi mereka kata surat tu akan di keluarkan selepas mendapat surat penempatan yang dikeluarkan oleh Bahagian S.Manusia dulu. Memang sah tarikh perlantikan tu 5 OKT 2009.Mereka kata mungkin mengambil masa 1- 2 minggu lagi.Di wilayah ia di uruskan oleh unit Sek Rendah.

T. Kasih
NON

Anonymous said...

salam rakan2,
Semalam saya dan norizam yg kebetulan berada di JPWP telah pegi ke unit Sek rendah utk bertanya mengenai surat DG41 tu.Memang surat tu dah ada di JPN tetapi mereka kata surat tu akan di keluarkan selepas mendapat surat penempatan yang dikeluarkan oleh Bahagian S.Manusia dulu. Memang sah tarikh perlantikan tu 5 OKT 2009.Mereka kata mungkin mengambil masa 1- 2 minggu lagi.Di wilayah ia di uruskan oleh unit Sek Rendah.

T. Kasih
NON

zorro said...

Non ,kami faham ....tak payah le masukkan komen sehingga dua kali.heheheh.

boleh masuk beberapa kali kecuali kalu nak zzzaaaaapppppp aje.

Anonymous said...

Non,
OOPs Sorry tertekan

Anonymous said...

JPN kena sangkut lagi dlm 1-2 minggu untuk ditandatangani oleh pengarah

zalila said...

zorro, ksus effective management thhrough ict sebenarnya utk gb, tapi yang mohon 3 org gb je jadi jpn penang panggil pk1 attend.pk1 semua pulun la, gb buat biasa la, mcm tk biasa pula hang. program bagus elhammi ajar buat pim-calendar, task dll dan web.yang tk buat2 hang wpn dlm makmal btpn.hampas- nila komputer dn apa2 yang di biayai kerajaan. nasib bwa broadband boleh la sikit2 tu pn kdg2 web can't be open.tension .nasib tk pangil hang mai zapp....

noris said...

Assalamualaikum
Saya baru saja dapat surat tawaran lantikan tetap dari JPN tadi.JPN saya cuma 3 orang saja yang terlibat.so 3 surat sajalah.
Tarikhnya SPP 30.11.2009. Tapi kita kena tunggu Surat Arahan Penempatan Semula Sebagai PPPS DG41.Dia kata surat itu akan dikirimkan kemudian.Kita mesti jawab penerimaan dan hantar semua dokumen dalam masa 60 hari dari surat ini.Saya pun tak berapa faham.Faris, tolong terangkan.apa yang perlu kita buat seterusnya....

Anonymous said...

amboi amboi yang tu pun tak faham. baca je lah elok elok.pelan pelan.

NON said...

Noris.. setahu l bila kita terima surat penempatan nanti, kita kena hantar borang2 yang telah kawan2 kita senaraikan termasuk surat angkat sumpah. Medical Check up tak payah.Hantar perkara2 yang di senaraikan itu dalam tempoh 60 hari bagi mengesahkan kita menerima tawaran tersebut. Sorrylah l jawab bagi pihak Faris.
NOn

cgany said...

saya nak betulkan pernyataan daripada Maznon. Jangan silap. kita kena juga buat pemeriksaan doktor seperti yang telah saya dan Chong lakukan dan rakan-rakan lain di Sabah Pada mulanya kami ingatkan tak perlu.tapi kata pihak SPP di Putrajaya (KK) kena buat. maka kami buat. Dua kali saya dimaklumkan. sekali face to face dan tak puas hati lagi saya telefon balik.kalau tidak dihantar maka permohonan kita tidak akan diproses.

noris said...

yang saya tak faham tu Surat Arahan pemempatan semula PPPS DG41 tu yang tak ada bersama borang2 yang diberi oleh JPN.Dia kata tunggu dapat surat tu baru hantar bersama sama semua dokumen tu.

Anonymous said...

suat penempatan semula ????!!!!!....jangan surat redeployement sudah la. kalau surat tu mungkin kita kena tukar sekolah atawa tukar ke negeri lain. jangan ditukarkan ke negeri PACANDI sudah laa. Takuuuuuuutttttttt.

hai kenape la jadi mcm ni....aku zzaaaappppppp nanti baru tau.

zorro said...

oooppps, terlupa nak letak nama...

Aida Ali said...

Salam. Share lagi... Surat penempatan semula guru akan dapat sekolah sendiri. Yang bukan guru, contoh pegawai di PPD, PKG dll akan dapat surat penampatan ke sekolah. Surat tawaran pelantikan oleh SPP Putrajaya bagi kita guru PJJ tak perlu medical check up. Ada tercatat dalam surat tawaran pelantikan : ...dikecualikan bagi pegawai yang sedang berkhidamat tetap dlm perkh awam yg telah menyempurnakannya... Mungkin SPP Sabah dan Sarawak je yang minta.

Anonymous said...

betul.... surat penempatan akan dihantar oleh Kementerian nanti.tak lama kot...eloknya ikut je lah arahan dlm surat tu..

durani said...

tarikh lantikan saya tidak sama dengan tarikh posting..
posting 12-01-2009
lantikan 1-11-2009
can anyone explain please?

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites