Thursday, March 25, 2010

NAK KELIHATAN AWET MUDA ! NI PETUANYA....




Mohon maaf kepada admin kerana entri ini. Bukan apa, entri yang lalu terlalu lama dan saya juga kasihan kepada admin yang terlalu sibuk buat masa ini. Mungkin entri ini sedikit sebanyak akan meredakan keresahan dan ketensionan kita dalam menunggu surat perlantikan itu. Cubalah cari dan makan buah ini untuk meredakan keradangan kita. Buah ini juga untuk kelihatan awet muda sebab kita pun bukannya muda lagi, dah tua daaaaaaaaaaaaaah.

Ulam mahupun sayuran sebenarnya tidak hanya tertumpu daripada jenis tumbuhan renek atau melata diatas tanah atau memanjat.

Contohnya ialah POKOK KERADANG yang tumbuh rimbun dan sesuai dijadikan tempat teduhan. Pokok ini mempunyai buah berwarna merah jambu dan unggu gelap pekat bila sudah matang.

Menurut Pegawai di Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains UPM, Tajuddin bin Abdul Manap, pokok keradang atau nama botaninya carissa carandas, bukan sahaja cantik tetapi mempunyai khasiat dari segi kesihatan diri. “Kalau ia berbuah lebat, pokok keradang ini kelihatan cantik kerana rimbunan hijau daun-daunnya bercampur dengan buahnya berwarna merah jambu dan unggu gelap pekat. Ini ditambah pula bunganya yang berwarna putih pecah lima,” kata beliau ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut beliau lagi, sesetengah masyarakat Melayu percaya pokok yang sederhana tinggi dan berdaun keras serta batangnya berduri keras ini mempunyai khasiat untuk awet muda.

Biasanya buah keradang yang sudah matang dimakan bersama ulam atau sayuran yang lain. Namun begitu, buahnya yang sudah matang (warna ungu gelap pekat) itu bergetah bila dipetik. Sebab itulah, sebelum dicampur di dalam mana-mana sayuran, ia harus direbus sehingga mendidih terlebih dahulu.

“Mungkin kaedah itu adalah untuk menghilangkan keracunan getah yang ada pada buahnya itu. Rasanya agak kelat. Tapi berdasarkan pengakuan beberapa pegamal perubatan tradisional, ia dikatakan boleh membantu meningkatkan kesihatan diri,” katanya.

17 comments:

melayan rasa said...

aku kalu tak awet muda pon takpa, asalkan sentiasa rasa muda....hehe

Anonymous said...

hah ni baru lbh best, siap gambar lagi!!!

mekasih zorro...

zorro said...

ttg gambor tu ,ko kena ucapkan TQ kpd admin kut.sebab aku tak masukkan gambarnya.telah berkali2 aku cuba tapi gagal.mekasih kpd yg masukkan gambar tuuu.

ko kalu nak rasa muda kena makan kelapa muda.telan dgn tempurung nya sekali. heheheeehee.

zaaaap........

ybs said...

zorro,
ttg mcm mane nak masukkan gambar tu ko kena belajo dgn aku ler....

aku ade tanam pokok kepala gading 4 batang, nt dah berbuah bole ler aku makan kelapa muda, hehe....

Anonymous said...

ee wee aku nak muda,ulam muda ,pucuk muda,sedap oooi

jon said...

macam buah goji aku tengok...

zalila said...

woi, hampa pasai nak yang muda amboi pakat2 berebut no, macam2 petua no. tak silap aku masa kecil2 di rumah aku ada, asyil makan, masam2 manis. masa budak2 semua makan termasok putik nyor(kelapa). nak muda senang je- hati mau baik, jgn berdengki, selawat dn zikir selalu

mpmn said...

aku nak kahwin org muda. org perempuan pun skrg, yg dah tua pun nak kahwin yg muda gak.

kelmarin di kuantan dah kena belasah budak muda berumur 20 th sdg berdua-duaan dgn bini org yg berumur 25 th dan ada anak dua. suami dia 30 th.

isteri skrg ni makin teruk. dah tak pandai jaga maruah diri n suami. hati2 dgn bini msg.

bini yg dah tua pun nak berlaki org muda skrg ni.

zalila said...

ntah apa nak jadi skg ni.yg muda lari ikut jantan lombok dan laki muda, ya perempuan pn sama . tak tau mana silap

jon said...

mpmn..kesian yg tua ye.. asik nak yang muda saje ni..

zalila said...

hang pn teringin ke jon, p le berguru dgn kawan2 yang 3 org tu, ambil petua kalau hang berani la he he he......sebelum tu hang bawa sorok dulu parang di rumah hang.....nti kudung

mamak said...

ini buah di kg aku ada.... nama nya asam karenda....budak2 makan msa dia masak merah / unggu. org tua bikin acar ini buah.

ayooo... boleh muda ka makan ini asammmmmm?

ybs said...

wei mamak, ko makan kalu buah ini makin bertambah2 tua, kerepot lg....hehehe

zalila said...

mamak, betul dulu kecik2 ada main masak2/kahwin2 makan ni asam renda ( kami panggil asam renda), itu jam ada masam ke ada kelat ke, ada manis ke semua kasi hentam.tarak kira punya.itu putik nyok pn ada hentam. ni jam kalu makan ada rasa masam ke sudah tarak boleh. mamak kalau makan tarak muda dia ada tua juga. 2 saja muda atau tua. jgn sushah hati itu cop santoriqan dia sorang mau bolot semua, tarak baik punya hati.

mamak said...

mami, kalu makan rasa masam itu tanda sudah mau tua....kalu manis kalu sudah lekat itu kenchingggg maniisss.

itu why bee yes, dia mmg rasa selalu muda,tapi rupa serupa juga tuuuua.janggut juga ada uban. heheheeheeeeeeeeee.

Unknown said...

mamak betoi betoi betoi itu why bee as memang tarak pernah cakap ada tua, wpn rambut dn uban sudah tukar warna. bila2 masa pn dia selalu muda wpn pn tu..........aa. betoi betoi kan mamak.ini skong juga. mamak dulu kecik2 aa aku banyak makan ini buah tiap2 hari tapi tua juga kan. ini semua tk boleh ubah mesti ikut masa. tapi hati mesti mau muda he he he

Anonymous said...

sy tengah buat research pasal pokok ni...ini firstime dengar carissa carandas untuk awet muda...tak de pon jumpe literature yg bgtau....bole bg references tak kat mana info ni sy bole dpt..

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites