Thursday, March 18, 2010

Berita 18 Mac 2010

Salam rakan2,

Hari ini saya menghubungi saudara Adley selepas beliau pergi berjumpa dengan Cik Rosaliza di BPSM. Difahamkan tarikh perlantikan kumpulan kita yang dikategorikan sebagai kohort4 (IAB) sekali lagi dipinda. Jika sebelum ini saudara Adley dan Abu serta seterusnya saudara Anas dan Choong (Sabah) menerima surat tawaran bertarikh 2 Oktober 2009, dimaklumkan akan dipinda dan diperbetulkan ke tarikh baru iaitu 30 November 2009 iaitu bersamaan tarikh diperaku oleh SPP.
Proses ini dijangka selesai dalam seminggu dua lagi dan selewat-lewatnya pertengahan bulan April. Inikah yang dikatakan kerja yang efisien oleh pegawai2 PTD??? Inilah yang dilaung-laungkannya apabila menuntut jawatan dalam kementerian pelajaran. Nampaknya tak ada perbezaan dan perubahan. Adakah kerja2 sorting dan mengeluarkan surat mengambil masa yang begitu lama??? Dari bulan Disember dan sekarang dah mencecah bulan Mac dan tak lama lagi bulan April.
Apa yang agak mendukacitakan ialah apabila saudara Adley kita telah ditempatkan ke SK Tanming Jaya sebagai guru biasa BM atas gred DG41 berkuatkuasa 1 April 2010. Saudara Abu masih tak ketahuan dan dengar2nya saudara Tengku Adnan juga akan ditempatkan di sekolah. Mengapa jadi begini??? Adakah BPSM yang diterajui oleh pegawai2 PTD benar2 membantu kita iaitu golongan DG???
Kumpulan pendesak kita tidak bersatu padu. Mengharapkan saya seorang sahaja walaupun mewakili kumpulan menunjukkan bahawa mungkin ia kepentingan individu. Adakah rakan2 lain turut mendesak???? Apakah sumbangan rakan2 selama ini???? Sekurang-kurangnya apabila kerap kali diganggu dengan panggilan telefon, mereka tergerak untuk menyelesaikannya. Mungkin bukan masalah sorting kerana saya dimaklumkan bahawa dia memang tahu kumpulan kita seramai 105 orang. Kenapa tertangguh-tangguh???
Sebenarnya banyak persoalan yang bermain di fikiran. Tindakan yang melangkaui batasan prosedur juga tidak mahu dilakukan. Jika boleh biarlah bersopan dan bersantun. Tetapi..... jika ini bukan jalan penyelesaiannya, apakah tindakan kita seterusnya???? Rakan2 fikirkan dan berikanlah cadangan yang bernas.

Terima kasih.

78 comments:

kak kiah said...

Ya..Allah kenape jdi mcm tu..tulah Faris dah mengamuk..cepat telefon kat sekolah esok..kenalkan diri saya GB yang terinaya...bla..bla. Jgn ceritalah pasal NKRAlah...berkobarkobar kami nak tunjukkan pada msyarakat kaum pend.bla..bla..tapi tengok kami punya DG41..Gb berpengalaman pulak tu..tak dilantik2 lagi...berokrasilah berokkrasilah jwpan kepada kami...mcm mana kami nak bersemangat minta yang hak pun..amat sukar..Kak Kiah sampai hilang suami nak bergelar siswazah..dah dapat mcm5 lagi. Allahhuakbar..

chehassan said...

Terima kasih kepada rakan bloger atas maklumat ini. Wpun kurang gembira tapi usaha-usaha itu sangat saya hargai.

zorro said...

mungkin kawan2 lain tak tahu cerita dan prosedurnya termasuk la saya.

saya cadangkan kita buat perjumpaan setiap negeri adakan wakilnya dan ramai2 pergi jumpa pegawai yg patut ditemui.

mmg mcm ni pegawai ptd buat kerja.di jpn saya pun mcm ni juga.bidding untuk pra kontrak tak dibuat ,habis tu kena pakai duit guru gstt plak.kami disini mmg tak dapat guru ganti kalu ada yg cuti bersalin.

hampas betul pegawai ptd buat kerja.kalu difikirkan aka ingin....

zzaaaaapppppp saja mereka ni. z z z z z z.

zorro said...

beri no tel pegawai ni sekali lagi faris. biar kita ramai2 kacau dia. kalu boleh beri no tel bos yg besar sekali.

aku dah nak zzzaaaapppppppppppppppp ni.

mpmn said...

faris..

aku cadangkan kalau ko ke BPSM lagi uruskan hya utk diri sendiri n rakan2 yg rajin respon dlm blog je. y lain tu biarlah dia urus sendiri. dia org pun bkn kisah sangat.

ybs said...

faris,
maafkan aku, aku beranggapan bahawa urusan tsb hanya terlewat sikit dan tidaklah sampai seteruk ini dan aku pon tidak mengambil tindakan utk menelefon krn menyangka cukup ler sekadar kau sorang jer yg bertanya....maafkan aku sekali lagi....huhuhu

sekejap lg aku akan telefon, insyaAllah!

azamboy said...

AKU SELESAI MENANAM TIMBALAN YDP SELAMA 2 TAHUN.AKU KUNCI SEMUA ACESSNYA KERANA DIA MASUK KEDALAM SEKOLAH BAWA CAMERA,TANGKAP GAMBAR SEMUA GURU YANG TIADA DALAM KELAS,CELAKA PUNYA TIMBALAN YDP.PEMILIHAN AJK PADA 13/03/2010 TELAH MENGUBAH SEGALANYA.KINI SEKOLAH BEBAS DARI ANCAMAN TIMBALAN YDP YANG GILA KUASA TU.
OK BALIK PADA CITE PEGAWAI PTD TU...KITA HANTAR MEMORANDOM.BUAT SURAT.SERAHKAN PADA FARIS..FARIS KUMPUL DAN HANTAR SEMUANYA..ATAU KITA SIMBAH DARAH KAT MEJA DIA..AKU BOLEH CUCUK AMBIK DARAH KOME..KALAU TAK KITA AMBIK DARAH KAMBING ATAY DARAH KERBAU....

zorro said...

zam, jgn bimbang biar dia tangkap gambar.mana boleh lekat gambar guru sebab guru tiada dlm kelasa. ehehehhe.

bagus la kau dah zaaapppp dia awal2 lagi.dia ni merupakan virus kalu dibiarkan.

kita buat memorandum dan bawa ramai2.biar jgn jadi spt ini kpd junior yg lain.

ko ni mpmn sampai ati ko nak buat kpd member2 lain.mereka tu mkn sibuk bkn tak nak ambil tahu.

zaaap jgn tak zaaap. zzzzzzzzzzzz.

ybs said...

azamboy,
jgn ler main darah2, aku fobia la bila sebut/tengok darah....hehe

kekawan,
baru jap td aku call, call pertama pd jam 9.00 pg tp tak diangkat dan kali kedua pd 10.30 dan berckp dgn cik rozaliza, aku tanya bila bole dpt surat lantikan sbb kalu lihat kat status e-permohonan, tarikh surat perlantikan tu ialah 30.11.2009.... dia kata sebenarnya dia tak terima pon surat pd tarikh tersebut, lewat dlm dua minggu dan sekarang sedang dlm proses utk membuat surat tawaran perlantikanlah....(suaranya kedengaran agak tegang, tak bape lembut, mungkin stress kot) aku tak sampai hati ler pulak nak kata, susah sgt ke nak buat surat tu, hingga ambil masa berbulan?

aku cadangkan kekawan lain call ler cik rozaliza tu tp berckp ler dgn lemah lembut dan berhikmah....mudah2an dia berlembut hati dan dpt menguruskan perlantikan kita dgn segera, amin!

banyak2 bersabar dan jgn naik angin, hehehe....

ybs said...

zorro,
simpan dulu pedang ko tu jgn sesuka hati nak zzzaaappp jer, kat umah takpe sukati ko ler nak zzzaaappp bape kali pon....hahaha

mpmn said...

ybs...

aku ingat ingat bila hg berckp dgn org yg bertitle cik, hg akan dpt menguasainya. tp.. aku kecewa kerana hg telah ditakutkan oleh suaranya yg tak mesra pelanggan.

nanti aku sumpit dia. dia tak kenal lagi cicit tok batin ni. fuhh

mpmn said...

aku rasa masalah kita ni tak akan selesai dlm blog ni. kita kena mskkan dlm akhbar. aku nak tulis tp tak tahu rentetan peristiwanya.

faris hg email kat aku rentetan peristiwa pelantikan kita ni. biar aku hantar ke akhbar. malas aku nak berdiplomasi. dah berapa lama rakan2 lain berdiplomasi tp hasilnya mcm tu gak. kita kena cubit punggungnya biar dia melatah. jgn dia melatah sampai bakar surat pelantikan kita sudahlah.

zorro said...

aku dah agak dah,bila ybs tel dan dengar suara cik adik tu walaupun suara dia tegang, terus ybs layu terselepok.tu baru dengar suara yg tegang,kalu dengar suara yg mendayu aku rasa pengsan terus la si ybs tu.

suara dia yg tegang atau urat kecik ko yg tegang. kah kah keh keh ,heehehhehe.

lain kali zaaaaappppp aje. zzzzzzzzzzzzz.

ada org dah bongkar sapa dia sumpit.ahaha...terperangkap diri sendiri.

Aida Ali said...

Tumpang lalu. Pada firasat tok nujum, surat kengkawan akan keluar selepas Jun 2010 dan tarikh tawaran pelantikan : 31 Disember 2009....

grasshopper said...

knape kata gitu plak , aida?ko tengok dlm mangkuk air ke baldi ?

jon said...

zan, satu kelemahan cop...bila cakap dengan wanita..(cik) tak pandai nak tekan.tak tergamaklah....
minggu ni pakat pakatlah call cik rozaliza tu.
nujum aida pulak tau macam mana tu..

jon said...

azam..cikgu kau tak de dlm kelas tu gi mana?..mesyuarat dgn hang kot. hehehe

jon said...

kalau buat memorandum , semua tandatangan..hantar ke KPM. Menteri Pelajaran.

mpmn said...

zorro...

aku dah tersilap. nak delete dah tak boleh. terbongkar rahsia aku. keh..keh..keh..

mata said...

mpmn dah kena sumpit dah hahahahaha

LG said...

mpmn...tajuk yang sesuai kau nak hantar ke surat khabar..Penantian Yang menyiksakan atau proses surat tawaran mencabar efisen KPM!

azamboy said...

hari ini,sabtu,aku ke trenganu..hantar anak praktikum houseman di hospital trengganu.Joni,sabri,,mail kalau nak ubat atau sakit,,sila datang ke hospital trengganu..cari nor fauziah...berbintikan aku...anak yang tua pegawai IT di Cherating Impiana.nak tidur diskaun 50%,,cari dia di sana..aku juga mungkin berbesan dgn org trengganu...dekat sikit dgn Sabri..hehehehehe.

Anonymous said...

Perjuangan belum selesai.selesaikan perjuangan.zzzzzappppp jangan zzzzzzzzzzzzzzzzzzz.jangan harap Faris sorang.masing-masing kena telefon. Bersatu kita teguh ,bercerai kita roboh.Bagi tau karam singh. Biar satu Malaysia tahu

zorro said...

tu la mpmn, kalu nak menyamar dan beri komen dlm setiap blog kena berhati2.

setiap komen kita sentiasa dianalisis, siapa yg hantar tuuuu.

aku sentiasa analisis siapa yg hantar, dah dua org dah aku tangkap.aku zaaaapppppp mereka.

hahahaaha.....hehehehehe..

mana ybs pegi...ggg.tergiler bayangka apabila terdengar suara.

mpmn said...

azam sapa nama anak di impiana cherating tu? boleh aku berurusan dgn dia utk dpt diskaun 50%. jauh dpt jimat tu. harp dia kekal di sena. kot sekolah aku nak buat family day ke, mungkin dgn berkat dia boleh dpt diskaun hebat.

Anonymous said...

singgah jap. seronok betul tengok blog korang.teruskan

jon said...

beruntung dah ada ank kawan kat spital tu.boleh potong line que,ubat bagus. tapi di BPSM tak de ke ank2 sedara kita ye..
tahniah azam dah nak besan dgn org ganu...

ybs said...

wei zorro aku ade la, aku tak terkesan langsung la dengar suara cik tu..... aku tgh mengatur strategi ni, hehe....

ybs said...

cikgu aida,
dlm semakan e-permohonan kami tertulis tarikh 30 november 2009.... tak tahu ler kalau berubah lagi!

mpmn said...

ybs...

atur strategi pasang 3 ke? kah.kah.kah.kah

jon said...

ybs ...dah atur strategik mana tu.yang visi dulu atau misi dulu.

ybs said...

mpmn,
ko tambah satu lg pon tak berani!!!

hehe...

ybs said...

jon,
tu yg masalah problemnye, nak kena nuntut pulak ler lg dgn en. bustamam....

aku sgn merancang strategi supaya dpt berckp dgn lbh lembut dan berhikmah supaya cik tu terkesan bila mendengar suara aku yg romantis, hahaha....

jon said...

ybs ...kau aturlah strategi elok2.sebab kau pun lebih arif nak communicate dgn cik tu...hehehe.jangan lebih2 dah lah.bincang soal tawaran dg41 je tau.

ybs said...

jon,
kalau aku gagal nt, baru la ko pulak bertindak sbb ko kan lbh hebat drp aku.....hahaha

aku setakat pendekor jawa tp ko hero tamil!!!

jgn mare jon....hehehe

Aida Ali said...

Cikgu ybs dll, tarikh surat tawaran dalam e-permohonan website SPP itu maksudnya ialah tarikh surat SPP ke KPM/BPSM. Saya dah confirmkan perkara ini masa saya berurusan dengan SPP dulu. Tulah saya cakap kat SPP tarikh tu buat kita keliru. Kita akan ingat ia adalah tarikh yang akan kita dapat. Saya mancadangkan apa kata tulis ia sebagai TARIKH SURAT SPP KPD KPM. Tarikh yang kami dapat memang tak sama pun dengan yang ditulis dalam website SPP tu. Sorry ye panjang ngat pulok penerangannya.

Anonymous said...

macam2..tulah lagak kalau dah berumur belajar..pesan anak kita jgn tangguh2? jgn bnyk alasan...CheHassan kak kiah ingat Hassan yg lagi satu nasib baik ade gambor..sihat ye..Gb berpengalaman ni. Kak kiah ada baca coretan awak..memang matanglah orangnya.Tengok adik2 saya diblog ni..mcam budak 16 thn je..tapi kalau kat sekolah dia hero malaya..macho mcm Dr Shukre jln mcm Datuk Sri Najib tapi bila jumpa dia dgn dia buat kak kiah tak kering gusi bila baca coretannya...Lagi sekali kak kiah pesan..gegarkan Cik tu..jgn pilih kasih, jangan fikir ape2.. bercakap atas dasar perkhidmatan..Azam,Joni, Mpmn, zorro,ybs, LG dan grasshopper.Lain kak Kiah suruh lain pilah jadi..Azam hebat kau boleh tanam YDP..Kak kiah 27MAC ini..tanam takbolehlah ..mandikan boleh kut..

zalila said...

terima kasih pada faris dan adely serta lain2, ntah kenapa la nasib kita mcm tu, utk keluarkan sekeping kertas lantikan pun begitu ssukar kakalau kata tk reti kerja bkn main marah g-depa cekap lah tentang pengurusan. zorro tolong zap depa, biar depa tau.insyallah bsk saya akan tel tanya

jon said...

ybs...aku rasa ko punye pendekar sama dengan pendekar Lombok! ok lah tu..tugas ko bawa kluar surat bukan bawa dia lari...jgn mare!!

jon said...

kalau benar bagai dikata oleh puan aida tu...sama samalah kita tunggu... cop kau simpul dulu janggut ko tu..zorro sarung balik pedang!

zorro said...

pedang mmg sentiasa berada dlm sarungnya.tapi ia sentiasa berdenyut2 hendak keluar.

no tpon cik tu berapa ye ybs. biar aku pulak nak cuba.....tak de surat perlantikan tak pe asalkan ada surat nikah.

hehehehehheeee.

zorro said...

apa ni kak kiah......kita org umur mmg baru 16 sebelum 67tahun.cam no pandai tak matematik.

zaaaapppppppp.....

jon said...

baru sekejap aku terima panggilan bertanyakan tarikh aku belajar dan tarikh temuduga. aku ingat BPSM tapi rupanya PPD .....

zorro said...

jon wat pa pulak ppd fon kau.nak hantar ke pulau mana pulak ni?

atawa kau nak dijadikan pegawai ppd kut.

zaaapppp saja tarikh tu.

ybs said...

zalila,
hang dah call cik tu ka blom? mai habag la kat kami semua....hehe

jon,
janggut aku dah lama mengerbang ni, siap siaga!!! nak kena simpul ke? ke mintak cik tu simpulkan....hehe

zorro,
ko ni sibuk dgn pedang ko jer, sampai no telefon cik tu pon ko takdak yer.... ni nombornye: cik rozaliza 03-88847714,
ckp elok2 tau, biar lembut gigi drp lidah....hehe

jon,
perasan ler ko org BPSM nak tefon ko... ko tunggu sampai ko berpindah 7 buah pulau ler, hehe....

lala said...

ybs, zorro, jon - berilah komen fasal surat perlantikan kita. apa yang kita nak buat dan sama-sama bertindak. kalau nak bergurau pun, cukup-cukuplah tu.

zalila said...

ybs, tk sempat ari ini, pagi2 buta dah terpacak 3 waris nak tukar anak, 3 nak daftar dan 8.30 3 pegawai ppd dtg buat pemantauan program keselamatan - sek aku sek rintis. ntah apa2. selesai pegawai balik 11.30, kmdn aku bawa anak p perodua urus kereta anak yg accident minta di ambil dri bengkel lain( accident je langau/llalat hijau dah sampai) anak aku pening/panik sb baby dia menangis dia tk fikir bagi je keereta di tarik ke bengkel.jdi urus ke perodua sb viva. ptg kul 2 bawa dia p hospital jumpa pakar trauma-pakar beleter sapa simin tangan macam tu , di buka simin tu dan di sapu/balut simin lain. tu doktor sama doktor salahkan satu sama lain. yg mula k.btasa yg kedua s.jaya. insyallah besok apa2 aku bagitau

zorro said...

apa la lala ni.
kita org beri cadangan la tapi ko org tak nak terima.aku dah syorkan kita adakan perjumpaan beramai2 dgn pegawai bpsm tu.setiap negeri hantar wakilnya.ko tak baca ke? atawa ko pening kerana terlalu makan banyak siput lala.heheheh.

setakat nak tipon, buat apa,habiskan boras aje.

ko tak bagi pun cadangan apa2.haa mane cadange kau?

aku zaaaapppp pegawai tu dengan kau2 sekali.aku marah ni,tapi dlm lembut spt dlm iklan KFC tuuuu.

zorro said...

ybs, bkn apa saja nak konfirm dgn ko no tel tuuu betul atawa tak betul.

nama apa cik tu....ros.. roslita... rosliza....rosaliza......rosmaria...
ape2 aje lah.aku panggil ciiiikkkk rooooosss, cam no ybs lembut dan manja tak? boleh kut kalu mcm nie. heheheeheh.

atau zaaapppp saja..."CIK ROS"

ybs said...

zorro,
banyak ler pulak songeh ko ye, cepat ler bertindak.... sebagai permulaan ko telefon ler cik ros tu, cepat!!!

hehehe

LG said...

hello...dengan cik ros tu pun kau orang kecoh ye...siyusof pun janggut saje panjang...zorro pun pedang saja panjang....

zorro said...

ybs ko ada tak no handset cik ros tu.aku lebih selesa fon melalui hp. heeeeeeee.

jangan ko lupa LG(Lagi Giler kut)ybs dgn aku semua panjang bkn setakat janggut n pedang je.

sapa LG ni ,aku zaaaaaappppp nanti.

jon said...

zo...ro, ybs..aku baru je call cik ros .pukul 11.40 pg. dia kata surat akan dikeluarkan dalam minggu depan..
kau call lah pulak .kalau maklumat dia bagi berlainan...ada lah tu...

zalila said...

salam, aku dah tel cik rozaliza pada jam 9.00pagi tdi dn dpt ckap dngn dia, patut le ybs cair, aku pn bila dngr suara dia lemah juga jadi-lembutnya, tk jadi la nak marah.dlm lembut aku taruk juga, - aku perkenal diri dan menanya kenapa kami kumpulan npqh ......seraimai 120 lambat sgt dapt surat, apa masalah dia. dia kta masalah sebab, ada yg mohon lambat , ada yg dapat 41, ada yg nak tunggu 38 bla.bla.bla.saya kta kenapa masalh pula, keluarkan surat dan yang nak terima terima, takmau nak tunggu apa2 tolak. cik tu kta pula, dia sedang buat/proses sebab baru dapat senarai drp IAb, kita ni kohort 4.dan dia sedang kumpulkan semau ppgb dll dri semua ipta. aku kata- minta tolong buat segera sebab ada kawan saya kelas sama aku sebut nama adely dn abu dah dapat-kenapa kami belum tarikh 30 nov 2009. dia kta tu tarikh surat tawaran tarikh lantikan mungkin lain. dia kta adely 30 okt( tk silap aku dengar) jadi tarikh akan sama. jadi aku pn last kata mohon sgt2 tindakan segera.dia kta akan cuba sebab ramai. aku kata ramai pun surat 1 tukar nama je, dia pun kata akan cuba .itula ceritanya.

zalila said...

jadi mcm2 juga la aku tanya, kenapa adely dan abu dpt, kami tk dpt.dia pn terdiam juga- mcmana jadi mcm tu, dia ulang balik ramai la dll.aku pn kta minta tolong segerakan sebab 1 malaysia- rakyat di dahulukan dan pencapaian di utamakan. terus aku ucap terima kasih. itule yang mampu aku buat.

mamak said...

baguih2 mami dah call dia....betui cakap mami tu.hantaq mai surat perlantikan dulu.sapa2 nak tolak tu pasai depa la.

knapa nak tunggu cepat ke lambat ke permohonan tu.

kesian kat dia mami taruh cukup2 ke?
mamu tak tepon dia lagi,nanti mamu pi makan pasembok dulu,biaq mamu dpt ilham mcmmana nak sembok cik tu.apa nama ros....ros...ehhh lupa plak aku ni.

zorro said...

apa la mamak mau makan pasembor baru bole sembur ka.aku takut kau yg tersembur keluar...heheeh .

aku baru saja call cik rosaliza.minggu ni baru nak pos surat perlantikan tu....

knape lambat sangat? dia jawab sebab ramai ,dia terpaksa sort yg mana ppgb dan pkgb lebih kurang mcm tulah.

cik tu sort pakai apa ye?masih lagi manual kut....apala punya jawapan ni.

nasib baik aku baru lepas sembahyang,ada lagi wuduk...tu yg bersabor ni...kalau tak gerenti aku zaaaaaaaappppp dia.

kak kiah, kau pergi terus deal dgn cik tu.kau mmg pandai dlm nego kan.ari tu semasa kuliah teringat kau lah org yg paling cool dan pandai nego..heeheeheh bkn nak bodek laa.

mamu said...

baguih la mami pi bubuh sama dia. tp dari penjelasan dia tu, mamu dpt simpulkan itu alasan atau helah diri org yg suka menangguhkan keje.

buat pe nya dia nak tunggu dari kohort lain dr ipta lain. selesaikanlah satu2.

itu yg mamu hangat hati. mamu kalu pon nanti, mamu tak leh kawal perasaan. mamu takut mamu hempas2 telefon.

mamu rasa kita huluq kat dia duit ke batik sutera ke, baru cepat dia buat keje. mamu takat nak bagi myk senyonyong bolehlah. itupun ada org asli yg bagi.

ybs said...

zorro,
banyak betol la cengkadak ko, tefon jer la, nak no hp ler pulak, lagi ko nak ape lg???

grrrrr.....

ybs said...

zalila,
mane ade aku cair dengor suara dia, dia mcm stress jer la masa ckp dgn aku....

kita tunggu minggu depan, takde kalu surat sampai kita ramai2 call dia lg, amacam, bole?

dan hang pon bole la bubuh dia lg...hehe

ybs said...

zorro,
hah mcm tu laa baru hero sbb ko dah call...

kita tunggu minggu depan, takde kalu surat tu, ko zappppppppppp jer la si ros tu bagi putus idung ke telinga ke....hehe

tp sebelom tu baguih jugak kalu kita test try kak kiah pulak yg deal, aku setuju sgt tu, mane kak kiah ni?

ybs said...

wei mamak,
banyak ler pasembok hang, pi la cepat tefon cik ros tu, ka hang dok menyibok ja.... ka hang mabok roti canai??? hehe

Anonymous said...

komen yang terpanjang setakat ni.time ni baru nak sibuk.Kalau tak de masalah macam ni semua orang dok diam.Manusialah katakan. mana si cop, mpmn,zorro,lg dan jon baru nak zaappp.lebih baik aku zzzzzzzzz je le.

jon said...

tunggu kak kiah lah pulak gi nego dgn si ros tu. kak kiah dapat A subjek nego kan. sape ngajo aku pun lupe dah...hehehe

masa aku dok tanye dia td. dia asik batuk je..demam kena call ucop kot..
mamak...hang tunggu je ye. tunggu dan lihat je hehehe

orang lama said...

salam...tumpang lalu. kalau kerja asik kena arah baru buat, macam tu lah....duduklah di mana pun.

zorro said...

ko nak ke no hp cik tuuu ybs? aku dah dpt pun.

minggu depan kalu tak dapat juga surat tu, kita ramai2 pi terjah dia.

pagi2 lagi kita tunggu didpn opis dia,baru dia tau kita ada di seantaro msia.

kak kiah mana pi haaaaaa!!!!

zalila said...

kita minta kak kiah pula dan yg lain2 yg tengelam terus tu.pakat2 tel.tkda apa juga, set masa dan tarikh kita p tungu dpn pintu kmdn pakat serbu, jumpa dato alimuddin sekali.moto 1 malaysia ratyat di dahulukan pencapaian diutamakan- apa mcm ni.rakyat depa adely dn abu ( sb kerja di kpm depa dulukan) apa kita ni tk buat kerja ke.hantar mai guru 3 suku duk suruh kita perbetul tak baut kerja lagi.silap sikit je tak kira la mai serbu.la ni kita serbu depa dulu.zorro tak cukup pedang hang, pinjam parang azam sama.

zalila said...

ni mamk ke mamu ke duk tungu apa lagi, banyak punya cekhadak- nk makan pasembor la, itu la ini la.p la telefon cik ros tu sembor sikit iman kena kuat nti sat hampa dengar sora dia hampa cair pula. aku taruk dia tapi apa daya melalui telefon setakat duk sembor cam tu je.betoi dia kta nak asingkan ppgb, pkgb dll banyak songeh.ni la bila duk tungu dan himpun banyak2 .jadi banyak la kerja. lekas mamu p telefon jgn duk bagi alasan lagi, nanti sat combi bilang sapa nana .

aisyah said...

salam. pagi tadi saya menelefon cik rozaliza BPSM. jawapannya sudah dihantar ke JPN. tengah hari tadi saya minta rakan tengok2kan kat JPN, jawapannya- masih belum ada lagi.baru sebentar ni, saya call cik rozaliza - tak angkat/ tak jawab panggilan.Allah menduga, sabar.....

aisyah said...

salam. baru dapat jawapan drp cik rozaliza. katanya dah hantar kat JPN, tarikh surat 22 mac 2010. mungkin belum sampai kat jpn. rakan yang lain, semak juga lah ye. tq

jon said...

sebab kita ni GB , surat akan dihantar ke JPN(majikan) kita.JPN akan panjangkan surat tu ke sekolah.....sama samalah kita tunggu.sabo ye...

ybs said...

ye la jon, ko lg ler lambat dpt sbb sekolah kat pulau....hehe

zorro said...

ko sabarlah jon, entah2 surat ko tu terlepas bot atawa dibawa hingga ke vietnam / pulau bidong.

ybs, aku teringinla nak tengok muka cik rosaliza tu.....agaknya mesti cantikkan....sebab tu malas asyik bersoleh kut atawa pun mcm malikaaa. heheheheeeee.

zaaaap jgn tak zaaaap aisyah.

ybs said...

zorro,
sedap jer hang kata dia malas na....tak baik hang kata lagu tu kat cik ros tu.... doakan kebaikan utk dia!

jon said...

ybs...zorro. minggu depan aku rasa nak stay kat tanah besar seminggu. nak tunggu surat aku...kan terbabas pulak surat aku ke pulau lain...naye.

zalila said...

salam, hai mcm2 cik ros bagitau, skg dah di jpn- kita tunggu la kalau tarikh surat 22mac 2010, posnya bila, harap2 di jpn tak di pendam pula lama2, sabar2. jon baik hang p tangu di jpn, dah tentu tak tersasar ke tempat lain.

jon said...

harap-harap cik ros sihat masa dia cakap kat kita hari tu...insyallah.

nona nona zaman sekarang said...

tah apa2 GB2 ni...banyak2lah bersabar

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites