Friday, March 12, 2010

Kementerian tanggung bayaran air, elektrik sekolah

Petikan Akhbar Utusan Malaysia Online Pada 12 Mac 2010

KINABATANGAN 11 Mac - Isu sekolah perlu mencari dana tambahan bagi membayar bil elektrik dan air tidak sepatutnya timbul kerana bayaran itu akan ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan dibuat setelah Kementerian mendapat dana tambahan selepas masalah tersebut dibangkitkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Mungkin sekolah terbabit belum mendapat makluman berhubung keputusan baru itu," jelas beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Bukit Garam di sini yang terletak kira-kira 120 kilometer dari bandar Sandakan, hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran mengulas masalah yang dihadapi sekolah apabila Jabatan Pelajaran Daerah mengehadkan peruntukan bagi membayar bil air dan elektrik kepada hanya RM2,000 setahun.

Ini menyebabkan sesetengah sekolah perlu mencari dana tambahan jika bayaran kemudahan air dan elektrik itu melebihi jumlah diperuntukkan.

Muhyiddin berkata, masalah pengurangan dalam kos operasi bukan sahaja dihadapi oleh Kementerian Pelajaran tetapi semua kementerian lain.

Dalam hal ini, katanya, semua pihak digalakkan mengamalkan langkah berjimat cermat bagi memastikan pentadbiran berjalan lancar.

"Sebagai contoh dalam soal bekalan air dan api, jika kita dapat berjimat cermat sehingga 10 atau 20 peratus ia akan membawa kesan besar kerana kita ada 10,000 sekolah.

"Bayangkan, jika 10,000 sekolah perlukan RM2,000 untuk elektrik dan air, tidakkah kita sudah membelanjakan kira-kira RM20 juta," katanya.

9 comments:

mpmn said...

harp dpt tanggung bil telefon sama. khususnya sekolah luar bandar. sekolah bandar byr sendiri. bdr dpt peruntukan yg byk.

zorro said...

Eh jang,ekau ni boyi betis nak paha ye? lepas boyi paha nak apo pulak.....?

knape le arahan ni berubah2 ye.tak ade pengalaman nak memerintah kut.

dasar buat sesuka hati je.rasa nak bagi, bagi aje....!!!

entah apa nak jadi jang dgn pemimpin kita nie?

aku zappp baru tau......zzzzzzzzzzzzz

zero said...

hai zorro,kau jangan cakap tak ade pengalaman memerintah, nanti mata kamu tertutup sebelah lagi susah pula.
orang dah nak bayarkan bil kita, ok lah tu. dulu tu dia kiro tak cukup, tapi bilo kiro semulo belobih pula.terima kasih sajolah..

zorro said...

saudara/i aku zero,

mungkin juga dulu mereka tengah dok mengira-ngira.tu sebab banyak yg tak terkira.

duit makan asrama,peruntukan uniform,rmt dan banyak lagi yg terpaksa berkira-kira.

tak belajor matematik kuttttt duluuuu. akh kah kah...

zorro said...

kalu mcm ni ,betul la sms yg hj.zul hantar dulu tu faris. bayaran secara pukal disambung semula. alhamdulillah.

jon said...

baguslah tu.syukur.kalau tak ada sekolah yg bergelap....apa pun kenalah berjimat cermat jg ye.

zorro said...

jon ..kalu bergelap ko lagi susah.btg hidung ko pun susah nak nampak,maklumlahlah gelapppp.kah kah kah...heheheh.

ybs mmg seronok duk dlm gelab,banyak aktiviti yg dia bole buat.buat apo yek ybs....

kalu aku buat zaaaaapppppp.zzzzzzzzzz

ybs said...

jon,
tak baik kan zorro kata ko gelap.... wp mmg ko agak gelap jugak tp takler sampai takleh nampak, kan kan? jgn mare ye jon, hehehe

wei zorro, dlm gelap mane banyak keje yg bole buat, kan tak nampak, lain ler mcm ko guna mata kucing/musang....hihi

zorro said...

ybs....,
aku guna misai kucing tapi tak guna janggut kambing. keh keh keh....

jon aku tak kata ko gelap, tapi keadaan yg gelapppp lah.ybs ni kena faham ayat aku tu.

apa gelap tak manis ke? kalu tak masakan ada lagu...hitam2 sitompok manggis, sungguh pun hitam ku pandang manissss. kah kah kah....

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites