Wednesday, March 17, 2010

Maklum Balas Akhbar: “Pesara Bantah Potong Pampasan”

Sesiapa yang nak bersara awal tu, bolehlah baca dan fahamkan petikan ini yang diambil dari laman web JPA.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merujuk kepada surat Bakal Pesara Hampa dalam akhbar Berita Harian bertarikh 3 Mac 2010 bertajuk “Pesara Bantah Potong Pampasan”.

Persaraan pilihan ialah suatu keistimewaan yang boleh dipertimbangkan bagi anggota sektor awam dengan mengambil kira kepentingan jabatan, kepentingan perkhidmatan serta keadaan kewangan negara.

“Pampasan” yang dimaksudkan oleh Bakal Pesara Hampa ialah ganjaran yang hanya akan dibayar 20 peratus atau RM10,000 mengikut mana yang lebih, ketika bersara. Baki selebihnya akan dibayar pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Kerajaan, tidak melampaui tarikh anggota mencapai umur bersara wajib mengikut syarat pelantikan atau opsyen umur persaraan wajib. Peraturan ini hanya bagi persaraan pilihan yang berkuatkuasa selepas 1 Februari 2010.

Walau bagaimanapun, surat edaran JPA bertajuk “Penangguhan Bayaran Sebahagian Ganjaran Persaraan Pilihan” pada 25 Januari 2010 dengan jelas menyatakan terdapat kelonggaran atas sebab-sebab seperti:

(a) Rawatan perubatan diperlukan oleh anggota atau ahli keluarganya. (Berasaskan surat akuan bertulis oleh Pegawai Perubatan Kerajaan).

(b) Perbelanjaan pendidikan diperlukan bagi anggota atau ahli keluarga. (Berasaskan surat tawaran pengajian dan surat penerimaan pengajian dari institusi pendidikan).

(c) Anggota memerlukan kewangan bagi mengelakkan diri daripada tindakan kebankrapan. (Berasaskan dokumen berkaitan tindakan undang-undang ke atas anggota).

Sekiranya bakal pesara ada sebab-sebab selain di atas, permohonan pengecualian boleh dipohon daripada Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA dengan mengemukakan bukti bertulis yang menyatakan sebab pengecualian untuk pertimbangan JPA.

Berkenaan potongan pinjaman perumahan pula ianya adalah tertakluk kepada arahan potongan pencen/ganjaran daripada Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia. Rayuan untuk mengurangkan potongan boleh diajukan kepada bahagian yang terbabit

7 comments:

ybs said...

tak jadi ler aku nak pencen awal, anak pon msh kecik2 lagi....hehehe

mpmn said...

nasib baik aku tak pilih hingga 58. kalau dah pilih hga ke syiling tu, sabar2 le. buat keje dgn bersungguh2. jgn asyik menghitung hari je.

ybs.. itulah nasib org yg buka cwgn lebih. jihad tu. aku ada gak hajat tp tak laratlah bila memikirkan nak kena bancuh susu, ganti lampin, basuh lampin n paling aku tak sanggup bila org tya, anak ke cucu?

Anonymous said...

eleh anak ko sekarang pon msh kecik2 jugak pirzan, cuma dah tak pakai lampin jer lg....

ke ko tak larat dlm bab lain? hehehe

zorro said...

kalu org kena kejor dgn along mcm mana ? dikecualikan juga ke?

pencen 56 ke atau 58 ke tak ade bezanya.

apa susah mpmn , pakai bibik aje kalau dah tak larat.org asli blkg rumah ekau pun ade, gajikan mereka habis cerite.

tkalau dah tak larat aku syorkan minum saja "kopi larat" keh keh kah keh...

zaaaaaappppppp.zzzzzzzzzzzzz

Anonymous said...

kalau pasal kawin semue larat. bila bab buat kje de lah alasan ye..

kak kiah said...

kak kiah dengar kembali mcm asal..gb hebat kat KL ini 2 orag pilih 58 tapi nak pencen 56 dengar NKRA, LUNUS DAN HINGUS ari tu..sembahyang pelbagai cara untuk nampakkan 56/58..akhirnya pilih 56 tapi belum isi borang..lps tu dengar yang boleh dpt 10% shj tukar balik..lps tu mgb beritahu kembali asal.mereka pilih semula yang asal..tak tahulah..Wei adik biasalah orang lelaki...bak kacau susu, tukar lampin tak nak..jadi kena cari isteri muda2 jadi mereka akan buat sungguh2 sebab nak dapat pengalaman.Adik tukng beli lampin dan tukang arah di sisi dahlah sebagai pendorong tarbus...Usop dengan Sabri tak pe ..mereka dah bersedia dah..mereka ikut tapi takut perkarperkara tadi...Allwrightkan? carilah ramai cikgu2 yang tak berpasangan..Orang lelakikan melimpah ruah kasih sayangnya cuma kena adil..

zorro said...

apa yan kak kiah merepek ni.dah le tenggelam begitu lama.bila timbul dah merepak dan merapu pulak. heheheh. sori . aku zaaapppp nanti. zzzzzzzzzzzzzzz.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites