Wednesday, March 3, 2010

Wajib bertugas di pedalaman?


Muhyiddin Yassin bertemu kakitangan Kementerian Pelajaran selepas menyampaikan amanat kepada kakitangan kementerian itu pada majlis perhimpunan bulanan di Kuala Lumpur, semalam. – Bernama


KUALA LUMPUR 2 Mac – Kerajaan akan menimbangkan untuk mewajibkan semua guru bertugas di kawasan pedalaman antara tiga dengan lima tahun daripada tempoh perkhidmatan mereka.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kumpulan sasaran untuk menyahut cabaran itu ialah guru-guru yang masih belum berkeluarga.

Katanya, langkah itu akan menjadi satu bentuk dorongan dan cabaran baru kepada warga pendidik untuk bertugas di kawasan pedalaman di atas dasar khidmat sosial kepada negara.

Beliau berkata, cadangan itu bertujuan mengatasi masalah penempatan guru di kawasan pedalaman yang menjadi salah satu cabaran besar yang dihadapi Kementerian Pelajaran pada masa ini.

“Dalam tempoh 30 tahun guru berkhidmat, mungkin boleh antara tiga ke lima tahun dari tempoh itu mereka memberi perkhidmatan di kawasan pedalaman.

“(Ini) sebagai satu kewajipan, bukan sebagai satu pilihan dan ini memang perlu kita lihat,” katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian sewaktu ditemu bual dalam rancangan Agenda Awani yang disiarkan oleh stesen televisyen Astro, di sini malam ini.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, kerajaan sebenarnya telah menyediakan beberapa bentuk galakan untuk guru bertugas di kawasan pedalaman seperti elaun sara hidup maksimum RM1,500 sebulan.

Bagaimanapun, katanya, yang lebih penting ialah kesungguhan dan kesediaan warga perguruan untuk berkorban demi anak bangsa.

“Kalau semua nak pergi ke kawasan bandar, tidak ada pihak yang bersedia untuk berkorban mendidik anak- anak di pedalaman. Ini adalah satu kepincangan dalam sistem (pendidikan) kita,” katanya.

Dalam pada itu, mengenai arahan mewajibkan setiap pelajar sekolah menengah dan rendah mengambil satu jenis sukan bermula tahun depan, Muhyiddin berkata, pihak sekolah tidak wajar memberikan pelbagai alasan untuk tidak mematuhinya.

Muhyiddin mengakui antara masalah yang ditimbulkan ialah sesetengah sekolah terutama yang tidak mempunyai prasarana sukan mencukupi seperti kemudahan padang dan kelengkapan.

Beliau berkata, mereka masih mempunyai alternatif lain seperti menjalinkan kerjasama menang-menang dengan persatuan sukan, badan korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menggunakan kemudahan yang dimiliki oleh pihak berkenaan.

“Sukan mempunyai prospek yang amat besar dan saya yakin ia mampu dilaksanakan serta pada masa yang sama, kerajaan sedia memberikan kerjasama sewajarnya.

“Selain itu, kerajaan juga mempunyai tujuan bersifat serampang dua mata dalam melaksanakan dasar ini iaitu bagi menangani masalah terlalu ramai kanak-kanak yang mengalami masalah obesiti,” katanya.

9 comments:

noris said...

0k juga kalau bertugas dipedalaman.cuaca sejuk sikit.Tapi boleh ke orang rumah ikut...

jon said...

bertugas di pedalaman perlukan ketabahan dan kekuatan mental jg. kat aku ni dah tiga minggu tak de air.mandi ala kadar je..

Anonymous said...

agaknya yang dah syok kat bandar kalau dihantar ke pedalaman agaknya macam mana ye..

binzain said...

eh tayamum aje jon.

aku dah lepas dah kalu nak ikut syarat tu.dulu dah kena bertugas di gua musang,ulu kelantan lagi.masa tu mana ada elaun2 ni.faris,tak ada ke cadangan kalu mereka nak back dated, bayar elaun pendalaman.kalu ada untung la aku.tapi aku berkhidmat dgn rela hati tau masa tu.minta lagi masuk lagi dalam hutan,ajar anak2 org asli.

hasilnya kini,Allah kurniakan aku rezeki yg murah.Alhamdulillah.....

jon said...

binzain...macam mana tayamum mandi wajib...
kau boleh usulkan back dated elaun pedalaman tu.. mane tau kluar pekeliling baru.

Anonymous said...

dalam borang kenaikan pangkat/gred atau permohonan melanjut pelajaran perlu ada petak pengalaman bertugas di pedalaman....baru nampak bersungguh sikit nak kuatkuasa..

mpmn said...

aku pernah mengajar di dlm hutan. 2 jam bawa jip jimny. laluan balak. mmg mencabar. jarak 38 km je tp ambil masa 2 jam utk sampai. masa tu tak ada elaun lagi. kalau ada mcm skrg, gerenti aku tak tukar. budak asli situ ckp melayu pun tak reti. apatah lagi nak ajr ckp BI. cendol kuning yg meleleh keluar dari hidung pun tak tahu nak sapu. sanggup ke kau org msk kwsn gitu. kira aku ni hebat jugalah tu.

mpmn said...

cdgn ni bagus. aku sokong. tp sejauh mana pelaksanaannya benar2 telus? nanti kena anak 'seseorg' boleh pulak dikecualikan. Inilah realiti yg berlaku di Malaysia.

burung antu said...

aku tabik kt hg.. ajaq ank asli.nasib bbaik hg tak jd org asli jg. jd tok batin sb hg bijak hahaha...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites