Tuesday, March 2, 2010

Guru tidak boleh kenakan hukuman fizikal

KUALA LUMPUR: “Tiada peraturan yang membolehkan guru mengenakan sebarang hukuman fizikal terhadap murid,” kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan seorang guru Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan SS 17 yang didakwa mencubit pipi dan lengan seorang murid Orang Kurang Upaya (OKU), Zulhilmi Hakim, 12, hingga meninggalkan kesan lebam.


Kejadian berkenaan disedari bapa mangsa, Ismail Humaidi Ahmat, 45, selepas menjemput anak kedua daripada tiga beradik itu dari sekolah, di Subang Jaya, jam 3 petang, Isnin lalu. Bagaimanapun katanya, hanya guru besar dan pengetua saja mempunyai kuasa untuk mengenakan hukuman fizikal terhadap murid seperti merotan tapi perlu mengikut peraturan tertentu.


“Walaupun mereka mempunyai kuasa berbuat demikian, ia haruslah mengikut kaedah disediakan semasa pelaksanaan hukuman seperti dengan dihadiri saksi, dalam keadaan tertutup dan melalui cara tertentu.


“Selain itu, dalam keadaan sekarang, sentuhan fizikal antara guru dan murid memang tidak dibenarkan sama sekali,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Katanya, beliau akan mendapatkan maklumat daripada kedua-dua pihak (guru dan murid terbabit) dan memaklumkan kepada guru besar sekolah itu supaya menyediakan laporan lengkap berhubung kejadian itu.

“Bagaimanapun, jika laporan didapati tidak lengkap, saya akan meminta jemaah nazir sekolah menyediakannya. Perkara berkaitan anak-anak perlu dibincang antara kedua-dua pihak dan diharap ibu bapa tidak perlu bimbang kerana siasatan akan dijalankan secepat mungkin,” katanya.


Mengulas mengenai tindakan yang bakal dikenakan terhadap guru berkenaan, Alimuddin berkata, keputusan hanya akan diketahui selepas siasatan terperinci dilaksanakan jawatan kuasa disiplin. Semalam, Harian Metro menyiarkan dakwaan murid OKU yang didera guru pendidikan Islam di sekolahnya hingga lebam di pipi dan kedua-dua lengannya. Zulhilmi yang menghidap ‘dyslexia’ turut mendakwa guru berkenaan akan mencubitnya apabila dia tidak dapat membaca dan ia berlaku sebelum cuti Tahun Baru Cina dan selepas sekolah dibuka selepas perayaan itu. Dia yang pada mulanya hanya mendiamkan diri apabila ditanya kesan itu akhirnya mengakui kejadian berkenaan dilakukan ustaz di sekolahnya selepas dipujuk berulang kali oleh ibunya, Che Zaini Ahmad, 45.


Bagaimanapun, ketika ditanya guru yang dimaksudkan murid itu sehari selepas kejadian, dia menafikan perkara terbabit dan mendakwa Zulhilmi mungkin terjatuh ketika di rumah.

8 comments:

yusofsipan said...

tak bole kawal perasaan ler tu, hingga hilang kesabaran dan kewajaran!

kembara kelana said...

hukuman biarlah berunsur pendidikan...zaman cubit cubit ni dah berlalu...cikgu kena gunakan akalnya..bukan fizikalnya, susah nanti...kontrol kontrol...

zoro said...

bebudak sekarang ni makin manja dan mua.sebab tu masalah displin makin menjadi-jadi, sebab guru tak boleh sentuh langsung.

tak serupa dulu.....tapi kekadang bebudak pun pandai kelentong.perkara ini kena siasat betul2.aku surat akhbar metro ni pun bukan boleh percaya 100%,banyak yg dilaporkan tak betul.

jang said...

betul tak betul...sentuhan fizikal tetap tak boleh zorro...gunakan kebijaksanaan..cikgu katakan.

jang said...

betul tak betul...sentuhan fizikal tetap tak boleh zorro...gunakan kebijaksanaan..cikgu katakan.

zorro said...

jang ooooo janggggggggggggggg,

sebab tu aku tak sentuh dgn tangan,aku sentuh dgn pedang, zip zap tanda Z.heheheeh.

Unknown said...

Halo,

Apakah Anda mencari pinjaman, Apakah Anda mencari pinjaman bisnis, pribadi
Pinjaman, pinjaman rumah, mobil
Pinjaman, pinjaman mahasiswa, pinjaman konsolidasi utang, pinjaman tanpa jaminan, usaha
modal dll .. Apakah Anda pinjaman oleh bank atau menolak keuangan
kewenangan untuk satu atau lebih alasan. Anda adalah tempat yang tepat
Solusi pinjaman Anda! Saya seorang pemberi pinjaman pribadi, saya memberikan pinjaman kepada
bisnis dan individu pada tingkat bunga rendah dan terjangkau
Tingkat bunga 3%. Hubungi kami melalui email: chrissjohn591@gmail.com

Aplikasi pinjaman.

Nama lengkap Anda:
alamat:
negara:
Total pinjaman:
jenis kelamin:
Panjang Pinjaman:
telepon:
fax:
Pendapatan bulanan:
Tanggal pasti yang membutuhkan pinjaman:
pekerjaan:

CATATAN: Hal ini diperlukan sebelum kita dapat melanjutkan
transaksi pinjaman baik.
menyapa

Unknown said...

Halo,

Apakah Anda mencari pinjaman, Apakah Anda mencari pinjaman bisnis, pribadi
Pinjaman, pinjaman rumah, mobil
Pinjaman, pinjaman mahasiswa, pinjaman konsolidasi utang, pinjaman tanpa jaminan, usaha
modal dll .. Apakah Anda pinjaman oleh bank atau menolak keuangan
kewenangan untuk satu atau lebih alasan. Anda adalah tempat yang tepat
Solusi pinjaman Anda! Saya seorang pemberi pinjaman pribadi, saya memberikan pinjaman kepada
bisnis dan individu pada tingkat bunga rendah dan terjangkau
Tingkat bunga 3%. Hubungi kami melalui email: chrissjohn591@gmail.com

Aplikasi pinjaman.

Nama lengkap Anda:
alamat:
negara:
Total pinjaman:
jenis kelamin:
Panjang Pinjaman:
telepon:
fax:
Pendapatan bulanan:
Tanggal pasti yang membutuhkan pinjaman:
pekerjaan:

CATATAN: Hal ini diperlukan sebelum kita dapat melanjutkan
transaksi pinjaman baik.
menyapa

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites