Thursday, May 28, 2009

Program atau Atur Cara Cuti Sekolah

Salam rakan2,
Esok merupakan hari terakhir persekolahan sesi penggal 1 dan sekolah akan bercuti selama 2 minggu. Selain program2 akademik untuk UPSR, pastinya rakan2 mempunyai atur cara peribadi/keluarga tersendiri. Walau apapun atur cara, diharap rakan2 akan bergembira dan berbahagia bersama keluarga bagi mengisi musim percutian kali ini.
Apa yang pasti dan tidak boleh dielakkan ialah menghadiri kenduri kahwin yang sudah menjadi satu pesta yang tidak dapat dielakkan apabila tiba musim cuti sekolah.

Apa atur cara / program rakan2? Jika ada kelapangan, bolehlah kita ziarah menziarahi rakan2 sekuliah di tempat yang kita tuju bagi mengeratkan silaturahim.

Terima kasih.

29 comments:

anas sabah said...

Cuti sekolah ini aku akan pergi mengikuti kursus pentaksiran berasaskan sekolah kerana sekolah aku terpilih sebagai sekolah rintis.Kursus ini akan diadakan di Beverly hills hotel di Kota Kinabalu bermula 1hb Jun hingga 4 Junj 2009. Kelas tambahan untuk tahun 6 tetap dijalankan. Di samping itu hujung minggu sibuk dengan jemputan kahwin. MPMN aku rasa kau lagi sibuk kan?EMZEX aku pernah masuk blog kau, tapi kau tak layan pun.Aku juga tengah buat blog. Kalau dah siap aku jemput rakan-rakan untuk jengok blog aku.Ita,tahniah kerana selalu memriahkan blog kita dengan maklumat terkini yang berguna untuk semua.Faris pula admin yang tak kenal jemu untuk menyampaikan perkara-perkara yang sangat penting untuk dikongsi bersama.

ybs said...

wah rajin dah pulak kau mengomen kat blog ni ye anas... bagus bah! teruskan lagi dan lagi dan lagi ..... sampai kita takde lagi, hehehe

ybs said...

pd 31 Mei aku kena berada di JB seawal jam 8.30 pg krn mesyuarat JK Penilaian ......eh sebenarnya perkara ni sulit la, sampul surat yg aku dpt tu ada cop SULIT, hehehe

Ntah mcm mane aku pulak boleh terpilih menjadi JK yg dilantik oleh KPM sendiri tu. Lama pulak tu dr 31 Mei hingga 5 Jun, 'kering' aku duduk kat hotel selama 6 hari....

Saur Sepuh said...

memandangkan kau anas sdh membuang tokki maka aku pun buanglah tok wan, datuk maharajalela dan putera cheng ho. mmdgkan blog kita ni syi maka aku tambah watak biar npk ramai. lepas itu bubuh cite sensitif sikit, biar member yg tak setuju jadi hangat hati dan beri respon.
pe pun tahniah anas n cop kerana terplh ant yg ada bg merintis perkara baru n rahsia. kongsi2lah nanti maklumat yg dpt. inipun gunanya blog ni. berkongsi idea, maklumat, berita dll. adios

noris said...

Hai kawan2.
Cuti sekolah seperti biasalah.sekolah saya buat kelas tambahan dan jemput guru -guru luar untuk buat teknik menjawab soalan bagi semua subjek. PPD kawasan saya minta adakan kelas malam seminggu sekali atau dua kali.Murid belajar waktu siang berbeza denganwaktu malam.Waktu malam tumpuannya lebih.Ibu bapa tunggu anak2 mereka.Saya rasa bagus juga sesekali kelas waktu malam. Guru saya tiada masalah.saya tak janji apa2 bayaran.Tapi kalau ada rezeki saya beri duit minyak dan belanja makan.
Esok 30/5 saya ke Pendang.ada kenduri kahwin anak buah suami.lepas tu nak ke Padang Besar shooping.emzex ,la ni musim buah apa di utara .
Kepada semua selamat bercuti dan kepada ita bila nak datang tempat saya.....Faris pula jangan lah buat blog untuk orang selangor saja kami semua baca blog hari2 tapi ada yang tak respon saja.

noris said...

Hai Pirzan,kamu nak rampas jawatan admin dari Faris.Kalau kail baru sejengkal jangan nak duga Selat Melaka. saya email soalan pada kamu sampai ke tidak?
jangan marah......

Saur Sepuh said...

sampai skrg tak sampai pun. kau email mcm mana. puas aku tonggeng2 kotak srt tu, tak ada pun dr Melaka. pe pun tk kerana menghtr wp x spi.

noris said...

Pirzan,beri aku email kamu sekarang .Insyaallah petang aku email.

emzex said...

noris, disebelah utara ni, skrg musim buah pauh (mempelam la.buah durian ada tapi buah dari siam, manggis dan rambutan sesat pun ada.macam2 ada.buah kelapa memang sepanjang tahun ada.

dtg la ke rumah bersama2 keluarga.6/6/09 saya ada di KL, ada kenduri dan bercadang nak pusing semenanjung Msia.

noris said...

tq.emzex,saya memang nak cari buah pauh yang sedap dan manis.Pauh yang kulitnya hijau dan isinya oren memang sedap.namanya tak tahu tapi semuanya jenis manggalah tu.rasanya nak beli satu tong. Rombongan pengantin kami naik bas persiaran.

Mak Lang said...

Mak Lang gembira ramai rakan-rakan bila datang Kedah terpaut nak datang lagi. Sori Noris hari tu masa u datang sek khalil I kena attend majlis Sultan, harap kalau ada rezeki kita dapat ketemu lagi.Mahani penang hari tu masa lawatan ke sekolah I pun,I suggest p Padang Besar juga. Dengar kata gurunya tak mau balik asyik shopping. Mak Lang dok LCCT nak p celebrate birthday kat Guangzhou, Cina, acah aja(bercuti) balik terus attend konvo anak ke 2.

emzex zain said...

setahu saya pak ya lazim saja yg pi guangzhao.hati2 kalu pi disana.jgn bawa balik selsema babi sudah la.oop sori amerika tak nak pakai istilah itu,mereka nak kita guna virus H1N1.

noris kalu pauh itu dinamakan 'emas hitam'.buah itu dari siam.tapi awas skrg ini ada virus kumbang dlm buah dari siam.

kepada anas,saya tak jumpa pun komen anda dlm blog saya,mcm mana nak respon komen tersebut!!!.

noris said...

Mak Lang.Kami ke Pendang.Tapi saya tak tahu nama kampungnya.Disember dulu saya pegi jauh nun dalam kawasan sawah padi.jenuh nak sampai rumahnya.Tapi orang sana suka masak lauk keladi dengan ikan.itu lauk rasmi ke...

noris said...

Mak Lang
Jangan salah orang tau saya noris=normah ismail bukan norisyah=noi.Tak apalah mungkin mak lang tak perasan..........

Saur Sepuh said...

chuck noris, ini kali ke-3 aku beri email. pirzaini@yahoo.com.my @ pirzaini@gmail.com. mz jgn mrh ya aku dah jadi bloger skrg ni. tp ilimu taklah setgi faris. mgkn lama kelamaan lbh teror dr faris.

azamboy said...

sabtu nanti sabri nak datang rumah aku.mungkin aku sediakan ikan keli goreng sebab dia gemo makan ikan keli,atau masuk asam perut atau gulai kari kambing...masuk le blog aku,azamboy-azamboy.

emzex said...

mpmn, knape blog ekau kosong aje?

azam kau ternak sendiri ke ikan keli tu? berita tempoh hari ada mennyatakan ikan keli di sebelah taiping perak dijamu dengan sisa2 babi, betul ke ?

emzex said...

kepada rakan2 blogger,saya ada post entri baru.sila beri komen anda....!!!

Faris said...

Pirzan,
Betul cakap Emzex tu, blog kau kosong aje. Aku nk link kan masuk dalam blog list group kita pun tak jadi lagi.

Azam,
Apa alamat url blog kau? Berilah untuk aku linkkan.

Noris,
Selamat bercuti ke utara. Berhati2.

Mak Lang,
Selamat becuti ke Guangzhou. Hati2 dgn virus H1N1.

Kepada semua rakan2, Selamat Bercuti semua. TK.

mpmn said...

geng gb perempuan ni hebat2lah. cuti tak main dlm mysia. semua atas angin belaka. tahniahlah aku ucapkan. lihatlah keagungan Allah. azam kau msk ikan keli tu, baik survey dr mana dtgnya. nanti dpt selsema babi. maaflah USA aku tak nak guna H1N1.
faris kenapa pulak blog aku ksg? penat2 aku buat. apa masalahnya. normah aku dah terima email n tk. anas maaf ya lambat bls kerana hari ni baru buka email.

Lee said...

Hai, apa khabar semua? Dah lama tak masuk blog sebab maid dah balik, busy like a hell buat kerja-kerja rumah, maklumlah dah 7 tahun ada bantuan maid.
Cuti ini I akan melawat ke Beijing selam 10 hari bersama bbp orang guru saya.
Happy Holidays!

Faris said...

Lee,
Congratulation coz gi Beijing sempena cuti ni. Tapi sekrg x seronok sgt rasanya sebab musim panas. selamat bercuti Lee. Becareful dgn H1N1. Happy holidays.

noi said...

Salam untuk semua member,

Mak lang, terima kasih atas ingatan. Rasa seronok dapat jumpa kawan-kawan pada kunjungan saya dan guru-guru sekolah saya di sekolah khalil pada 8 Mei yang lalu. Zakaria Ansori, Rusma dan Hj Rasidi ada sama. Terima kasih banyak pada Khalil yang jamu sarapan pagi. Kawan-kawan nak tahu, sekolah Khalil tercalon untuk sekolah lonjakan saujana peringkat kebangsaan. Banyak idea baru yang dapat kami kongsi bersama. Tahniah lkawan-kawan Kedah. Walaupun tak dapat jumpa pak ya, tapi saya dah telefon dia. Lain masa, jika di panjangkan usia, bertemu lagi.

Insyaallah, saya akan bawa guru besar daerah Ayer Keroh untuk melawat sekolah-sekolah cemerlang di Kedah dan Langkawi. Kertas kerja dah siap. Untuk benchmark sekolah cemerlang kewangan dan kluster.

Minggu lepas pula, saya berkesempatan bertemu dengan kawan-kawan dari KL yang berseminar di Melaka. Tahu ajalah bila berjumpa... Menjerit. Terutama si Maznon. Namun begitu, saya tak berkesempatan membawa mereka berjalan kerana kekangan masa, sibuk dengan perayaan hari guru peringkat negeri Melaka dan lain-lain taklimat hampir setiap petang. Maaf.

Anas, sekolah saya dah memang rintis SPPK sejak tahun lepas. Nanti boleh kongsi maklumat.

Untuk kawan-kawan, masa kita sihat ni lah, kita berjalan melancung atau pergi umrah maupun haji. Kalau dah sakit, buat menyusahkan orang sahaja. Alhamdulillah, rezeki akan ada diberi. Yang penting buat yang wajib dahulu.
Saya dah dua kali pergi haji dan umrah, so.. masa sekarang nak pergi melancong ke serata dunia untuk melihat kebesaran ALLAH.
Nampaknya, tak terbeli cenderamata di Turki kerana pertukaran wangnya amat tinggi. Mungkin, pergi makan angin aja.
Selamat Bercuti semua.

emzex said...

wah hebat2lah mereka mpmn.mereka pergi makan angin dinegeri2 diatas angin.

noi jangan makan angin banyak2,nanti kembung perut pulak.susah nak cari guru ganti gb.

apapun selamat bercuti.aku mkn round malaysia saja.

mpmn ekau tak post atau save entri ekau kut.itu sebab habuk pun tarak.

Saur Sepuh said...

aku tumpang bangga kwn2 dpt jln mengelilingi dunia. mz dlm ngri pun ok jugak. byk tpt2 mnrk dlm mysia yg aku belum gi lg.

usop durian sek kau dah gugur ya. tp kau mkn sorg2 pulak tu. berilah jaga sikit, jgn gb bolot seorg. mentang2lah kau gb. salah guna kuasa tu.

mz aku sbnrnya tak siap lg blog tu. aku baru buat designnya masa di upsi lg. spi skrg aku tak usik2. tp oleh kerana kau dah ada blog, maka aku memaksa diri menyiapkan blog tersebut dan memskkan entri yg blh dikongsikan bersama. tunggu..

fidah said...

Kami geng Kedah sedang menunggu rakan serumah kami orang Klang ( zaiton )yang akan datang ke sini pada 5 hingga 6 Jun sempena kenduri anak saudaranya di Taman Uda. Insyaallah beliau akan kami bawa melawat muzium padi dan lain-lain lagi. Normah mai Pendang bila dan apa nama tempatnya? Rasanya dekat dengan rumah saya tuu....

zaimz said...

Tanks Fidah atas bantuan. InsyaAllah kita jumpa bila saya ke sana nanti. Rindu betul rasanya dengan rakan2 di sana terutamanya teman serumah.
Nak jumpa maklang, mungkin dia dah terbang, kalau dapat jumpa rusma dan rohani alangkah seronoknya..
JUmpa di sana.....

azamboy said...

sabri dan famili baru balik dari rumh aku,bergaya dia dengan selphynya,selepas makan tengahari,petang dia balik ke trengganu,mungkin pukul 3 pagi baru sampai..aku pulak ada tumbuh bisul,,bestnya kerana seronok menggosoknya

azamboy said...

http://azamboy-azamboy.blogspot.com/
faris and friend,,join me

Pages 381234 »

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites