Monday, May 25, 2009

Tatacara Perakaunan Terimaan Bayaran PIBG

Salam rakan2,

Saya mengambil kesempatan menaip semula kandungan surat ini untuk rujukan rakan2 sekalian supaya kita akur dengan arahan terbaru.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN AKAUN
ARAS 7 & 8, BLOK E12
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

Ruj. Kami : KP.AK.SPK/500-5(36)
Tarikh : 8 Mei 2009

Seperti di Senarai Edaran


Tuan,

Tatacara Perakaunan Terimaan Bagi Bayaran-Bayaran Lain Yang Dikutip Oleh Sekolah Dengan Kelulusan Mesyuarat Agong PIBG

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara diatas.

2. Surat ini bertujuan untuk menjelas dan menetapkan tatacara bagi mengakaunkan pungutan yang diluluskan oleh Mesyuarat Agong PIBG sekolah bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri, Jabatan Pelajaran Daerah dan sekolah-sekolah kepada Bahagian Akaun.

3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7 Tahun 2008 mengenai Persediaan Menghadapi Sesi Penggal Persekolahan Baru bertarikh 17 Disember 2008 yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia telah menggariskan jenis-jenis bayaran yang boleh dikutip oleh sekolah dan syarat-syarat kutipan. Oleh itu sekolah hendaklah mematuhi syarat kutipan yang telah ditetapkan dan mengakaunkan kutipan tersebut dengan betul. Berikut adalah tatacara yang mesti dipatuhi :

(a) Perenggan 2.3 sub-perenggan 2.3.5 menyebut semua bayaran yang dibuat oleh pihak ibu bapa hendaklah dimasukkan ke dalam Akaun Kumpulan Wang SUWA atau Akaun Asrama Sekolah atau Akaun PIBG mengikut pecahan akaun yang betul. Sehubungan itu semua sekolah hendaklah mengakaunkan setiap kutipan yang telah diputuskan oleh Mesyuarat Agong PIBG sekolah mengikut tujuan ia dikutip.
(i) Sumbangan kepada PIBG sebagaimana yang dinyatakan di perenggan 2.2.4 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7 Tahun 2008 hendaklah diakaunkan ke dalam akaun PIBG. Kutipan bagi aktiviti yang diurus dan dilaksanakan oleh PIBG juga boleh dimasukkan ke dalam akaun PIBG.
(ii) Kutipan yang berkaitan dengan aktiviti asrama hendaklah diakaunkan ke dalam Kumpulan Wang Asrama
(iii) Kutipan-kutipan lain yang berkaitan dengan aktiviti sekolah dan dilaksanakan oleh sekolah hendaklah diakaunkan ke dalam Kumpulan Wang SUWA (Selaras dengan peruntukan di perenggan 8 dibawah Peraturan-Peraturan Pendidikan (Majalan Sekolah dan Bahan Multimedia) di dalam Akta Pendidikan 1996, kutipan bagi majalah sekolah juga hendaklah diakaunkan ke dalam Kumpulan Wang SUWA).

(b) Selaras dengan perunukan di bawah perenggan 17(1) hingga 17(3) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendaftaran Institusi Pendidikan) di bawah Akta Pendidikan 1996, sekolah diingatkan supaya mengemukakan senarai bayaran-bayaran lain yang akan diperakaunkan mengikut para 3(a)(ii) dan 3(a)(iii) di atas kepada Pendaftar untuk kelulusan sebelum apa-apa kutipan dilakukan.

(c) Perenggan 2.1 di dalam Garis Panduan dan Prosedur Pelaksanaan Persediaan Sekolah Menjelan Penggal Persekolahan Baru menghendaki sebarang sumbangan kepada PIBG dibuat mulai pertengahan tahun. Perkara ini adalah merujuk kepada sumbangan kepada PIBG yang dinyatakan di perenggan 2.2.4 dalam Surat Pekeliling berkenaan. Walau bagaimanapun, kutipan bagi bayaran-bayaran lain persekolahan yang akan diakaunkan mengikut para 3(a)(ii) dan 3 (a)(iii) di atas boleh dikutip sebaik sahaja bayaran-bayaran tersebut diputuskan di dalam Mesyuarat Agong PIBG dan telah diluluskan oleh Pendaftar

(d) Sekolah juga diingatkan supaya mengeluarkan resit bagi setiap terimaan yang diakaunkan ke dalam mana-mana Kumpulan wang Sekolah.

4. Sekolah-sekolah yang telah membuat pungutan bagi tahun 2009 tanpa Pendaftar mengikut ketetapan di para 3(b) di atas hendaklah mengemukakan permohonan untuk kelulusan Pendaftar dengan serta merta.

5. Sekolah-sekolah yang telah membuat pungutan bayaran-bayaran lain yang sepatutnya dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Sekolah tetapi tidak mengakaunkannya mengikut tatacara yang ditetapkan di perenggan 3(a)(ii) dan 3(a)(iii) di atas hendaklah memindah masuk baki yang ada ke dalam kumpulan wang yang berkenaan denganserta merta. Pindahan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan dan resit dikeluarkan jika pindahan dilakukan daripada akaun selain daripada Kumpulan Wang Sekolah. Segala prosedur lain berkaitan kewangan dan perakaunan hendaklah mematuhi tatacara pengurusan kewangan dan perakaunan Kumpulan Wang Sekolah yang berkuatkuasa.

6. Sehubungan itu Bahagian ini memohon kerjasama tuan untuk memaklumkan perkara ini kepada semua Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah-sekolah di bawah seliaan tuan dengan kadar segera.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

(MOHAMAD AZMI BIN ALI)
Bahagian Akaun
b.p. Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia

18 comments:

Anonymous said...

Terima kasih Faris.Setakat ni JPN negeri saya belum beri surat lagi arahan lagi.Surat kelulusan pendaftar juga belum diterima walaupun dah lama permohonan dibuat.noris..

mpmn said...

tk faris atas maklumat yg dikongsi n susah2 je menaip.

Anonymous said...

assalamualaikum sahabat semua,

Terima kasih kerana memasukkan pekeliling baru tu...saya dah masuk duit tu dalam akaun pibg, dan dah belasah dah....mana aku tau
...duit ada tak boleh guna...ape ke halnya..

Anonymous said...

Assaalamualaikum,

Mohon ampunkan segala salah dan silap saya semasa kita bersama, InsyaAllah pada 28 Mei 2009 ini saya akan menunaikan umrah. Doakan agar saya sihat dan dapat melaksanakan ibadat di sana.

Saupi

mpmn said...

tahniah pi kau dpt ke sana. cg aku 2 org ke sana cuti ni. aku ingat nak minta tlg kau doakan aku spy dpt tambah cwgn. tlg sampaikan salam aku pd rasulullah saw. assalamualaika ya habibullah.

Faris said...

Kalau duit tu dh masuk dlm akaun PIBG dan dah belasah guna, buat prosedur pindahkan ke Akaun SUWA seperti arahan pekeliling dan yang penting segala maklumat dan butiran perbelanjaan direkodkan sebagai dokumen sokongan utk proses audit nanti.
Seperkara yang penting, kelulusan kutipan dengan mengasingkan bayaran (yuran PIBG) dengan bayaran utk kegunaan sekolah dalam lampiran yang berlainan bagi pengauditan nanti.
Saupi, tahniah kerana telah dapat menunaikan umrah. Semoga dapat sesuatu yang dihajatkan semasa berdoa sewaktu di sana nanti. Cikgu sekolah saya ada 2 orang pergi (1 org PK Petang dan 1 org guru j-Qaf).

rozita said...

Tahniah Saupi kerana mendapat jemputan khas dari Allah. Semoga langkah anda ke sana diiringi dengan keikhlasan, ketaqwaan dan kesabaran.
Saya doakan agar anda diberi kesihatan yang baik dan dimakbulkan segala hajat yang diinginkan. Selamat pergi dan kembali.
Sampaikan juga salam saya buat junjungan agung Rasulullah SAW.

mpmn said...

lepas ni pi kau bolehlah menunaikan haji pula. kalau dah mampu jgn tangguh2. member kita yg dah buat haji ialah rozita, norishah, zubaidah, adli n sifu sabri yg lain aku rasa belum lagi. tp yg mampu mungkin ramai.
bila lagi kwn2, takkan nak tgu pencen baru nak gi. entah ada umur entah tidak masa tu. aku boleh buat seruan aje, sebab aku ni belum mampu lagi.

rozita said...

Salam semua.
Bagi kami di daerah Klang telah selamat diberikan taklimat khas berkaitan Tatacara Perakaunan Terimaan Bayaran 2009 pagi tadi. Berikut adalah panduan sebagai perkongsian maklumat dgn rakan2 semua.
Jenis terimaan bayaran:
1. Operasi sekolah (Akaun SUWA)
-Spt : pep, sukan, agama/moral,
MSSS dan Keg.koku, majalah.
-Mesti mohon dan mendapat
kelulusan kutipan dpd JPN
(tujuan audit)
Bagi Klang telah diformatkan
surat permohonan kelulusan yg
baru dan akan disepadukan
di PPD utk di hantar ke JPN
-Disertakan dgn cabutan m.mesy
agung PIBG mengenai perkara
berkaitan
-kutipan boleh bermula pd 1 Jun
hingga September
-Gunakan resit sekolah
-Tak perlu mohon utk Takaful
coz dah kutip terdahulu dgn
punca kuasa SP13/2007

2.Kelengkapan sekolah (PIBG)
-Spt: Prog.motivasi, pningkatan
akademik, kebajikan, 3K dll.
-x perlu kelulusan, cukup
mandat dari mesy.agung PIBG
-masuk akaun dan resit PIBG

* Kepada yg dah buat kutipan
terdahulu ke PIBG (bayaran
tambahan)minta dipindah masuk
semula ke akaun SUWA.
Jika dah gunapakai, maka perlu
disahkan oleh PIBG dgn dokumen
sokongan berkaitan bagi tujuan
audit sekolah.

Itu jer lah yg kami dapat kabokan setakat ini. TQ

Faris said...

Ita,
TK di atas maklumat tersebut. Diharap dapat membantu rakan2. Orang lain mana ya? Tak menjengok blog pun. Ita, kalau macam ni kita buat hal sendiri ajelah. I buat blog utk kumpulan Selangor aje. Setuju tak?

mpmn said...

bg kami daerah bera ptg besok PPD nak buat perjumpaan berkaitan hai ni lah. tk ita atas maklumat yg diberi. mungkin ada perbezaan sikit ant ngeri cara pelaksanaan tp dasarnya serupa aje.
tak apalah faris, org lain tak nak join tak apa. at least aku, usop mz, ita, ton, mak lang, azamboy, kby msh lg mengikuti blog dan beri respon. ada juga yg member kita baca je tp dia malas nak respon. manusia ni mcm2. susah nak ditelah.

rozita said...

Ye lah faris...asyik kita2 5, 6 kerat je yg respon. Tu pun ade yg menyamar 2,3 nama...kalau tak... lagi lah sunyi blog ni. Mana pegi janji dulu nak keep in touch menerusi blog bagi memupuk persaudaraan dan melepas rindu pd kwn2 sambil share maklumat semasa???
Faris, kalau u buat blog selangor..pusing2 kita bertiga je lah..Aziz dah tenggelam dgn kesibukan sek besau nya.
Soba Faris..atlease kita masih ada wakil2 seanterio Malaya ni lagi utk memberi perkhabaran spt uatara(emz,kby,fidah dan mak lang yg mcm biskut tu), timur(mpmn-bloger tegar), selatan (cop-sentiasa setia melayan), tengah (azam-berkecindan bila perlu), Melaka (norish dan Nor-rajin bertamu), KL(maznon,k.kiah dll- sudi sekali-sekala bersama) dan seberang laut (anas-ambush bila perlu). Maaf kpd yg lain2...x kenal krn suka berselindung...x faham pula ape motif mereka.
Jgn tutup faris...sayang...nanti kita makin jauh!!! Dah lah jauh di mata nanti jauh pula di hati.

anas sabah said...

aku sebenarnya hampir setiap hari jenguk blog kita.cuma ada masa aku menyamar nama lain.tapi nama tu agak popular juga. cuma ramai yang tak perasaan kehadiran ku di dalam blog. aku adalah di antara yang memeriahkan blog ini. Cuma Ita tak cam.yang penting i love this blog very much.And to Faris keep up a good job.i fully support this blog to be continued.Aku tak tahu lagi bila masa aku boleh ke semenajung.Lainlah kalau aku di Labuan.peluang sangat luas.

zoro said...

anas aku tahu sapa kau. kau ingat selama ni aku tak tahu ke sapa kau. tp aku tak akan pecah rahsia. pengeras jgn lupa. sbb nak jaga rahsia.

emzex said...

ITA APA PULA KAMI SEBELAH UTARA MCM BISKUT. SAYA SEKARANG SIBUK UTK MENCARI BAHAN UTK DIMUAT DLM BLOG SENDIRI.ITU PUN SYOK SENDIRI,KERANA RAKAN2 TAK SUDI MERESPON.MPMN AKU TAK TAU MCM MANA KAU TAK BOLEH NAK RESPON.MKN USUP BOLEH AJAR AKU CARA NAK PERMUDAHKAN BLOG INI.AKU PUN DIA NAK ACC. NO. BARU BELAJAR KATAKAN.

SUDI2 LAH LAYARI BLOG SAYA INI.

rozita said...

Hello Emzex,
Betul kata mpmn tu. I pun pernah respon dlm blog u awal2 dulu, buat penat menaip jer tapi lepas tu tak mau appear pula. Kan i dah cakap dulu jgn terlalu syok dgn blog sendiri hingga melupakan blog kita ni. Ha..sila jawab???

anas sabah said...

zoro,tau tak pe.Yang penting aku di antara yang menyumbang di dalam blog ini.Macam mana pun kau masih serkap jarang zoro.Tak apa lah aku tak nak sorok-sorok lagi.Aku lah yang selalu guna nama Tok Ki tu.Kalau ada yang terhibur alhamdulillah,tapi kalau ada yang tersinggung minta maaf.

zoro said...

aku dah taulah anas. sangkaan aku tak silap. Ini adalah kerana kau kata kau kerap keluar dgn nama samaran yg popular. aku terus tangkap tok ki. mula2 aku sangka azam. aku ni penganalisa yg kritis. sorilah aku puji diri. jumpa lagi anas.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites