Sunday, May 17, 2009

Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Bermaklumat Sedunia

Hari ini 17 Mei 2009 merupakan hari telekomunikasi dan masyarakat bermaklumat sedunia. Pastinya dalam era globalisasi memaksa kita untuk mengikuti arus perkembangan teknologi maklumat dan memperoleh seberapa banyak maklumat bagi penambahan ilmu pengetahuan dan bergerak selari dengan ledakan maklumat yang berlaku sepantas masa. Kita tidak mampu menoleh ke belakang tetapi mesti bergerak seiring dengan kemajuan. Tiada istilah dalam kamus hidup bahawa kita tidak tahu atau tidak pandai. Sebagai pentadbir kita perlu menongkah arus mengikuti setiap perkembangan.

Selari dengan hari ini dengan tema yang dinyatakan :
"Bersama meraikan sumbangan internet yang telah merubah corak hidup kita dengan menghubungkan Malaysia kepada dunia dan mengukuhkan perpaduan sesama kita"
maka sudah semestilah kita tidak ketinggalan.

Terima kasih.

8 comments:

noris said...

Hai kawan2,
Esok 18 Mei sambutan Hari guru peringkat sekolah.Apa kata ceritalah apa aktiviti yang sekolah buat sebagai kongsi maklumat.Itupun masyarakat bermaklumat juga kan Faris.
19 Mei pula kami GB dan Pengetua adakan Forum.Lunch and Talk.ahli panel Prof.Khoo Kay Kim,Dr.Sidek Baba dan Prof Rejendren.Ita apa cerita U pula.

Anonymous said...

Jangan cerita apa ganjaran yang kita dapat.Buat saja koja kita ikhlas.Allah beri ganjaran nanti.Azam kamu nak banyak2 elaun nak buat apa.Kojanya sikit nak elaun banyak2.pirah.....he.he.jangan marah.

noris said...

mpmn,saya hantar maklumat pkbs sampai tak.ada lagi maklumat yang lain tapi tak sempat nak hantar.mungkin esok saya cuba hantar lagi.ok

Faris said...

Bagus tu Noris. Saya buat sambutan hari guru pada 29 Mei iaitu last day persekolahan kerana nak berpesta sakan. Minggu ini dan minggu depan masih exam fever di daerah saya. We all punya hari guru daerah pd 26 Mei, negeri pada 28 Mei dan sesuailah sekolah saya buat pada 29 Mei.
Tentang prog lunch talk tu agak bagus kerana ia merupakan medan terbaik untuk bertukar fikiran dan pendapat. Boleh selalu dilaksanakan. TQ for sharing your experience and programme.

anas sabah said...

Asalamulaikum Noris,
Selamat Hari Guru to u all.
Saya juga berminat tentang pkbs tu Kalau boleh hantar kepada saya di alamat anweryu@yahoo.com.my

emzex said...

SELAMAT HARI GURU

saya sedang berkursus di langkawi selama 3 hari.Kursus Profesionalisme GB sek. P.Pinang. slot pagi ini Pengurusan & Penilaian Prestasi yg akan disampaikan oleh Dr.Nor Asyikin Salleh-IAB caw.utara.

apa2 info saya akan maklumkan kemudian kpd rakan2.

datuk maharajalela said...

dlm islam pun kerja yg dibuat mesti setimpal dgn upah. upah itulah sebagai motivasinya. kalau upahnya ciput bermakna hak pekerja dinafikan. nak ikhlas mcm mana? org yg ckp ikhlas sbnrnya bkn ikhlas pun. ikhlas tak perlu diucapkan.

mpmn said...

noris tak ada pun dlm email aku. salah almt kot. pirzaini@yahoo.com.my tk kerana menghantar. cuba sekali lg ya. bolehkan. didahului dgn tk

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites