Sunday, March 1, 2009

Pembangkang Tidak Dihalang Sertai Program Sekolah

Salam rakan2,

Pastinya rakan2 telah membaca akhbar hari ini yang bertajuk seperti di atas. Disamping itu saya sertakan juga petikan akhbar tersebut seperti yang terdapat dalam Mingguan Malaysia. Diharap rakan2 akan mendapat gambaran yang jelas berhubung kenyataan YB Menteri Pelajaran ini.

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Kementerian Pelajaran tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan khusus yang melarang Ahli Parlimen atau wakil rakyat pembangkang menyertai sebarang program yang dianjurkan pihak sekolah.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagaimanapun berkata, setiap majlis rasmi di sekolah yang melibatkan orang kenamaan atau individu tertentu perlu mendapat kebenaran kementerian terlebih dahulu melalui Pengarah Pelajaran negeri.

Menurut beliau, tindakan itu bagi memastikan majlis yang dianjurkan bukan bertujuan politik dan tidak mengganggu pengajaran serta pembelajaran murid.

"Institusi pendidikan tidak wajar dipengaruhi oleh mana-mana ideologi politik di negara kita," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Ahli Parlimen itu meminta penjelasan sama ada kementerian pernah memberi arahan kepada semua pengelola sekolah di negeri-negeri pakatan pembangkang supaya tidak membenarkan pemimpinnya menghadiri program sekolah.

16 comments:

Anonymous said...

Di sekolah saya semua ibu bapa boleh hadir dalam aktiviti sekolah yang melibatkan parent.tak kira dia penyokong atau pembangkang.Tak ada parti politik di sekolah.Bantuan pun saya beri tak kira parti apa.jika murid tu layak semua dapat.

Anonymous said...

memangla disemua sekolah mcm tu noris. tentang jemputan merasmikan sesuatu majlis dah ada pun pekeliling yg menyatakan dgn jelas maksud nya,tak kira pembangkang atau pun kerajaan.

yg menteri kita ni pun satu hal, mudah melenting dan tersasul.tak rujuk pada pekeliling yg ada, peninglah kita, terutamanya kawan2 kita yg diperintah oleh pembangkang.

baru2 ni dia umum, pelajar yg tak ada surat lahir boleh belajar disekolah.begitu juga dgn yg bukan warganegara. pening...pening...pening... semua orang pening.

Anonymous said...

Hai teropong,
Apa khabar kawan kamu si Azam tu.Tolonglah teropong dia sikit.dah baik ke belum.kesian dia .tak ada berita pun.teruk agaknya.

Anonymous said...

teropong aku tak la boleh fokus sejauh itu.

tapi apapun kita doakan semoga semua sahabat kita termasuk kita juga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat, baik dan dirahmati oleh Allah SNT.

azam bertuah kerana diduga oleh Allah SNT didunia ni lagi.kita belum tau lagi.

Anonymous said...

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.

Kepada kekawan semua, aku ucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi menghulurkan bantuan untuk menyelesaikan masalah yg aku hadapi ni.kepada noi, noris, faris, sabri, mpmn dan lain2 lagi termasuklah pensyarah2 dr.zul, dr raheem dan dr norlia kerana bersusah payah membantu aku.

akhirnya baru sekejap tadi aku dpt call dari en.hashim dari unit pengijazahan memaklumkan kpd aku mereka akan menghantarkan keputusa terkini,surat jemputan dan tamat pengajian esok.

aku telah pun menyemak melalui internet 2 hari yg lepas, memang ada nama aku, tapi sehingga disahkan oleh en hashim baru aku berasa yakin aku boleh konvo.mungkin markah aku akan di demerit sepertimana yg dimaklumkan oleh dr.norlia tempoh hari. tapi aku tak kisah semua itu.

selama ini aku hanya membaca komen2 kekawan sahaja,kerana tak ada apa yg hendak direspon.tapi kini semangat untuk merespon telah kembali seperti dahulu. maafkan aku kerana menyepi diri sekian lama.

Ya Allah betapa besarnya nikmat yg engkau telah berikan kepada aku.ALHAMDULLILAH.AMIN..

Anonymous said...

Salam,

Tahniah Emzex kerana akhirnya dapat konvo bersama. Apa yang penting tidak ketinggalan dengan semua rakan2 lain. Mungkin ada hikmah dan pengajaran yang diperoleh dari kejadian tersebut. Berbanyak syukur kehadrat Allah swt. Kita orang akan datang ambil jubah pada 10/3, jom join sekali.
TK.

Anonymous said...

emzex,
alhamdulillah, selesai jugak masalah hang... kita jumpa nt kalau tak pd 10/3 pd hari konvo nt!

Anonymous said...

Alhamdulillah,

satu pengajaran yg dpt diambil, iaitu "jangan melenggahkan masa",mcm orang kampung aku kata"procastination is a waste of time".tapi kadang kala bukan kehendak kita begitu,kesibukkan kita buat kita mcm tu.

apapun aku bersyukur,dan aku masih menanti surat2 yg dijanjikan.mkn lusa baru terima kut.

terima kasih diatas bantuan rakan2 dan pensyarah.

Anonymous said...

wah faris dapatlah kau makan ikan bawal IAB.

rindu juga aku nak makan bawal goreng IAB tu.

Anonymous said...

Well come back bro emzex! Alhamdulillah syukur masalah u tu dah selesai. Berita tu amat menggembirakan kita semua. Banyak hikmah dan pengajaran yg dapat dikongsi. So see u then!

Anonymous said...

Emzex, ingatkan dah tak ada ikan bawal. Tapi tiba2 makan malam ni ada pulak ikan bawal. Teringatlah nostalgia tu. Bila ambil sayur kobis malam ni pun berhati2 juga kerana takut ada cicak lagi.

Anonymous said...

faris, jangan2 cicak dulu tu dah besar dan dah jadi biawak!!!

Anonymous said...

faris nanti kongsi2lah info yg dpt di sana tu. aku mohon juga tp tak dpt kerana aku baru ikut prog di iab utara. skrg ni dia blog utk tempoh sebulan. aku minat giler betul dgn designing powerful tu.

Anonymous said...

Pirzan,
Kursus ini adalah kursus yang kali pertama diadakan oleh IAB. We all ni kira pilot (rintis). Lepas ni akan ada penambahbaikan.

Anonymous said...

Tahniah Emzex kerana akhirnya dapat konvo bersama. Jumpa u d sana

Anonymous said...

aku masih menunggu surat dari upsi.katanya nak pos minggu ni tapi bila kontak kelmarin blm lagi.

apapun aku tetap bersyukur dan sabar.

ujian pengesanan tak dpt diisikan lagi.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites