Thursday, March 26, 2009

Maklumat Semasa Temuduga

Salam rakan2,
Pukul 6.00 petang (25 Mac 2009) semalam saya telah menelefon Dato' Abdullah Abdul Kadir (Mantan Pengarah BPG) iaitu panel lembaga temuduga SPP yang ketika itu berada di Sandakan untuk menemuduga guru2 di sana untuk bertanya tentang permohonan dan temuduga DG41 kita. Maklumat dari beliau ialah :
1. Isi permohonan secara online.
2. Selepas permohonan secara online, tempoh masa 4 - 5 bulan baru panggilan temuduga dikeluarkan. Sekiranya selepas 5 bulan tiada panggilan temuduga, segera hubungi SPP semula.
3. Perlantikan adalah berdasarkan tarikh konvokesyen kerana waran perjawatan sudah sedia ada terutama bagi PPGB. Ia berbeza kalau PJJ kerana tarikh lantikan tidak akan mengikut tarikh konvo disebabkan waran perjawatan perlu dipohon dengan JPA terlebih dahulu (sebab itu guru biasa yang buat PJJ lambat dipanggil temuduga).

Tentang soalan2 temuduga tu nanti saya akan telefon beliau kemudian apabila dah hampir tarikh panggilan temuduga. Jika tak dapat telefon beliau nanti saya akan telefon pula Dato' Khusaini (Pengerusi SPP) @ Datin Dr Norhayati (mantan TKPPM Teknikal) @ Dato' Wan Mustama (juga mantan Pengarah BPG. Itu adalah maklumat semasa.
Terima kasih.

18 comments:

Anonymous said...

thanks 4 ur info faris!

Anonymous said...

cuba masuk untuk pendaftaran online,setelah log ini dan pilih nama negeri dan nama daerah,,contoh sg siput, hanya keluar satu sekolah aje namanya,,nama sk methodist tak ada..macamana ye..

Anonymous said...

Azamboy,
Cuba kau guna IE. Kalau Mozila ada masalah sikit. Portal SPP tu familiar dgn IE. TQ.

Anonymous said...

thks a lot 4 ur information. good work!!

Anonymous said...

Datuk Y ni siapa? Tok janggut tu ke??? kah!kah!kah

Anonymous said...

Tok janggut tu sapa pulak???

Anonymous said...

Ala... datuk Y dan tok janggut tu orang yg sama... si ybs tu ler!

Anonymous said...

Ni nak tumpang tanya....
Berapa ramai anonymous dalam blog ni? Cubalah brani berterus terang dgn nama sendiri! Kan sronok kita berkomunikasi dgn telus. Dah jauh2 terpisah ni... sekurang2nya bila tahu siape yang menyapa atau bercerita terasa dekat dihati dan terbayang setiap keceriaan kita bersama dulu. Tulis nama ye!
Anyway, thanks a lot faris for the advance info.

Anonymous said...

Ita ,komputer saya tak tahu kenapa tak boleh taip name URL.jadi bila nak sent ia akan keluar anonymous.tulah malas nak respon.
Faris ,kenapa ye jadi gitu .

Anonymous said...

Faris,kenapa publish Your Comment di komputer saya tak berfungsi bila nak taip name/URL.mesti keluat anonymous juga. noris...

Anonymous said...

u lupa tulis nama kot.

Anonymous said...

Noris,
maybe ada plugin yang install dalam komputer u tak update. atau kalau u guna mozila, kena update version dia. atau kalau guna IE, kena updat juga version baru. Cuba guna di komputer lain, kalau boleh itu bermakna komputer U kena update.
TK.

Anonymous said...

kalau takboleh tulis nama kat atas, tulis ler kat bawah..., janji bernama...tul tak?

Anonymous said...

wei kawan, aku tak penah guna nickname tokjanggut tau, wp mmg aku berjanggut... dan sejak 13 Mac lepas mmg aku dah jadi datuk...., huhuhu tua dah aku!

Anonymous said...

datuk y pun tak kenal. dlm grop kita sapa yg prnh diglr datuk. klau bkn pak ya masa mlwt sek cheras. ingat lagi tak.

aku setuju sangat dgn pdpt hjh rozita. tulislah nama sendiri. yg nak menymr2 pasal apa. org tak ada masa nak fkr sapa si tuan pya nama. gentlemenlah. suka sgt main nyorok2 apa tak puas main nyorok2 masa kecik dulu ke. dah tua, hentikanlah. main dgn cucu jelah. usop serg aje yg bleh main nyorok2 dgn cucunya tp buat masa ni cucu dia baru meniarap.

ybs said...

cucu aku lepas hari pun lom la, mana boleh meniarap lg....!

kita mmg dah tua mpmn, tapi perangai dan tabiat budak2 tu masih ada dlm diri kita....ke kita kembali menjadi spt bebudak?

noi said...

Salam,
Di Melaka, tarikh untuk LDP telah diselaraskan dan tidak boleh diubah. Ini adalah untuk memudahkan pihak JPN memantau perjalanan LDP sebab kita dapat peruntukan daripada kementerian. Kami telahpun menjalankan LDP pertama pada 14 Mac yang lalu dan telahpun menghantar laporan ke JPN. Oleh kerana sekolah saya PTJ mudah sikit. Tajuk-tajuk untuk LDP juga telah diberi oleh JPN sebagai panduan. Boleh guna pakai atau boleh fikirkan sendiri berkaitan dengan masalah sekolah. Tetapi kebanyakan sekolah pada LDP pertama di Melaka, kami memberi taklimat Qnet.

mpmn said...

qnet tu apo bondo eh noi. cubo kau explen skt.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites