Saturday, March 28, 2009

Latihan Dalam Perkhidmatan

Rakan2,
Malam minggu begini tidak mempunyai suatu acara yang hendak dilaksanakan. Apa yang dihajati ialah merehatkan badan serehat2nya setelah berpenat lelah. Bila difikir2kan saya terfikir untuk mencoretkan tentang LDP.
Saya pasti rakan2 semua telah ditaklimatkan tentang program LDP bagi tahun 2009. So rakan2 telah buat perancangan? Apa latihan yang akan dijalankan? Bagaimana pengoperasiannya? Mungkin rakan2 boleh berkongsi dengan yang lain2 tentang pelaksanaannya kerana mungkin setiap negeri berbeza pendekatan dan pelaksanaannya.
Bagi negeri Selangor telah ditetapkan bahawa LDP pertama ialah berkaitan PATS dan Headcount. LDP kedua pula berkaitan dengan analisis item bagi persediaan transformasi kurikulum (JSU dsbnya) dan LDP ketiga berkaitan peningkatan P&P.
Negeri lain pula?
Sudi2lah berkongsi maklumat. Terima kasih.

16 comments:

zaimz said...

Salam semua,
Pada 14 Mac yang lalu sekolah saya telah bergabung dengan sekolah ta, adakan LADAP dengan tajuk P&P berkesan. Yang seronoknya kami dapat jemput DR James dari IAB sebagai penceramah. Kami juga beruntung kerana dapat kebenaran dari Pengetua KISAS untuk gunakan auditorium mereka yang baru diubahsuai utk kursus tersebut dengan sedikit bayaran. Dengan bergabung dua sekolah kami dapat share bayaran untuk Dr James dan sewa dewan.
Walaupun bayaran agak tinggi namun ceramah yang beliau sampaikan selama 4 jam memang ump! Kami pun dah booking beliau sekitar Ogos untuk tajuk Pengurusan Disiplin Bilik Darjah.

datukY said...

tahiniah ton & ta ... !!!

Faris said...

Ton,
Kira cepatlah daerah Klang. Daerah Hulu Langat baru petang Jumaat minggu lepas diberi taklimat kepada GB dan Pengetua. Tahniahlah kerana dah selesai satu LDP. Saya pun sedang cari tempat dan cari sekolah yang nak syer buat LDP. Ingatkan nak gabung 3/4 sekolah sampai penuh auditorium. Sekurang2nya dh selesai satu.

rozita said...

Salam sahabat.
Kami di Klang perlu menghabiskan 4 LADAP menjelang akhir Mei ini. Sebaik selesai taklimat diperingkat PPD akhir Feb lalu.. I dan Kak Ton terus merancang utk mendapatkan Dr James. Strategi kami membawa org kuat IAB dan dibuat di auditorium gah KISAS nampaknya memberi satu kepuasan dan impak positif kepada guru2.
Sabtu semalam pula i buat Pembugaran PATS,SAP dan Headcount oleh PK Pentadbiran n SUP di sekolah. Dua minggu lagi dgn tajuk Tindakan Ampuh Menangani 2M oleh penceramah mantan guru inovatif pemulihan Selangor.

mpmn said...

zaimz berapa byrn. aku nak jemput dia ke sek aku. termsk makan minum, perjalanan.

zaimz said...

Mpmn, kami bayar Dr James ikut jam iaitu 1jam - RM 150, jadi 4 jam kami bayar RM 600(RM 300 satu sekolah), tentang makan minuman tu kami kira sekali dalam makan untuk guru. Tapi tentang perjalan tu, saya tak pasti kalau jauh macam sekolah you. Bagi kami di Klang ni beliau tak minta apa2 bayaran pun.
Cuma Dr James agak kurang mahir dalam mencari tempat yang dia belum pernah sampai. Hari tu, 2 jalan altenatif yang ta fax kat dia,dia kata tak faham. Akhirnya terpaksalah seorang guru menjemput dia di depan Hotel Gold Course.(sbb itu saja tempat yang dia tahu di Klang)
Satu lagi perkara yang kawan2 perlu tahu tentang Dr James ini ialah ketagihannya terhadap nescafe. Sebelum beri ceramah dia mesti minum secawan besar nescafe, waktu break pukul 10.30 pg pun dia minta air panas untuk bancuh nescafe yang sentiasa ada dalam begnya. Katanya nescafe membantunya untuk lebih bertenaga semasa berceramah. Agaknya sebab tulah di boleh melompat ke sana sini semasa berceramah. Cikgu saya paling teruja melihat gelagat dia memadamkan white board...
Bagi mpmn kalau ada hajat nak jemput dia. kena cepat2 sebab masa beliau memang dah padat dengan undangan dari sekolah.
Jumpa lagi.

azamboy said...

aku kerja pada hari rabu ni,,1st april..lama juga cuti,hampir dua bulan..rindu nak ke sekolah..LDP tu apa ye..Latihan Dalam Perkhimatan ke...aku ni dah ketinggalan zaman..dua bulan ooi

emzex said...

PATS,SAP & SUP tu apa ye?

kalu dr james datang ke utara, kalau pekena air daun ketum pasti dia akan lupakan nescafe selama-lamanya.dia pasti bawa 2 atau 3 helai daum ketum dlm begnya.

mpmn aku pun boleh kalau dijemput...

emzex said...

assalamualaikum kekawan.

saya dgn pak ya baru habis kursus ESQ 165 anjuran sime darby (27mac -29 mac 09)di junction maju KL.kursus ini bagus, tak dapat diluahkan dengan kata2.banyak aspek 2 spiritual yg di sampaikan yg selama ini tak terfikir oleh kita.konsep2 asmaul husna diterapkan dalam dlm kursus ini.penyampainya dari indonesia,luarbiasa pak.

bayarannya mahal RM1000 lebih, tapi kami bernasib baik kerana sime darby bapa angkat.hanya 10 orang shj dari kalangan guru-guru selebihnya adalah staf sime darby.

sekarang ni saya sedang berkursus di alor setar pula.kursus MPK dan FM guru besar. letih rasanya....

mpmn said...

tk ita atas info yg diberi. aku akan usahakan secepat mungkin. boleh beri no hp dia. tak dpt siang aku buat malam. dia tentu tak kisah, yg penting ada nescafe.
emzek, hg ni berapa kali nak kursus mpk n fail meja. kalau tak cemerlang mpk n fail meja di sek hg aku tak tahu nak ckplah. jgn lupa pas bhn yg hg dpt. boleh aku aplikasi di sek aku. hg tak gi kempen utk PKR ke? aku dgr ya lazim dah trun kempen utk bn, begitu juga mahani penang.

rozita said...

Emzex,
Share lah skit maklumat ESQ tu. Penting tu untuk memantapkan kekuatan jiwa kita yang selalu berserabut ni.U dpt first hand dari org hebat dan bayarannya mahal...mesti padat dan best!
Ni maksud item2 yg u kureng faham tu.
PATS - Program Akademik Terbilang Selangor,
SAP - Sistem analisis peperiksaan,
SUP - Setiausaha Peperiksaan

mpmn,
no.tel Dr James - 0129607115

mpmn said...

ita, share jugalah dgn aku ni. pats tu. boleh citekan tak mcm mana nak urus prg tersbt.
mz aku nak tau juga esq tu. kau bleh cerita ke. jgn2 kau tdr je masa org beri ceramah spt d upsi

emzex said...

kau orang boleh tengok dlm internet.type aje ESQ165, banyak maklumat yg ada. kalu nak terangkan disini susah.kursus ini kena 'feel' sendiri.ahli alumninya sudah mencecah lebih drpd setengah juta orang seluruh dunia.

mpmn, aku gerenti kursus ni tak boleh tidur punya...sound efek dan dia punya motivator luar biasa pak.lagi pun masa kuliah dulu aku mana tidoq yg banyak tidoq ekau la den...

apapun aku akan cuba info sedikit sedikit kepada blogger nanti.ttg mpk dan fm tu,kami jk guru besar penang sudah 3 kali berjumpa dan insyallah pada hujung bulan april ini baru dapat dimurni dan dihabiskan.pn hjh norihan iabu kata ianya akan jadi lebih hebat dari negeri perak yg banyak mgb beli RM100. tu.
ekau tunggu edisi penang yg lebih lengkap.semua ini atas inisiatif unit kualiti jpnpp.kump aku kena buat pengurusan kk.

emzex said...

kau orang boleh tengok dlm internet.type aje ESQ165, banyak maklumat yg ada. kalu nak terangkan disini susah.kursus ini kena 'feel' sendiri.ahli alumninya sudah mencecah lebih drpd setengah juta orang seluruh dunia.

mpmn, aku gerenti kursus ni tak boleh tidur punya...sound efek dan dia punya motivator luar biasa pak.lagi pun masa kuliah dulu aku mana tidoq yg banyak tidoq ekau la den...

apapun aku akan cuba info sedikit sedikit kepada blogger nanti.ttg mpk dan fm tu,kami jk guru besar penang sudah 3 kali berjumpa dan insyallah pada hujung bulan april ini baru dapat dimurni dan dihabiskan.pn hjh norihan iabu kata ianya akan jadi lebih hebat dari negeri perak yg banyak mgb beli RM100. tu.
ekau tunggu edisi penang yg lebih lengkap.semua ini atas inisiatif unit kualiti jpnpp.kump aku kena buat pengurusan kk.
TQ ita atas keterangan kata singkatan tu.
Insyaallah akan saya cuba share ttg ESQ165 tu.

mpmn said...

dah siap nanti mpk n fm tu beritahu. aku nak. beli pun tak apa. lepas tu aku nak jual dlm ebay.

noi said...

Salam.
Kami telah pun menjalankan qnet iaitu headcount yang dipermudahkan dan merangkumi JSU. Kalau JPN wajibkan untuk tahun 6, tapi saya telah bermula dari tahun 1 lagi. Saya juga telah mengubah dari segi gred A iaitu 85peratus. Guru-guru sedang menetapkan target setiap matapelajaran teras dan akan dibawa setiap tahun. Jadi memudahkan guru tahun akan datang menerima murid dari guru lain. Pada awalnya memanglah banyak kerja tapi bila dah siap senang untuk diuruskan. Setiap kali selepas ujian, guru-guru akan berbincang dan melihat keberkesanan P&P serta program yang telah dirancang. Jika tidak berkesan, mereka akan mencari jalan untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Jadi , guru-guru akan berpasukan menyelesaikan masalah tersebut.
Tahniah pada yang te;ah menjalankan LDP 1.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites