Friday, March 13, 2009

Selamat Berkonvokesyen dan Persiapan Konvokesyen

Salam rakan2,
Esok dah hari Sabtu. Ahad dahpun berada di UPSI untuk sesi raptai. Isnin pula adalah hari yang penuh bersejarah dalam kehidupan rakan2. Beginilah bila belajar dahpun berusia. Bila berjaya tu terasa amat seronok sekali. Menyentuh hari bersejarah pada 16 Mac nanti pastinya semua rakan2 telah membuat persiapan rapi bagi menempuhi hari bersejarah tersebut.
Pertamanya pasti ada yang telah menyediakan baju baru bagi dikenakan pada hari tersebut. Baik lelaki ataupun wanita. Jika memakai pakaian baru, bolehlah ceritakan kepada rakan2 yang lain.
Keduanya pasti rakan2 datang bersama keluarga masing2 bagi memeriahkan lagi hari tersebut. Kejayaan yang disambut bersama keluarga pastinya amat bermakna.
Ketiganya dah siapkan kamera? Kamera baik kamera telefon, kamera kompak, kamera SLR ataupun video kamera bagi merakam peristiwa bersejarah. Seperkara yang perlu diingat jangan pula lupa mengecaj bateri kamera tersebut.
Keempatnya tempat penginapan kerana pastinya nak balik selepas raptai agak memenatkan badan dan bagi yang nak tinggal sehari lagi sehingga 17 Mac jika tak sempat nak pulang jubah juga boleh melakukannya. Bolehlah melawat tempat2 bersejarah di Tanjung Malim tu.
Mungkin ada lagi berbagai perkara yang perlu diingatkan. Jika rakan2 ada peringatan lain lagi, silakan beri komen dalam entri ini supaya rakan2 yang lain dapat mengingat dan tidak melupakan perkara2 yang penting.
SELAMAT BERKONVOKESYEN. TAHNIAH!!!!!. Terima kasih.

4 comments:

Anonymous said...

salam. terima kasih faris atas ingatan2 itu. dan semoga kita sekeluaraga semua dikurniakan kesihatan yang baik dan selamat dalam perjalanan pergi balik dan semasa konvo itu. selepas balik upsi hari selasa tu, saya demam dan batuk. harap2 hari ini sihat lah.ok, kita semua jumpa esok, insya Allah.

Anonymous said...

Terima kasih Faris kerana mengingatkan perkara2 penting yang perlu di bawa.Semoga semuanya sihat.Kalau ada yang demam dan sakit cepat2 makan ubat.sekarang musim hujan.yang ada asma jangan lupa bawa ubat.
Kita jumpa esok,Insyaallah....

Anonymous said...

Rakan2,
Seperkara lagi perlu diingat iaitu jangan lupa bawa bersama jubah yang diambil hari selasa tempoh hari. Manalah tahukan... takut terlupa pula... naya... tak dapat naik pentas.

Anonymous said...

kalau tertinggal jubah, pakai jer ler jubah arab ke.... janji jubah, hehehe

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites