Saturday, November 1, 2008

Perancangan Tahun 2009

Salam kepada semua rakan2,

Persekolahan tahun 2008 sudah hampir ke penghujung. Apa yang telah dilalui sama ada berjaya atau tidak terpaksa kita akur dan patuh kepada keputusan dan hasil yang diperoleh. Pastinya rakan2 telah pun mula membuat refleksi. Sebaik2nya gunakanlah refleksi tersebut bagi kita merancang sesuatu yang baru bagi tahun 2009.

Sekiranya rakan2 mempunyai idea dan pandangan bernas yang boleh membantu sesama kita, sebarkanlah di blog kita ini. Ada di antara kita sudah pun mula bergerak merancang dengan mengadakan mesyuarat2 dan bengkel2 perancangan. Bimbingan sesama kita sedikit sebanyak akan dapat membantu kita membawa sekolah ke mercu kejayaan.

Terima kasih.

20 comments:

Anonymous said...

aku lom buat refleksi laa, baik jugak kau ingat faris, tahun ni rasa2nya nak buat laa....

Anonymous said...

Hai kawan2,
UPSR akan keluar pada 13 November ni.Kita GB rasa berdebar juga walaupun anak tak ada yang ambil tapi anak murid kita ramai.Keputusan ini akan menggambarkan kepimpinan kita tahun ni berjaya atau tidak.Kemudian kenalah buat peran cangan untuk tahun depan yang lebih strategik ke arah kejayaan yang lebih cemerlang.

Anonymous said...

Azam ,mana kamu diam saja .dok intai tupai lagi ke? Bior la dia nak hidup lama,tupai nak enjoy juga .

Anonymous said...

apala lah kau ni animal mouse, org nak bincang ttg perancangan thn depan.yang kau sibuk pula ttg tupai.

aku belum lagi buat perancangan yg sebenar,kerana sibuk dgn PMR, kursus.minggu lepas 28,29,30 okt ada dilangkawi lepas tu 31okt,1,2 nov ada dialor setar.la ni ada di ipoh 3 hingga 6 nov.(kursus fail meja & manual prosedur kerja GB)penat aku rasa,bukan 'touch and go' lagi tapi smart tac la.

tapi dlm kepala otak tu memang ada pelbagai perancangan.baru2 ni dpt RM5000 dari parlimen k.batas.dlm perancangan aku akan pasang wifi dlm kawasan sekolah dan bawa guru2 buat lawatan bench marking.semua ni guna peruntukkan dari sime darby.kalau ada kawan2 yg tahu sekolah2 yg boleh dibuat benchmarking tlg maklumkan.

Anonymous said...

emzex,
aku ada satu contoh fail meja GB so yg ada pada kau tu kalau boleh bagi aku tengok sangat ler bagusnya, boleh ler aku buat perbandingan.... boleh kan kan ???

Anonymous said...

Tahniah En Aziz,
Mantan penghulu kita yang bertukar ke sekolah baru.Sekolah Kluster di selangor.Barulah ada cabaran Guru Besar DGA38 cemerlang...

Anonymous said...

insyAllah usup, kalau di kompilekan nanti boleh lah share bersama.
mcm mana kedua2 anak, sihat ke? untungnya kau usup,seorg masuk workshop overhaul ada lagi seorang.mesti mau adil tau.

Anonymous said...

yg bagi ceramah mlm ni ialah hjh norihan dari iabu.apapun manual prosedur kerja GB merti rujuk PKPA 8/1991 jld.1.kalau tak nanti jadi macam2 mazhab(katanya).rupa2nya dlm kitab tu ada dinyatakan dgn jelas setiap langkah2nya.

Anonymous said...

mpmn,
Hang pun pi mana .Lama tak dengar berita.Terlalu banyak kerja ke.atau sedang kursus ,sebab la ni GB ramai yang kursus.emzex kursus, Azam kursus dan sape lagi.Elok la tu tambah ilmu....
Kalau Usop tu memanglah sibuk ,nak basuh lampin, nak buat susu baby, tidur memang tak cukup, tapi nampak cergas juga.menyahut dalam blog.Hang makan jamu apa usop, nampak stedy aje.....

Anonymous said...

emzex,
terima kasih, nanti bila dah siap kau comfile kan, segera ler hantar pada aku... hehe. Alhamdulillah, anak2 dan isteri2 semua sihat... Aku sebenarnya tak kisah sangat pasal satu overhaul dan ada spare seorang lagi... kalau ada bagus kalau takde tak kisah. Kau tak ingat ke semasa di upsi kan aku jarang balik... tak kemaruk laa!!!

Faris,
rajin pulak kau menukar2 template blog ni, anyway tahniah!!! Ingatkan kau sentiasa sgt sibuk....

anonymous,
aku malas nak respon komen kau kerana kau tidak menggunakan nama sebenar.... sori laa ye!!!

Anonymous said...

Salam,

Cop, atas orang yang sentiasa memasuki blog ini saja yang perasan templatenya telah ditukar2. Tujuannya supaya orang yang masuk blog kita ni tak bosan. At least ceria sikit kerana templatenya bertukar2 selalu.
Kalau diikutkan sibuk, memang sibuk. Tapi demi blog kumpulan ini yang diamanahkan tentulah kena luangkan sikit masa untuk senggaranya. Kalau tak ramai respon dan tak suka blog ni, memang aku cadang tutup aje kerana masa untuk senggaranya boleh digunakan untuk aktiviti lain.
Minggu depan terpaksa menghadiri kursus di Pangkor dari 11 hingga 13 Nov 2008. Kalau masa tu result UPSR keluar, kelam kabut juga seperti tahun lepas. Tak tahulah daerah Hulu Langat ni suka buat kursus GB minggu akhir nak cuti.
Kepada rakan2 yang lain dah mula nampak sunyi sepi sikit. Luangkanlah masa untuk menjengah blog sambil memberi komen sekurang2nya sepatah dua ayat.
Terima kasih.

Anonymous said...

member sebelah kita tu (usof rompin) pun suka tukar template blog dia, kira ok ler tu faris.... Aku cuma nak tanya 'Kalau tak ramai respon dan tak suka blog ni, memang aku cadang tutup aje kerana masa untuk senggaranya boleh digunakan untuk aktiviti lain.' Soalan aku ialah apakah contoh2 'aktiviti lain' yang kau nak lakukan itu??? hehehe....

Anonymous said...

kalu siap nanti,aku cuba hantar melalui email kau usup.pening kepala dok buat MPK dan FM ni.la dok buat bengkel lagi. aku rehat dan curu2 buka blog kita.norazmah pun ada sekali dlm kursus ni.

Anonymous said...

emzex,
kirim salam aku kat norazmah tu, beritahu dia aku rindulah kat dia, hehe.... suruh ler dia masuk blog, kalau masih tak pandai, hang pakat2 ajaq dia la na....

Anonymous said...

aduhai kwn2..
sorilah lama pulak aku menyepi kali ni. biasalah kita semua sibuk skrg. mcm2 nak diuruskan. selalu tu aku tumpang wifi jiran. tp jiran aku dah tak bnrkan tumpang wifi dia. tu yg aku lama tak msuk blog. nak buka di sek, fhm2 ajelah sibuk bangat.
tahniah pd aziz yg tkr sek baru. moga lebih cemerlang lagi. moga tak ada problem2 yg timbul.
emzek.. hg email sama kat aku mpk n fail meja tu. aku nak yg latest. hg janji nak anto borg senarai semak tu sampai la ni hg tak tunaikan. jgn lupa ya emzek
kwn2 yg dah buat prcgn bolehlah kita share n tkr2 dan menghslkan yg terbaik.
pd animos, tk kerana hg ingat juga pd aku ni. aku kalau tahu sapa hg, aku nak bg hadiah. tanda persahabatan.
aku akan mesy akhir pd 10 nov. buat awal biar sng guru buat persediaan akhir sebelum cuti. 7-9 aku buat perkhemahan bersepadu. 13 buat hari kualiti. mmg padat. sek aku kerap sangat tak ada air. kdg2 melebihi seminggu. budak n guru nak berak mmg susah. cedoklah air kolam ikan. agaknya gatallah bontot dia org.
oklah geng. aku nak buat skt. ppd aku suruh htr pd 7 hb ni. kalau kwn2 yg dah buat n nak bantu aku, tlg email aje. aku tahu cop sentiasa bermurah hati utk mnlg.

Anonymous said...

mpmn,
pandai sungguh kau bermanis mulut kat aku ye....

Anonymous said...

mpmn aku bukan tak mau hantaq,la ni tengah sibuk kursus.

mpmn apala ekau ni,broadband ekau mana pi.hai ekau ni jang asyik nak sedut,copy, email dll.wifi pun nak harap jiran ! piiiirah kalu macam ni mcm mana nak buat master.

ekau punyai pasai kalu,kalau aku tak sibuk nanti aku hantaq.

sabar itu separuh dari iman.

Anonymous said...

emzek
rumah yg aku duduk la ni, nak dpt line hp pun sangatlah susahnya. jadi broadband aku tak takleh nak guna. dari membazir byr tiap bulan aku close account je. padan muka celcom. kurang pelanggan dia seorg.
hg kutuk aku tak apa, asalkan hg hantaq apa yg hg dpt.

Anonymous said...

tu la mpmn, sapa suruh duk di tempat jin bertendang. broadband pun tak dapat.
pakai rubber band boleh dapat kut? hehehhe.

Anonymous said...

Bonjour, ppgb5upsi.blogspot.com!
[url=http://cialispite.pun.pl/ ]Acheter cialis [/url] [url=http://viagravalo.pun.pl/ ]Acheter du viagra online[/url] [url=http://cialisanta.pun.pl/ ]Acheter cialis en ligne[/url] [url=http://viagrapeck.pun.pl/ ]Achat viagra en ligne[/url] [url=http://cialisycin.pun.pl/ ]Acheter du cialis [/url] [url=http://viagrappro.pun.pl/ ]Acheter du viagra en ligne[/url]

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites