PUTRAJAYA 7 Nov. - Seramai 518,616 murid yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada September lalu dijangka mendapat keputusan peperiksaan itu pada 13 November ini.
Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, keputusan USPR itu diumumkan sehari sebelum cuti penggal persekolahan bermula.
Hishammuddin bagaimanapun tidak mengulas sama ada keputusan peperiksaan itu akan menjadi penanda aras kepada kelangsungan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).
''Saya perlu bawa perkara ini ke Kabinet terlebih dahulu sebelum ia dimuktamadkan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di sini hari ini.
Salam kepada rakan2,
Keputusan UPSR akan diumumkan pada minggu depan. Bagaimana perasaan masing2? Pasti ada yang berdebar2 dan riang. Walau apa pun keputusannya, kita terima saja dengan redha dan berusaha lagi di tahun depan. Kepada mereka yang berjaya meningkatkan keputusan jika dibandingkan dengan "Take Off Value" (TOV) dan bukannya dibandingkan dengan tahun sebelum (murid2 berbeza dan tidak adil), diucapkan tahniah.
Terima kasih.
mesyuarat pengurusan mgb bil. 1 tahun 2018
6 years ago
5 comments:
kita tunggu jer la faris keputusan tu, dah nak buat macam mana, usaha dah setakat yang termampu... untuk tahun depan kita usaha lagi!!!
Betul kata Yusof tu, tentunya kita telah membuat yang terbaik untuk anak-anak didik kita sepanjang 2008, apa sahaja keputusan kita jadikan panduan untuk merancang program tahun depan...yang berkesan kita teruskan, yang kurang berkesan kita ubahsuai atau terus gugurkan sahaja dan gantikan dengan program lain.
tapi sy rasa pelik bin ajaib dengan PPD Klang kerana pada tarikh tu semua gb dan pengetua daerah Klang ada mensyuarat pengurusan di PPD..
Salam,
Cop, memang tugas kita sentiasa berusaha. Apa hasil kita terima aje. Usaha berterusan perlu untuk 2009.
Ton, bukan Klang aje. Saya ingat seluruh Selangor ni macam tak reti nak merancang. Macam Hulu Langat, last year sewaktu result semua GB meeting di Pangkor. Tahun ni pun meeting di Pangkor lagi dan macam tak ada tempat lain dah. Pulak tu kena ke sana dari 11 - 13 Nov. So, result keluar semua GB daerah Hulu Langat tak ada di sekolah. Gitulah kalau bertugas di PPD atas kroni dan bukan kewibawaan kerana saya faham sewaktu di KPM, negeri Selangor adalah negeri paling bermasalah. Tapi dah duduk di Selangor nak buat macam mana. U balik negori dan saya balik Pahang semula lah. He he he.
Walau apapun, saya yang menurut perintah.
TK.
bila kawan-kawan cerita tentang
Selangor, saya juga merasainya pada 5 tahun yang lalu. Kroni dan tolak orang luar yang menjadi GB. Tak boleh dilupai hingga kini. Setelah balik ke negeri asal, barulah orang JPN dan PPD Petaling mengakui siapa yang benar! Tapi dah terlewat. Tapi tak boleh cakap juga, dunia ni bulat. Peruntukan tak pernah dapat. Semua cari sendiri. Kita selesaikan masalah tak dipandang langsung, dicemuh ada. Tuhan itu maha adil.(Lepaskan geram!)
Tapi di Melaka, semua GB akan dipanggil untuk menerima keputusan UPSR samada di PPD masing-masing.Yang cemerlang akan menerima sijil penghargaan daripada Pengarah.
Kursus untuk GB dah selesai untuk tahun ini, cuma untuk PK 1 pada Disember ini.
Kita tunggu dan lihat bagaimana keputusan UPSR 2008. Apa yang saya dapat katakan pemeriksaan setiap subjek agak ketat dan rigid. Ramai yang tak dapat markah untuk kertas sains. Di sekolah saya ada seramai 3 orang ketua pemeriksa UPSR iaitu BM, Sains dan MT dan 13 orang pemeriksa. Tak tahulah macamana anak-anak murid kita.
Tawakkal!
Hari ini 8 nov. kami mengadakan hari Kualiti. Alhamdulillah, ramai ibu bapa hadir lihat anak-anak terima hadiah dan buat persembahan. Tapi yang tak syoknya, perasmi tak datang. Janji nak dtg tapi masih di Kelantan kerana berkempen untuk Ketua Menteri Melaka. Nasib ada pegawai PPD! Majlis berjalan lancar dan berlangsung dalam tempoh dua jam sahaja. Habis program untuk tahun ini. Laporan PIPP akan dihantar segera ke JPN. Macamana dengan rakan-rakan sekalian?
Post a Comment