Thursday, November 20, 2008

Cuti-Cuti Malaysia

Salam kepada rakan2,

Tinggal di hotel untuk berkursus agak membosankan. Oleh itu masa untuk melayari internet lebih luas lagi bagi mengisi kekosongan. Sebaik selesai solat maghrib, terfikir pula program cuti sekolah ni. Pastinya ada di kalangan rakan2 yang sibuk merancang untuk pergi bercuti ataupun telah memulakan perjalanan cuti. Saya berkesempatan melayari promosi cuti yang terdapat di internet.

Berikut adalah contoh portal/web cuti malaysia untuk dilayari.

1. Cuti Malaysia 1

2. Cuti Malaysia 2

3. Cuti Malaysia 3

Selamat Bercuti kepada rakan2 yang telah merancang untuk bercuti. Jika ada yang nak bercuti di luar negara, selamat melancong dan dapatkan pengalaman baru.

Terima kasih.

16 comments:

Anonymous said...

Terima kasih ,Faris
Info anda sangat baik untuk dipilih .Nak bawa family pergi cuti lepas raya Haji ni.ke Utara.
emzex,hang ada ke mana2.Aku nak singgah kat tempat hang.

Anonymous said...

Selain daripada banyak masa untuk melayari internet, kau jugak banyak masa utk chatting kan faris??? hehehe. Aku tak plan lagi nak ke mana cuti ni. Raya haji kat Muar jer, malas nak balik Pahang. Anak yg dah kahwin tu akan beraya sama dan lepas tu dia nak ajak adik2nya ke KL. Mungkin aku cuti2 di KL jer laa dan menginap di rumah anak aku di Cheras

Anonymous said...

aku setakat ni belum ada apa2 perancangan lagi. org rumah pula sambung belajar, dia dpt PGSR. aku kata tak payahlah kerana dah tua. tp dia nak juga, pegilah. ahad ni aku nak gi lumba moto di litar beranang. faris nak tgk aku berlumba dtglah di tasik kesuma. mungkin aku nak gi berjalan di cameron highland. balik kg halaman org rumah. lama dah tak balik sana sejak 98. boleh beli teh mardi. sapa gi sana, jgn lupa beli teh mardi. ada kualiti n sedap.

Anonymous said...

mpmn,kamu dah tua2 ni jangan nak lumba motor.Nanti kalau dah terbaring ,siapa yang susah.Isteri kamu juga yang susah nak jaga kamu....he..he...

Anonymous said...

Terima Kasih Faris,kerana beri banyak pilihan untuk pergi melancong cuti sekolah ni. Kamu masukkan banyak entri dalam blog kita.Agaknya kamu sendiri nak pergi melancong ke mana?.Ke China, atau Australia ke?.Saya tahu kamu suka tempat yang jauh2..
Selamat Melancong bersama Keluarga .

Anonymous said...

animalmouse, insyaallah kalu kena pada tarikhnya call aku.aku pada 11Dis hingga 17 Dis akan berada di Sabah.bawa family bercuti disana.member2 sabah aku datang jumpa kamu semua bah.

sekarang tengah sibuk buat perancangan untuk tahun depan.MPK dan fail meja blm siap lagi.

TQ faris,sejak bila lagi jadi agensi pelancungan.heheh.

Anonymous said...

Ucop, chatting tu banyak faedah dan manfaatnya jika diambil positif. Barulah kita dapat berita2 terkini dari seluruh pelosok.
Buat Noris, setakat ni saya tak ada plan untuk bercuti lagi. Nak ke luar negara tu agak mustahil kerana ekonomi tidak mengizinkan.
Buat Emzex, baguslah kerana dah merancang bercuti ke Sabah. Minta aje tolong Anas, Winnie dan Ainie di sana. Minta dia orang belanja kau sebab ketiga2 mereka dah dapat DGA38 baru2 ni.
Bagi MPMN, kalau nk singgah ke rumah aku tu beritahu atau telefon lah. Insya-Allah hujung minggu ni tak kemana.
Bagi diri aku, susah sikit nk bercuti kerana PK1 cuti haji. PK yang lain tak berapa boleh harap. Baru hbis kursus pengurusan kewangan, minggu depan mulai 24 - 27 November 2008 kena pulak hadir Konvensyen Nasional PIPP di IAB Genting Highlands. Asyik penuh aje jadual cuti ni. Ada tak rakan2 lain yang kena hadir konvensyen PIPP ni? Kalau ada, bolehlah duduk bilik sebelah menyebelah.
Bagi geng2 Kedah (Fidah and the gang), hampa semua pi mana? Senyap aje? Jomlah jengah2 blog ni.....
OK kawan2, terima kasih kepada mereka yang tetap setia mengunjungi dan memberi komen dalam blog ini.

Anonymous said...

Askm rakan semua.
Moga semuanya dikurniakan kesejahteraan dan kebahgiaan.
Sesekali membuka blog, dapat juga melepaskan rindu pada kalian dan undate minda untuk crite2 terkini.
Rasanya cuti ni I tak dapat ke mana-mana… mujurlah raya ari tu dapat bawa anak berjalan ke Johor 3 ari dan Penang 3 ari. Balik je dari Penang emak I telah dikejarkan ke SMC dan dimasukkan ke ICU selama 5 ari kerana di serang stroke akibat high blood , diabetise serta rosak buah pinggang. 5 ari di wad dan kemudian di rumah 6 ari di awasi oleh jururawat khas. Dalam keadaan tidak berdaya..hilang kudrat sebelah kiri dan makan semua melalui tiub… kami adik-beradik sentiasa bergilir bersama menjaga mak. Ulang-alik ke hosp utk dialisis amat menguji kesabaran dan kekuatan kami. 4 ari lepas sedang I dalam mesyrt pengurusan ABM guru di PPD, I dapat 10 mscall dan 4 msge lalu meluru keluar kerana mak I pengsan dan terus dimasukkan ke ICU semula. Sejak itu mak I mengguna life support. Malam tadi I bersama 3 adik-beradik lain menunggu mak I di luar ICU hingga 5 am kerana life support mula dibuka.
Sejak dari first day mak I masuk hosp, kami 7 beradik bertambah sibuk… rumah hanya utk salin baju , kerja seperti touch n go (mujur rakan sekerja dan boses memahami) dan byk masa di hosp. dan rumah kakak. Satu rahmat di sebaliknya….. ikatan kasih syg antara kami tambah kuat.
K.. I nak masak dan lepas zuhur ke hosp kembali…. Doakan I kuat dan the best for my mum.

Salam untuk rakan2,
Untuk Ita, sabarlah. Ada hikmah di sebalik kepayahan. Senyum dalam kesedihan. Jagalah bonda semasa beliau masih ada hayat. Ada balasannya.Tabahkan diri anda ,Ita. Saya doakan bonda Ita akan cepat sembuh dan Ita juga perlu jaga kesihatan.

Cerita fasal cuti-cuti ini, saya nak kabar, jika ada keizinan daripada Allah, saya akan bercuti di Jakarta, Puncak dan Bandung pada 19-23 Disember ini bersama rombongan JPM. Sambil tu bolehlah membeli-belah di sana untuk persiapan tahun hadapan. Sejak tamat belajar,tak bercuti langsung, cuma cuti untuk mengikut suami pergi mesyuarat sahaja.
Kalau tahun lepas bercuti bersama Ummi saya di Jogjakarta tapi tahun ini pergi bersama suami pula.

Perancangan Blue Ocean dan Perancangan Strategik dalam perancangan. Tapi... pk saya asyik tunggu saya. Dia tak ada idea.
Pk Hem dan Koku ok nampaknya.
Besok, saya dan krew akan ke Sungai Buloh, Shah Alam untuk membeli pokok-pokokbunga untuk sekolah. PIBG beri RM 1500.00 untuk keceriaan.So... dapatlah saya buat gotong-royong mengecat besi-besi tangga dan dinding tangga di sekolah. Selesai pada minggu lepas.
Tapi itu pun guru-guru ada yang bising tak setuju dengan program itu. Bila dah siap, senyap semua kerana berjaya menceriakan sekolah.

Ok.. see again!

Anonymous said...

wah noi, u sambut besdey (22Dis) di Indonesia ye? ke honeymoon sekali? hehehe....moga sentiasa gembira dan bahagia bersama suami tercinta!

Anonymous said...

ita sabarlah kerana itu semua dugaan Allah.masa ni lah kita kena tunjukkan kasih sayang kepada kedua ibubapa.masa ni lah juga mereka akan melihat anak2 yg mana yg akan mengambil berat terhadap mereka.mereka mungkin menjadi terlalu sensitif,tapi kita kena bersabar.semua harus faham dan saling memahami. saya telah hadapi semua ini kerana dulu father saya kena buat coronari bypass thn 2004.
saya doakan semoga ibu ita sentiasa berada dalam keadaan sihat dan tabah menghadapi dugaaan. Amin.

Anonymous said...

Terima kasih noi dan emzex di atas nasihat dan doa kalian untuk mak I.
Alhamdulillah ..Mak I dah pun keluar icu dan kini dalam perhatian di wad.
Walaupun masih mggunakan gas tiub, mak I dah mula boleh bercakap dan ingatannya masih kuat.
I baru jer balik umah dan 2 anak perempuan I tinggal menemani opahnya malam ni. Sejak mak i sedar dah 3 kali dia memanggil anak I (aiman) yg sedang SPM di Penang kerana cucu2 21 org yg lain sentiasa bergilir ada bersamanya. Kesian mak dan anak i yg tak dpt bertemu..hanya melalui salam di telefon. Insyaallah doakan anak i dpt bertemu opahnya Rabu ini dgn tugas yg menanti iaitu mengangkat opahnya setiap kali ke hosp utk dialisis 3 kali seminggu.
K.. jumpa lagi...not much to share coz tugas2 pengurusan di sek kita lebih kurang sama jer dan my heart and soul now is focusing on my son (SPM) and my mum.

Anonymous said...

Oops sori nak sambung sikit lagi....
tak leh tidur pula sebab dah pas bed hour kot, lagi pun nak sahur sekali gus!
Kepada noi, emzex, azam dan mungkin ramai kawan yg lain...selamat bercuti bersama keluarga tercinta and enjoy yourself!

Assalamualaikum Ita,
I harap U sabar menempuh segala dugaan. I dah rasa seperti u.4 bulan mother I makan dan minum melalui tiub.Kemudian kena stroke lagi.Dia tak boleh jalan.I terpaksa jaga sebab dia suka tinggal dengan keluarga saya. Saya ambil bibik jaga.Masa tu kita baru Fasa 2.Tapi ibu saya pergi di malam Hari Raya Aidilfitri 2006.
Jaga ibu mesti sabar.I masih ingat setiap balik dari IAB - Dia akan cium saya dulu dan minta saya suapkan nasi untuknya.Hingga hari ni ciumannya masih tetap di hati.
Siapa yang masih ada ibu tengok2lah masa cuti ni.Kita tak ada pengganti selepas dia tiada.....

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites