Tuesday, January 15, 2008

Program Motivasi 23 Januari 2008 di Ipoh

Apa komen anda? Setuju atau tidak? Pandangan dan kritikan? Sila gunakan ruangan ini.
Terima kasih.

38 comments:

Anonymous said...

Terima kasih banyaklah Pak Ya. Teruja juga kami nak pi. Maklumlah kami kumpulan Hawa ini dok terperuk je kat bilik. Cuti-cuti begitu elok jugak kita manfaatkan bersama untuk menambah kejelikitan. Asyik mengadap assigmentpun boring gak.Harapan kami semua hampa semua pi la.... permintaan khas ada barbeque ka malam tu? Teringin la pulak ....

Anonymous said...

Syabas dan tahniah Mak Lang ucapkan pada pak ya, hajat nak bawa kita semua ke bandaraya Ipoh.Elok lah ramai-ramai kita ke sana. Bila lagi nak tunjuk "senses of belonging" terhadap our group.Usahalah cari kereta kalau nak tumpang. Mak Lang harap jangan ada pula yang nak menyelit keluar?Nampak sangat tidak mahu bersosial.Kan baru belajar guru dalam kelas pun perlu bersosial dengan murid.Hope for your moral support and have a nice day.

Anonymous said...

bestla pak ya,bukan senang nak urus hal begini,moh kita ramai ramai ke ipoh.makan koitiaw,cendul dan shopping beli bunga di thow lee.aku tunggu kome di sana,

Anonymous said...

apa yg istimewa sgt Ipoh 2. blh tak aku tarik diri. aku nak ke lowyat. sbl tgk komp terkini dpt juga tgk amoi di sana. mengancam betul. kalau mak lang n puterimaskza n azamboi nak gi bgslah. tp aku tetap nak ke kl. aku nak bersosial dgn org lain pulak. dah jenoh bersosial dgn kau org.

Anonymous said...

aku rasa mcm taknak pegi jugak tapi mak lang hang dok merenggek siang malam ajak pi, ni yg aku maleh ni... bila pi berdua maklumlah, teringat la pulak zman ber'honeymoon' dulu, tu yg aku lagi maleh tu.... ntahlah.... tengok keadaanlah....

Anonymous said...

sudahlah pak lang. aku dengar mak lang dah ikut org lain. itu yg buat kau melahu tu.

Anonymous said...

Apo keno ni Pak Lang? baru tadi kata tak nak pegi,aleh-aleh nak pegi pula.Mak lang dak janji dengan geng nak berkongsi ilmu dan enjoy kat ipoh.Boleh juge singgah rumah azam boy mak laksa.maaf la mak lang tak malu azam boy tak ajak pun.Terima kasih pada penghulu awal, termakan juga pujukan penghulu.Marilah mak lang pujuk rajawali,jangan lah sombong sangat, tak mahu berdunia dengan orang. Memangla Ipoh tak la seistimewa di KL tapi apa yang penting...Janganla leburkan keutuhan yang kita bina sejak azali.renungkan la a...

Anonymous said...

aku kalu mak lang betul2 janji tak buat apa2 kat aku masa di ipoh tu, boleh ler aku turut serta, mak lang ni 'brutal' sikit tau....hehehe.

Rajawali ni tak sayang mulut nampak...ke mmg spesis yg suka membuat fitnah??? Mak lang tetap setia kat pak lang tau.... sejak azali, kini dan hingga kiamat!!!

Anonymous said...

Hai, Rajawali
kau janganlah nak terbang tinggi di awan. sedangkan ramai kawan menanti di bumi. Apalah istimewanya amoi kat Low Yatt tu berbanding dgn kaum hawa di sini? Kan lebih baik kita sama-sama pi Ipoh.Kat sanapun ramai amoi ipoh mali tau!! Kalau kau pi juga jumpa amoi Low Yatt tu kau akan kami "sosial sanction"kan. Jangan menyesal nanti....

Anonymous said...

enggang sama enggang, pipit sama pipitlah. aku punya sukalah. aku tak mainlah ipoh mali. kalau ke teluk batik aku naklah. lagipun ipoh ni tempat aku bermain-main. gi jumpa amoi kl baru ada kelas. boleh hilangkan tension kuliah. aku salah infolah, aku ingat mak lang dah lari dengan lebai kg, selamat lagilah pak lang. jaga baik2 mak lang di sana nanti pak lang. selamat bersantai di sana. aku nak terbang di awan tinggi.

Anonymous said...

Assalammualaikum. Sememangnyalah antara kita sekelas ada pelbagai pendapat. Seperti saya juga, sebenarnya berat hati nak pergi ke ipoh tu. Memandangkan betapa ketatnya jadual kuliah kita yang sedia ada, ditambah dengan assignmen ….nak travel ke sana lagi … pagi jumaatnya mula kuliah pagi…. Rasanya macam tak terlarat nak ke sana… maklumlah usia dah meningkat ni cepat penat dan mengantuk. (hajat di hati nak relaks pada hari Thaipusam tu) Tapi itu lah, nak buat macam mana, kena pegi juga. So saya pujuk diri untuk pegi dengan ...ingat semula masa kat sana dulu, makan kwe tiaw Dolly. Hingga kini tak de kwe tiaw lain yang lebih sedap dari kwe tiaw Dolly tu. (masih ada ke kedainya... orang Ipoh jawab ye !)Tapi, siapa nak tumpangkan saya ye? Tak biasalah mandu kereta ke Ipoh....

Anonymous said...

wahai si rajawali, sehebat mana pun namamu, suatu hari nanti apabila bercerai nyawa dari badan maka ke dalam bumi jugalah tempat kamu disemadikan... Memang kamu digelar burung di awan tapi perlu ke kamu meninggi diri setinggi awan???

Sebenarnya aku perhatikan saja polimik yang berlaku di sini, malas nak masuk campur tapi bila si rajawali kaitkan aku dengan mak lang, tak sedap hati aku dibuatnya... Aku bukan nak membela diri sebab aku pun tidak buat kesalahan. Kenapa si rajawali tetiba kaitkan nama aku. Ini fitnah namanya. Aku rasa mak lang pun rasa tak sedap hati dengan 'statement' rajawali. Kenapa celupar sangat mulut si rajawali???

Aku macam kenal si maya ni, bukan dulu kita pernah berjumpa ke??? Kalau takde sapa nak temankan maya, tok lebai sanggup tapi nenek kena ikut sekali ler, kalau tidak naya.... dah tua2 ni, sayang nenek kat tok lebai bukan main mendalam lagi dan tok pun macam tu la juga.

Ok, jumpa lagi, maaf ya kalau terkasar bahasa.

Anonymous said...

Aku pulak jenis tak suka berjalan. Meletihkan la, nanti senari dua tak hilang lagi penatnya.... Itu yg nak balik hujung minggu pun aku berkira sangat, lagi pulak macam2 yg nak dibuat waktu balik rumah (dua rumah pulak tu!) Aku plan nak merehatkan badan jer pd hari cuti Thaipusam tu. Kalau aku tak jadi pegi, korang kirim salam jer la kat orang Ipoh.

Anonymous said...

apa yg lebai kg risau pasal nenek. tok lebai ni dah tak ada keupayaan kot. gayanya maya tu suka dgn lebai. ybs tu biarlah. aku tahu dia tunggu makwe dia ajak baru dia nak pegi. saja nak test marketlah tu. aku ni rajawali, pdgn aku sgt luas, pdg permainan aku pun jauh2. diluar jangkauan engkau org

Anonymous said...

Pandangan rajawali memang jauh dan luas....... yang tidak terjangkau oleh manusia biasa yg tidak suka melihat apa2 pun keburukan orang lain. kalau setakat nak melihat dan mencari kesalahan orang lain tidak perlulah nak terbang tinggi mengawan... apalah gunanya mata kalau tidak digunakan untuk melihat kebaikan orang. Tuhan menjadikan manusia bermata dua supaya dengan penuh hikmah manusia akan menggunakan yang satu untuk melihat kebaikan orang dan satu lagi untuk melihat keburukan diri sendiri maka dengan itu kita akan sedar dan insaf akan kelemahan sendiri dan berusaha untuk memperbaikinya. Kalau asyik terbang tinggi mencari kesalahan dan keburukan orang lain, bila masanya pulak untuk mengislah diri??? Fikir2kanlah, ikhlas dari pandangan seorang yg dah tua....

Anonymous said...

Janganlah dok gaduh-gaduh lagi. Sampai kiamatpun tak selesai. yang penting buat masa nie, tumpukan perhatian kepada assigment yang berlambak-lambak tu. Lepas ni, nak exam pulak. Buku tak baca lagi. pada ybs tu, janganlah jual mahal sangat. Cuti 2 hari tak nak balik. Aleh-aleh cuti satu hari nak balik pulak. nak bahagi macam mana?. berapa purata tiap-tiap orang dapat? maaflah cop ya!

Anonymous said...

wahai tuan puterimas, aku bukannya nak balik kampung, saja nak dok rehatkan badan jer kat kolej. Ttg kalau balik sehari tu, tak boleh ler guna purata, kena guna 'mod' (baca mood, hehehe!) maka kalau 'mod' aku baik dapat ler kedua2nya...dan tetap dapat satu bukannya separuh.....jangan marah....

Anonymous said...

sampai hati pak lang kata mak lang brutal. Brutal tua ni la yang jaga pak lang siang malam, jaga makan minum pak lang nye.Masa mengurat dulu siapa yang brutal....sedih mak lang.

Anonymous said...

Tumpang lalu sebab aku baru melintas kampung ni.Rupa2nya ramai penduduk kat sini ya...tapi tua-tua ganyut belaka.Aku nak pindah sini boleh ke...Seronok juga berjiran dengan you all ini sebab ramai yang kaki membebel.Orang tua begitulah tapi aku muda lagi.Haha.. Tentang program kita nak ke ipoh tuu....susah aku nak cakap sebab aku mesti balik tak boleh tidak so tak dapatlah join you all.Mungkin lain kalilah kot.

Anonymous said...

Nak merajuk la pulak mak lang ni... sebenarnya bukan maksud pak lang yg mak lang tu ganas macam pengganas, maksud ‘brutal’ pak lang tu ialah pada waktu2 dan tempat2 tertentu jer, misalnya macam malam ni.....biasalah kan, mak lang lebih brutal drp pak lang yg dah tua dan tak larat ni....tapi masih kuat....hehehe. Apa la mak lang ni, kita nak berkias sikit pun dah salah faham....maafkan pak lang ye, mak lang sorang jer la buah hati pak lang, janganlah merajuk....tak baik tau, malam2 Jumaat ni... mari sini pak lang pujuk....mari sayang intan payung gunung meletup......buah hati jantung pak lang.....

Anonymous said...

wei raminya orang..nampak kambing aku tak? terlepas tadi..meriah meriah..jom lah kome kita ke ipoh..aku tunjuk kat kome tempat amoi bersarang..amoi low yat tu sebenarnya dari ipoh juga..dah lembek di ipoh,,dia bukak market baru di lowyat...aku tahu le sebab aku datuk bandarnya .akupun memang kalu ikut kan hati malas nak gi..tapi dek kerana projek kekawan, kena bagi sokongan..cuba kome rasa kalu kome buat projek org tak layan..letih juga kan?mari kita rasa apa yg org lain rasa..dalam sibuk sibuk nakkan perpaduan,,kita sebenarnya makin tak menunjjukan semangat perpaduan.semua org ada masalah,semua org ada hal..yg tak hal org mati aje..sebab halnya dlm kubur sapapun tak tahu..kut suka komele..tapi kalu gilo kome buat projek org ta layan,,jangan marah..hidup ni memasing dgn gilonya..ada masa kita di atas, ada masa kita dibawah.cuba bayangkan pak ya yg dah jemput org kuat tatanegara utkk bersembang dgn kita tapi jumlah kita tak sepenuhnya??? apa kata org itu..?? rhope kome kendurile..org tak datang,, lauk pauk nak buat mana??letihkan..mungkin kita ni semua gurubesor,,maka kita rasa besor,, kita ada ego dan super ego kita..susah ditegur dan susah nengo kata org,sebab kita guru besor,,besor segala galanya...heheheheheheh..kome nak dtg rumah aku..no problem,,apa ada kita makan..tengah ni rumah aku semak sangat sebab dah 3 bulan tak bertebas..tak dan..tak ada masa.malam tu memang aku tak tido kut dgn kome,aku balik sebab ayo aku dah melimpah..oooouuuiii tinggal le kome.....heheheheheh

Anonymous said...

aku teliti kata2 pak lang pd mak lang .... gatal betul pak lang ni. tak sedar diri, umur dah setengah abad. insaflah pak lang. aku guna mata dua2 belah. tak tahu pula aku guna sebelah kanan utk lain dan sebelah kiri utk lain. hebatlah pak lang. oleh kerana aku dok selalu terbang tinggi merantau dari satu negeri ke negeri lain, sudah tentu aku luas pengalaman yg tak ada pd pak lang. pak lang hanya dok berkepit dgn mak lang. bila luas pengalaman sudah tentulah rasa keinsafan lebih tinggi, maklum dah tengok mcm2 peristiwa tpt lain. azambo ni kalau tdk berckp berbaur lucah tdk sah. tp kalau azambo aku tatak helan, yg sama gatal puterimaskza. biasanya puteri tinggi malunya. tak tahulah aku dunia skrg ni, dah terbalik. tentang nak pegi ipoh 2, aku nshtkan pegilah ramai2 bg org yg takadalah penting sangat utk tdk ikut bersama. cuma aku tak dpt sbb aku ada urusan yg lebih penting, hidup dan mati.

Anonymous said...

Hai rajawali, sungguh celupar mulutmu ye?? Jangan ingat dah terbang tinggi pandai mengata orang di bumi ni tak betul belaka. Kau pun harus sedar diri, tiada kawan yang menemanimu di atas sana. Kami bukan 'yellow minded' , kami cuma nak praktikkan P&P M3 yang baru diajar oleh HJ Jamaludin dalam kehidupan seharian jer.. Yang si YBS tu konar pi tang lain tu kenapa? U all men ni memang tak pikiaq benda lain ke? Suci-sucikan lah fikiran tu. Ni malam jumaat, banyak beramal weh!!!

Anonymous said...

marah dah si tuan puterimas. Aku tak larat dah nak nasihat korang semua ni. Orang sekarang bukannya nak dengor nasihat orang tua macam aku ni. Bercakap pun ikut sedap mulut jer... Bukan ke kata org tua2, sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa???

Anonymous said...

ada kome jumpakambing aku?

Anonymous said...

kau nak cari kambing apa kat sini ni azamboy... pi ler kat belukar belakang rumah tu, ada ler gamaknyer tgh memakan rumpt...domam panas ke ko?

Anonymous said...

aku lobih ubat..pil merah punya penangan,,keras dah jadi tak tentu hala..meracau siang malam..aduhh,,balik ni kena mandi ayo kolah 7 masijd le gamaknya.belakang rhomah tu bukan kambing..tu bebiri.mana ye kambing aku

Anonymous said...

malam tadi aku tidor 'bujang', mak lang merajuk sampai ke subuh....pagi ni semacam jer muka dia, sarapan pun tak dibuatnya, 'sarapan tunjuk' ler nampaknya pagi ni...

Anonymous said...

aku dengar pak ya kata ada slot yang kita semua perlu duduk dari jam 8 hingga 12 semasa di Ipoh tu nanti. Alamak, macam mana dengan program bersantai kita, petang daah nak balik semula ke kolej. Melepaslah nak meronda bandaraya Ipoh, 'window shopping' ke, cuci mata ke...

Anonymous said...

kalu takat nak pi dengaq kuliah, buat apa penat2 pi ipoh? hari cuti naklah program yang santai dan rehat. ni dh tebalik kot, apa program namanya ni? patutlah ada yang x nk pi & ada yg nk pi. dhlah hari2 dengaq kuliah, ni nk pi dengaq kuliah lagi. boring.. boring.. ikut suka demelah. apa pandangan ahli yg lain???????

Anonymous said...

Kesian la kat Pak Ya kita tuu..... Kita saje-saje pi lah kot-kot ada banyak maklumat dan perkara-perkara baik yang kita pun tak sangka. Ilmu lah katakan....Harap2 positiflah kita semua. Pada Pak Ya....kuatkan semangat. Apa pun tk banyak kerana usaha mu itu. Semoga mendpt ganjaran setimpal drpNYA jua.........tk.

Anonymous said...

Selamat berangkat Pak Lang ucapkan kepada member2 yg berkesempatan pergi ke Ipoh. Drive safely and take care. Kalau nak enjoy tu jangan tak ingat 'dunia', maknanya jangan lupa orang tersayang di rumah la... Pak lang ingat cuti2 ni nak enjoy la dgn mak lang hang, tapi dia beriya sangat nak pi, dah janji dgn member katanya. Pi, pi la...pak lang nak kata lagu mana.... semoga mak lang selamat pi dan selamat kembali.

Anonymous said...

Sunyi dah nampaknya blog kita dua tiga hari ni. Salah satu sebabnya ialah di kawasan tempat tinggal kaum lelaki tak boleh dapat internet. Di samping itu, aku dengar soseh-soseh bahawa kaum wanita dah macam meluat dan serik nak menulis komen di sini kerana ada yg menulis ikut suka hati sesedap rasa tanpa memikirkan perasaan dan sensitiviti orang lain. Kita sama2lah mengambil pengajaran daripada situasi ini.Terima kasih

Anonymous said...

ala lebai kg nak tunjuk baik konon. kalau org perempuan tak join blok ni, perpulanglah. dia yg rugi tak ikut perkembangan. aku dengar org yg pegi ke ipoh singgah di sg kelah. mandi sakan dia org. rugilah org yg tak pegi.

Anonymous said...

apapun komen tentang gi ipoh,,memang betul ada baiknya, ada lemahnya.yang penting masa akan datang ada dua fasa lagi..kita perbaiki dan jangan ulang kelemahannya..kalau nak komen, memangle,yg ceramah tu kawan aku,bolehlah ceramahnya memantapkan kita dalam soal bernegara ini dan meransang rasa cinta kita terhadap bumi yang kita miliki ini.apapun malam itu aku terpaksa balik sebab bini aku deman dan anak demam pelentong(campak) balik upsi aku pulak demam urat..terima kasih pada teman yang hantar aku ke klinik, teman yg urut kaki aku di bilik, teman yg urut bahu aku di dewan kuliah..at least ringan sikit sakitnya...so thank u everybody

Anonymous said...

apasal nama aku azamboy tak mahu naik ye?

Anonymous said...

ok mahu dah,,hantar 3 komen sekali,heheheh

Anonymous said...

wah, aku rasa post ni yg paling banyak komen, termasuk komen aku ni dah 38, kira ok ler. Kutuk mengutuk tu biasa ler,lebih2 lagi puak lelaki ni, kalau bercakap ikut sedap mulut, insuran ke tidak mulut tu?? Anyway kehadiran kita kat sini menambahkan lagi kemeriahan blog ini.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites