Friday, January 18, 2008

Penambahbaikan

Assalamualaikum,

Rakan-rakan sekalian. Topik ini meminta rakan-rakan untuk memberi beberapa cadangan penambahbaikan bagi kumpulan kita. Oleh itu, berilah cadangan dan komen untuk tujuan penambahbaikan dan bukannya unsur-unsur yang tidak berfaedah.

Terima kasih.

6 comments:

Anonymous said...

Pra komen daripada aku ialah seperti pesanan dalam radio;

kita memang tidak sama tapi kita perlu bersama,

kita sering tidak setuju tapi kita perlu bersatu.

Anonymous said...

Alhamdulillah. Nampaknya kita semua masih bersatu hati.... Teruskan apa jua yang boleh dimenafaatkan nersama.

Kita hanya ada dua Fasa lagi. 7 Ogos nanti adalah hari terakhir kita. Bolehla aturkan apa-apa cadangan yang sesuai.......tk

Anonymous said...

apa yang YBS cakap tu betul juga. kita memang perlu bersatu. jadi, suka ke, tak suka ke nak ke ipoh... kena pegi le juga tanda kita bersatu. so, YBS kena ikut sekali pegi ipoh. itu tanda kita sekelas bersama dan bersatu macam yang YBS cakap tu. Di samping itu, saya juga mengharapkan agar kita dapat le kurangkan berbicara apa jua yang berkaitan dengan personal atau peribadi atau rahsia atau 'double meaning'. rasanya macam tak manis kalau kita asyik bergurau hal-hal atau bab2 seperti itu. walaupun ia hanya untuk suka2, tetapi jika terlalu kerap.. ia menjadi suatu perkara yang kurang elok, usia kita pun dah meningkat...

Anonymous said...

aku memang nak join jugak ke ipoh tu, cuma masih 50-50 la. Mungkin pergi kot. Ada sorang kawan tu kata kalau aku tak pegi dia pun malas nak pegi. Aku rasa macam nak test jer betul ke apa yg dia cakap tu...Tapi takpelah, lain kali jer.

aku sokong saranan cik siti musliha ni, memang kita kena jaga tatacara ketika berbicara di blog ini. Maklumlah bukan semua macam diri kita, ramai yang tidak boleh menerima gurauan yang melampu, dengan kata2 yang pedas atau kata2 yg berbaur unsur2 lucah. Kalau kita tak suka disakiti hati kita maka kita janganlah menyakiti hati orang lain. Memang kata bicara ni kekadang sangat menghiris hati dan perasaan orang lain, kata2 lebih tajam daripada mata pedang kan. Oklah setakat ini dulu, bukan maksud aku nak mengajar korang, aku minta maaf kalau kata bicara aku ini menyinggung perasaan kalian,wassalam.

yusofsipan said...

Aku cadangkan kita cubalah berlaku jujur, ikhlas dan telus sepanjang masa kita bersama belajar di UPSI ini. Urusan pembahagian tajuk assignment dan giliran untuk membuat pembentangan misalannya hendaklah dilakukan dengan adil dan janganlah ada yang cuba mementingkan diri sendiri. Tingkatkan tolak-ansur di antara kita di samping muhibbah dan perpaduan. Aku beri komen ni atas nama blog aku, jadi sudikan dan silalah bertandang ke blog aku dan berilah juga komen. Kehadiran kalian semua sangat dialu alukan. Terima kasih, wassalam.

Anonymous said...

aku rasa engkau orang ni salah sudut. ini ruangan penambahbaikan. tp tajuk penambahbaikan pun umum.
pada faris aku nak cadangkan mana2 topik yg berkaitan fasa 6 delete le. n mana2 topik yg x dpt sambutan juga hdklah di erase. biar topik yg relevan saja kita bincangkan. cth patut atau x ppsmi dihapuskan. sejauhmana umno mendaulatkan agama islam n menjaga bahasa melayu sebagai bahasa rasmi negara ini. by

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites