Saturday, January 12, 2008

Penyelidikan Tindakan

Berkongsilah maklumat Penyelidikan Tindakan di ruangan ini. TK.

2 comments:

Anonymous said...

MENGAPAKAH PENYELIDIKAN TINDAKAN PENTING KEPADA GURU?

1. Suatu kajian situasi sosial yang melibatkan individu dalam situasi sosial itu sendiri bertindak sebagai pengkaji dengan tujuan menambah baik kualiti tindakan
2. Suatu bentuk inkuiri reflektif kendiri yang dijalankan oleh individu dalam situasi sosial bertujuan menambah baik rasionaliti, keadilan dan kefahaman mereka berkenaan
a. Amalan mereka sendiri
b. Amalan secara umum
c. Situasi tempat amalan itu dipraktikkan
3. Suatu kajian sistematik bertujuan menambah baik amalan pendidikan oleh sekumpulan individu melalui tindakan praktif dan refleksi kendiri pada kesan tindakan itu (Elliot, 1985, Kemmis & McTaggart, 1988)
4. Suatu model bagi mengkanunkan pendekatan penyiasatan berorientasikan pada tindakan tempatan dan pengaplikasian dapatan penyiasatan itu kepada masalah spesifik dalam situasi spesifik. Penekanan kepada kespesifikan dan sifat tempatan adalah penting disini.
5. Suatu pendekatan penyelidikan yang mana pembentukanperubahan sosial yang positif adalah penggerak utama bagi menjalankan penyelidikan itu (Berg, 2004).
6. Suatu pendekatan penyelidikan dari dalam, bukan dari luar, yang dijalankan sama ada oleh orang dalam, iaitu pengamal sendiri seperti guru, guru besar atau pengetua atau oleh penyelidik (orang luar) secara kolaborasi dengan pengamal bagi menambah baik amalan. Oleh kerana pendekatan penyelidikan ini diintegrasikan dalam amalan atau kerja harian pengamal, bukannya sesuatu yang ditampal, impaknya adalah serta merta.
7. Suatu kajian sistematik yang lebih bersifat kitaran, kolaboratif, kualitatif dan reflektif yang bertujuan bagi menambah baik amalan dengan menyelidik amalan dan situasi tempat amalan dipraktikkan.
8. Suatu inkuiri sistematik yang direka bentuk bagi menghasilkan dapatan praktikal yang dapat digunakan bagi menambah baik aspek-aspek tertentu amalan. Dapatan itu juga diumumkan supaya dapat disemak dan diuji.

Anonymous said...

FOKUS KAJIAN

1. Kriteria Pemilihan
a. Perlu melibatkan pengajaran dan pembelajaran dan berfokus kepada amalan kita
b. Sesuatu yang dalam kawalan kita
c. Sesuatu yang kita sangat minati
d. Sesuatu yang kita hendak ubah atau perbaiki

2. Tinjauan / Pengumpulan maklumat awal
Ada tiga cara :-
 Self reflection / Refleksi kendiri
 Description / Deskripsi
 Explanation / Penerangan
(a) Refleksi kendiri
• Refleksi – kepercayaan dan nilai pendidikan yang dipegang
• Kefahaman kita tentang perkaitan antara teori, amalan, sekolah, masyarakat
• Bagaimana sejarah sekolah dan persekolahan menjadikannya kepada apa yang sedia ada
• Sejarah bagaimana mulanya wujud kepercayaan kita terhadap pengajaran dan pembelajaran

(b) Penerangan
• Huraikan situasi yang anda hendak ubah atau menambahbaikkan dengan berfokus kepada soalan : siapa, apa, bila, di mana dan bagaimana
• Huraikan bukti-bukti yang menunjukkan fokus kajian adalah satu masalah
• Kenalpasti faktor kritikal yang akan memberi kesan kepada fokus kajian

(c) Penjelasan

• Memberi penjelasan mengenai situasi yang akan dikaji dengan membuat hipotesis bagaimana dan mengapa faktor kritikal yang telah dikenalpasti mempengaruhi situasi

3. Kajian Literatur
a. Merupakan satu strategi dalam proses kajian tindakan
b. Merupakan satu aktiviti yang bernilai kepada pengkaji
c. Dapat menjimatkan masa kajian
d. 3 sumber ialah
i. On-line ERIC (Educational Resources Information Centre)
ii. Lawat perpustakaan universiti
iii. Jadi ahli organisasi profesional

4. Menulis Kajian Literatur
a. Writing tools / Alat-alat penulisan
i. Literature matrix
ii. Thematic and chronological review
iii. A concluding statement of the review

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites