Sunday, June 20, 2010
Selamat Berjuang Kembali
Diucapkan selamat meneruskan kembali perjuangan ke arah kecemerlangan sekolah masing2 selepas cuti panjang selama 2 minggu. Pastinya debaran kepada pencapaian akademik sekolah menjadikan diri semakin tertekan. Tambahan pula SIP yang diisi perlu dilaksana dan dicapai. Semoga rakan2 akan dapat meneruskan kecemerlangan sekolah masing2.
Monday, June 7, 2010
Saat Indah Perkahwinan
Dara : Apakah kau rela kalau aku pergi?
Teruna : Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!
Dara : Apakah kau mencintaiku?
Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!
Dara : Apakah kau pernah berlaku curang?
Teruna : Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!
Dara : Mahukah kau menciumku?
Teruna : Ya! Dara: Sayangku....!
Sesudah 5 tahun perkahwinan....
SILA BACA DARI BAWAH KE ATAS.
Saturday, June 5, 2010
Umrah, Pengganti dan Selamat Bercuti
Pertama sekali diucapkan selamat pergi dan selamat kembali kepada rakan2 yang akan menunaikan umrah semasa cuti sekolah ini. Semoga rakan2 yang kesana dapat mendoakan rakan2 disini untuk sama2 menyahut seruan Ilahi untuk menunaikan haji dan umrah buat kali pertama atau kedua atau seterusnya.
Kedua, rakan kita dari Kumpulan A iaitu Puan Saha Fadillah telahpun menerima kenaikan pangkat ke DGA34 (beliau masih belum memohon DG41). Jika diikutkan perancangan asal, beliau akan mengambil tempat saya sebagai GB di SK Kajang Utama kerana surat ke situ telahpun siap sedia tetapi telah ditahan dan ditukar dengan orang lain kerana saya difahamkan hampir 9 orang melobi tempat yang saya tinggalkan. Akhirnya beliau ditempatkan di SK Taman Nirwana, Cheras mulai 16 Jun 2010 dan telah menandatangani surat setuju terima. Jadi kemungkinan besar GB SK Taman Nirwana sedia ada (DGA38) akan menggantikan tempat saya di SK Kajang Utama. Walau apapun, tahniah kepada rakan kita dari Kumpulan A ini kerana telahpun dilantik sebagai GB dan menerima kenaikan pangkat.
Ketiga, Selamat Bercuti Sekolah kepada semua rakan2 walaupun saya pasti rakan2 tidak bercuti kerana menguruskan program2 UPSR. Di sekolah saya pun, saya telah berpesan supaya diteruskan program perkampungan UPSR supaya momentum belajar murid tidak hilang. Apabila bercuti, berhati2lah sepanjang berada di jalan raya walaupun kita tidak dapat bercuti untuk buat reunion.
Akhir kata, semoga rakan2 terus sukses dalam mengurus organisasi masing2. Terima kasih.
Thursday, June 3, 2010
PENDEDAHAN ESKLUSIF
Kepada kawan-kawan yg mengenali saya, mohon maaf kerana menggunakan blog ini terutamanya tuan blog ini .Sekali lagi saya Mohd.Zulkifli rakan sekuliah anda ingin memohon ribuan ampuan dan maaf sekiranya catatan saya selama ini mengguris hati rakan-rakan bloggers.
Diruangan ini saya mohon maaf daripada admin (faris) kerana menggunakan blog ini untuk membuat pendedahan atas nama-nama-nama tersebut, penggunaannya bukan untuk niat yang tidak baik ianya semata-mata untuk menghidupkan suasana respon merespon rakan-rakan sahaja.Mungkin tanpa saya sedari respon dari saya telah mengguris hati rakan-rakan.Ampun maaf dipinta.
Sejak akhir-akhir ini saya telah menggunakan nama-nama samaran seperti "binzain (mkn semua org dah tau kut) dan kebanyakkan saya menggunakan nama “zorro”.Tapi dlm ruang chat saya menggunakan nama “mamak”.Faris,Yusuf,Pirzan, Kak Kiah, Jony, Zalila, Non, Valar,Noris ,Azam dan anynomous aku mohon maaf sekiranya catatan aku menguris hati kalian begitu juga si teja .
Mohon doa dari kalian agar aku sekeluarga diberi kesihatan yang baik supaya dapat mengerjakan ibadah umrah dan diterima oleh Allah sebagai umrah yang mabrur.Aku berangkat pada 7 Jun 2010 dan dijangka pulang pada 20 Jun 2010.InsyaAllah.
Izinkan aku sekali lagi melafazkan pantun2 ini……...
SALAHKAH JIKA IBU DODOIKAN
TIDURKAN ANAK DIATAS PANGKUAN
SALAH DAN SILAP HAMBA LAKUKAN
AMPUN MAAF HAMBA POHONKAN.
BADANG KUAT BERTUBUH SASA
MENCABAR DIA ELOKLAH BERJAGA
TERSILAP KATA TERSASAR BAHASA
KESALAHAN HAMBA MAAFKAN JUA.
BULAN MENGAMBANG BINTANG BERKELIPAN
PUNGGUK MERINDUI AMAT MERAWAN
ANDAI MENYINGGUNG JUA MELUKAKAN
KU POHON MAAF DARIMU TUAN/PUAN.
CEKAP BERSAJAK DATUK PANGLIMA
GAGAH BERANI JUA PERKASA
ANDAI DIKAU TAK DAPAT MENERIMA
MOHON MAAF SEGALA DOSA
DITEPI PANTAI BERENANG-RENANG
TEBARKAN JALA TANGKAP GELAMA
JANGAN DISEBUT JUA DIKENANG
LUPAKAN SAJA SENGKETA LAMA
PUTERI BERSIRAM DITEPI PERIGI
MENCEDOK AIR BERHATI-HATI
IZINKAN HAMBA BERLALU PERGI
JANGAN ADA DENDAM DI HATI.
LABAIKALLAHHUMMALABAIK..LABAIKALLA.SYARIKALAKALABAIK....
INNALHAMDA.WANNI’MATA.....LAKAWAL MUR LA SYARIKALA............
Friday, May 21, 2010
RENUNGAN BUAT INSAN BERNAMA GURU
Dalam apa jua bidang, professional dan personal harus di bezakan. Andai anda telah atau bakal memilih bidang pendidikan, tekadkan lah hati. Betulkan niat. Niat sebenar hanya untuk mendidik anak bangsa untuk menjadi anak-anak yang bukan sahaja cemerlang fizikal tatapi juga cemerlang rohani. Kerana, saat kita di tanya di padang mahsyar kelak tentang tanggungjawab kita. Kita ada jawapan yang kukuh............
”AKU TELAH BERJAYA MENDIDIK ANAK-ANAK MURID KU UNTUK MENGABADIKAN DIRI MEREKA PADA MU DENGAN ILMU-ILMU YANG KU CURAHKAN... ILMU-ILMU YANG KAMI BERIKAN AKAN MAMPU MEMBAWA MEREKA SEMAKIN DEKAT PADA MU YA ALLAH.....”
Tapi bayanngkan andai tinggal selangkah lagi langkah kita masuk ke syurgaNya. Tiba-tiba..........
”NANTI DULU YA ALLAH.....JANGAN BENARKAN ORANG INI MASUK KE SYURGA”
Tercengang sendiri...mengapa perjalananku terhalang........mengapa????
”MENGAPA KAU MENGHALANG GURU MU INI UNTUK MEMASUKI SYURGA KU?”
”Kalau KAU ingin tahu.... guru ini tidak pernah menegur kesilapanku......dia hanya mengajar aku ilmu dunia....Dengan ilmu itu aku semakin jauh dari MU. Kehadirannya hanya untuk mengajar... cukup bulan dapat gaji.... Tapi akhlak kami tetap rosak”
Ya Allah....apa perasaan kita ketika itu???!!!. Ingin mengulang semula masa lampau?? Tiada gunanya. Kerana semua itu sudah berlalu. Oleh sebab itu, wahai insan bernama guru, kukuhkanlah dirimu dengan AlQuran dan ASSunnah untuk menjadi panduan hidupmu agar anak-anak yang lahir daripada hasil tanganmu kelak merupakan anak-anak didik yang soleh dan solehah.
Akan lahirlah lebih ramai SALAHUDDIN AL AYYUBI, anak-anak seprti di palestin yang tidak pernah takut pada yahudi dalam menegakkan Islam. Merekalah yang akan menyambung perjuangan mu dalam membela ad-din tercinta. Jadilah contoh yang terbaik kepada anak-anak didikmu. Dalam masa yang sama, ketahuilah bahawa pilihan yang dibuat oleh insan bernama ibu dan bapa selalunya adalah yang terbaik untuk anak-anak mereka. Kerana pengalaman mereka, perhubungan mereka dan juga lebih dulu tahu ragam dan rencah dunia ini.
SIAPA PUN DIRIMU...KAMU ADALAH SEORANG GURU...GURU KEPADA DIRI....GURU KEPADA KELUARGA......GURU KEPADA MASYARAKAT....DAN GURU YANG MEMBAWA ISLAM.....
Al-Fatihah untuk guru-guru kita yang telah banyak menabur jasa dan bakti mereka....
AL-FATIHAAH...............
Wednesday, May 19, 2010
SELAMAT HARI GURU
PANTUN GURU
A-B-C dan alif ba-ta
Satu dua tiga dan empat
Selalu cikgu ajar kita
Ditubi-tubi sampai dapat ( ada lagi ke cikgu mcm ni?)
Satu dua tiga empat
Ditubi-tubi sampai dapat
Bila dapat maju ke depan (bole la cikgu relax)
Rajin belajar cepat maju
Bila dapat maju ke depan (jarang murid /ibubapa bagi
Terima kasih banyak, Cikgu! ucapan mcm ni)
Betik masak lebat di pangkal
Penuh kapal bawa belayar
Baik budi panjang akal
Hormat guru tekun belajar ( baru dpt berkat belajar)
Manis rasanya buah delima
Masak sebiji di celah daun
Budi guru saya terima
Jadi kenangan bertahun-tahun ( betul ke?)
Pohon palma tegak berdiri
Ditanam mari tepi bangunan
Ilmu di dunia terus dicari
Jasa guru dilupa jangan (derhaka namanya kalau lupa)
Waktu malam mencincang halia
Masak cencaru berserai wangi
Murid silam patuh setia
Hormat guru serta disayangi (sepatutnya mcm ni le)
Pergi memburu ke hutan lama
Dapat rusa di waktu pagi
Kalau ilmu ku dapat sama
Usaha guru ku sanjung tinggi (ingat ke lagi?)
Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu ( skrg ni mcm2 guru bekal)
Orang haji dari Jeddah
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai kerja menolak ombak (kerja gila la namanya tu)
Daging rusa sedap diratah
Kenyang perut mata terlena
Membujur lalu melintang patah
Zaaaaapppppp aje apa yg tak kena..... (kerja aku la ni)
Monday, May 17, 2010
Sedih... Reunion Tak Jadi
FARIS... IM VERY2 SORRY LAH.. tarikh 13 hingga 15 kita tak dapat masuk sb program kem sains on.pesertanya pulak 100 lebih. yg ada 17 - 19 pun ramai jg..
aku rasa nampak gaya kita kena batalkan je reunion kita.tarikh tu ramai yg tak dpt datang termasuk kau. sb sekolah nak buka kan...minta maaf banyak2 la..
apa pun terserah atas keputusan ramai lah...tp kalau de nak dtg jg 9tak ramai aku akan rai..hehehe camping ke...
Wednesday, May 12, 2010
Reunion Jadi. Sila Confirmkan Kehadiran SEGERA
Program reunion kita jadi dan saudara Joni dahpun mengenalpasti tempat dan rakan2 boleh membuat pilihan masing2. Perlu lakukan segera supaya tempahan tempat boleh dilakukan oleh saudara Joni kerana kalau tidak nanti dah penuh. Saudara Joni, nanti sila nyatakan no akaun bank untuk dimasukkan bayaran pendahuluan. Tindakan yang perlu diambil sekarang ialah seperti berikut :
1. Sila tuliskan nama anda di komen entri blog ini.
2. Nyatakan bilangan ahli keluarga yang nak pergi (kecuali yang nak pergi seorang)
3. Nyatakan penginapan mana yang diperlukan dan sama ada makan mengikut cadangan atau sendiri.
4. Kos tambang bot akan dimaklumkan oleh saudara Joni nanti.
Maklumat lanjut boleh baca di komen entri blog kita yang dibuat oleh Joni sebelum ini.
jm Said on May 12, 2010 10:14 AM
faris..ada beberapa cadangan:
1. redang lagoon di area resort.jauh dari kampung.pakej rm280/sorang.makan minum disediakan oleh resort.pakej 3 hari 2 malam.
2. pusat kokurikulum (dikampung)
hanya bayar dobi cadar rm2 dan makan rm20 sehari seorang disediakan oleh kantin. Tido dlm dorm.kalau yg bw isteri/anak2 boleh tinggal di
3. Penginapan TNB. sewa sebuah rumah ada 3 bilik rm100/sehari.makan di pusat ko.
skrg kena confirm cepat sb resort bolehdikatakan penuh.
faris kau miss cal no. hp kau..no aku 017-9705645
pusat ko aku minta jurulatih cek ada ke tak sekolah/program jabatan masuk.kalau hanya sekolah akan masuk diberi keutamaan kpd kita.
penginapan TNM aku rasa boleh disikan 3 keluarga setiap rumah.boleh ke..?maknanya 3 keluarga bayar rm100 je untuk sehari..sekarang ni kena pastikan berapa keluarga, dan berapa yg solo atau hanya bw ank je kot..
Wednesday, May 5, 2010
Reunion di Pulau Redang

Salam rakan2,
Dalam survey yang dibuat dalam blog kita, hampir semuanya bersetuju untuk program ini diadakan di Pulau Redang semasa cuti sekolah ini. Oleh itu saya minta bantuan saudara Joni untuk menentukan tempat di Pulau Redang bagi tujuan penginapan, makan dan minum, acara2 yang sesuai dan lain2. Bagi mereka yang nak menyertai, sila maklumkan.
Tarikh : 13 hingga 15 Jun 2010
Aturcara :
13.06.2010 - 12.00 tgh hari - berkumpul di jeti Kuala Terengganu
13.06.2010 - 1.00 petang -menaiki bot ke Pulau Redang
13.06.2010 - 3.00 petang - check-in dan santai
13.06.2010 - 8.00 malam - dinner
14.06.2010 - 8.00 pagi - acara sukaneka/game
14.06.2010 - 1.30 petang - melawat pulau
14.06.2010 - 4.00 petang - snorkeling
14.06.2010 - 8.00 malam - dinner dan majlis tahlil
15.06.2010 - 8.00 pagi - packing dan santai
15.06.2010 - 12.00 tengah hari - check-out
15.06.2010 - 2.00 petang - menaiki bot ke Kuala Terengganu
15.06.2010 - 4.00 petang - tiba di Kuala Terengganu dan bertolak pulang
Tindakan :
1. Saudara Joni - minta tolong untuk mencari pakej makan dan penginapan dan sebutkan harganya serta bot
2. Saudara Joni - maklumkan kadar yang diperoleh
3. Saudara Joni - menguruskan perjalanan bot
4. Saudara Joni, Ismail, Jah (Kuala Berang), Jah (Kemaman), Sabri - penyambut tetamu
5. Rakan2 - sila buat pembayaran dengan bank-in ke akaun saudara Joni.
Jika setuju, sila reply dalam komen blog ini. Terima kasih.
Monday, May 3, 2010
Perodua VIVA 1.0 Manual (Dr Shukri)
Saya menerima mesej daripada Dr Shukri (pensyarah kita di UPSI) yang meminta bantuan untuk menjual keretanya. Kepada rakan2 yang berminat, sila hubungi saya. Tanpa wang muka, hanya settle pinjaman bank RM33,000 dan kereta ini baru berusia 1 tahun 4 bulan (daftar 16 Januari 2009). Ini disebabkan Dr Shukri tidak berada di UPSI lagi dan beliau kini berada di Holland dan kereta ini tidak digunakan lagi.
Sekian, terima kasih.
Thursday, April 29, 2010
SPP dan BPSM
Tadi saya ke SPP untuk hantar surat setuju terima, medical checkup, akuan sumpah dll, saya sempat bertanya berapa lama tempoh masa untuk dapat surat pelantikan. SPP cakap lebih kurang hampir sebulan sebaik sahaja tarikh diterima. Sekarang ni dia sedang proses yang hantar bulan Mac. Untuk pengesahan pelantikan pula mungkin memakan masa setahun dan bergantung kepada sijil tapisan keselamatan yang dah lulus. SPP juga kata sepatutnya dalam surat tu memang disuruh hantar BRP tetapi cetakan telah menyebabkannya tercicir. Kalau BRP dah kemas kini, tak jadi masalah. Kalau pengemaskinian tunggang terbalik, itu yang dia nak tengok Kew 8 terakhir.
Selepas itu sempat singgah di BPSM untuk hantar salinan BPSM punya dan berjumpa kejap dengan Cik Rosaliza (yang cun tu... he he he ... jangan marah rakan2 yang selalu cakap aje tapi kelu nk cakap dalam telefon terutama Saudara Yusof Sipan) tentang isu yang dibangkitkan oleh Saudara Saupi. Isunya kenapa geng2 GB yang 3 tahun dilantik pada 2 Oktober 2009 sedangkan dia tamat Dis 2008 sedangkan kita Ogos 2008 dan cuma konvo aje sama. Cik Rosaliza menyatakan bahawa dah ada standing bahawa group PPGB dilantik pada satu tarikh yang sama untuk satu kumpulan tersebut. Manakala group PKPGB (3 tahun) akan dilantik berdasarkan siapa cepat dia dapat dan ini menyebabkan tarikh mereka kemungkinan besar tak sama di antara satu sama lain. Kalau siapa awal mohon, dia akan dapat awal dan kalau siapa lewat, dia akan dapat lewat. Sebab itu PKPGB antara satu universiti dengan universiti lain akan berbeza tarikh lantikannya.
Itu sahaja maklumat terkini yang dapat saya sampaikan setakat masa ini. Terima kasih.
Tuesday, April 27, 2010
Tambahan Check List (Senarai Semak)
Petang tadi saya dihubungi oleh Saudara Pirzan yang ingin mendapatkan kepastian sama ada BRP dan Sijil Peperiksaan Am Kerajaan perlu dihantar atau tidak. Saya menyatakan jika tak yakin, boleh hubungi SPP. Selepas menghubungi SPP, beliau menelefon saya kembali dan menyatakan bahawa BRP perlu dihantar dan perlu sertakan juga Kew 8 pergerakan gaji terakhir untuk disemak oleh SPP. Keputusan Sijil Peperiksaan Am Kerajaan adalah urusan di JPN nanti untuk pengesahan dalam jawatan. Jika tiada PAK, kenalah menghadiri kursus induksi.
Oleh itu, rakan2 diharap peka dan mengambil tindakan terhadap makluman yang diberi. Terima kasih diucapkan kepada saudara Pirzan yang mengambil inisiatif untuk mendapatkan maklumat.
Seterusnya saya juga dihubungi oleh Saudari Rofidah berkaitan surat penempatan dan dimaklumkan bahawa Kedah masih belum dapat. Saya nyatakan bahawa saya sudah memberitahu saudara Khalil supaya mengambil tindakan proaktif. Saya minta saudari Rofidah menghubungi JPN Kedah dahulu bagi mendapatkan kepastian, selepas itu baru contact KPM. Kelantan tiada dalam makluman saya sama ada dah dapat atau belum surat penempatan kerana masih menyepikan diri. Setakat ini negeri2 lain dahpun selesai.
Sunday, April 25, 2010
Check List (Senarai Semak)
Adakah semua rakan telah menerima surat penempatan berserta tawaran perlantikan? Diharap semua telah menerimanya. Jika ada yang masih belum menerima surat penempatan tu, hubungilah JPN masing2.
Ingat perkara2 yang perlu kita lakukan iaitu :
1. Lengkapkan dan tandatangan Surat Setuju Terima.
2. Lengkapkan dan dapatkan tandatangan Ketua Jabatan bagi Surat Aku Janji
3. Dapatkan salinan Buku Rekod Perkhidmatan
4. Buat Surat Akuan Sumpah di mana2 Pesuruhjaya Sumpah
5. Buat Medical Check-up di hospital kerajaan atau hospital swasta (yang berdaftar)
6. Lengkapkan Borang Tapisan Keselamatan (berserta 3 keping gambar untuk 3 salinan borang).
7. Lampiran A berkenaan pemakluman penerimaan kepada JPN masing2.
Selepas itu sila hantar ke SPP dengan kadar segera. Bolehkan sesiapa yang telah lengkap membantu rakan2 lain dengan memberi maklumat2 terkini. Terima kasih.
Thursday, April 22, 2010
Remaja mangsa rogol derita, pensil di dalam kemaluan
Petikan berita ini memang memeranjatkan. Apa yang memeranjatkan bukannya kerana mangsa dan juga pelaku tetapi bagaimana kejadian itu boleh berlaku di dalam kelas dan di sekolah pula tu. Tak ada ke guru atau pengawal keselamatan? Mengapa murid boleh masuk ke kawasan sekolah selepas waktu persekolahan? Banyak lagi persoalan yang boleh ditimbulkan. Diharap kita semua mengambil ikhtibar di atas kejadian ini kerana apa yang berlaku di dalam kawasan sekolah adalah tanggungjawab kita.
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang pelajar tingkatan dua bukan sahaja dirogol rakannya, tetapi terpaksa menanggung kesakitan setelah suspek memasuk dan meninggalkan pensil di dalam kemaluannya.
Ia bagaimanapun disedari hanya setelah mangsa menjalani pemeriksaan di Hospital Selayang dekat sini, sebagai sebahagian prosedur siasatan polis.
Hasil pemeriksaan, doktor menemui pensil berukuran empat sentimeter tersebut di dalam kemaluan gadis berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supritendan Rosly Hassan berkata, pemeriksaan sama turut mengesahkan gadis itu telah hamil sebulan.
Katanya, pengesahan kehamilan tersebut sekali gus membongkar bahawa mangsa telah dirogol oleh pelajar lain sebelum itu.
"Mangsa telah dirogol sebanyak dua kali sebelum ini dan kali ketiga pada minggu lalu apabila dirogol di dalam kelas.
"Dalam kejadian terbaru, perbuatan itu dilakukan oleh suspek dengan dilindungi rakan-rakannya yang membuat bulatan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dekat sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan seorang pelajar berusia 14 tahun telah dirogol rakan sebayanya di dalam kelas di sebuah sekolah menengah dekat Rawang, Selasa lalu.
Kisah itu didedahkan oleh mangsa yang menghuni sebuah rumah kebajikan kepada pengasuh sebelum laporan polis dibuat.
Berikutan itu, seorang pelajar telah ditahan reman bermula kelmarin sehingga 26 April ini mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Rosly memberitahu, dalam kejadian pertama, mangsa dirogol pelajar lain di tepi padang sekolah, namun perkara itu disembunyikan mangsa kerana khuatir tidak dibenarkan bersekolah lagi.
Menurutnya, berikutan maklumat baru itu, pihaknya menahan enam lagi pelajar sekolah tersebut yang kesemuanya berusia 14 tahun petang ini.
Katanya, mereka ditahan kerana disyaki terlibat merogol dan bersubahat dalam kejadian tersebut.
Jelasnya, polis akan menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap bayi tersebut selepas ia dilahirkan bagi mengetahui bapanya.
Tuesday, April 20, 2010
Tindakan Lanjut
Dalam menunggu surat penempatan, pelbagaii perkara dan isu telah timbul. Saya pasti masih ada rakan2 yang sedang menunggu kedatangan surat penempatan ni. Kepada mereka yang dah dapat (termasuk saya) bolehlah melakukan tindakan seterusnya seperti medical check-up, tapisan keselamatan, aku janji, setuju terima dan lain2 bagi dihantar. Kepada mereka yang masih belum dapat, sila ambil langkah2 seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini.
Saya sempat menemani Cikgu Raseli (kumpulan A) sewaktu dia ingin berurusan di BPSM dan berjumpa dengan Cik Rosaliza. Kes cikgu Raseli ni ialah dia dilantik ke DGA34 pada 16 Januari 2010 dan mengemukakan rayuan untuk dilantik ke DG41 selepas tarikh tersebut. Rayuannya tidak berjaya dan dia terpaksa menolaknya. Oleh itu dia akan kehilangan senioriti selama setahun berbanding dengan kita.
Disamping itu saya sempat menguruskan kes cikgu saya di Unit Tatatertib, BPSM yang nak dibuang kerja. Seterusnya saya sempat juga berurusan di Unit Naik Pangkat Siswazah untuk bertanyakan laluan kerjaya kita. Setakat ini laluan sebagai GB untuk ke DG44 adalah yang terpantas iaitu 3 tahun. Walau bagaimanapun bagi rakan2 yang bertugas di PPD, JPN, KPM boleh juga naik pangkat atau gred DG44 dengan kadar cepat iaitu 5 tahun secara hakiki dan bukannya time-based macam guru biasa iaitu 7/10 tahun.
Itulah beberapa maklumat terkini yang ingin dikongsi bersama dalam entri kali ini. Diharap semuanya dapat melakukan tindakan terbaik buat diri masing-masing.
Terima kasih.
Tuesday, April 13, 2010
Panas!!!! Inilah Surat Punca Kuasa
Pada petang tadi saya berkesempatan untuk mencari maklumat dan menyelesaikan kemelut yang kita hadapi dengan pergi sendiri ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH). Sesampai di sana saya bernasib baik kerana dapat berjumpa dengan En Wan Roslan iaitu KPP Sektor Sekolah Rendah ini dan bersama-sama dengannya mencari maklumat. Pada awalnya macam 'missing in action' aje kerana tak jumpa. Saya mengambil kesempatan menelefon semula Cik Rosaliza dan dia menyatakan telah menyerahkan senarai nama tersebut menerusi serahan tangan ke BPSH. Dah kebetulan saya menelefon di BPSH, lantas saya terus menyerahkan gagang telefon kepada kerani yang disebutkannya sebentar tadi. Dari situ unsur salah menyalah dapat diselesaikan dan perkara itu dapat dijelaskan dan keluarlah surat yang dicari tersebut.
Surat tersebut rupa2nya telah diambil tindakan dan dihantar ke JPN masing2 KP(BPSH/SPSR)401/02/008/Jld.6(11) pada 9 April 2010. Kita tidak akan dapat melihat surat ini kerana ia dialamatkan untuk tindakan JPN sahaja. JPN akan mengeluarkan satu surat khas seperti yang telah rakan2 kita terima (Anas, Yusof dan Kharudin). Walau bagaimanapun ia melibatkan negeri Pahang, Melaka, Johor, Sarawak, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan serta Sabah sebelum ini. Bagi negeri Sabah (Anas) surat pindaan tarikh kuatkuasa perlantikan akan dipinda ke 5 Oktober 2010 juga. Bagi rakan2 di Pahang dan Perak yang dah terima, mungkin JPN akan membuat pembetulan surat arahan penempatan (JPN Pahang dan Perak telah proaktif).
Bagi rakan2 dari negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, P.Pinang dan WP Kuala Lumpur, anda diminta menghubungi BPSM segera kerana menurut BPSH hanya senarai yang dihantar oleh BPSM ke BPSH yang akan dikeluarkan surat penempatan. Ini bermakna senarai nama anda masih tersangkut di BPSM.
Friday, April 9, 2010
Fakta Penempatan Dan Contoh Surat



Salam rakan2,
Saya telahpun mendapat tiga contoh salinan surat penempatan iaitu untuk Saudara Anas Yusof, Saudara Kharudin dan Saudara Yusof Rompin@Temerloh. Persoalan yang ingin dibangkitkan ialah :
1. Tarikh lantikan : Anas pada 2 Oktober 2009 manakala Kharudin dan Yusof pada 5 Oktober 2009. Nampak remeh tetapi impaknya besar apabila melibatkan kenaikan pangkat atau gred ke DG44 nanti.
2. Surat kuasa dari KPM : Jika Anas dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM dengan rujukan KP(BPSH-SPSR)401/02/008/Jld.3(38) bertarikh 4 Januari 2010 manakala saudara Kharudin dan Yusof pula dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dengan rujukan KP(PP)0013/66/6/C(33) dan KP(PP)0013/66/8/A(38) dengan kedua-duanya bertarikh 22 Mac 2010. Adakah punca kuasa dari BPSH atau BPSM yang digunapakai? Kalau dilihat surat untuk Kharudin dan Yusof, mereka gunakan fail yang sama dan yang berbeza ialah kod C (Pahang) dan A (Perak) serta bilangan surat sahaja.
Kalau nakkan surat punca kuasa dari BPSH, dalam satu kumpulan telah dikeluarkan pada 4 Januari 2010. Manakala kalau nakkan surat punca kuasa dari BPSM pula, surat tu juga dah dikeluarkan dan dihantar serentak oleh BPSM bersama-sama surat perlantikan SPP (menurut maklumat dari Saudari Aishah apabila beliau menelefon Cik Rosaliza pada hari Khamis (8 Apr).
Sila rakan2 semak dan gunakan fakta ini untuk berurusan dengan JPN masing2 kerana rakan2 semua berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pendidikan dan itu bermakna kita semua bercakap berasaskan fakta dan ketepatan maklumat. Apa lagi jawapan dolak dalik yang akan mereka berikan.
Terima kasih.
Tuesday, April 6, 2010
Double Standard - Perlantikan @ Penempatan
Double standard yang dibangkitkan disini adalah berhubung dengan ketidak selarasan tindakan oleh BPSM dan juga JPN. Ada tindakan JPN yang membayangkan mereka telah mahir bekerja tetapi ada juga tindakan mereka yang menunjukkan mereka macam tak tahu nak bekerja. Dimanakah silap dan salahnya???
Rakan2 kita di Perak dan Pahang serta Sabah telahpun menerima surat perlantikan dari SPP dan juga surat arahan penempatan sebagai GB DG41 di sekolah yang sama berkuatkuasa 5 Oktober 2009. Ada kekeliruan sikit apabila saudara Anas di Sabah berkuatkuasa 2 Oktober 2009. Kenapa ada perbezaan tarikh? Nampak macam perkara kecil tetapi impaknya amat tinggi terutama melibatkan senioriti apabila nak dinaikkan pangkat ke gred DG44 nanti.
Contoh surat penempatan daripada Anas

Rakan2 kita di Melaka pula memaklumkan telah menerima salinan surat perlantikan dari SPP tetapi diminta untuk bertindak setelah menerima surat penempatan dalam tempoh 60 hari. Rakan2 kita di WP KL juga menyatakan sedemikian. Saya telah meminta saudara Aziz dan Rozita bertanya pula di JPN Selangor. Dimaklumkan perkara yang sama. Di negeri2 lain pula masih tak ada sebarang berita kerana masing2 mendiamkan diri sahaja dan tanpa ada niat untuk berkongsi maklumat atau mungkin hasrat dan cita2 telah tercapai.
Persoalannya adalah arahan dan tindakan yang tidak selaras antara JPN dengan JPN sendiri. Atau adakah tindakan yang diarahkan oleh BPSM tidak difahami oleh JPN. Atau tindakan JPN yang segera sebagai tindakan proaktif untuk membantu sesama rakan pendidik. Semua persoalan ini menunjukkan ketidak selarasan tindakan seperti yang dinyatakan sebentar tadi.
Mengapa terjadi perkara sedemikian???? Kalau setakat tindakan JPN itu lewat sedikit mungkin disebabkan kekangan kerja yang banyak tetapi jika ada jawapan JPN yang menyatakan perlu tunggu surat penempatan dari KPM sehingga tempoh masa 60 hari sedangkan di JPN lain surat penempatan hanya dikeluarkan oleh JPN sendiri, mana satukah tindakan yang betul????
Kesempatan ini saya mengucapkan terima kasih kepada saudara Kharudin, Anas, Awal dan Rozita yang sentiasa memaklumkan perkembangan terkini melalui telefon kepada saya.
Sunday, April 4, 2010
Pedagogical Content Knowledge (PCK)
Shulman (1986) advanced thinking about teacher knowledge by introducing the idea of pedagogical content knowledge. He claimed that the emphases on teachers subject knowledge and pedagogy were being treated as mutually exclusive domains in research concerned with these domains (1987, p.6). The practical consequence of such exclusion was production of teacher education programs in which a focus on either subject matter or pedagogy dominated. To address this dichotomy, he proposed to consider the necessary relationship between the two by introducing the notion of PCK.
This knowledge includes knowing what teaching approaches fit the content, and likewise, knowing how elements of the content can be arranged for better teaching. This knowledge is different from the knowledge of a disciplinary expert and also from the general pedagogical knowledge shared by teachers across disciplines. PCK is concerned with the representation and formulation of concepts, pedagogical techniques, knowledge of what makes concepts difficult or easy to learn, knowledge of students’ prior knowledge and theories of epistemology. It also involves knowledge of teaching strategies that incorporate appropriate conceptual representations, to address learner difficulties and misconceptions and foster meaningful understanding. It also includes knowledge of what the students bring to the learning situation, knowledge that might be either facilitative or dysfunctional for the particular learning task at hand. This knowledge of students includes their strategies, prior conceptions (both “naïve” and instructionally produced); misconceptions students are likely to have about a particular domain and potential misapplications of prior knowledge.
PCK exists at the intersection of content and pedagogy. Thus it does not refer to a simple consideration of both content and pedagogy, together but in isolation; but rather to an amalgam of content and pedagogy thus enabling transformation of content into pedagogically powerful forms. PCK represents the blending of content and pedagogy into an understanding of how particular aspects of subject matter are organized, adapted, and represented for instruction. Shulman argued that having knowledge of subject matter and general pedagogical strategies, though necessary, were not sufficient for capturing the knowledge of good teachers. To characterize the complex ways in which teachers think about how particular content should be taught, he argued for “pedagogical content knowledge” as the content knowledge that deals with the teaching process, including the “the ways of representing and formulating the subject that make it comprehensible to others” (p. 9). If teachers were to be successful they would have to confront both issues (of content and pedagogy) simultaneously, by embodying “the aspects of content most germane to its teachability” (Shulman, 1986, p. 9). At the heart of PCK is the manner in which subject matter is transformed for teaching. This occurs when the teacher interprets the subject matter, finding different ways to represent it and make it accessible to learners.
The notion of PCK has been extended (and critiqued) by scholars after Shulman (for instance see Cochran, DeRuiter, & King, 1993; van Driel, Verloop, & De Vos, 1998). In fact, Shulman’s initial description of teacher knowledge included many more categories (such as curriculum knowledge, knowledge of educational contexts, etc.). Matters are further complicated by the fact that Shulman has himself proposed multiple lists in different publications, that lack, in his own words, “great cross-article consistency” (Shulman, 1986; p. 8). Our emphasis on PCK is based on Shulman’s acknowledgement that “pedagogical content knowledge is of special interest because it identifies the distinctive bodies of knowledge for teaching. It represents the blending of content and pedagogy into an understanding of how particular topics, problems, or issues are organized, represented, and adapted to the diverse interests and abilities of learners, and presented for instruction” (p. 8). Moreover, our emphasis on PCK is consistent with the work of many other scholars and recent educational reform documents. Since its introduction in 1987, PCK has become a widely useful and used notion. For instance in the area of science education scholars such as Anderson and Mitchner (1994); Hewson and Hewson (1988); Cochran, King, and DeRuiter (1993); and professional organizations such as the National Science Teachers Association (NSTA, 1999) and National Council for the Accreditation of Teacher Education (NCATE, 1997) have all emphasized the value of PCK for teacher preparation and teacher professional development. An analysis of “Teacher Educator’s handbook: Building a knowledge base for the preparation of teachers” (Murray, 1996) shows Shulman as the fourth most cited author of the close to 1500 authors in the book’s author index with an overwhelming majority of those references made to this concept of PCK (Murray, 1996, referred by Segall, 2004). The notion of PCK, since its introduction in 1987, has permeated the scholarship that deals with teacher education in general and the subject matter education in particular (See for example, Ball, 1996; Cochran, King & DeRuiter, 1993; Grossman, 1990; Ma, 1999; Shulman, 1987; Wilson, Shulman, & Richert, 1987). It is valued as an epistemological concept that usefully blends together the traditionally separated knowledge bases of content and pedagogy.
Diagrammatically, we can represent Shulman’s contribution to the scholarship of teacher knowledge by connecting the two circles, so that their intersection represents Pedagogical Content Knowledge as the interplay between pedagogy and content. In Shulman’s words, this intersection contains within it, “the most regularly taught topics in one’s subject area, the most useful forms of representation of those ideas, the most powerful analogies, illustrations, examples, explanations, and demonstrations - in a word, the ways of representing and formulating the subject that make it comprehensible to others” (Shulman, 1986, p. 9).
Although Shulman did not discuss technology and its relationship to pedagogy and content, we do not believe that these issues were considered unimportant. Rather, the intent is to now bring explicit attention to these issues by considering how technology interacts with pedagogy as Technological Pedagogical Knowledge (TPK), with content as Technological Content Knowledge (TCK), and jointly as Technological Pedagogical Content Konwledge (TPCK).
Monday, March 29, 2010
Tarikh Lantikan DG41 Pada 5 Oktober 2009
Saya mengambil kesempatan ini untuk menulis sedikit berita gembira walaupun masih dalam kesibukan yang tidak begitu ketara dalam menyelesaikan 2/3 assignment lagi. Perkhabaran yang gembira untuk dikongsi bersama.
Saya telah dihubungi oleh saudara Khairudin dari Ipoh pada jam 4.45 petang tadi. Menurut beliau, surat tawaran DG41 telahpun berada di JPN masing2 kerana BPSM telah mengeluarkan surat tersebut pada 22 Mac 2010. Sekarang ini terpulang kepada JPN masing2 sama ada mereka cepat atau lambat. Beliau telah menghubungi JPN Perak dan bertanyakan semua rakan2 di Perak dan jawapan yang diterima semua kumpulan dari Perak telahpun ada surat di JPN Perak dan rakannya di JPN menyatakan bahawa tarikh yang disyorkan ialah pada 5 Oktober 2009.
Terima kasih kepada semua rakan2 yang mendesak dan terus mendesak sehingga proses itu dapat dipercepatkan dan mereka tidak bekerja sambil lewa sahaja. Oleh itu sekarang ini, giliran kita mendesak JPN masing2 pula untuk mempercepatkan penghantaran surat tersebut ke sekolah.
Cuba rakan2 selidik tentang Borang Tapisan Keselamatan. Ada di antara guru-guru kita menerima borang tapisan keselamatan yang begitu detail untuk dilengkapkan. Sepatutnya, tapisan keselamatan sekarang adalah menggunakan Borang Tapisan Keselamatan Kasar yang lebih kurang 1/2 mukasurat sahaja. Sesiapa yang ada maklumat tersebut, maklumkanlah dalam blog ini.
TAHNIAH KEPADA SEMUA!!!!
Terima kasih.












