Saturday, June 5, 2010

Umrah, Pengganti dan Selamat Bercuti

Salam rakan2,

Pertama sekali diucapkan selamat pergi dan selamat kembali kepada rakan2 yang akan menunaikan umrah semasa cuti sekolah ini. Semoga rakan2 yang kesana dapat mendoakan rakan2 disini untuk sama2 menyahut seruan Ilahi untuk menunaikan haji dan umrah buat kali pertama atau kedua atau seterusnya.

Kedua, rakan kita dari Kumpulan A iaitu Puan Saha Fadillah telahpun menerima kenaikan pangkat ke DGA34 (beliau masih belum memohon DG41). Jika diikutkan perancangan asal, beliau akan mengambil tempat saya sebagai GB di SK Kajang Utama kerana surat ke situ telahpun siap sedia tetapi telah ditahan dan ditukar dengan orang lain kerana saya difahamkan hampir 9 orang melobi tempat yang saya tinggalkan. Akhirnya beliau ditempatkan di SK Taman Nirwana, Cheras mulai 16 Jun 2010 dan telah menandatangani surat setuju terima. Jadi kemungkinan besar GB SK Taman Nirwana sedia ada (DGA38) akan menggantikan tempat saya di SK Kajang Utama. Walau apapun, tahniah kepada rakan kita dari Kumpulan A ini kerana telahpun dilantik sebagai GB dan menerima kenaikan pangkat.

Ketiga, Selamat Bercuti Sekolah kepada semua rakan2 walaupun saya pasti rakan2 tidak bercuti kerana menguruskan program2 UPSR. Di sekolah saya pun, saya telah berpesan supaya diteruskan program perkampungan UPSR supaya momentum belajar murid tidak hilang. Apabila bercuti, berhati2lah sepanjang berada di jalan raya walaupun kita tidak dapat bercuti untuk buat reunion.

Akhir kata, semoga rakan2 terus sukses dalam mengurus organisasi masing2. Terima kasih.

4 comments:

zalila said...

untuk rakan2 yang di Allah untuk menunaikan umrah- selamat pergi dan kembali.dan doakan kawan agar juga di jemput ke sana menunaikan Haji dn lepas tu umrah.minggu pertama tidak cuti sb guru2 buat kelas bimbingan/tambahan upsr.minggu ke2 ambil isnin dn selasa utk teman angah p temuduga di langkawi( lada).mungkin bertolak p jumaat jadi cuti di sana, insyallah.kepada faris selamat bertugas di tempat baru.pada datin saha fadilah tahniah dpt dg34 dn selamat bertugas di selangor pula.hati2 di jalan dan jaga diri bagi rakan2 lain.

NON said...

Salam,
kepada rakan2 sekelian saya memohon maaf jika selama ini saya ada mengguris hati rakan2 sekelian.Saya akan mengerjakan umrah pada 10 june -23 june nanti. Doakan kesejahteraan saya sekeluarga,Terima kasih kepada kawan2 yg pernah menolong saya. Kepada faris tahniah ketempat baru.Muga2 kita bersua kembali.
salam sayang dari non.

valar said...

faris, where are you now? sek baru?so fast? anywhere all the best. happy holidays to all our friends.

Lee said...

Tahniah Saha, Tahniah Faris. Faris, which school do you go, where is it? Congratulations!

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites