Akhbar Utusan Malaysia hari ini ada menerbitkan berita dan diharap rakan2 dapat membaca dan memikirkannya. Bagaimana pandangan kesatuan guru lain???? NUTP for example.... bila ada isu mula nak jadi jaguh tetapi sekarang senyap aje.
KUANTAN 17 Mei - Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGGMMB) berharap kerajaan dapat memberikan perhatian terhadap beberapa tuntutan berkaitan perkhidmatan guru bukan siswazah dan lepasan diploma di sekolah rendah.
Presiden KGGMMB, Mohd. Sabri Mohd. Arshad berkata, apa yang diharapkan oleh guru-guru bukan siswazah sempena sambutan Hari Guru 2009 Peringkat Kebangsaan di Kuala Terengganu semalam ialah mengenai perubahan skim dan beberapa insentif perkhidmatan membabitkan mereka.
Menurutnya, kerajaan seperti 'tidak bersikap adil' terhadap guru bukan siswazah yang sudah lama berkhidmat di kawasan pedalaman dan luar bandar apabila hanya mengumumkan kelulusan pertambahan 2,141 kuota untuk jawatan Guru dan Pengetua Cemerlang bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) siswazah di sekolah menengah dan 1,910 jawatan Guru Cemerlang bagi PPP siswazah di sekolah rendah.
''Nampaknya, belum kesampaian lagi tuntutan yang kesatuan perjuangkan sejak sekian lama dan berharap kerajaan prihatin dengan menyegerakan keputusan dalam masa terdekat ini,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Semalam, kerajaan meluluskan pertambahan 2,141 kuota untuk jawatan Guru dan Pengetua Cemerlang bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) siswazah di sekolah menengah berkuat kuasa serta merta.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan perasmiannya pada majlis tersebut turut mengumumkan persetujuan kerajaan untuk mewujudkan 1,910 jawatan Guru Cemerlang bagi PPP siswazah yang berkhidmat di sekolah rendah.
Menurut Mohd. Sabri, nasib kira-kira 80 peratus guru bukan siswazah dan lepasan diploma khususnya yang sudah memasuki perkhidmatan cukup lama dan mencapai status gaji hakiki, belum mendapat pembelaan sewajarnya.
''Sedangkan mereka ini yang banyak menabur bakti mendidik anak bangsa dan bergiat aktif dalam kemasyarakatan di sekolah pedalaman dan luar bandar,'' katanya.
Mohd. Sabri berkata, antara perkara yang sudah lama dituntut oleh KGGMMB dan kesatuan guru lain ialah kenaikan Guru Besar dan Penyelia di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) kepada Gred DGA36, manakala Guru Penolong Kanan DG32 dinaikkan ke Gred DGA34.
''Kenaikan gred ini amat setimpal dan relevan berasaskan beban tugas dan perkhidmatan di samping menjarakkan perbezaan gaji yang agak ketara antara Guru Besar dengan Guru Penolong Kanan di sekolah rendah,'' katanya.
Selain itu katanya, tuntutan lain melibatkan perubahan Elaun Khas dan Elaun Keraian Guru Besar yang sepatutnya dimasukkan ke dalam slip gaji dan diselaras antara setiap negeri.
''Pihak kesatuan masih menaruh harapan agar kerajaan dapat menyelesaikan tuntutan kesatuan ini bagi membela nasib guru bukan siswazah dan lepasan diploma agar mereka juga boleh menikmati kehidupan lebih selesa seperti rakan di kalangan guru siswazah, sesuai dengan kedudukan ekonomi dan cabaran kehidupan pada hari ini,'' katanya.
mesyuarat pengurusan mgb bil. 1 tahun 2018
6 years ago
7 comments:
gua mau dgr apa kata itu roslan madun.
roslan madun telah menyatakan apa yg disuarakan oleh kesatuan selepas pengumuman MP, tetapi tak dibuat statement melalui surat akhbar. kakitangan kjaan tak boleh membuat statement akhbar.perkara ini telah dimaklumkan oleh SU GBMGBM sendiri.jadi jangan lah kita membuat penilaian negatif terhadap GMGBM.
Kita renung bersama hakikat
Dia Seorang Guru
Dia seorang guru tua sebuah sekolab
terdidik dalam negeri tanpa berjela ijazah
penunggu setia sekolah desa bukan cuma ganiaran upah
tidak juga mengharap kemilau gelar dan anugerah
sekadar kerelaannya menggenggam suatu amanah
yang mengangkat harga diri dan maruah
dengan berbekalkan keyakinan dan hikmah
dengan kelkhlasan had dan pasrah
dengan tidak mengenal jemu dan penat-lelah
yang diperkirakan kepuasan diri membangun ummah
berlandas paksi yang jelas dalam tuju-arah.
Dia seorang guru pengganti ayah ibu
dia seorang guru pembentuk generasi baru
dia seorang guru pembina insan sepadu
dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
yang terus hidup sepanjang waktu
diimbau berbunyi dilihat bertemu.
mana kau tahu mgbpp. apa yg roslan madun suarakan. entah ya entah tidak. yg takutnya bila buat syp2 ni akhirnya semua jadi sunyi sepi.
KPM dah mengeluarkan pekeliling Pemberian Nilai Taraf PTK Utk Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan (KKPP)Anjuran IAB. Mengikut pek ini Pengetua DG48 diberi Aras IV dan GB34 diberi Aras 3 shj.
Apa yg aku lihat ini satu penghinaan terhdp GB dan kezaliman. kursus yg sama tp hadiah tak sama. seolah2 gb ini bodoh2 belaka dan pengetua terglg org cerdik. 4 flat markah yg diberi. adil ke mcm tu. cuba beri soalan kepimpinan dan dijwb oleh pengetua dan gb, tgk boleh ke pengetua tu dpt 4 flat.
mgbpp kau kena beritahu roslan madun dan buat bantahan dgn segera. jgn jadi tikus. aku bengang betul mlht diskriminasi ini. tok ki, putera cheng ho, datuk maharajalela mesti setuju dgn pdpt aku. aku dgr kby pun tak setuju dan sgt marah wp dia dah dpt 38. apa komen kau org??
Janganlah kita asyik salah menyalahkan antara satu sama lain.Bila kita macam ni orang kat atas tu JPA suka dan geli hatimelihat telatah guru-guru.Patutnya kita berganding bahu
segala-galanya bermula apabila ada ijazah... yang buat keputusan semuenya berijazah...
Post a Comment