Friday, May 22, 2009

Tips-tips Menghadapi Musim Panas



Keadaan cuaca di sekitar Lembah Klang sekarang begitu panas sampai ke malam. Kanak-kanak dan orang tua berisiko tinggi apabila terdedah kapada kepanasan melampau pada tempoh yang agak panjang.

Antara petua-petua yang perlu diikuti bagi menghindari kecelakaan akibat suhu yang melampau termasuklah:

1.Pakai pakaian nipis berwarna tanah (kelabu, perang, kusam dan seumpamanya). Elakkan pakaian terlalu gelap atau terlalu terang.
2.Hindari pancaran mentari berterusan. Cari teduhan dari semasa ke semasa. Tanpa teduhan, badan kita berasa 10°C lebih panas dari suhu yang ditunjuk oleh termometer.
3.Minum air secara kerap dan berulang untuk menjaga kestabilan kandungan air dalam badan.
4.Minum jus untuk menjaga kestabilan plasma darah.
5.Sapu losyen anti sinar UV bila (SPF 15/25) bila perlu berada di luar rumah. Awas, losyen bersifat penebat. Ia boleh menghalang proses pembuangan haba dari badan. Guna bila perlu sahaja.
6.Kenakan topi, kacamata hitam (berpenapis UV) dan lain-lain kelengkapan yang berciri keselamatan. Ingat, pasir juga boleh membalikkan sinar UV.
7.Mandi untuk menyejukkan badan.

Tanda-tanda yang perlu diawasi:

1.Rasa dahaga melampau akibat dehidrasi (kekurangan air dalam badan).
2.Suhu badan panas mendadak walaupun tidak demam.
3.Pening-pening, berpinar atau loya.
4.Muntah.
5.Pitam atau pengsan.

Apa perlu dibuat bila berlaku kecemasan:

1.Cari tempat teduh.
2.Minum air sejuk.
3.Bantu percepatkan haba keluar dari badan seperti; tanggalkan pakaian, basahkan badan, berendam dalam air sejuk. Awas, jangan berendam dalam ais. Ini akan mengecilkan pembuluh darah dan merencatkan pengaliran haba keluar dari bahagian teras badan dan boleh mengancam nyawa.
4.Bawa ke hospital atau dapatkan bantuan pakar.

Dengan cuaca panas dan kering, kulit menjadi kering dan mudah alah dan gatal-gatal.
Ini adalah beberapa tips yang saya peroleh dari internet untuk panduan kita bersama.
Terima kasih.

6 comments:

laksamana bentan said...

panas tu boleh dirasa tp panas dlm hati aku ni mcm mana nak sejukkannya.

Tok Ki said...

Sesuai sebagaimana orang Islam ,kita juga dianjurkan untuk berdoa untuk menghadapi segala bencana.Di sini Tok Ki juga ingin berkongsi doa yang berkenaan.(Soal doa ini boleh juga refer pada mpmn dan cikgu usop)

Laa ilaaha illalaahul kariimul 'azhiimu. Subhaanahu tabaarakalaahu rabbul 'arsyil 'azhiimi. Alhamdulillaahi rabbil 'aalamiina. Allaahumma rabbanaa aatinaa fid dun-yaa hasanatan wa fil aakhirati hasanatan wa qinaa 'adzaaban naari.
Artinya : Tiada Tuhan selain Allah Yang Maha Mulia dan Maha Agung. Maha Suci Dia, Maha Berkat Allah Tuhannya 'arasy yang agung. Segala puji bagi Allah Tuhan seluruh alam. (HR. Nasa'i)
Ya Allah, ya Tuhan kami, berilah kami kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat. Lindungilah kami dari siksa neraka. (HR. Bukhari dan Muslim

panglima muara said...

laksamana bentan, ko kira ko punya panas jer ye.... ko masukkan ler aircon ke kipas angin ke dlm hati ko tu....kalau tak bole jugak, buang jer la hati tu, ganti yg lain!!!

tok ki, time kasih, bole ler kita sama2 mengamalkannya....

mekasih faris atas tips tsb, patut ler sejak dua menjak ni aku rasa bilik tido aku panas sampai ke mlm.... rasa mcm nak tido tanpa baju jer....hehe

mpmn said...

tk faris atas ssh pyh memberi tips tak lupa pd tok ki yg memberi cth doa utk diamalkan. sesuailah dgn gelaran tok ki tu. sbbnya adat org dah tua makin berisi dadanya dgn ilmu dan mkn mngkt amalannya. cuma yg den nak komen pasal apo pulak suruh dokek den. den ni bkn pandai bab doa2 ni. den ni baru nak beljr2menjadi seorg muslimin. rjklah pd yg mengetahui mcm dokek us hafiz ko, mz ko, kby ko dll. oklah den nak solat n nak ko KL.

zaimz said...

hai mpmn, apo pulak kau kato kau tak buleh jadi tompek merujuk, janganlah malukan orhang Rombau!
Satu lagi den nak bagitahu yang den meghonung dalam gambar tu, bukan meghonung sapo2 tapi meghonung maso dopan murid-murid kek sekolah baru den tu.. Dulu kek sekolah lama poning dongan omak bapak yang terlampau prihatin kek anak2 tapi kek sini lain pulak. Dahlah murid kurang bermotivasi, omak bapak pulak macam tak peduli tentang pelajaran anak2. Ado ko dio kato, dio bukan nak anak dio belajar tinggi2 cukuplah dapek tolong kek pasar malam... hai poning kepalo den.

emzex said...

zaimz apo nak poning kepalo.tlg dokek pasar mlm tu ada wawasan jua.kalu di baca riwayat sejarah hidup Mydin, dia bermula dari ambil alih perniagaan pasar mlm bapanya. skrg lihat beberapa cawangan yg dia ada.

ekau kona bui semangat kpd murid2 mcm ni,9/10 rezeki ada dlm bidang perniagaan.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites