Salam rakan2,
Esok merupakan Hari Ibu. Pastinya ia merupakan satu hari yang mengingatkan kita tentang betapa agungnya pengorbanan seorang ibu yang telah melahirkan, membesarkan dan memberi pendidikan kepada kita sehingga kita menjadi seperti apa yang ada pada hari ini. Bagi mereka yang masih mempunyai ibu, keraplah mengunjunginya dan kepada mereka yang ibunya sudah tiada, sedekahkanlah kepadanya alfatihah dan tahlil dengan harapan ia akan terus bersemadi dengan aman dan dikumpulkan dalam golongan orang beriman.
Kepada rakan2 wanita, anda adalah seorang ibu yang begitu banyak berjasa kepada anak2 di rumah. Berilah sepenuh perhatian dan bimbingan kepada mereka yang sentiasa memerlukan kasih sayang dan didikan yang berterusan.
Di kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu saya, kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu, kepada sesiapa juga yang sentiasa mengenangkan ibu mereka dan khas untuk rakan2 wanita Kumpulan B dan A. Tangan yang menghayun buaian boleh mengegarkan dunia. SELAMAT HARI IBU.
12 comments:
Selamat hari ibu kepada semua ibu!!!
Salam sahabat.
Cantik, bermakna dan mahalnya pengertian di sebalik ucapan 'Selamat Hari Ibu' di Post entry ini.
Sayunya hati saya bilamana pertama kali di tahun ini saya bersama adikberadik lain tak dapat lagi berkumpul bersama mak meraikan 3 ari teristimewa bersama mak iaitu 'Hari Ibu', 'Hari Jadi Ibu' dan 'Hari Raya'. Masih jelas terbayang memori2 manis bersama arwah mak. Paling best sambutan "Hari Ibu" tahun 2006, uniknya tahun itu kami berkongsi 8 beradik belikan mak seutas gelang emas dan cucu2nya berkongsi menghadiahkan opah mereka sepersalinan baju dan selendang baru serta ayah membelikan kek aiscream. Sambutan itu dibuat di tepi laman umah mak di waktu petang. Kami bergambar dgn mak di pakaikan persalinan baju dan gelang baru tadi. Selepas makan2, giliran kami adik beradik perempuan mendapat hadiah kejutan dari suami masing2 melalui anak2 iaitu lakaran dan ucapan istimewa dari ceramik. Seronoknya kami waktu itu.
Tahun ini... Allahuakbar ...bagai di robek jantung ini... Esok kami semua bersama sanak saudara serta khariah masjid akan mengada majlis tahlil untuk Ibu tercinta. Selasa lalu genap 100 hari pemergian ibu saya. 'Ya Allah.. kasihanilah ibuku sebagaimana ibu mengasihani kami anak2nya. Tempatkan ibu kami dikalangan orang2 yang Kau kasihi. Amin.'
Kepada sahabat yg masih ada Ibu.. berbuat baiklah dan bahagiakanlah mereka. Sesungguhnya tidak tertanggung rindunya hati kpd mereka bila mereka sudah tiada di mukabuni ini.
Alah silap taip. tulisan di atas tu .. Its me rozita.
Happy Mother's Day to you too ti..send my regards to your mother ..
Sorry tersilap..ingatkan blog yati tadi ..
Anyhow..kepada semua ibu dari kump A dan B..saya ucapkan Selamat hari Ibu sempena Hari Ibu ini..semoga kita semua diberkati Allah dan sentiasa diberi kesihatan yang baik dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu Amin...
ibu ku tiada di sisi,
ayahku baru saja pergi,
keduanya-duanya permata hati,
tak terbalas jasamu,
walau digendung ke hulu ke hilir,
tak dapat ku balas jasamu ayah dan ibu.
Nanti,kalau kita sudah tiada di dunia ini,
itulah yang mungkin diungkapkan
oleh anak-anak kita atau cucu kita,
atau siapa saja yang mengenali kita.
selagi hayat dikandung badan,cintai dan hargai ibu bapa kita.
oiii sedih pula tok ki.
Tok ki menghilang,bukanya hilang terus malah selalu jenguk blok kita.Cuma yang sedih orang yang sama muncul. Di mana yang lain-lain.
salam. semoga rakan-rakan / ibu-ibu semua bahagia bersama keluarga.dan sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu-ibu kita sepanjang masa. "IBU KAULAH RATU HATI KU".
Untuk semua selamat hari ibu, selamata hari guru, selamat membereskan PKSR 1, selamat bercuti pertengahan tahun dan moga terus bersemangat untuk menabur bakti kepada anak bangsa selepas bergelar siswazah.
Shah, 1 Mei tu kak Kiah ada di Permas Jaya. Balik untuk majlis kahwin juga tapi nak tunggu hari Ahad tu yang sakit sikit sebab tahulah saya ni hujung minggu on the road je, Sabru dah balik Kl balik. Ingat nak jengok juga takut keluarga shah sibuk. Macam mana pun tahniah dapat menantu dan besan. Besarlah keluarga kembangan kita.InsyaAllah.
pd aku hari ibu ni mengarut je. tak payah hari2lah. mmg dah tj seorg ank yg soleh mendoakan ibu bapanya selagi hayat dikandung badn. buat baik sentiasa dgn mereka. dll. mana ada hari2.
itulah kau pandir,memang nama pun pandir,pandai tak boleh diikut,bodoh tak boleh diajar,ada juga orang macam ni ek.sorri yeh
tak payah nak sori2, aku tak kisah pdgn kau org. itu pdgn aku. pd aku kita ni terlalu terikut2 apa yg dibw oleh orentalis barat n timur. wp aku pandir tp aku ada pendirian. bkn mcm kau mouse, mudah aje ditipu oleh musuh2. tikus mmg selalu lupa jerat.
Post a Comment