Sunday, May 24, 2009

Minggu Akhir Persekolahan Penggal 1

Salam rakan2,
Minggu depan merupakan minggu terakhir persekolahan penggal pertama bagi tahun 2009. Pastinya minggu terakhir akan sibuk dengan pelbagai urusan yang terpaksa diselesaikan. Pastinya juga pelbagai program perlu diselaraskan bagi pelaksanaannya sewaktu cuti persekolahan nanti.
Sebagai pengurus sekolah, kita semestinya cuba merancang sesuatu yang terbaik untuk sekolah kita terutamanya murid-murid kita dan khususnya murid tahun 6 yang akan menghadapi UPSR. Mungkin rakan2 ada sesuatu yang boleh dikongsi bagi meningkatkan kecemerlangan sekolah.
Terima kasih.

15 comments:

ybs said...

biasa jer la, kelas tambahan thn 6 sepanjang cuti tu.... dan nt hari rabu nak mesyuarat dgn semua guru thn 6 utk review program kecemerlangan.

wife aku siang2 dah bagi signal nak ajak berjalan ke kl, nak nengok cucu, dah rindu katanya..., hai dah ada cucu ni nak kena pulak melawat cucu, makin bertambah2 ler aktiviti aku.....

Faris said...

Rakan2,
Program sekolah saya sewaktu cuti ialah Perkampungan UPSR. Ia dijalankan pada minggu pertama sewaktu cuti persekolahan. Minggu kedua rasanya nak cuti panjang sikit. Nak gi makan angin atau buat preparation untuk mendaftar jika berjaya dalam result yang diumumkan pada 27 Mei 2009 ni.

Faris said...

Cop,
Kalau cuti ni kau datang ke KL nengok cucu tu jomlah singgah pekena satay kajang. Boleh sembang panjang2. Yusof Rompin pun kata nak datang pada 29 dan 30 Mei ni.

ybs said...

wokey faris, kalau jadi nt aku call ler kau....

rozita said...

Minggu depan masih minggu PKSR bagi sek i. Jumaat last day tu adalah Sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Acara ari tu two in one kerana bersekali dgn Majlis Persaraan guru senior i (PN Zadariah).
Malam tu pula akan diadakan Teachers Gala Dinner. I telah sediakan Door Gift istimewa utk setiap staff dan ada beberapa anugerah khas yg akan i umumkan. I aje yg tahu sebab i yg rancang, kira surprise utk semua. Kata penganjurnya ada 3 acara persembahan mlm tu (guru ptg, guru pg dan ajk)
Faris dan cop jgn nakal2 cuti ni yer... Faris best of luck in ur new fhase of study!!
Esoknya (Sabtu) I dah saman mereka utk mesy Guru. Byk perkara nak sampaikan bagi tujuan pengurusan yg lebih lancar dan dinamik pd semester depan. Kelas intensif UPSR jln minggu pertama.
Ha...kwn2 dah keluarkan surat makluman kutipan derma PIBG dan Pakej tambahan? Kedua2 kutipan tu dah boleh kutip jun ni kan cuma bezanya kedua bayaran tu mesti di akaunkan ke PIBG. Whats ur komen??

Faris said...

Ita,
Saya dan Ucop tak akan nakal. Kami budak baik. Ha ha ha...
Tentang kutipan PIBG tu, kena waspada. Saya baru dapat pekeliling baru dari Bahagian Akaun, KPM yang menyatakan bahawa semua kutipan perlu diakaunkan ke dalam KWS kecuali yuran PIBG aje. Mengikut surat itu lagi mesti mohon kelulusan kutipan macam tahun2 lepas dan bukan makluman ke JPN seperti yang diarah sebelum ini. Cuma saya tak masukkan dalam entri ini kerana nak kan kepastian dari PPD dan JPN dulu.
TQ.

mpmn said...

wah faris aku pun nak tumpang makn sate kjg. aku akan turun ke kajang. sop, faris, rozita, eton, azam, khalil, zulkifli selamat bercuti. kalau kau org berhajat nak ke c.highland n perlukan penginapan yg kondusif n harganya berpatutan, contek aku. kakak ipar aku ada rumah di sana utk di sewa. setakat ni sentiasa full house.
cuti ni sek aku buat kelas intensif seminggu aje. semgu lg beri peluang cg rehat dan gb pun nak rehat jugak. ton tak balik rembau ke? skrg sdg musim buah kuinin. baunya tak pyh ckplah. rasanya mmg ummp.
ttg sek kau tu ton jgnlah kau risau memikirkannya. baguslah parent yg tak kisah. gb boleh relax. buek apo nak poningkan kopalo kau tu. nanti uban tu bercapah2. takuit org anjung cari lain.

mpmn said...

ni aku nak tya, sapa boleh jwb dgn pasti dan ada dalil utk mykg jawapan yg diberi.
soalan aku ialah kalau guru KUP n apb pencen dia dibyr ikut yg asal atau gaji KUPnya. ha sapa boleh jwb.
ttg byrn tbhn tu, mmg kena msk akaun suwa. aku dah tya JPN Phg. n dia kata tak perlu surat kelulusan dr jab. tp kalau dah ada arahan dr Kementerian, mgkn jab akan keluarkan srt tersebut.

azamboy said...

Cuti ni aku berkhatan heheheheh

Faris said...

Wei Azam, kau ikut si Sabri tu pulak ke? Model apa? Porsche? Lamborghini? Ferrari? Good luck Azam.

valar said...

Kami GB KL akan ke Seminar GB di Melaka dari 27 Mei - 30 Mei.cuti spt biasa kem UPSR dan rancang utk menziarahi ibu dan bapa ku di P.Pinang pada minggu kedua.

ybs said...

faris kau tak join azam ke utk berkhatan lg....hehe, eh pirzan pun kalau berhajat konteks ler si sabri, bole ler dia aturkan utk berkhatan beramai2 dan bole buat kenduri sekali....

aku tak nak...... fobia la berkhatan ni!!!

noi said...

Salam,
Petang tadi, saya telah bermesyuarat guru kali kelima untuk menyampaikan amanat sebelum cuti penggal dan mengagihkan tugas kepada semua guru bagi menjalankan program tahun6,5 dan 4.
Tahun 6 ada dua program yang akan berjalan serentak. Program gilapan mutiara untuk murid-murid target yang akan dijalankan di resort selama 2 hari 1 malam. Manakala selebihnya (110orang murid) akan mengikuti program di sekolah dan bengkel selepas mengikuti teknik menjawab soalan oleh pakar-pakar subjek. Guru-guru mengikut subjek masing-masing akan menjadi fasilitator dalam bengkel. Di sekolah saya ada seramai 11 orang pemeriksa kertas UPSR. Itulah kekuatan di sekolah saya.

Tahun4 dan 5 pula akan menjalani program Kawan 1011 yang direka oleh guru saya untuk seawalnya persediaan pada masa akan datang.

Saya akan bercuti ke Turki selama 10 hari. Syoknya...

mpmn said...

selamat bercuti. rezeki ayam nampak di kaki rezeki manusia hya Allah yg mengetahui. lihatlah keagungan ciptaan Allah. jgn lupa hadiah utk member kumpulan.

azamboy said...

faris,,nama modelnya jahit tulang elut berbucu lima

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites