Salam rakan2,
Hari ini saya diarahkan oleh PPD di saat-saat akhir untuk menghadiri majlis tersebut yang diadakan di Auditorium, Parcel E, Putrajaya. Marah ada, geram pun ada, dah saat2 akhir disuruh pergi. Bila tiba yang hadir semua adalah wakil dari setiap negeri seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Persoalannya mengapa orang lain dah tahu lama dan boleh tempat tiket penerbangan sedangkan yang dekat dengan Putrajaya diberitahu saat akhir. Adakah silap KPM??? JPN??? atau PPD????
Walau bagaimanapun ia adalah satu majlis yang amat baik dan sekali lagi saya diarah untuk hadir di PICC, Putrajaya untuk sesi amanat YAB Menteri Pelajaran pada hari esok. Bersama ini saya sertakan bahan yang rakan2 boleh download untuk dikongsi bersama.
Bahan Taklimat KPPM
Bahan Taklimat TKPPM (Dato' Noorezan)
Bahan Taklimat TKPPM (Datin Asariah)
Semoga ia memberi manfaat kepada rakan2. Terima kasih.
mesyuarat pengurusan mgb bil. 1 tahun 2018
6 years ago
4 comments:
tak ada org nak komen jadi bior aku aje yg komen. tok ki ntah kemana, teropong dah pecah kot. tak apalah faris engkau diarah last minit. dpt juga pegi n dpt ilmu baru. pendedahan 1 malaysia. tp aku pesimis, pd aku itu semua retorik belaka. nasib kita ni jadi pendidik begitulah hya tpt mencantikkan apa yg diarah org. apa jadi dgn PIPP. ambil cth memperkasakan sek keb pun dah cukup. terlalu byk kepincangan. aku dah naik meluat. tp apa daya kita ni kt kerajaan. kalau tak suka resign aje. jual ikan patin ke n so on.
ape2 hal tk faris kerana berkongsi maklumat.
mekasih faris krn info tsb.
Faris,
JPN negeri suruh exco MGB yang pergi,dan ramai juga pengetua yang turut serta.Tak apalah Faris dapat ilmu dan terima kasih kerana kongsi maklumat dengan kami.
Faris,
caya la lu.Tq kongsi ngan kami bukan mcm mamat phg tu, sonyap yo!
Post a Comment