Thursday, March 5, 2009

Majlis Semasa Konvo

Rakan2,
Hari ini saya dan Mahani telah ke UPSI bagi menghantar dan mendapatkan pengesahan pengadil bagi program master. Saya telah berjumpa dengan Dr Che Mohd Zulkifli dan Encik Shukri. Melalui perbualan, Encik Shukri macam ada hint kerana beliau ada berkata kumpulan A nak buat majlis dan jemput beliau semasa konvo nanti. Dalam entri sebelum ini pun saya telah memuatkan idea tersebut untuk difikirkan oleh rakan2. Oleh itu diminta rakan2 memikirkannya secara serius jika kumpulan kita hendak mengadakannya. Kepada mereka yang tidak mahu turut serta, terpulanglah kepada kebijaksanaan mereka. Kepada mereka yang nak menyertai sendirian pun, tidak menjadi masalah. Dan jika mereka yang nak bawa keluarga bersama pun tidak menjadi masalah asalkan rakan2 ikut kemampuan sendiri. Kesepakatan dalam melaksanakan sesuatu sepatutnya menjadi amalan kita baik di sekolah/organisasi masing2 dan juga dalam kumpulan kita.
Terima kasih.

11 comments:

Anonymous said...

I AM BACK, MY FRIEND..TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN YANG DIBERIKAN,,MAHA SUCI ALLAH YANG MENGUJI AKU,CINTA KUDUS ISTERI YANG BERSAMA SEMASA SUSAH DAN SENANG SERTA DORONGAN SEMANGAT DAN KASIH SAYANG YANG DITUNJUKKAN OLEH KAWAN KAWAN.Terlalu sukar melalui hari hari semasa pembedahan itu dijalankan,..aku masuk dewan bedah jam 7.15 pagi dengan hanya berbekalkan sedutan asap dari tembakau gulung ku,,even a minute before the operation ,,aku lari ke tandas hisap rokok..doktor marah aku..aku diam,,"Apa..rokoko sikitpin tak leh ke?"..You know mr azam..u can die during the eperation..so..after nearly 10 1/2 hour..aku keluar ari dewan bedah,,termasuklah satu jam setengah di dewan pemulihan ,,kata misus aku,,kelaur kelaur,,badan pucat lesi dan sejuk bagai orang mati..i cried becos of the pain..dan mereka terus sambung ubat kebas di sarap tulang belakang aku for 5 days onwards.Its quite long cut.around 16 ins but for sure it was more thn 1 foot.dekat pusat ada round about.the took all out my stomach,,look for the problem,do the cutting and then sambung dengan titanium di dua tempat.no wonder eklama ini x boleh cari dalam usus kerana ketumbuhannya di dalam usus.
Sekarang,,if the women proud with thier handbag,gucci, bonia, louis voiutton,dkny ke,,aku pround with my new handbag,,just to trap the urine dan terpaksa pakai sehingga 22 hb ini.Utk konvo,,akan tetap datang kerana penat aku belajar tetapi tak naik pentas ambil ijazah.ini hanya sekali dalam hidup,kalau masih serious,,minta tolong percepatkan gliran aku,,kalau tak,,aku akan cabutkan beg kencing aku utk direnjis renjiskan di alam dewan,,heheheheheheh.
Apapun,,ikhtibarnya...merokok menjejaskan kesihatan,,so I Quitt...tak sanggup menhadapi kesakitan akibat jantung pula kerana pembedahan ini,,jika merokok akan lambat sembuh..so Sabri..berhenti merokok..lagi batuk lagi sakit pembedahan itu..Aku mungkin datang pada hari Sabtu atau Ahad utk ambil Jubah.So Jumpa di sana

Anonymous said...

Alhamdulillah Azam kerana telah selamat segala2nya. Cuma take time untuk proses pemulihan dan bersabar ajelah. Aku tabik semangat kau Azam untuk hadir konvo. Memang itulah kemuncak dalam pembelajaran kita. Jumpa semasa konvo Azam.

Anonymous said...

Alhamdulillah,kamu dah selamat jalani pembedahan Azam.
Saya Tabik pada kamu kalau kamu nak berhenti merokok.Tapi boleh ke.
Orang lelaki biasanya bila sakit janjilah nak berhenti merokok, tapi bila dah baik nanti lupa janjinya.Tapi aku cabar kamu Azam.Kalau kamu berjaya berhenti merokok ,aku belanja kamu makan ...
Whatever kamu dah selamat dan Allah masih panjangkan usia kita untuk beribadah kepadanya....

Anonymous said...

alhamdulillah azam. selamat dah kau jalani pembedahan.
Dua hari lepas aku jumpa sabri kat kuantan, nampak sihat dia.... baru lepas bersunat ler pulak, baru 4 hari.... nak tahu citer sebenar kena tanya dia sendiri la...hehehe

Anonymous said...

aku ingat kalau aku sihat akupun nak buat le sabri,,dalam lima buntil.

Anonymous said...

Alhamdullillah Cikgu Azam dah selamat menjalani pembedahan. Rajin2 makan ubat semoga cepat sembuh. Lupakan saja rokok tu...
Selamat Berkonvo.

Anonymous said...

Azam,
Alhamdulillah .Aku mewakili kawan-kawan dari Negeri Sabah di bawah bayu tumpang gembira kerana kau telah selamat menjalani pembedahan tersebut. Lepas ni ken jaga makan dan minum. Ikut pantang yang diarah oleh doktor tau.
Jumpa masa konvo nanti. Insya Allah.

Anonymous said...

apa citenya faris tentang program master tu,boleh kongsi sama?

azamboy,alhamdulillah kerana selamat dalam pembedahan,semoga sihat hendaknya.

baru potong usus perut,tak ape lagi.kalu di potong si "anu" tu, haa mcm mana agaknya.

semua sakit ada sebab dan musababnya.(asbabul).jangan kita katakan kerana merokok tu lah kita dpt sesuatu penyakit.ada orang hisap berkontena masih sihat,begitu juga gula penyebab kencing manis,ada org makan gula mengalahkan semut,tapi tak ada kencing manis pun.

apapun adalah kerana kehendak Allah SNT,itu yg kita mesti pegang.

Anonymous said...

Welcome back my good friend! Alhamdulillah u dah selamat menjalani pembedahan. Tapi ingat ye proses pemulihan ni juga penting... ikut arahan doktor..jaga pemakanan dan patuhi masa ambil ubat dan rawatan susulan. Jaga kawasan luka tu takut infection pula..nangis semula nanti kamu dibuatnya.
K.. C U masa konvo nanti!!

Anonymous said...

faris, pada 10 mac ni, kumpulan kita nak jumpa kat mana, dan jam berapa?boleh engkau tulis sekali lagi senarai semak apa yang patut dibawa pada 10 mac ni? yang aku tau .... 1. slip Bank Islam RM 80. 2. borang pinjam pakaian akademik, tapi aku tak faham "hanya borang yang dicop" apa maksud?. 3. print out kajian pengesanan. ada lagi tak? aku ni pelupa.... tak mau le miss apa2 dokumen yang menyusahkan kita nanti. ok, kia jumpa pada 10 mac di upsi. bye, thanks. c u.

Anonymous said...

go to http://azamhamid.fotopages.com
gambar terbaharu selepas pembedahan

Pages 381234 »

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites