Salam,
Nampaknya dah semakin ramai rakan2 telah memperoleh keputusan akhir dan pastinya merasa kegembiraan kerana hasil telah kita tuai dari usaha kita selama 2 tahun di UPSI. Apa yang diharapkan kesudian rakan2 untuk berkongsi kegembiraan dengan memaklumkan keputusan masing-masing kerana kita tidak berjumpa untuk fasa2 seterusnya seperti selalu dimana kita boleh berbual dan berbincang serta berkongsi suka duka. Blog inilah tempat kita berkongsi kegembiraan sekarang. Seperti yang dimaklumkan, sesiapa yang nak berkongsi bolehlah post pada komen atau email kepada saya. Saya akan paparkan pada menu keputusan di sebelah kanan blog kita. Ingatlah ia bukan untuk menunjukkan riak kita tetapi sekadar perkongsian sesama kita.
Seperkara lagi perlu dimaklumkan bahawa mengikut kumpulan A, bersama2 dengan result tu ada satu surat menyatakan kita telah tamat dan dianugerahkan dengan ijazah kelas ke berapa. Surat tersebu adalah penting kerana kita perlu gunakan untuk mendapatkan surat pengiktirafan dari Bahagian Pengiktirafan, JPA. Jika semua rakan2 tidak dapat juga surat tu, maka perlulan kita memaklumkan kepada pihak UPSI.
Terima kasih.
mesyuarat pengurusan mgb bil. 1 tahun 2018
6 years ago
32 comments:
aku tak dapat la surat yang kau maksudkan tu. hanya slip result je. Macam mana dgn rakan2 lain, dapat surat tu?
surat itu bertajuk tamat pengajian dan keputusan peperiksaan. Surat tersebut aku ada terima dan [ kalau cikgu ahli koperasi pahang timur..surat itu akan membolehkan ahli mendapat RM 300.00 ]surat itu adalah dokumen rasmi UPSI.
Faris,
Sorry apa yang dirancang tak kesampaian, namun aku akan melihat keadaan anak aku pada 11 dan 12 Jan nanti...harap kita dapat jumpa dan harap kau juga telah terima result sem akhir tu...salam
Yusof Rompin
Sehingga hari ini aku masih tak terima keputusan tu. Manalah agaknya pergi result aku tu. Posmen dah songlap kot. Atau aku punya result ada masalah ke? Suspen betul ni.
Yusof Rompin, yelah bila dah janji nak jumpa tak dapat pulak tu. Kalau 11 dan 12 tu kau ke Kajang, call aku.
Kepada rakan2 semua, surat yang dimaksudkan seperti yang Yusof Rompin beritahu tu agak penting kerana dengan surat tu kita boleh mohon pengiktirafan dengan Bahagian Pengiktirafan, JPA kerana surat pengiktirafan itu perlu dikemukakan semasa memohon temuduga SPP nanti. Kepada Kumpulan A, kalau dah terima tu cepat2lah ke JPA.
Saya pun tak dapat surat yang dimaksudkan itu.Dengan siapa kita nak hubungi jika tak dapat juga . Mungkin Faris boleh bantu konteks UPSI sebagai wakil Kumpulan kita.
haah faris, kau tolong ler hubungi UPSI tanyakan mengenai surat tu. Aku dahului dgn ucapan setinggi2 penghargaan dan jutaan terima kasih di atas jasa baik kau tu.
aku setuju dgn paparan result tu, bukan dgn tujuan apa2, sekadar berkongsi kegembiraan....
salam. saya pun tidak dapat lagi surat itu.
Alhamdulillah kerana penantian saya berakhir pada hari ini. Surat keputusan yang ditunggu-tunggu dah pun tiba. Sekadar berkongsi, saya dapat 3.66 dan itulah usaha yang termampu untuk kita. Setakat ini baru seorang dari kumpulan kita yang dapat first class tetapi tuan punya badan tak benarkan untuk saya isytiharkan dalam blog ini.
TK.
aku tak dapat juga surat tu. faris gunakanlah kepakaran nego hg utk mendapatkan surat berkenaan
bior ler faris dia taknak kongsi kegembiraan dgn kita wp dapat first class!
sapa la kita kan, 3.7 pun tak sampai!
Hai, anonymous jgn kecil hati, bukan saya tak nak beritahu keputusan saya. Saya juga baru dpt semalam, belum sempat masuk blog. Maklumlah I memang kejar-kejar masa nak buat persiapan utk upacara masuk bangunan baru sekolah. I rasa syukur dapat 3.84, tetapi rasa tak brp selesa dgan Penyeliaan yg hanya dpt B+
Tahniah Lee Ai Hiang kerana wakil kumpulan kita setakat ini untuk First Class. U frust kerana penyeliaan B+ tetapi I frust kerana Projek 3 dapat B+. Bila ditanya2, ramai group kami yang buat projek 3 dengan Tuan Haji Raheem dapat B+. Betulah kata Kharudin, dia ni jenis kedekut markah. Walau apapun, redha ajelah. Satu yang I respect pada U (Lee) bila mesej U sebut Alhamdulillah dan perkataan syukur. U telah menghayati persahabatan dalam kumpulan kita.
Sekali lagi TAHNIAH kepada Lee Ai Hiang.
TK
khadijah abu bakar 3.6
khalil 3.5
tn hj raheem nmpak gaya mmg kedekut.so aku dulu pn buat santai je lah.. dpt jg B+ Kau org buat hebat pn dpt B+ jg. x de bezanye lah ye... begitulah universiti kot.
assalamualaikum.. tahniah lee dpt 3.84 tu..great! bagi salam tu sebab lee kata syukur dapat 3.84 tu.penyeliaan tu small matter lee. tahniah jg kepada rakan2 yg berjaya. kpd faris yg selalu upgred blog kita ni. aku belum dpt lagi result..
tahniah Ah Hiang! Sepatutnya i berguru dan satu grup assignment dgn u, baru ler mungkin boleh dpt first class mcm u tapi u tak mahu kat i kan?....huhuhu
jgn marah Ah Hiang, gurau jer!!! Bila mahu belanja i makan?
Terima kasih dan tahniah rakan-rakan sekalian. Faris, I memang rasa bertuah dpt classmate macam kau yg tdk kedekut ilmu dan begitu helpful. Usop, nampaknya kita sedaerah pun jarang jumpa, terutamanya recently I memang selalu wakilkan GPK ke mesyuarat kerana sibuk. Singgahlah sek saya, I pasti belanja.
Rakan sekalian, I memang appreciate persahabatan kita yang selama 3 tahun belajar bersama. Kadang2 I rindu jg kehidupan di IAB & U, yg begitu relax dan enjoyable. Mana kawan2 lain, dah lupa masuk blog ke?
Faris, apa surat yg kau sebut tu, kalau dah dpt tolong beritahu, tq
Tahniah Ai yang, you memang layak dapat first Class! rajin, tekun dan suka bertanya.
Bangga rasanya kerana w/pun belajar dalam usia begini ditambah pula dengan cabaran-cabaran lain yang terpaksa dihadapi rata-rata kawan-kawan masih dapat kejayaan yang cemerlang!
Tahniah!
Dah 2 hari saya memulakan tugas di sekolah baru.Walaupun bilangan pelajar lebih kurang 1300 orang, banyak juga perbezaan dengan sekolah lama kerana terletak di dalam kawasan kampung dan muridnya 100% Melayu, sosio ekonomi rendah, pencapaian akademik pun rendah kalau dibandingkan dengan sekolah lama. Rasanya memang satu cabaran bagi saya..
Jumpa lagi.
dua wakil muo, meng cung dan ah hiang dua wakil sabah shelley dan chong dapat 1st class....tahniah tahniah tahniah..aku numpang..sebab aku orang muo
Usop Rompin
Tahniah Lee.I rindu dengan suasana rumah kita.Tapi U rajin study.I hanya dapat 3.56 saja.
Tahniah kepada semua yang dah terima keputusan.Jangan risau semua lulus.Kepada kawan2 semua .SELAMAT BERTUGAS .Semoga Tahun ini lebih cemerlang dari tahun lepas.
noris, mana pulak semua lulus!, ada sorang kawan kita yg fail projek 3 laa, sila baca komen ni;
insan malang said...
usup aku tengah sedih ni,aku terpaksa ulang projek 3,kerana hantar lambat, itupun kerana disebabkan urusan pertukaran dan urusan pmr tempoh hari.projek aku hantar lewat,tapi masa tu mereka dah key in markah.apa nak buat aku kena konvo bln ogos.tak dapatla jumpa kekawan semua.wuuuaaaa, salah aku juga kerana mementingkan tugasan kerja daripada hal peribadi.aku sedihhhh.
posted December 31, 2008 3:43 PM
sapa insan malang tu ek?
A very good morning to everybody,
Tahniah kpd kwn2 yg dpt keputusan baik. Goh hanya dpt 3.44. Mklmlah Goh selalu lemah shj dlm kelas terutamanya semasa pembentangan. Blh dpt 3.44 pun sbb dlm kump tugasan yg pandai2 jdi penumpang shj. Terima kasih kpd semua kwn yg pernah tlg Goh dlm kelas.Krt CRV bru akan dpt pd bulan FEB.
Tahniah Goh kerana berjaya dengan cemerlang. Itu dah kira second class upper juga. Sama dengan saya walaupun CGPA saya lebih tetapi pengiktirafannya sama aje.
Wah seronok dapat beli CRV baru. Yang lama pun saya tak sempat tumpang naik. Nanti yang baru boleh tumpang naik masa konvokesyen.
Selalulah masuk menjengah blog kita ni Goh.
TQ.
Faris, kau boleh tumpang naik kereta aje.Tumpang naik orang tak boleh tau.
Kalau lu mau naik juga, lu kena shake hand sama itu kadi dulu. Sahhhhh baru boleh.
Wa GCE, lu ala keleta balu.Dulu punya keleta CRV lu beri sama kawan pinjam ka?Itu olang cakap " pinjam ekor sembilang,pinjam2 hilang" kali ini mau beri sapa pinjam pula ? lu baik hati maa. kasi wa try test drive sekali maa. mesti syiook punya maa.
Wah meriahnye kembali blog ni..
Welcome back kawan-kawan terutamanya Goh, Joni, Aishah, Lee dan Fidah(dlm chatbox)! Tak lupe pada Kembara Kelana yg sudi menjengah kita. I pun selalu melihat blog Kump A.. best dan banyak input perkongsian minda.
Kepada semua rakan yg dirindui...tahniah kepada semua kerana berjaya menamatkan PPGB kita dgn kejayaan cemerlang. Bertemu kita nanti di Konvo pada Mac insyaAllah. Sedih juga dengar berita kawan kita seorang tu... tapi apakan daya kita nak membantu...
Wa, goh, lama tak dengar you. Tahniah. You jgn humble, you juga rajin dan apa yg you dpt itu adalah atas usaha kau sendiri.
Goh, jumpa tak Valar, send my regards, lama tak dengar drpnya.
waa in goh Tong manyak jahat maa, apa itu celita naik2 atas olang, kalu mau naik, pigi naik bulan laa, lagi tinggi, baru syiok maa...
GCE, tahniah, pointer lu kila ok, jgn sidih2, mau hepi selalu lorr.. Itu keleta balu sutak ala, buleh jalan2, saya pun mau tumpang sama, buleh ka??
waa itu Valar pun wa ada ingat sama dia, ada baik ka, bape pointer dpt, lu tahu ka faris?
haiya ! apek lo.
gua pun ada keleta balu. gua buleh kasi sama lu tumpang.tapi lu solang saja buleh, sebab itu keleta, keleta spot.talak mumbung,talak pintu, talak bonet,talak boot,talak setereng ma tapi ada satu loda saja. itu keleta solong maa. mau ka tumpang ?
Hai kwn2,
Jahat sgt kawan2 dlm blog. Goh takut juga kereta akan hilang lagi, mesti pasang GPS. Nanti jika ada pergi konvo mesti biar semua org tumpang naik. Blm t entu lagi hdk pergi atau tdk. Tak sangka di bawah penyeliaan Dr Hamidah sya masih dpt A walaupun A-.Sya rasa puas sbb projek sya (sejak dr IAB hingga skrg) semua dpt A atau A-. Hai, Lee, sya lama tak jumpa Valla sbb last meeting pun tak nampak dia hadir. Sya skrg agak senang sbb hdk jaga sepuluh kelas murid shj(8 di pagi dan 2 di ptg). Guna sebelah mata pun blh pantau semua.Olh itu sya blh selalu buka blog.
Sya rasa puas sbb projek sya (sejak dr IAB hingga skrg) semua dpt A atau A-. Hai, Lee, sya lama tak jumpa Valla sbb last meeting pun tak nampak dia hadir. Sya skrg agak senang sbb hdk jaga sepuluh kelas murid shj(8 di pagi dan 2 di ptg). Guna sebelah mata pun blh pantau semua.Olh itu sya blh selalu buka blog.
Nampak gaya GCE memeriahkan lagi blog kita ni yah.GCE lagi bagus dapat A saya hanya dapat B+ sahaja.Itu depends on pensyarah ma. Bagaimanapun tahniah lah kawan ku GCE. Nanti saya boleh tumpang kereta baru ,boleh tak GCE
We all love you GCE.
Sya rasa puas sbb projek sya (sejak dr IAB hingga skrg) semua dpt A atau A-. Hai, Lee, sya lama tak jumpa Valla sbb last meeting pun tak nampak dia hadir. Sya skrg agak senang sbb hdk jaga sepuluh kelas murid shj(8 di pagi dan 2 di ptg). Guna sebelah mata pun blh pantau semua.Olh itu sya blh selalu buka blog.
Nampak gaya GCE memeriahkan lagi blog kita ni yah.GCE lagi bagus dapat A saya hanya dapat B+ sahaja.Itu depends on pensyarah ma. Bagaimanapun tahniah lah kawan ku GCE. Nanti saya boleh tumpang kereta baru ,boleh tak GCE
Post a Comment