Friday, January 16, 2009

Mohd Nor Azam Sedang di Hospital

Salam rakan2,

Pagi tadi saya sempat menelefon saudara Azam kita. Beliau telah masuk wad kerana persediaan pembedahan penyakit folip dia. Untuk sementara waktu doktor sedang memantau keadaan kesihatan beliau supaya tiada penyakit2 sampingan sebelum pembedahan dijalankan. So, mungkin agak lama beliau berada di hospital.
Oleh itu sama2lah kita berdoa semoga beliau diberi kesihatan yang baik dan selamat menjalani pembedahan.
Untuk Azam, jangan nakal2 di hospital kerana setiap kali masuk hospital dia suka kacau jururawat. Dan satu lagi Azam, kalau menjerit sakit tu jangan menjerit macam budak kecik seperti yang kau ceritakan kepada kami semua.

Semoga Allah melindungi dan memberi kejayaan dalam pembedahan. Amin.

10 comments:

Anonymous said...

Kita sama-sama doakan agar Azam dan Hj.Sabri cepat sembuh.Macam2 yang datang bila dah berumur ni.Bagi yang masih diberi kesihatan yang baik ,jagalah pemakanan dan kesihatan kita.Azam, Jangan nakal2 di hospital.Kita dengar cerita dan pengalaman Azam bila dia sembuh nanti.Rajin2 makan ubat,pastikan ubat yang doktor beri saja.

Anonymous said...

Hope Azam dan Hj Sabri will recover soon. Health is de most precious thing, we should appreciate it while we are still having it.

Anonymous said...

Nampaknya pembukaan lembaran 2009, kawan-kawan kita ada yang tak sihat. Semoga mereka cepat semboh. Kita semakin berumur dan alam semakin uzur.
Jaga diri dan pemakanan, wahai kawan-kawan.

Anonymous said...

haah aku pun sama doakan yg sakit2 tu cepat2 ler sibuk dan yg sihat2 tu teruskan la jaga kesihatan!

Anonymous said...

aku dah keluar dah,,,lari dari hospital dengan wayar camera masih melkat di punggung,,,tak tahan sakit,,di jolok dek dema rrhopa mengait mangga muda,aku keluar pada petang sabtu sebenarnya setelah pemantauan yang dibuat terhadap semua penyakit lama di buat semula..kan dulu aku ada makan ubat hypertension,,ubat kencing manis dan sebelum operate mereka pantau balik penyakit ini,,5 botol darah aku disedut..malah ada sekali tu mereka ambil darah aku utk lihat kencing manis aku setelah aku baru saja makan kitkat dua bar,apple sebiji,,aku pun tak tahu tetapi tuhan maha kuasa,,result darah selepas makan benda tu hanya 7.8..normal 5.8 dan sememangnya aku bebas dari kencing manis,,x ray jantung juga ok..aku sempat bersms dgn sabri,,tanya dia nurse kat sana lawa tak(hosp trengganu)..dia kata banyak yg lawa tapi dia dah tak daya..aku pulak kata kat hosp.ni banyak lawa,,aku ajak dema dating..dema kata..Pakcik..ubat dulu punggung tu baru na gatal heheheheheh..apapun..thanks for the concern kawan kawan,farish yang menelefon,lee,moi,rozita dan normah yang hantar sms,sabri kembar aku tu,,memang sahlah kome ni kembar sebab bila dia sakit aku juga sakit,,tak lupa pada isteri yang tersayang,melayan kerenah kesakitan aku yang tak pernah jemu,,anak aku yang tua, apiz yang jadi pemandu emaknya,kawan kawan,,budi dan jasa baik kome tak pernah luput dari ingatan,,itulah penghibur ketika sakit,,aku bawa laptop ke hospiutal utk acess internet tapi tak ada line.aku akan masuk balik ke hospital pada pagi isnin untuk pembedahan seterusnya..katanya aku akan disuntik pelali..mestilah suntik,,kalau tak suntik aku suntik punggung doktor tu dgn jarum hikmat aku heheheheh..aku juga doakan kawan kawan sihat terutama sabri tu..i miss him and missed all of our group.adesu juga yang banyak menghiburkan aku dgn ceritanya..so take care dan insyallah kita jumpa pada bulan 3 nanti..see u..

kembara kelana said...

azam
aku masih nak dengo cerita lucu dari kau, sampai sekarang ..bila sebut je nama kau aku terigat kisah dua orang gemok belajar mengurat di tepi pantai..kau memang kelakar dan menjadi terapi kepada kawan kawan yang tension..orang macam kau kena hidup lama sikit di dunia ni.. yang pelik pun ada pasal kau ni azam..kau selalu jual ubat kuat..tapi kau pulak tak sekuat mana...jumpa mac nanti..

Anonymous said...

yang tak kuat punggung,,yang lain tu ok

Anonymous said...

kembara kelana, kau pun kalau boleh kena hidup lebih lama jugak kat dunia ni supaya kau terus boleh berkelana sejauh mungkin..... ke kembaramu tidak memerlukan jangka masa?

Anonymous said...

wei tukangsampuk. ini bukan zmn menyorok2. dulu masa di upsi hg tak join blog. skrg baru nak msk, lps tu tak berani tjk muka. jadilah anak jantan. skrg ni rmi anak jantan dah mnt nak jadi mak nyah. maklumlah dunia nak kiamat. mcm2. aku bimbang satu hari nanti tanah melayu ni akan jadi mcm palestin, bosnia dll.

Anonymous said...

Hai...kawan,
Baru sempat nak layari blog kita ni. Hari ini sibuk juga di sekolah walaupun tak ada panggilan mesyuarat dari JPM dan PPD.
Lucu... ketawa sorang-sorang di pejabat bila baca coretan azamboy.
Ya..lah,punggung yang sakit. Mata tak sakit dan nafsu masih ada. Sedarlah....
Walaubagaimanapun, azam... saya terhibur dalam keadaan sekarang yang sedang sibuk dengan mesyuarat panitia dan persiapan pertandingan permainan dan sekolah yang tak ada duit.
Saya berdoa agar kamu sihat seperti biasa selepas pembedahan.

Semoga kawan-kawan yang lain gembira dan ceria selalu.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites