Tuesday, January 27, 2009

Istiadat Konvokesyen Kesebelas Pada 16-18 Mac 2009

Salam kepada rakan2,

Melalui laman web UPSI di alamat http://web.upsi.edu.my/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=136&Itemid=201 telah dinyatakan bahawa istiadat konvokesyen kita sah akan diadakan pada 16 hingga 18 Mac 2009. Berita graduasi yang tertera adalah seperti di bawah. Untuk maklumat lanjut sila lawati laman web UPSI seperti di hyperlink di atas. TK.


--------------------------------------------------------------------------------

ISTIADAT KONVOKESYEN KESEBELAS
(SIDANG PERTAMA MAC 2009)

--------------------------------------------------------------------------------


PERHATIAN KEPADA SEMUA BAKAL GRADUAN UPSI


Istiadat Konvokesyen Kesebelas Sidang Pertama Universiti Pendidikan Sultan Idris akan diadakan di Dewan SITC pada tarikh seperti dibawah :-


Tarikh
16 - 18 Mac 2009 (Isnin hingga Rabu)


Pengurniaan / Penganugerahan
Tarikh Istiadat Konvokesyen Kesebelas Universiti Pendidikan Sultan Idris ini adalah tertaklukkepada Perkenan Ke Bawah DYMM Tuanku Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Surat Jemputan Konvokesyen akan dihantar kepada bakal graduan selewat-lewatnya sebulan sebelum tarikh Istiadat Konvokesyen berlangsung.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai urusan konvokesyen bolehlah menghubungi Unit Pengijazahan di talian +605-4506313 / 6994 / 6314.



Unit Pengijazahan
Bahagian Akademik

10 comments:

Anonymous said...

thanks a lot faris for the info!

Anonymous said...

Ada kawan2 dah terima surat tamat kursus ke?Faris,mpmn,ybs .Surat Konvo mungkin lambat sikit..

Anonymous said...

Anony, aku lom dpt apa2 lagi la...

admin said...

tq faris...i baru kembali menjengah blog kita nih..i mmg ada bhubung dgn dr khuan fasal result kita tu...dia janji mcm janji politikus..heee

Anonymous said...

Salam,

Saya telah menelefon ke Unit Pengijazahan, Bhg Akademik (En. Hashim) pada 30 Jan 09 jam 3.50 petang dan di antara maklumat2 yang diperoleh ialah :

1. Keputusan peperiksaan, surat penamatan pengajian dan surat keputusan senat untuk kumpulan kita baru dipos dan kemungkinan dalam minggu depan kita akan dapat.

2. Tarikh sebenar konvo kita dan sidang konvo kita hanya dapat diketahui pada 14 Februari 2009 setelah pihak pengurusan tertinggi UPSI meluluskannya. Dimaklumkan bahawa kita akan dikelompokkan dalam program pengurusan pendidikan dan nama dipanggil mengikut abjad.

3. Bersama2 kita ada program2 lain diperingkat diploma, ijazah, master dan PhD juga terlibat dan diberitahu ia melibatkan hampir 1,000 orang lebih sikit.

Itu sahaja makluman terbaru. Terima kasih.

Anonymous said...

mekasih faris!

Anonymous said...

Terima kasihlah faris ya! Orang baik mcm ni memang susah nak dapat. Ikhlas bekerja dan mencari input-input penting untuk rakan-rakan yang mengharap bantuan. Hanya allah yang dapat membalasnya.

Anonymous said...

Hai kawan2,
menurut cerita kawan2 dari kohort yang lepas, masa konvo hanya terlibat satu hari saja buat kita.Kita tak tahu 16 - 18 Mac tu kita kena hari apa. So kawan2 boleh tolong tak siapa2 ada nombor telefon hotel2 sekitar upsi.boleh beritahu tak.mungkin Faris tahu....

Anonymous said...

Rakan2,
Menurut Saudara Kharudin kita, beliau telah menerima keputusan akhir dan surat tamat pengajian daripada pihak UPSI pada hari ini. Rakan2 yang lain, sama2lah tunggu surat tu. Kalau ada yang nak berkongsi result baru tu, beritahulah kerana memang ada perbezaan resultnya.
TK.

Anonymous said...

aku dah balik dari cuti semalam. hari ni baru sempat jengah blog. aku dah terima surat penamatan pengajian dan keputusan terkini. faris pointer aku tambah 0.2 je iaitu 4.50. apa tindakan selanjut kita setelah dpt surat ni ya. utk anony aku cdgkan hg tidur di masjid depan abuya je. jimat belanja dan dpt beribadah. tk

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites