Saturday, January 24, 2009

Ibu Hajah Rozita Kembali Ke Rahmatullah

Salam kepada rakan2,

Dimaklumkan bahawa ibu kepada Hajah Rozita rakan kita telah kembalik ke rahmatullah pada 24 Januari 2009 jam 7 pagi. Sama-samalah kita sedekahkan AlFatihah dan mendoakan semoga roh ibunya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Kepada Hajah Rozita, semoga tabahkan hati menghadapi dugaan Allah s.w.t. Kita telah buat yang terbaik untuk kedua-dua ibu dan bapa kita tetapi Allah lebih menyayanginya.

AL-FATIHAH.

20 comments:

yusofsipan said...

Innalillahi wa innaillahirajiun! Salam takziah buat Hjh Rozita sekeluarga. Bersabarlah, telah berlaku ketentuan Allah SWT bahawa setiap yg hidup pasti akan merasainya....

Anonymous said...

Takziah buat Hjh Rozita sekeluarga.

1 بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

Bismillāhi r-raḥmāni r-raḥīm
In the name of God, the Most Gracious, the Most Merciful:
1:2 الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين

Al ḥamdu lillāhi rabbi l-'ālamīn
All Praise is due to God, Lord of the Universe.
1:3 الرَّحْمـنِ الرَّحِيم

Ar raḥmāni r-raḥīm
The Most Gracious, the Most Merciful.
1:4 مَـالِكِ يَوْمِ الدِّين

Māliki yawmi d-dīn
Sovereign of the Day of Judgment.
1:5 إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِين

Iyyāka na'budu wa iyyāka nasta'īn
You alone we worship, and You alone we ask for help
1:6 اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ

Ihdinā ṣ-ṣirāṭ al mustaqīm
Guide us to the straight path;
1:7 صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّين

Ṣirāṭ al-laḏīna an'amta 'alayhim ġayril maġḍūbi 'alayhim walāḍ ḍāllīn
The path of those on whom You have bestowed your grace, not of those who have earned Your anger, nor of those who go astray.
When recited during daily prayers, some schools of thought follow Al-Fatihah by the word Amin.

Daripada: Anas sabah

Anonymous said...

salam. Ita, tabahkan hati serta kuatkan semangat.Yang pergi, tetap sudah pergi, kita berdoalah semoga arwahnya dicucuri rahmat.semoga roh ibu Ita ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Anonymous said...

Takziah buat Ita sekeluarga. Allah lebih menyayanginya dan tak dapat mengatasi kasih sayang kita. Sebagai anak apa yang harus kita lakukan ialah sentiasa berdoa agar rohnya di dalam kerahmatan Allah jua.
Tabahlah...

Anonymous said...

takziah untuk hjh rozita sekeluarga.semoga roh ibu hjh ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.al fatihah.

kembara kelana said...

takziah untuk rozita..sabar dan aku tahu perasaan kau sebab aku pernah mengalaminya pada tahun 2001 dulu. memang sedih.. doakan dan bacalah alfatihan banyak banyak sedekahkan kepada ruhnya
YUSOF SEKELUARGA DI ROMPIN

Anonymous said...

Sabarlah ya Ita, moga allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Anonymous said...

Ita,
Takziah teman ucapkan ke atas pemergian ibumu.Apabila meninggal anak adam, tiga perkara yang akan terus mendapat balasan pahala iaitu sedekah jariah,ilmu yang bermanafaat dan doa dari anak yang soleh.Semoga anda tabah dan sabar.

Anonymous said...

takziah buat rozita walaupun sebelumnya,just 30 minit after the mother pass away,i received the message from her.sabar dan doakan kesejahteraan rohnya kerana tempatnya lebih baik dari kehidupan di dunia ini.kita sebagai anak kenalah senantiasa berdoa terutama meminta ampun dan ihsan dari allah supaya meyayangi rohnya sebagaimana mereka menyayangi kita semasa kecil..got to go,,walaupun selepas operate..problem aku masih tak settlle,berat dari 95 tinggal 65 kg..inu juga peringatan allah dan aku juga kena redha..

Anonymous said...

Takziah buat Ita sekeluarga .Saya doakan agar rohnya ditempatkan dalam golongan orang-orang yang soleh.
Azam, kamu juga perlu redha atas segala dugaan Allah kepada kamu.Allah duga keimanan kamu dengan sakit yang kamu hadapi.

Anonymous said...

Maha suci allah swt yang mencipta alam semesta dan isinya,
Mungkin saya akan menulis panjang kerana lama tidak menjengah blog ini. sebaik saja ita menelefon tentang kepulangan ibunya ke rahmatullah,,pada 26 jan yang lalu,,saya juga kehilangan ayah mentua yang amat dikasehi.amat menyedihkan kerana saya tidak berupaya pulang utk menguruskan jenazahnya,,saya izinkan isteri untuk pulang bagi menunaikan tanggung jawab terakhirnya terhadap ayah yang tercinta,,dia pulang ke Sibu berseorangan walaupun dia bukanlah jenis yang berani sangat untuk travel berseorangan..tetapi pabila memikirkan bahawa beliau ke China pun hanya seorang diri,,saya redha,,maka pulanglah dia seorang diri ke sibu ,saya hanya mampu menghantarnya ke Ipoh,,itupun dgn ditemani oleh anak anak kerana saya tak larat untuk drive.Anak pula yang practical di Hospital sibu pula pulang bercuti di Kuala Kangsar.Semua anak anak berada di rumah pada masa itu kerana cuti tahun baru cina...Saya kagum dengan keberanian dan kecekalan hati seorang isteri,,seorang ibu dan sebagai seorang anak yang menyintai keluarganya.Maha suci tuhan..sesungguhnya saya bersyukur dgn anugerah tuhan yang telah memberikan saya isteri yang baik..melayani kerenah dan kesakitan yang saya alami,,disamping itu bergegas pulang sebagai tanda kasih waluapun ianya merupakan hari yang terakhir utk menatap wajah ayahnya.Ya allah...sesunguhnya ..doa buat isteri tercinta...sesungguhnya kamulah insan,walaupun pernah mungkin melakukan kesilapan terhadap diri aku sebagai suami..aku ampunkan segala dosa dosa kamu,,aku halalkan yang kamu makan dan kamu minum bersama aku,,aku doakan syurga untuk kamu sebagai balasan kepada isteri yang baik...,,aku doakan kamu supaya mendapat tempat yang baik di akhirat nanti..
Apapun sebenarnya Saya merasakan cukup kerdil kerana kemampuan saya di batasi oleh kesakitan yang saya alami..Walaupun telah dilakukan operation terhadap ketumbuhan di dalam usus,,tetapi komplikasi yang timbul pula pada masalah prostat dan pada 3 feb ini saya akan menjalani rawatan CT Scan (Computed Tomography) untukmelihat kedudukan kesakitan di prostat.Saya tidak mampu menjalankan tanggung jawab saya sebagai menantu yang baik untuk membelai tubuh ayah mentua saya buat kali terakhir..tapi semuanya kerana kehendak allah dan rezki yang telah ditetapkan.
Mujurlah ketika kepulangan saya ke Sibu pada bulan 12 dahulu mengubati rasa kesal saya..terlalu banyak memori yang saya rakamkan bersamanya ,,malah anak saya yang tua sempat menggunting rambutnya walaupun selama ini jika pulang ke Sibu,,beliau sangat suka saya untuk menggunting rambutnya.semua gambar telah saya rakamkan di dalam lensa kemera yang kemudiannya nanti akan saya paparkan di dalam blog.
Maha suci allah yang menjadikan alam ini..saya sangat bersyukur dengan kurniaan yang telah diberikannya kerana ayah mentua saya ini sangat sporting dan baik.Tuhan telah memberikan saya kesempatan peluang utk menikmati nilai dan kasih sayang daripada seorang ayah mentua kerana selama ini saya telah kematian ayah sejak saya berumur 5 tahun.Kepada kawan kawan yang bernasib baik,,masih mempunyai kedua ayah dan ibu,,samada disebelah isteri atau suami..jadikanlah kesempatan yang ada untuk kita menempah tempat yang baik di akhirat malah dengan melayan isteri/suami serta anak anak dengan baik,,berkasih sayang,,juga merupakan satu cara menempah tempat tempat yang baik.Kini,,saya cuma ada seorang ibu mertua dan saya juga berjanji untuk menjaganya sedaya mungkin,,memberikan kebahagian atau kesukaan kepadanya selagi mampu.Mohan belas ihsan daripada kawan kawan utk mengfidiahkan bacaan al fatihah kepada ayah dan ibu ibu kita ,semoga mereka berol eh keselamatan dan tempat yang baik.Ketika ini selain dari wang ringgit,,hanya doakan yang berupaya kita bingkiskan dan apa yang lebih penting,,anak anak kita melihat kebaikan kita terhadap kedua orang tua kita,,,,,semoga dgn izinnya,,,,kita juga akan dilayan sedemikian apabila kita tuan nanti...sekian wasalam.

Anonymous said...

الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
Salam takziah buat Ta sekeluarga.
Tabahkan hati serta kuatkan semangat, kita yang tinggal berdoalah semoga arwahnya dicucuri rahmat.
Amin

Anonymous said...

Semakin meriah blog ni...
Apa kabar Mahani? Lama menghilang.
Walaupun kita bersimpati dengan rakan-rakan yang menerima ujian daripada Allah, kita janganlah lalai dan leka dengan keindahan dan kesibukan harian kita.
Takziah juga buat Azam. Semoga Azam semakin sembuh dan selalu ingatkan ALLAH. Kita bukannya bertambah jauh... tapi, semakin hampir dengan waktu dan ketika... entah bila. Tiada siapa yang tahu.
Istighafar banyak-banyak!

Anonymous said...

Azam, tabah dalam menghadapi ujian Allah. Sekurang2nya kau sempat menjengah arwah bapa mertua dalam cuti panjang tempoh hari. Semoga kau juga tabah untuk menghadapi dugaan penyakit yang diberi oleh Allah kerana kita tidak mampu untuk menolaknya. Mungkin itu adalah bertujuan menguji tahap keimanan kita. Semoga cepat sembuh dan yang penting dapat menghadiri konvokesyen pada 16 Mac nanti.

Anonymous said...

azamboy, takziah! Penyakit ko tu, mudah2an cepat sembuhnya...

Anonymous said...

Baik noi,
walaupun menyepi diri
blog ni sentiasa dilawati
buat melepas rindu di hati
pabila mengenang kembali
suka duka ketika di UPSI

Anonymous said...

Terima kasih kepada Mahani Mustafa kerana sudi memberi komen dalam blog ini. Sering2 lah lawat dan beri komen. TK.

Anonymous said...

menjelma jugak maklang di sini ye, selalu2 ler mengomen di sini dan jika sudi mengomen jugak di blog saya...

Anonymous said...

walaupun baru buka blog, aku hrp hjh rozita sekeluarga pasrah dgn apa yg terlaku. tp sekrg2nya sebelum pemergiannya hjh telah sempat berbakti padanya. sebgi anak tgs kita tak lain sentiasa mendoakan kesejahteraan di alam baqa', menghantar kiriman utk dijadikan bekalan di sana. sebgi manusia kesedihan yg kita alami akan beransur2 hlg kerana mengharung urusan kehidupan seharian. Namun begitu tugas mengirim bingkisan jgn dilupa.
buat sdra azam takziah juga atas pemergian pak mentua dan atas kesihatan yg tak menentu. tabahkan hati kerana sakit yg dialami n dpt dihadapi dgn penuh kesabaran adalah tanda kita masih dikasihi oleh Tuhan yg mencipta. moga cepat sihat.
ayah aku pun baru saja menjalani pembedahan setelah berbulan2 menderita sakit dan ditendang oleh pihak hospital beberapa kali bg menjalani pembedahan. skrg dlm penjagaan omak aku di rmh. nak dok hospital lama2 omak aku tak tahan utk menunggu kerana dia pun sakit2. aku kdg2 rasa tak berguna sungguh kerana bantuan aku terlalu minima lantaran negri yg berjauhan n terikat dgn tugasan.

Anonymous said...

Askm sahabat.
Rindu pd semua… Moga semuanya sihat, bahagia dan hidup dlm kemanisan iman.
Semlm sy bcuti, saja nak rehat minda dan fizikal 4 ari ni… letih sgt dan cuba nak dptkan mood kmbali!
Trime kasih sahabat krn ingatan, nasihat buat sy dan doa kalian mengiringi kepulangan kerahmatullah ibunda tercinta sy. Trsentuh hati melihat keperihatinan shbt merata negeri dn ia mberi sokongan kekuatan kpd sy. Faris, Azam, aziz, cop, anas, aisyah, noi, joni, sop rompin, fidah, mahani, norish maznon, khalil, pirzan dan lee.. dan tak lupa kak ton yg dtg berziarah hingga selesai.
Alhamdulillah.. Allah memberi kesempatan pd kami 7 beradik menjaga dan merawat mak sebaik2nya selama tiga bulan, mengadap saat akhirnya dan mengurus jenazahnya hingga akhir dgn penuh kasih sayang dan keinsafan. Tiada rasa kesal di hati walaupun hingga saat ini kami merasai kehilangannya. Setiap Jumaat malam kami adik-beradik akan berkumpul di umah ayah bersembahyang jemaah dan bertahlil utk mak (70 thn) dan abang yg pergi mengejut Feb 2007 pd umur 46 thn (sy di upsi).
Merasai sendiri kehilangan 2 insan tsyg ini memberi ingatan kpd kami bahkan kita semua bhw amaran Allah itu pasti iaitu kita hanya dipinjamkan sebentar didunia ini dan maut itu berlaku tdk kira pada yg tua atau muda, dgn petunjuk(sakit) atau pun sihat.
Marilah sama-sama kita saling berpesan utk memperbaiki diri dan tdk melupakan akhirat dlm kesibukan kita mengejar dunia.
Terima kasih semua dan jumpa lagi.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites