Tuesday, October 7, 2008

Rumah Terbuka Aidil Fitri



Salam kepada semua rakan2,

Kita masih lagi berada di bulan Syawal. Pastinya kemeriahan Syawal masih terasa. Apa yang berlaku setiap Syawal menjelma ialah budaya Rumah Terbuka. Saban minggu kita tidak lekang dari menghadiri rumah terbuka. Kepada mereka yang mengadakan rumah terbuka, moga bertambah murahlah rezekinya. Kepada yang hadir atau pergi pun, murah rezeki juga kerana perut penuh berisi. Kah... kah.. kah....

Kalau ada rakan2 yang mengadakan rumah terbuka tu, beritahulah kepada rakan2 lain dari segi tarikh, masa dan tempatnya. Manalah tahu jika ada di antara kita mempunyai kelapangan bolehlah juga menghadirinya.

Kalau dah beraya tu, janganlah lupa kepada puasa sunat 6 hari di bulan Syawal. Almaklumlah jika dah berseronok raya.

Selamat mengepos komen baru kepada semua rakan2.

Terima kasih.

18 comments:

Anonymous said...

Aku lom tetapkan lagi tarikh utk buat rumah terbuka, mungkin hujung bulan kot. Secara peribadi, aku sebenarnya kurang bersetuju dgn budaya majlis rumah terbuka, sebab utamanya ialah kenalan akan datang hanya pd hari tersebut sahaja. Sepatutnya pd hari raya, setiap hari adalah rumah terbuka, silalah datang pd bila2 masa pun. Ini tidak, kalau kita tidak mengadakan majlis rumah terbuka mereka langsung tak ingat nak datang berziarah rumah kita hingga habis raya sebulan. Seperkara lagi, kalau dah ramai datang pd suatu masa kita tak ler dpt layan dgn sebaik2nya. Contohnya mlm tadi, dua keluarga jiran datang beraya rumah aku, dapat ler aku layan mereka lebih kurang setengah jam setiap keluarga, suasana kelihatan begitu mesra dan banyak jugak perkara yg dpt diperbualkan. Ini pendapat peribadi aku la dan tiada kena mengena dgn sesiapa yg masih hidup atau telah meninggal dunia... hehehe

Bagi mereka yg berpuasa 6 sejak dua hari raya, tahniah! dah hari yg terakhir hari ni, esok boleh raya sekali lagi, buat ler ketupat ke lemang ke rendang ke, jangan lupa beri kat aku sikit...

Terima kasih faris, wp dlm kesibukan dan kecelaruan, kau tetap setia utk memasukkan entri baru dlm blog ini. Teruskan usaha yg baik ini moga kau sentiasa bahagia dan bertambah2 kebahagian....

Anonymous said...

Aku setuju juga dengan pendapat kamu usop tapi ada baik dan buruknya juga.Kalau buat rumah terbuka ,ramai yang datang hari tu,so kita nak buat persiapan sekali saja.Macam kenduri rumah kita ,ramai yang datang.Kita dapat jumpa semua, eratkan silatulrahim.Penatnya sekali.Kalau hari-hari orang datang pun baik juga ,rumah kita tak sunyi.Kata orang kalau ramai tetamu ,lagi murah rezeki kita.Tetamu datang bawa rezeki.Bagi saya ,buat untuk staf saja pada satu hari dan bagi tetamu yang lain2 bila-bila dia boleh datang .Rumah saya sentiasa terbuka kadang kala hingga jam 11.00 malam pun ada yang datang lagi saudara....
Puasa enam baru dua hari,Insyaallah minggu depan raya lagi.

Anonymous said...

usup aku baru selesai buat rumah terbuka dan tahlil untuk keluarga aku dan isteri aku (adik beradik saje)pada hari raya ke3. meriah ramai yg attend. kalau tak buat mcm ni mereka masing2 ada program lain.

untuk sahabat,jiran dan rakan2 lain aku sentiasa mengalu2 kan semua setiap hari sepanjang syawal(yg dtg awal sempat la merasa kuih raya,yg dtg lewat nasib la) tapi tak apa boleh masak menu lain, cuma kuih saja tak ada.

hari tu pun aku masak nasi daging ciciah air asam.tak sangka lak baru pertama kali aku masak utk sebegitu ramai boleh berjaya.

aku setuju dgn pendapat norisma tu. cuma aku nak pesan kat dia kalau rumah terbuka tu jangan la terlupa pula kunci pintu apabila larut malam.bukan apa takut tetamu yg tak dikenali bertamu nanti.

mpmn pi mana hang, berkhalwat lagi ka?kepada fidah selamat berkursus di iabu.

tahniah kpd faris kerana blog nie ada sambutan,bukan macam blog kump A tu.

Anonymous said...

kepada kawan2 yang mempunyai masalah kesihatan dan yg nak menjaga kesihatan,ini ada pesanan dari maxis .......hehehehheh.

Berhati2 apabila menikmati jaudah yg enak & lazat sepanjang musim perayaan ini. kesihatan anda lebih utama.kurangkan makanan yg berlemak dan bergula.

azamboy mana pegi.kome sihat ke?

Anonymous said...

aku berak jap

Anonymous said...

Ape le kome Zam...
Berakpun nak khabo kat sini!! Nasib baik tak keluar bau kat laptop ni tau! By the way... kome chat Zam raya2 ni? Iye lah kome kan selalu je sakit tu sakit ni sepanjang kita di Upsi dulu.

Anonymous said...

Azamboy
macam mana kisah kamu semalam .gigi kome dah jumpa ke belum.Kamu kan ada senapang,badik, kamu tembak aje lah tikus yang bawa lari gigi kome tu.Kesian aku dengar.Raya lepas lembu banyak tumbang, giginya ada aku simpan .Kalau kome nak aku bagi free saja.
kah.kah.kah sorry jangan marah...

Anonymous said...

azam kome tentu tahu sapa tu 'animal mouse'(anonymous),sebab dia tahu kome hilang gigi.

bedebah betul animal mouse nie, masih nak guna nama yg tak sedap tu.

apalah azam kome ni, gigi sendiri pun tak terjaga,aku takut yg tuuu(anu) pun nanti hilang.

tapi kalau kome tak ada gigi lagi nampak hensem zam.hehehehe!

minggu depan aku sibuk,kerana kena jadi penyelia kawasan PMR.nak kena pi gempak sikit ketua2 pengawas & pengawas dari sekolah menengah tu.nak belagak pun dalam seminggu aje.

aku rase lah anonymous tu din panjang kut.

Anonymous said...

pirzan le,,aku tahu sebab pagi tadi aku kabo gigi aku hilang,,hehehehehlee aku sakit perut ni...LAPOR

Anonymous said...

mencelah jab..
tersedak aku mz, sbb hg sebut nama aku n terbatuk2 aku bila aku dituduh oleh azam. tlglah ya aku tak ada kena mengena dgn member kita yg penakut utk muncul tu.
aku menyepi agak lama sikit sbb nak menghabiskan puasa n menyiapkan tugasan PTK. hari sabtu ni nak ke dynasty hotel KL.
azam aku tak tahu pun hg hlg gigi palsu, yg aku tahu pg tadi hg pi jamuan utk guru yg nak bersara. kesian kat hg, tentu sengsara kerna susah nak mengisar makanan n nak gelak pun tak boleh. tak apa buat baru. ada yg sehari boleh siap.
oklah geng aku nak basuh baju dulu.

Anonymous said...

Salam kepada rakan2,

Mana yang lain ni? Senyap aje. Kenyang kuih raya kot. Atau sibuk dgn open house sini sana. Atau masih bercuti lagi? Atau banyak sangat keje kat sekolah ye. Diharap rakan2 akan terus aktif dalam blog kita. Jangan sampai macam blog kumpulan A yang terpaksa ditutup kerana tiada sambutan.

Sekolah saya akan buat majlis sambutan hari raya dengan semua guru dan staf pada 18 Oktober 2008. Kalau rakan2 ada di sekitar Kajang, bolehlah jemput datang dari pukul 10 pagi hingga 1 petang.

Azam, hilang gigi bukan riuh sekampung tapi se Malaysia. Kah kah kah... Aku syorkan kau pasang tali macam tali ikat cermin mata tu. Kalau kau nak makan apa2 tu, kena blend dululah.

Terima kasih.

Anonymous said...

sila ke laman ni http://azamhamid.fotopages.com kerana senyum ku semakin manis tanpa ketiadaan gigi.

Anonymous said...

aku dah tengok gambar2 azam dan family dia kat http://azamhamid.fotopages.com tu, cantik2....

Bukan main lagi manja dan daring kau kat bini kau ye azam.... burung tempua bersarang rendah ke.... hehehe

Anonymous said...

azam jgn tersalah serkap.nanti marah mpmn tu.biaq pi lah sapa dia animal mouse tu usah peduli diaaaa.

mpmn I KNOW WHAT YOU DIDI LAST RAYA. heheheheh.

esok aku dijemput makan kenduri rumah staf aku.aku ingat kenduri tahlil(kata dia). rupa2 nya kenduri dia kahwin.eloklah tu kerana menjanda hampir begitu lama.tak ada peluanglah nak tackel dia atau pun rekomen kat mpmn utk projek 4.

nanti aku komen gambo2 kome tu azam,sebab aku blm tengok lagi.
ok.

Anonymous said...

wah baguslah gambo2 tu azam.ajar aku mcm mana nak buat fotopages nie.aku pun nak bubuh gambar2 aku semasa kecik dulu2 aje.

cuma aku nak tanya kome lah. kome pakai songkok ke atau serombong kapal tu?tinggi semacam.

tapi bila lihat gambo2 kau bersama isteri, aku cuma teringat cerita2 kome, tentang cerita2 terbonggeh tu.hehehheheh....!eeh nanti batal posa aku lak. jangan mare.

mpmn kau nie pun satu.dah dekat senja baru nak ambil PTK.apa hal nie.

faris kau jangan bimbang blog nie tak akan mati selagi ada azamboy,mpmn,usup,animal mouse dan member2 lain tu termasuk aku .cuma mungkin kesibukkan kadang-kala membuat kita tidak sempat menjengah.tu aje.

Anonymous said...

aku setuju dgn emzex, lagi pulak aku sekarang ni mcm dah ketagih ler pulak dgn blog, hari2 mau jengah blog....

Anonymous said...

ketagih tak apa usup, jangan kebulog sudahlah.hang tau apadia kebulog tu. kalu hang nak tau hang tanya member2 sebelah utara. nanti mereka beri tahu.tapi jgn percaya sangat.

Anonymous said...

'kebulog' tu sebenarnya daripada perkataan 'ke blog', maknanya melayan blog ler.... tapi ntah macam mana org utaro boleh sebut jadik lagu tu pulok... hehehe

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites