Sunday, June 28, 2009

Perkongsian Soalan Temuduga

Salam rakan2,
Mungkin agak lama tiada entri baru dalam blog ini. Tak ada ke sesiapa yang sudi untuk buat updating? Boleh maklumkan kepada saya untuk dapatkan user id dan password.
Entri kali ini khusus untuk kita bertukar2 soalan yang telah ditanya kepada mereka yang telah menghadiri temuduga. Oleh itu sesiapa yang telah menghadirinya bolehlah menyatakan soalan2 tersebut dalam komen nanti.
Setakat ini dari dua orang yang saya peroleh maklumat ialah Saudari Mahani Rahim yang telah ditanya tentang Wajib Lulus BI dalam SPM. Bukannya serius sangat tetapi perlukan pandangan dan pendapat kita. Kedua daripada saudara GB di daerah saya yang telah ditanya tentang j-QAF. Itupun sekadar berbual kosong tentang pandangan dan pendapat juga. Soalan2 yang serius tidak ditanya seperti fakta2 FPK, PIPP, PPSMI, nama Menteri, nama KPPM dan lain2. Soalan2 sebegitu difokuskan kepada guru2 yang baru ditempatkan sebagai guru di sekolah2.
Sesiapa yang telah menghadirinya, sudi sudikan lah untuk berkongsi supaya ilmu yang disebar dan dimanfaatkan akan beroleh pahala dan ganjaran dari Allah s.w.t.
Terima kasih.

11 comments:

aisyah said...

salam. semoga Allah permudahkan urusan kita dalam temuduga dan kenaikan ke dg41 nanti. terima kasih kepada faris dan semua rakan. tarikh temuduga saya 29 julai 2009. wish u all the best.

aisyah said...

salam. semoga Allah permudahkan urusan kita dalam temuduga dan kenaikan ke dg41 nanti. terima kasih kepada faris dan semua rakan. tarikh temuduga saya 29 julai 2009. wish u all the best.

penjejak said...

wah! gelap2 subuh dah bagi tahu ttg tarikh temuduga yer, bagus2.... moga berjaya cemerlang!!!

Anonymous said...

Yusof Janggut,
Sejak bila kau dah bertukar jadi penjejak pulak ni. He he he...

noris said...

aishah,
Minggu lepas (25 -27 Jun)kami GB 38 negeri melaka Kursus Di JB.Kami melawat SK Taman Rinting 2 dan SK Kota Masai .Bila Tanya GB mereka tentang U dia orang semua kenal.tapi sayang mungkin U dah tukar No HP tak dapat call U.

Anonymous said...

cop jeles lagi ke...

aisyah said...

salam Noris. sebenarnya nombor handphone saya tetap sama, seperti dalam Yahoo Group kumpulan kita. Pada 26 - 27 Jun lalu, saya berada di Perak, sebab nak hantar anak - mendaftar di UiTM Perak.Saya pernah ke SK Taman Rinting 2 - buat Projek 2-fasal PSS sekolah itu. Sorrylah, kita tak dapat jumpa masa u dan rakan-rakan ke JB. InsyaAllah kita bersua lagi.Kepada rakan-rakan yang akan ditemuduga; mungkinkah soalan berkaitan PROTIM, PINCH, KIA2M, Audit Nilai, Satu Malaysia,PLBS, PEKA, PAFA, , Citra Bahasa, EduWeb TV, ICTL, EW20, akan ditanya? TQ

noris said...

Usop, kamu ke Kolokium bawa kereta atau naik bas.

ybs said...

anony,
aku nak jeles kat sapa pulak??? Takde masa la....buang karen jer!!!

ybs said...

noris,

aku nak naik bahtera, bole jugak kan? hehehe.....

kak kiah said...

kak kiah nak beri tahu kwan beritahu dia ditanya program nilam.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites