Wednesday, June 17, 2009

Semakan Dokumen Untuk Temuduga

PASTIKAN SEMUA DOKUMEN ASAL DAN SALINAN YANG DISAHKAN BERIKUT DIBAWA SEMASA MENGHADIRI TEMU DUGA:

Saya sertakan dokumen2 yang perlu dan boleh di download untuk kegunaan rakan2.

BORANG MAKLUMAT TAMBAHAN


LAPORAN SULIT URUSAN TEMUDUGA


PENYATA TATATERTIB

SURAT PENGIKTIRAFAN JPA

CONTOH SEMAKAN ATAS TALIAN

1. Kad Pengenalan;

2. Sijil Lahir/Sijil Pendaftaran Kelahiran (Bagi calon yang lahir di luar negara, sila kemukakan borang W/Surat pengesahan kewarganegaraan dari Jabatan Pendaftaran Negara);

3. Sijil kelulusan yang diperolehi (mana yang berkenaan);
3.1 Sijil Akademik
3.1.1 SPM/MCE/SPVM/SPMV;
3.1.2 SAP/GCE (Kepujian Bahasa Melayu);
3.1.3 STPM/STP/HSC/Sijil Politeknik;
3.1.4 Diploma/Ijazah Akademik dan Transkrip; (bagi ijazah yang diperolehi dalam bahasa selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, surat terjemahan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris adalah diperlukan dan terjemahan hendaklah dibuat oleh Institut Terjemahan Negara atau Jabatan Penuntut Malaysia atau Pejabat Kedutaan Malaysia di negara berkenaan atau Jabatan Agama Islam Negeri bagi Ijazah Bahasa Arab sahaja);
3.2 Kelayakan Ikhtisas
3.2.1 Ijazah Pendidikan dan transkrip;
3.2.2 Diploma Pendidikan/Diploma Perguruan dan transkrip;
3.2.3 Sijil Perguruan Asas/Sijil Guru dan transkrip;
3.2.4 Sijil Latihan Mengajar Sepenggal;
3.3 Surat Tawaran / Kelulusan
3.3.1 Surat Tawaran Jawatan Guru Sandaran Terlatih; atau
3.3.2 Surat Kelulusan Cuti Belajar; atau
3.3.3 Surat Kebenaran Mengikuti Kursus PJJ; atau
3.3.4 Surat Tawaran Mengikuti Program Pensiswazahan Guru Besar;

4. Pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Ijazah dalam dan luar Negara. Tuan/puan boleh merujuk dan mencetak nilai taraf ijazah yang berkaitan melalui laman web JPA di http://www.interactive.jpa.gov.my/frmMainIktiraf.asp dan mengemukakan cetakan asal dari laman web tersebut kepada Suruhanjaya sewaktu temu duga. Bagi nilai taraf ijazah yang tidak terdapat dalam laman web JPA tersebut, tuan/puan dikehendaki merujuk kepada Bahagian Latihan, JPA untuk mendapatkan nilai taraf berkenaan; dan

5. Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan tetap atau Kew.8 yang tercatat tarikh melapor diri bagi Guru Sandaran Terlatih.

6. Dokumen -dokumen berikut yang telah dilengkapkan iaitu :
6.1 Borang Maklumat Tambahan dan Senarai Tugas;
6.2 Borang Penyata Tatatertib; dan
6.3 Laporan Sulit Urusan Temu Duga SPP bagi tempoh perkhidmatan tidak kurang daripada tiga (3) bulan ditempat bertugas sekarang. Semua dokumen seperti di para 6.1, 6.2 dan 6.3 tersebut perlu dimuat turun dan dicetak daripada laman web SPP di http://www.spp.gov.my

4 comments:

cgany said...

rakan-rakan yang lebih awal bertemuduga dan diduha lebih awal tu,boleh kongsi info tentang apa yang di tanya oleh penemuduga.

Faris boleh dapatkan tip-tip semasa temuduga selain daripada info yg diberikan,misalnya soalan-soalan

mpmn said...

aku skg cdgn anas tu. kongsilah apa yg ditya oleh penemuduga. tk faris atas usaha yg dilakukan.

Lee said...

GPK saya yg ditemuduga bulan lepas ditanya "PIPP" dan "One Malaysia"

Faris said...

Saudari Mahani telah ditemuduga pada hari ini 18 Jun 2009. Tempoh masa selama 20 minit. Soalan yang ditanya ialah tentang pandangan GB tentang pelaksanaan lulus BM dalam SPM.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites