Saturday, June 13, 2009

Penghujung Cuti Dan Sesi Penggal 2 Persekolahan

Cuti sekolah selama dua minggu sudah sampai ke penghujung. Walaupun berada di penghujung cuti tetapi pasti rakan2 masih sibuk dengan cuti2 yang ingin dihabiskan dan menghadiri majlis2 perkahwinan. Ada juga rakan2 yang mungkin juga sedang membuat persiapan pembukaan persekolahan seperti menguruskan anak2 yang akan kembali ke asrama dan sebagainya. Memang kita sedia maklum bahawa cuti sekolah bukannya bermakna cuti bagi diri kita tetapi rakan2 yang mengambil cuti rehat tu dan telah menghabiskannya dengan cara melancong dan sebagainya, pasti semangat bekerja pun sudah mula membara semula.
Apa yang pasti pada sesi penggal 2 sekolah merupakan satu cabaran yang paling getir yang perlu kita lalui saban tahun. Ianya tidak lain dan tidak bukan peperiksaan UPSR yang akan ditempuhi oleh anak didik kita pada bulan September nanti. Apa strategi rakan2 sekalian pada tahun ini? Ada yang menggunakan strategi yang sama dan ada juga yang mengubahnya berdasarkan kepada pencapaian tahun lepas.
Kesempatan ini saya mengucapkan selamat kembali bertugas dan semoga terhibur dan gembira menghabiskan percutian kali ini.

2 comments:

ybs said...

terima kasih, sama2 ler kita kembali bertugas!

rozita said...

Salam semua.
Hari ini di Klang ujan dari jam 11.30 tadi...syukur alhamdulillah. Dah berkurun x ujan dan kepanasan ditambah pula dua hari ni berjerubu teruk. Batuk dan selsema i masih tak baik2 mungkin disebabkan faktor cuaca ni.
Terasa kejap cuti ye, I lagilah tak keruan sampai cuti sempat 2 hari je. itu pun sibuk mengurus anak2. Ambil keluar my boy from matrik Penang kemudian uruskan pula dokumentation dan med checkupnya.Minggu depan kena hantar pula ke Kolej Mara Banting bagi kursus persedian kerana dia telah ditawarkan Prog. Izajah Luar Negara jurusan perubatan di New Castle.
Dah tu sibuk ke Pej.Pendftran Ngr 3 kali - urus IC anak ke4(12thn) , urus IC anak ke3(hilang on d way bailk dari asrama) dan urus IC anak ke2 coz cipnya rosak dan bank x terima utk urusan buka akaun.
Namun ape yg bestnya i ade big surprise for my staff n student krn buka sek ni the hole scholl dah siap di cat baru. Seronoknya...maklumlah sek premier kini dah ceria. Harapan i agar semangat kerja dan belajar warga sek i bertambah tinggi.
Jap g nak pi sek lagi....berkemas mana yg patut.
That all crite dari klang.
Faris...reunion tu, i setuju

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites