Wednesday, June 10, 2009

Kunjungan Sabri dan Khalil Bersama Isteri Ke Rumah Saya

Salam rakan2,
Hari ini saya telah dikunjungi oleh sahabat2 yang agak lama tidak berjumpa. Sabri dan Khalil telah sudi mengunjungi saya di rumah bersama isteri masing2. Sempatlah juga bercerita serba ringkas walaupun seketika iaitu sebaik sahaja selepas Asar sehingga pukul 6.30 petang.
Dari perbualan timbul idea untuk sesi reunion yang dicadangkan pada cuti sekolah bulan Mac 2010. Tempat yang dicadangkan ialah di Pulau Redang dimana rakan kita Saudara Joni berada di SK Pulau Redang dan kita minta tolong beliau menguruskan infrastruktur di sana. Cadangan kedua pula ialah ke Ranau, Sabah iaitu di kaki Gunung Kinabalu dan jika berhajat kita boleh minta tolong Saudari Whinne kita.
Amacam pandangan rakan2? Setuju atau tidak? Siapa yang nak organize? Berapa kos? So sama2lah kita fikirkannya.
Disertakan beberapa keping gambar kenangan sewaktu mereka berada di rumah saya untuk tatapan semua rakan2 yang setia mengunjungi blog ini. Terima kasih.

Kami Bertiga Sedang Membincangkan Satu Rahsia Besar


Sedang Membincangkan Program Reunion Pada Bulan Mac 2010


Isteri Khalil dan Sabri

10 comments:

aisyah said...

salam. tahniah faris kerana dah sambung belajar. berkat faris suka menolong, insya allah, allah berikan kemudahan kepada faris sekeluarga. fasal reunion tu, saya setuju saja, sama ada kat sabah atau pulang redang. insya allah akan turut serta jika tidak ada keuzuran.

cikguyusof said...

aku cadangkan di tempat joni....

apa rahsia besar yg korang bertiga bincangkan hah???

Faris said...

Nanti saya akan buat entri khas untuk dapatkan persetujuan sesiapa yang nak hadir untuk reunion tu. Harap bersabar.
Tentang rahsia besar tu Cop, kerana kau tak singgah rumah aku semalam tak dapatlah aku nak beritahu kau. Rahsia tu dari Sabri dan dia kongsi bersama aku dan Khalil.

Anonymous said...

kalu ada si sabri tu,tak salah kalau aku buat andaian, rahsia besar tu apa lagi kalu tak double, triple atau quartet.betul tak.kau dgn khalil tu boleh dengar saja,berani ke ikut jejak langkah si sabri tu....aku rasa perbincangan tu tak cukup kourum kerana tak ada si usup.betul tak usup...?

yusofsipan said...

jgn libatkan aku la, aku tak mahu masuk campur, si faris dan khalil tu kira menuntut dgn si sabri ler tu.....

Faris said...

Cop,
Sesiapa yang ada ilmu dan nak dikongsi bersama, tak jadi masalah jika nak menuntut ilmu tu. Janji menuntut ilmu tu ke arah kebaikan. Kau tak nak ajar ilmu kau pun pada rakan2 lain. Aku pun kau tak ajar. he he he... jgn marah Cop.
Kami berbincang sesuatu rahsia kebaikan. Jangan salah sangka. Sentiasa berbaik sangka.

mpmn said...

rahsia apa tu? share le. bagaimana nak jadi jutawan ke. jgn jd tak ketahuan sudahlah.

azamboy said...

hari ni sabtu,tak tahu nak kemana kecuali mengairi pokok dokong dan pulasan yang sedang berputik,cuaca terlalu kering dan mungkin pokok ini brmasalah jika sampai al nino ni sehinga bulan 10.kome semua sihat,,ok..aku ok,badan sudah mula gemuk ,seluar mula tak muat,setokin udah ketat dan kasut mula berbenggol.rambut dan misai sudah di andam,tgk tgk,,,sudah banyak yang putih dari yang hitam.mata juga perlukan cermin mata yang berkuasa tinggi.seronok dalam cuti ni ialah selalu ke sekolah pada waktu pejabat.

Anonymous said...

salam. Ok insyallah .

Anonymous said...

salam. baru buka blog ni. Insyaallah faris... joni

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites