Wednesday, June 3, 2009

Kenduri Kahwin

Sempena cuti sekolah ini sudah tentu rakan2 mendapat banyak jemputan kahwin. Kalau tak pergi tentunya rasa serba salah kerana rata2 yang menjemput tu adalah orang yang kita kenal atau saudara mara kita. Kadangkala sampai serentak dua/tiga/empat buah rumah pada tarikh yang sama. Jika rumah pengantin berhampiran dengan rumah kita, tak jadi masalah kerana boleh pergi sekejap sekejap tapi yang menjadi masalah jika rumahnya jauh dan memerlukan perjalanan yang lama. Sempena entri ini bertajuk kenduri kahwin, saya masukkan beberapa rangkap pantun dengan kahwin. Jangan nanti rakan2 yang baca pantun ni ada pulak timbul niat dan hajat nak berkahwin lagi pulak dahlah. Tapi kalau mengahwinkan anak, baguslah.

Bahulu kuih traditional
Mangkuk timah penuh sarat
Kalau dahulu tidak kenal
Sekarang beramah semakin erat

Ikan di laut asam di darat
Dalam kuali bertemu jua
Hati terpaut janji diikat
Atas pelamin bertemu jua

Tunduk segala rakyat jelata
Memberi takzim raja gahari
Raja rupawan di atas takta
Duduk memerintah barang sehari

Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenal kemudian bertunang
Diatas pelamin sama bersatu

Panas kering siapakan tahu
Hujan rintik di daun pandan
Berjalan seiring bersentuh bahu
Sama cantik sama padan

Ayam dara di buat gulai
Bungkus bekalan letak di bucu
Riang gembira kedua mempelai
Semoga berkekalan keanak cucu

Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat

Sianak dara memakai lokek
Lokek tersangkut dihujung julai
Untuk majlis membelah kek
Jemput bangun kedua mempelai

Pergi berzanji di pekan pagoh
Beli sekati ikan senohong
Sudah berjanji bersetia tegoh
Jangan dimungkiri bercakap bohong

Bunga Melati dihujung dahan
Disunting dara dengan cermat
Suami isteri berkasih-kasihan
Seperti nabi kasihkan umat

Ikan todak si ikan pari
Ikan linang di dalam peti
Adapun adat bersuami isteri
Senang dan susah sampai kemati

SELAMAT MENGHADIRI KENDURI KAHWIN!

17 comments:

azamboy said...

Very2 nice with the pantun,teringat aku semasa kawin dulu,apatah lai bila 1 jun kelmarin adalah ulang tahun aku yang ke dua puluh lima and that why aku masukkan gambar kawin aku dalam blog azamboy-azamboy.Nostalgia dan kemanisan masih teringat dan ditambah pula dengan dikelilingi oleh anak anak yang enam tu.terima kasih isteri ku yang telah menemani kehidupan aku selama 25 years,,memang aku akui aku jahat kadang kala tapi segala hati,jiwa dan raga sebenarnya adalah untuk mu,syruhlah mentari jangan bersinar,arahkan bulan jangan mengambang,perintahkan petir tidak berdentum,,baru boleh kalian mengarahkan aku melupai mu.andainya seekor burung merbah kesayangan mu terbang menghilang diri,akan ku cari dan akau ku pulangkan walaupun sehelai bulu.Cayang kome

rozita said...

Azam, jangan tulis kat blog ni jer.... but lafazkan kat si die tu ye. Org pompuan ni... yang penting dia nak dengar ucapan manje tu dari mulut hubbynya di telinganye.... cair tu!!!
Kalau u sambut anniversary perkahwinan on that date, I pula sambut bithday hubby and my youngest son on d 2nd of Jun.
So.. wishing u a gorgeous 25th anniversary and may ur happiness last forever.

noris said...

Mentang2 lah cuti sekolah musim kenduri kahwin,Faris dengan pantun2 nya dan Azam dengan kata gurindam sayangkan isterinya ditambah pula Ita dengan majlis birthday hubbynya, huh .....semua kisah kasih dan sayang. Ialah kalau perasaan tu tak ada di hati kita maka rasa tawar saja hidup ini kan. emzex dan mpmn ,mana kamu.Saya rasa kalau kamu dua orang tambah dengan Usop kalau cerita bab ini mesti lagi feeling kita dengar..Tapi semua dah pergi holiday agaknya.
Saya doakan semua kawan2 bahagia di sisi keluarga.

Faris said...

Azam,
Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang ke-25. Diharap tidak terlambat mengucapkannya. Kenapa tak announce dalam blog kau? Ulang tahun pertama yang baru bila????? Gurau aje Azam. Kalau tak betul kasihkan isteri, belailah ia sebaiknya seperti pedoman dari Ita tu.

Ita,
Mesti beri hadiah yang betul2 special untuk hubby and youngest son. Walau apapun, untuk hubby tentu lebih special lagi. Semoga bahagia bersama hubby tersayang tu.

Noris,
Pantun2 tu hanyalah sebagai pencetus idea dalam entri blog kita ni. Kalau tak dimasukkan entri2 baru, nanti sunyi pula blog ni. Kadangkala dah terasa penat juga nak uruskan blog ni tapi saya mengharapkan sokongan rakan2. Jika semua tak menyokong, tak gunalah blog kita ni kerana akan senyap sunyi sepi jadinya.

Semua rakan2 lain agaknya dah pergi bercuti. Bagi saya cuti ni tak bercuti coz dua anak akan menghadapi peperiksaan (SPM dan UPSR) dan sedang sibuk dengan kelas tambahan dan tuisyen. Terpaksalah berkorban sedikit. Cuma kalau jadi saya akan ke Kota Tinggi pada 13 Jun bagi meraikan majlis perkahwinan rumah saudara. Jika berkesempatan terus ke Batu Pahat kejap bagi majlis perkahwinan anak ex staf (guru) saya dulu pada tarikh yang sama.

Selamat bercuti semua rakan2.

NON said...

Faris,
Bunyi macam org kecewa aje.Tapi i betul2 tabiklah tengok pengorbanan u pada kawan2.l walaupun jarang masuk blog tapi l selalu baca dan tak pernah ketinggalan.l sayangkan group kita. Banyak kenangan yg l tak lupa. So don't give up my dear. we are always with u forever & ever.To ita,keep on your good spirit.Tq noraishah yg menjenguk we all dekat legacy melaka that day.Di lpoh,khairuddin pun sudi nak bawa jalan.U all really a good friends.Azam..i suka dengar celoteh u.
NON.

Faris said...

Non,
Bukannya kecewa. Apa yang dibuat ni pun sukarela. Tujuannya untuk mengeratkan silatur rahim sesama kita dalam satu kumpulan. Cuma kalau masing2 rasa selesa dalam kepompong, saya pun nak masuk dalam kepompong jugalah. Tak pening kepala. After this mungkin I slow sikit atau tak berkesempatan utk berblog coz mulai 20 Jun dah start study. Tentu bergelumang dengan banyak assignment. I need somebody yang boleh terus menjaga blog kumpulan kita ni.
Ewah... meluah perasaan pulak. Sorrylah geng..... Kalau kecewa dah lama saya tak pedulikan blog ini. Selamat Bercuti semua.

NON said...

Faris,
Betullah apa u cakap tuu.Tapi tak ramai yg berjiwa macam u dan ada ilmu macam u.Tentang study tu..good luck to u. If u need my help utk assigment nanti, insyallah i akan tolong. l think our group yg lain pun akan cakap benda yg sama.so don"t worry.Tapi mungkin levelnya tak sama kot.Bila nak buat kl&selangor gathering..l kadang2 bertembung tgh jln dgn Aziz..cuma hon aje.

NON said...

Faris,
Betullah apa u cakap tuu.Tapi tak ramai yg berjiwa macam u dan ada ilmu macam u.Tentang study tu..good luck to u. If u need my help utk assigment nanti, insyallah i akan tolong. l think our group yg lain pun akan cakap benda yg sama.so don"t worry.Tapi mungkin levelnya tak sama kot.Bila nak buat kl&selangor gathering..l kadang2 bertembung tgh jln dgn Aziz..cuma hon aje.

Faris said...

Non,
Bagus juga idea nk gather KL dan Selangor. Agaknya masa yang sesuai selepas UPSR kot. Kalau sebelum UPSR, tentu bergelumang dengan banyak keje2 akademik. Sekolah I adalah antara 20 buah SM dan SK yang akan dilawati buka sekolah nanti oleh JPN. So, cuti ni cikgu2 sibuk buat preparation sikit kerana sekolah2 yang dilawati ni adalah sekolah2 yang meningkat pada tahun lepas. Dia orang nak cari rahsia kejayaan. I cakap dgn semua staf I, biarlah sape pun nk datang. Bulan April lalu Nazir datang dan ketika itu I cuti kematian mak saudara. Ketua rombongan Nazir tiba aje dia terus cari I, bukannya sebab apa, sebab dia kenal I masa sesama pemantauan sekolah bestari dulu. Apa yang ada kita tunjukkan ajelah. Betul tak.

zaimz said...

Memang bagus cadangan Non tu, nak kumpul semua tentu agak susah jadi kalau dapat kumpul dengan geng KL & Selangor dan cukup seronok.Tentu banyak topik yang boleh kita kongsi bersama.
Wah, hebat sekolah you Non, wakil kawad kaki hingga ke Nilai.Betul kata faris tu, jangan lupa singgah di Nilai 3 sebelum ke Singapore . Macam2 ada di sana, Cuma tak taulah sama ada ianya menepati citarasa you atau tidak...
Selamat bercuti..

anas sabah said...

sori faris,aku baru jenguk blog kita dan blog aku sendiri.Aku baru saja habis kursus SPPK.jadi letih.
aku akan sentiasa bersama dengan respon terkini.

rozita said...

Kak Maz, mari kita berentap kat Nilai nanti ye.... I dtg bersama pasukan mewakili Klang dan menjadi juara Kebangsaan last year.
Silap hari bulan depa bebudak tu berkawat kat padang, kita berkawat dalam kedai..ha..ha..ha

azamboy said...

kome tahu,ada satu cerita,suaminya genap umur 40 tahun,so dia tanya isteri dia,apa hadiah untuknya,kata isteri malam nanti adinda akan ikat riben di *****nya.So si suami menunggu lah malam,siisteri bila malam sibuk memasak,membasuh dan menjahit,terus tidur terlupakan janjinya dgn si suami.apa lagi ,,pagi esoknya habis pasu dihempasnya pasu pasu di depan rumah..so jangan le nak janji sesuatu yang exotic kalu badan dah tua..moral of the story,nanti habis pasu bunga depan rumah kena hempas.hehehehehehehehehe

Anonymous said...

Azam kamu mula dah cerita merapu kamu tu.....mane ade...

ybs said...

Azam,
Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang ke-25 pada 1 Jun lepas, terlambat ler pulak.... moga bahagia sehingga ke akhir hayat!

aku pun lbh kurang mcm si faris, cuti kali ini mcm tak boleh nak bercuti. Minggu pertama dah habis dengan mesyuarat JK Penilai di JB....

Faris said...

Azam,
Kau ni banyak cerita lawak. Kau bercelotehlah dalam blog ni supaya orang tak kering gusi. So, kaum wanita kena ingat cerita lucu Azam ni supaya pasu bunga kesayangan tidak pecah.

YBS,
Kau dan aku sama ke??? Oh.... tidak.... Aku baru satu tapi kau dah dua... Jadi... tak samalah.

Ita dan Maznon,
Kalau murid2 sekolah berkawad di padang kawad, kau orang berdua berkawadlah di Nilai 3. Berapa kali nak tawaf pun boleh tawaf. Jangan lupa bawa tukang bawa barang sudahlah.

Gurau2 musim cuti sekolah ni. Release tension kerana tak dapat nak cuti.

Non said...

Tersenyum dengar celoteh azam.zam, masa di melaka tuu, kau tak tengok kak kiah kita dan goh menari dondang sayang.Aku, valar dan norizam hanya berdikir barat.We all zon bangsar.Kak kiah zon pudu.Meriah pentas.Tentang kawad kaki ni yang bestnya memang dibuat di dewan perniagaan Nilai 3.Ok. ita.See u there.
10.6.09 ni Sek l akan menghantar 30 student ke pulau tioman untuk buat kajian batu karang.Mereka akan menyelam bersama pasukan penyelam negara.l pun tgh terfikir nak pegi singapore yg sedang berpenyakit tu atau lari ke pulau tioman melihat team sek l buat kajian. Kami di sponsor oleh CorporatGbnya yg cari.l nak buat sesuatu yang budak2 KL ni boleh hargai.Anak l pun terlibat.
Siapa nak berkhatan tuu. I takut pisaunya pun terpelanting.Terkejut.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites