Friday, June 5, 2009

Ikan Bakar dan Sahabat Lama

Salam rakan2,
Hari ini sebelah malam saya mengambil kesempatan membawa keluarga untuk menikmati ikan bakar. Tempat yang dituju adalah Medan Muara di Tanjung Harapan, Pelabuhan Kelang kerana difahamkan tempat tersebut merupakan tumpuan orang ramai. Masakannya ada yang sedap dan menepati cita rasa dan ada yang tidak sesuai. Rakan2 yang nak ke sana bolehlah menikmati ikan bakar tersebut.
Sedang asyik menikmati hidangan saya telah disapa oleh sahabat lama kita. Orang tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah Hajah Jamaliah iaitu rakan kita semasa sama2 di IAB pada tahun 2005 dulu. Beliau juga segerombolan bersama semua anak2 dia tetapi suaminya tidak dapat saya temui kerana tidak bersama pada malam tadi. Beliau kata kebetulan semua anak2nya balik bercuti. Satu berita gembira yang dikongsinya bersama saya ialah kejayaan anaknya yang baru selesai SPM telah berjaya mendapat tempat di Mesir bagi meneruskan pengajian di bidang perubatan dengan biasiswa JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor). Anak beliau juga dapat biasiswa JPA tetapi gagal kerana tidak menghadiri temuduga disebabkan ketika itu beliau sekeluarga bercuti ke Australia. Saya cakap jauhnya pergi bercuti. Maklumlah orang banyak rumah sewa.
Nampaknya Hajah Jamaliah seronok bersama anak2nya kerana kebanyakan anaknya berada di universiti (ada di UKM, UPM, UiTM dll). Walaupun anak ramai tetapi semua berjaya. Mungkin kerana niat ikhlas semasa berkhidmat telah diberi ganjaran oleh Allah s.w.t.
Syabas kepada Hajah Jamaliah walaupun tidak bersama2 kita di UPSI. TK.

3 comments:

yusofsipan said...

bagus la faris, berkesempatan kau berjumpa dgnnya... Moga Hjh Jamaliah sekeluagra sentiasa bahagia hingga ke akhir hayat!

zaimz said...

Semalam datang ke Alor Star, majlis perkahwinan anak saudara dengan orang sini. Walaupun atur cara majlis agak ketat tapi seronok dapat juga jumpa geng-geng kedah. Pagi tadi ke rumah Fidah di Pendang, petang pulak ke rumah mahani di Jitra. Sempat juga berjumpa Rusma yang datang hantarkan buah tangan dari dusunnya.
Malam ni tidur di Kangar. Mungkin esok nak jalan-jalan lagi kat sini sebelum balik. Terima kasih geng kedah atas segala-galanya.

cgany said...

nampak gaya nak menyepi lagi blog kita ni Faris.Agaknya mabuk kahwin di mana-mana. Semalam aku sempat menghadiri 4 majlis kahwin di kampung.Itulah masa untuk berjumpa dengan keluarga dan sahabat handai.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites